70 kakitangan UiTM Sarawak bawa cabaran KARiSTA 2022
by Suara Swk August 26, 2022
FacebookT witter
SEDIA… Barisan wakil UiTM Sarawak ke Karnival Sukan Staf UiTM (KARiSTA) 2022
KOTA SAMARAHAN: Seramai 70 kakitangan Universiti Teknologi Mara (UiTM) Cawangan Sarawak membawa cabaran pada Karnival Sukan Staf UiTM
(KARiSTA) 2022.
Kontinjen tersebut menyertai tujuh acara sukan pada karnival yang berlangsung di Kampus Dungun, UiTM Cawangan Terengganu bermula 24 hingga 30 Ogos ini.
Ia termasuk sukan golf, tenis sepak takraw (veteran) bola sepak (senior) bola sepak (veteran), dart dan bola tampar wanita.
Bagi menyemarakkan lagi semangat peserta yang mengambil bahagian pada karnival berkenaan, Rektor UiTM Cawangan Sarawak, Profesor Datuk Dr Jamil Hamali berkenan menyerahkan bendera KARiSTA 2022 kepada Timbalan Pendaftar Kanan, Umaira Othman Koya, selaku ketua kontijen ahli Kelab Kakitangan (KEKiTA) melalui Biro Sukan dan Rekreasi.
Majlis penyerahan bendera itu berlangsung di Dewan Jubli, Kampus Samarahan.
Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproduc�ons or copyrighted materials. You may use the digi�zed materials for private study, scholarship or research.