• Tidak ada hasil yang ditemukan

adat pertabalan raja perlis

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "adat pertabalan raja perlis"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 12 - 2000

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis

ADAT PERTABALAN RAJA PERLIS

Oleh: REJAB F.I.

ADAT dan istiadat pertabalan Raja Perlis diadakan di istana Arau, lazimnya dihadiri oleh daif- daif yang kehormat terdiri daripada Menteri Besar dan pemimpin-pemimpin negeri serta sultan- sultan seluruh negeri di Malaysia.

Keberangkatan tiba sultan-sultan secara bergilirgilir selepas tiga minit, dimainkan lagu negeri masing-masing. Dif-dif yang kehormat dan sultan-sultan itu disambut oleh pegawai istiadat, diiring ke tempat yang dikhaskan di dalam balairong.

Istiadat bermula dengan perarakan kebesaran raja dari istana ke balairong. Seorang kerabat menatang pedang kerajaan dan keris, diiringi oleh empat orang pelayan membawa tombak.

Sebatang daripada tombak itu dipasang bendera rasmi Raja Perlis, sebatang lagi dipasang bendera negeri Perlis. Empat orang pelayan membawa keris. Empat orang pelayan perempuan membawa puan dan batil. Perarakan itu diiringi dengan bunyi-bunyian gamelan.

Ketika sampai di balairong, pedang kerajaan dan keris diserahkan kepada pegawai istiadat.

Pengiring dan pelayan-pelayan itu duduk di tempat yang dikhaskan. Kemudian bermula pula istiadat keberangkatan bakal Raja dan bakal Raja Perempuan dari istana ke balairong, diiringi oleh juruiring baginda. Sekalian yang hadir bangun memberi penghormatan kepada baginda.

Kedua-dua Raja dan bakal Raja Perempuan disambut oleh pegawai istiadat. Barisan kehormatan di hadapan anjung memberi hormat. Pasukan pancaragam memainkan lagu negeri Perlis, “Amin-Amin”. Setelah itu baginda berdua dipersilakan bersemayam di atas panca pertabalan. Apabila baginda berdua bersemayam, barulah sekalian yang hadir duduk di tempat masing-masing.

Hakcipta Terpelihara © 2000 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2000 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

(2)

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 12 - 2000

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis Pegawai istiadat tampil ke hadapan panca pertabalan, mengangkat sembah kepada baginda berdua, lalu melafazkan :

“Hari ini adalah hari pertabalan Raja Perlis dan adat istiadat pertabalan itu, inilah dijalankan”

Pegawai tersebut mempersilakan bakal Raja Perlis dan Raja Perempuan Perlis berdiri.

Ketika itu juga sekalian yang hadir bangun. Pegawai istiadat mempersembahkan pedang kerajaan dan keris. Bakal Raja Perlis menerima keris itu disisip ke pinggang. Kemudian baginda menerima pedang kerajaan negeri dan memakainya.

Pegawai istiadat melafazkan sembah:

“ Bismillahirrahmanirrahim

Maka dengan limpah kurnia Tuhan, pada hari yang bahagia ini, ditabalkan Duli Yang Maha Mulia Tuanku... raja di dalam negeri Perlis Indera Kayangan dengan sekalian daerah takluknya, menggantikan Almarhum... dipohonkan mendapat nikmat daripada Allah s.w.t. dan kekal memerintah turun-temurun di alam selamat kesejahteraan maka hendaklah sekalian penduduk negeri ini taat dan setia kepada tuanku.”

Kemudian Menteri Besar Perlis mengangkat sembah lalu menyeru “Daulat Tuanku !” diikuti oleh sekalian yang hadir sebanyak tiga kali berturut-turut. Barisan kehormatan akan memberi hormat ke baw Duli Yang Maha Mulia Raja Perlis. Pancaragam pun memainkan lagu negeri Perlis. Tembakan meriam dilepaskan sebanyak 17 das.

Selesai upacara tersebut, Raja Perlis bertitah :

“Kami mengucapkan berbanyak-banyak bersyukur kepada Tuhan kerana dengan limpah kurniaNya, kami telah menjadi raja di dalam negeri Perlis ini dan kami mengaku dengan pertolongan Allah s.w.t. dan bantuan sekalian isi negeri, kami akan menjalankan pemerintahan negeri ini dengan keadilan, mengikut undang-undang.”

Kemudian baginda bersemayam. Sekalian yang hadir pun duduk di tempat masing-masing.

Setelah itu diadakan pula istiadat pertabalan Raja Perempuan Perlis.

Pegawai istiadat tampil ke hadapan panca pertabalan, mengangkat sembah lalu melafazkan :

“Hari ini adalah hari pertabalan Raja Perempuan Perlis dan adat istiadat pertabalan itu, inilah dijalankan,”

Kemudian pegawai istiadat mengisytiharkan pertabalan Raja Perempuan Perlis.

Melafazkan :

"Bismillahhirrahmanirrahim

Maka dengan limpah kurnia Tuhan, dengan persetujuan Duli Yang Maha Mulia Tuanku... raja negeri Perlis Indera Kayangan dan sekalian daerah takluknya, inilah

Hakcipta Terpelihara © 2000 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2000 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

(3)

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 12 - 2000

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis ditabalkan... isteri Yang Maha Mulia menjadi Yang Maha Mulia Raja Perempuan negeri Perlis dan dipohonkan mendapat nikmat daripada Allah s.w.t. dengan selamat kesejahteraan.”

Sekalian yang hadir pun berdiri memberi hormat, begitu juga pasukan kehormatan memberi hormat. Kemudian pasukan pancaragam memainkan lagu kebangsaan negeri Perlis

“Amin-Amin”. Setelah itu Kadi Besar negeri membaca doa selamat. Selesai membaca doa selamat, sekalian yang hadir pun duduk di tempat masing-masing.

Kemudian berlangsung pula upacara menyampaikan ucapan tahniah, didahului oleh seorang wakil daripada Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan kepada kedua baginda, dituruti oleh Yang Amat Berhormat Menteri Besar Perlis melafazkan ucapan tahniah bagi pihak diri beliau dan bagi pihak ahliahli majlis mesyuarat kerajaan negeri serta sekalian rakyat negeri Perlis. Akhirnya Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja dan Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja Perempuan berangkat ke istana, diikuti oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Sultan, Menteri Besar dan sekalian yang hadir pulang ke tempat kediaman masing-masing.

Pada waktu petang diadakan perarakan dari mukim-mukim. Malamnya, diadakan jamuan agung di balairong. Di samping itu diadakan berbagai permainan dan persembahan di sekitar istana untuk hiburan rakyat. Esoknya, dalam istiadat yang sama diadakan upacara mempersembahkan ucapan-ucapan iaitu terdiri daripada wakil pegawaipegawai kerajaan, wakil pertubuhan-pertubuhan, wakil kaum India muslim, wakil kaum Cina, wakil kaum India dan

Hakcipta Terpelihara © 2000 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2000 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

(4)

Jurnal Warisan Indera Kayangan Bil 12 - 2000

Perbadanan Perpustakaan Awam Negeri Perlis wakil kaum Siam. Tiap-tiap wakil tampil ke hadapan mengikut giliran, diiringi oleh dua orang di belakangnya. Setelah membaca ucapan, diserahkan ucapan itu kepada Setiausaha Sulit Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja.

Setelah selesai persembahan ucapan-ucapan itu, maka Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja pun membalas ucapan-ucapan tersebut. Pasukan kehormatan memberi penghormatannya.

Kedua Duli Yang Maha Mulia Tuanku Raja berangkat masuk ke istana. Berakhirlah majlis tersebut.

RUJUKAN:

Ahmad Ismail Buku Program Temasya Pertabalan DYMM Tuanku Syed Putra, pada 11, 12 dan 13 Mac 1949 yang diterbitkan oleh Kerajaan Negeri Perlis.

Hakcipta Terpelihara © 2000 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Hakcipta Terpelihara © 2000 – Perbadanan Perpustakaan Awam Perlis

Referensi

Dokumen terkait

Pada penelitian tersebut menggunakan satu variabel bebas (pola asuh orang tua yang bekerja) dan satu variabel terikat (kemandirian anak), sedangkan pada penelitian

A receiver shall pay and apply all moneys received by him in the course of his receivership as follows:- a Firstly, in payment of the costs, charges and expenses of collection and of