• Tidak ada hasil yang ditemukan

a. pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "a. pelaksanaan perintah kawalan pergerakan diperketatkan"

Copied!
7
0
0

Teks penuh

(1)

1

MENGENAI PELAN PEMULIHAN NEGARA (PPN) DAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN (PKPD)

A. PELAKSANAAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN

Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, Perintah Kawalan Pergerakan Diperketatkan (PKPD) akan DILAKSANAKAN di lokaliti-lokaliti seperti berikut:

SOP bagi kesemua PKPD adalah sama seperti yang diumumkan sebelum ini.

BIL Lokaliti PKPD Tarikh Mula

PKPD

Tarikh Tamat PKPD 1. Dua (2) lokaliti di Keningau, Sabah

• Kilang & Kuarters Pekerja Bumi Timber Sdn.

Bhd., Batu 27, Jalan Sook

• Perusahaan & Kuarters Pekerja Kosinar Sdn.

Bhd., Batu 28, Jalan Sook

14 Ogos 2021 27 Ogos 2021

2. Taman Puri Warisan, Kota Kinabalu, Sabah 14 Ogos 2021 27 Ogos 2021 3. Kampung Pengiran, Sipitang, Sabah 14 Ogos 2021 27 Ogos 2021 4. Kampung Wokok Kinuta, Kota Belud, Sabah 14 Ogos 2021 27 Ogos 2021 5. Lima (5) kampung di Pasir Mas, Kelantan

Mukim Alor Pasir (4 kampung)

• Kampung Chenerai

• Kampung Lubok Kawah

• Kampung Pohon Tanjong

• Kampung Pak Jak

Mukim Kubang Gadong (1 kampung)

• Kampung Landar

(sebahagian kampung sahaja)

14 Ogos 2021 27 Ogos 2021

6. Kampung Kubang Sawa, Tumpat, Kelantan 14 Ogos 2021 27 Ogos 2021 7. Kampung Bongkok, Daerah Bera, Pahang 14 Ogos 2021 27 Ogos 2021 8. Kampung Gadak, Daerah Rompin, Pahang 14 Ogos 2021 27 Ogos 2021 9. Kuarters Pekerja Sri Datai Mining Sdn. Bhd, Mukah,

Sarawak

14 Ogos 2021 27 Ogos 2021

(2)

2

B. PELANJUTAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN

Setelah meneliti pembentangan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mengenai penilaian risiko serta trend jangkitan COVID-19, PKPD akan DILANJUTKAN di lokaliti-

lokaliti berikut:

BIL Lokaliti PKPD Tarikh Tamat PKPD Cadangan

1. Taman Desa Bidara, Kuala Ketil, Baling, Kedah

13 Ogos 2021 Dilanjutkan dari 14 Ogos sehingga 27 Ogos 2021 2. Apartment Amber Court & Tapak Bina

Grand Ion Delemon, Genting Highlands, Bentong, Pahang

13 Ogos 2021 Dilanjutkan dari 14 Ogos sehingga 27 Ogos 2021

3. Kampung Wek Batu 23, Labok, Machang, Kelantan

13 Ogos 2021 Dilanjutkan dari 14 Ogos sehingga 27 Ogos 2021 4. Kampung Gambaron 2, Telupid,

Sabah

13 Ogos 2021 Dilanjutkan dari 14 Ogos sehingga 27 Ogos 2021

(3)

3

C. PENAMATAN PERINTAH KAWALAN PERGERAKAN DIPERKETATKAN

Setelah meneliti pembentangan oleh KKM mengenai situasi semasa, PKPD akan DITAMATKAN di lokaliti-lokaliti berikut:

BIL Lokaliti PKPD Tarikh Mula PKPD Cadangan

1. Kampung Padang Kubu, Mukim Tebak, Kemaman, Terengganu

31 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

2. Kampung Seratau, Bahagian Kuching, Sarawak

17 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

3. FELDA Sungai Koyan 3, Mukim Ulu Jelai, Lipis, Pahang

31 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

4. Kampung Lubok Stol, Rantau Panjang, Pasir Mas, Kelantan

31 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

5. Perumahan Sabah Forest Industry (SFI), Sipitang, Sabah

17 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

6. Dua (2) Lokaliti di Ranau, Sabah

• Kampung Lembah Permai

• Kampung Pugi Gunsapou

31 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

7. Kampung Bayangan & Kampung Purakagis, Keningau, Sabah

31 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

8. Kampung Marintaman, Sipitang, Sabah

31 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

9. Kampung Tembidong-Bidong, Telupid, Sabah

31 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

10. Kampung Airport Lama, Tawau, Sabah 31 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

(4)

4

11. Empat (4) Lokaliti di daerah Perak Tengah, Perak

• Kg Biak Hilir, Mukim Bandar

• Kg Biak Darat, Kg Biak Barok, Sebahagian Kg Pasir Salak, Mukim Pasir Salak

31 Julai 2021 Ditamatkan pada 13 Ogos 2021, seperti yang dijadualkan

(5)

5

D. PEMERIKSAAN OLEH PASUKAN TASK FORCE OPERASI PEMATUHAN YANG DIKETUAI POLIS DIRAJA MALAYSIA (PDRM)

Semalam, 11 Ogos 2021, Pasukan Task Force Operasi Pematuhan dengan kekuatan 18,444 anggota telah melaksanakan 89,183 pemeriksaan dan snap check COVID-19 bagi memantau serta menguatkuasakan pematuhan Prosedur Operasi Standard (SOP) di seluruh negara.

i. Sektor Perkilangan dan Premis Perniagaan

Ekoran KEGAGALAN mematuhi SOP, sebanyak 60 premis DIARAHKAN TUTUP serta merta.

Maklumat am pemeriksaan pada 11 Ogos 2021:

ii. Individu

Maklumat am pemeriksaan pada 11 Ogos 2021:

PERKARA JUMLAH

Jumlah individu yang dikompaun kerana ingkar SOP

219 Jumlah individu yang direman kerana

ingkar SOP

37

JENIS PEMERIKSAAN JUMLAH

Kilang 1,620

Premis perniagaan 16,873

Tapak pembinaan 467

Asrama penempatan pekerja 166

(6)

6 E. KAWALAN SEMPADAN NEGARA

i. Tangkapan terhadap Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI)

Semalam, 11 Ogos 2021, Operasi BENTENG (Op BENTENG) yang melibatkan Angkatan Tentera Malaysia (ATM), PDRM, Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM), Jabatan Imigresen Malaysia (JIM), Jabatan Kastam Diraja Malaysia (JKDM), Agensi Kawalan Sempadan Malaysia (AKSEM) dan agensi-agensi lain telah membuat tangkapan terhadap 7 orang PATI dan merampas 9 buah kenderaan darat.

Dalam operasi tersebut, sebanyak 4 buah kapal/bot dan 4 buah kenderaan darat turut dikesan melalui aktiviti penglihatan. Manakala, 9 buah kapal/bot diusir melalui aktiviti pengusiran.

ii. Sekatan Jalan Raya (SJR)

Semalam, 11 Ogos 2021, sebanyak 918 SJR telah dilaksanakan di seluruh negara.

Maklumat am SJR:

JENIS OPERASI JUMLAH SJR

Operasi PENAWAR / SJR PKP 864

Operasi BENTENG (PDRM/ATM/RELA) 45

Operasi BENTENG AKSEM 9

F. KUARANTIN WAJIB BAGI INDIVIDU YANG TIBA DARI LUAR NEGARA

PERKARA JUMLAH

Jumlah individu tiba di semua pintu masuk antarabangsa semalam, 11 Ogos 2021

690 Jumlah kumulatif yang telah pulang ke tanah air

sejak 24 Julai 2020

268,609 Jumlah yang masih dikuarantin di Pusat

Kuarantin Wajib

10,053 Jumlah kumulatif yang dibawa ke hospital 3,939 Jumlah kumulatif yang telah dibenarkan pulang 254,617

** Kuarantin wajib dilaksanakan di 83 hotel dan 11 Institut Latihan Awam (ILA) serta

Institut Pengajian Swasta di seluruh negara.

(7)

7 G. OPERASI DISINFEKSI COVID-19

PERKARA JUMLAH

Jumlah operasi disinfeksi semalam, 11 Ogos 2021

262

(70 Zon Merah, 1 Zon Jingga, 0 Zon Kuning)

*1 zon boleh lebih daripada 1 operasi Jumlah kumulatif operasi disinfeksi sejak

30 Mac 2020

38,080

** Operasi disinfeksi dilaksanakan oleh Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia serta Pihak Berkuasa Tempatan di pusat perniagaan, kawasan perumahan termasuk Projek Perumahan Rakyat (PPR), tempat awam, pasaraya dan bangunan kerajaan.

H. BARANG KEPERLUAN ASAS

Semalam, 11 Ogos 2021, Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) telah membuat 687 pemantauan khas harian ke atas 10 jenis bekalan barangan keperluan asas terdiri daripada peruncit (493), pemborong (162) dan pengilang (32).

KPDNHEP juga telah melakukan 3,681 pemeriksaan khas dan daripada jumlah itu, semua premis mematuhi SOP.

Pemantauan serta pemeriksaan oleh anggota penguatkuasa KPDNHEP di peringkat peruncit dan pemborong mendapati bekalan makanan adalah stabil dan mencukupi.

YB DATO’ SERI HISHAMMUDDIN TUN HUSSEIN MENTERI KANAN LUAR NEGERI

KLUSTER KESELAMATAN

12 OGOS 2021

Referensi

Dokumen terkait

Waktu Berkuat Kuasa 24 Jam Waktu Aktiviti Dibenarkan Seperti ketetapan dalam penerangan ringkas Pergerakan Penduduk Dibenarkan dengan bersyarat Aktiviti yang dibenarkan •