• Tidak ada hasil yang ditemukan

AL-I'JAZ AL-TIB B I MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN Abstrak

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "AL-I'JAZ AL-TIB B I MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN Abstrak"

Copied!
18
0
0

Teks penuh

(1)

132

AL-I’JAZ AL-TIBBI MENURUT PERSPEKTIF AL-QURAN Muhamad Fadlly bin Ismail1

Nor Hafizi bin Yusof, Ph.D2 Wan Ruswani binti Wan Abdullah3

Abstrak

Al-Quran merupakan mukjizat yang telah dikurniakan oleh Allah s.w.t. kepada Nabi Muhammad s.a.w. untuk dijadikan panduan hidup yang wajib difahami dan diikuti oleh semua individu muslim. Perbahasan mengenai mukjizat merupakan suatu yang tidak dapat dipisahkan apabila kita membicarakan mengenai kenabian atau kerasulan Nabi Muhammad s.a.w. mahupun rasul-rasul terdahulu. Hal ini kerana Mukjizat merupakan bukti yang paling nyata dan terbesar terhadap kenabian para nabi-nabi a.s. dan penerimaan wahyu dari Allah s.w.t. Artikel ini menggunakan metode kajian kualitatif yang dilakukan terhadap teks al-Quran berdasarkan beberapa buah kitab arab. Kajian ini bertujuan membantu masyarakat Islam untuk menambahkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang ilmu-ilmu al-Quran khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan al-I’jaz al-Tibbi. Penjelasan dan perbahasan tentang al-I’jaz al-Tibbi yang di muatkan dalam kertas ini juga diharapkan dapat menambahkan keyakinan terhadap kehebatan al-Quran itu sendiri sebagai Kalamullah dan juga sebagai sumber segala ilmu pengetahuan seterusnya memantapkan lagi keimanan mereka terhadap kebesaran dan kekuasaan Allah s.w.t.

Kata Kunci: Al-Quran, Mukjizat, al-I’jaz al-Tibbi

PENGENALAN

Islam merupakan agama yang praktikal dan mencakupi segenap bidang kehidupan manusia hatta bidang perubatan. Al-Quran diturunkan kepada manusia sebagai sumber hidayah dan bertujuan menyelesaikan permasalahan manusia zahir dan batin.

Antara penyelesaian yang ditawarkan dalam al-Quran ialah penyembuhan daripada penyakit melalui ayat-ayat al-Quran serta penyembuhan dengan perkara-perkara atau bahan-bahan yang diisyaratkan di dalam al-Quran. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t.:





























1 Penulis merupakan calon Ph.D Pusat Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA.

2 Penulis merupakan Ketua Pusat Pengajian al-Quran dan al-Sunnah, di Fakulti Pengajian Kontemporari Islam, UniSZA.

3 Penulis merupakan pensyarah di Jabatan Pengajian Am, Politeknik Sultan Haji Ahmad Shah, POLISAS.

(2)

133 Maksudnya:

Dan Kami turunkan daripada al-Quran suatu yang menjadi penawar dan rahmat bagi orang yang beriman dan al-Quran itu tidaklah menambah kepada orang yang zalim selain kerugian. (al-Isra’:82)

Di samping kewajipan bertawakal, Islam menuntut umatnya berusaha melakukan rawatan terhadap masalah dan penyakit yang dihadapi. Konsep ini bertepatan dengan hadis yang diriwayatkan oleh Jabir bin Abdullah r.a. daripada Rasulullah s.a.w. yang berbunyi:

ل ك ل ءا د و د ءا ا ذ ف أ ا ص ب ي و د ءا دلا ءا ب ر ب ا أ ن ذ الل ع ت لا ى

Maksudnya:

Setiap penyakit ada ubatnya sekira sesuatu ubat bersesuaian dengan penyakitnya maka akan sembuh dengan keizinan Allah s.w.t. (HR Muslim)

Berdasarkan hadis tersebut, Rasulullah s.a.w. menjelaskan beberapa panduan dalam perubatan iaitu:

i. Tuntutan berubat apabila ditimpa penyakit.

ii. Mengenal pasti jenis penyakit sebelum berubat supaya menepati dengan ubat dan kaedah rawatan.

iii. Kesembuhan sesuatu penyakit bergantung dengan ketepatan ubat, kaedah rawatan dan kepakaran doktor dan pengamal perubatan.

iv. Usaha berubat tidak menafikan kewajipan bersabar dan bertawakal.

Menurut Manna’ al-Qattan, mukjizat saintifik al-Quran bermaksud bahawa al- Quran telah membangkitkan kesedaran ilmiah pada diri setiap Muslim supaya menggunakan kreativiti akal dalam memikirkan alam semesta dan menambahkan pengetahuan. Terdapat 35 ayat al-Quran mengenai tumbuhan dan 33 ayat tentang buah-buahan. Namun, hanya 19 jenis tumbuhan sahaja yang disebutkan secara khusus.

Manakala menurut Thabbarah, mukjizat saintifik al-Quran merujuk kepada isyarat-isyarat tentang alam tabi’i yang terdapat di dalam al-Quran. Isyarat-isyarat tertentu tidak diketahui pada zaman baginda s.a.w., sebaliknya rahsianya telah dihuraikan oleh kemajuan ilmu pengetahuan kebelakangan ini (Thabbarah 1988, 104- 105). Hal ini dijelaskan oleh Allah s.w.t. dalam firman-Nya:

(3)

134



























































































Maksudnya:

Dan Dialah yang menurunkan hujan dari langit lalu Kami tumbuhkan dengan air hujan itu segala jenis tumbuh- tumbuhan, kemudian Kami keluarkan daripadanya tanaman yang menghijau, Kami keluarkan pula daripada tanaman itu butir-butir (buah) yang bergugus-gugus; dan daripada pohon-pohon tamar (kurma), daripada mayang-mayangnya (Kami keluarkan) tandan-tandan buah yang mudah dicapai dan dipetik; dan (Kami jadikan) kebun-kebun daripada anggur dan zaitun serta buah delima, yang bersamaan (bentuk, rupa dan rasanya) dan yang tidak bersamaan.

Perhatikanlah kalian kepada buahnya apabila ia berbuah, dan ketika masaknya.

Sesungguhnya yang demikian itu mengandungi tanda-tanda (yang menunjukkan

kekuasaan Kami) bagi orang yang beriman. (al-An’am: 99) Surah ini secara keseluruhannya menunjukkan kekuasaan Allah s.w.t. kerana

ia memberi satu gambaran unik tentang pemandangan menarik yang membuatkan jiwa dan perasaan kagum dan terpesona dengan apa yang digambarkan selain pernyataan-pernyataan yang penuh dengan panduan dan saranan (Syed Qutb 2000, 312). Ayat ini juga menceritakan tentang kaum musyrikin yang telah mengaku dan percaya bahawa yang menjadikan alam ini sememangnya Allah s.w.t. Namun begitu, mereka mempersekutukan Allah s.w.t. dalam hal pengaturan dan penyelenggaraan alam. Mereka mengakui bahawa Allah s.w.t. yang menciptakan alam, tetapi dalam hal memelihara alam, mereka mempersekutukan-Nya. Mereka mengakui tauhid uluhiyyah, tetapi tidak tauhid rububiyyah.

Oleh itu, mereka menyediakan hasil ladang atau hasil ternak, sebahagian untuk Allah s.w.t. dan sebahagian lagi untuk berhala mereka. Maka, Allah s.w.t.

mendatangkan ayat ini untuk menunjukkan kepada mereka bukan sahaja Allah s.w.t.

menciptakan alam, bahkan Dia terus-menerus mencipta. Selepas diciptakan alam, ditumbuhkan pula tumbuh-tumbuhan (al-Zamakhshari 1998, 380). Allah s.w.t.

menurunkan hujan dari awan, kemudian mengeluarkan tumbuh-tumbuhan yang pelbagai bentuk, mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dan berbeza kelebihan dan kekurangannya. Seruan ini mengajak manusia memerhati proses pembesaran tumbuhan iaitu daripada biji benih yang zahirnya seperti tidak memberi manfaat, namun akhirnya daripada biji benih itu terhasillah buah-buahan yang memberi manfaat kepada manusia.

(4)

135

Sekiranya manusia memerhatikan dan membezakan keadaan daripada biji benih, kemudian tumbuhan itu melalui proses tumbesaran dan akhirnya mengeluarkan hasilnya, maka manusia akan mengetahui dengan jelas kebijaksanaan Allah s.w.t.

dalam perhitungan-Nya. Ini menunjukkan kewajipan mentauhidkan-Nya (al-Maraghi 2001, 1946-1947). Sebagai contoh, sesuatu tanaman itu, sebelumnya hanya sebatang kayu, kemudian menjadi kurma, anggur, delima dan zaitun yang mempunyai pelbagai bentuk, rasa, rupa dan aroma (Ibn Kathir 2008, 165) Tumbuhan yang pelbagai jenis ini menjadi bukti tentang kekuasaan dan keesaan Allah s.w.t.. Sebagaimana yang dikatakan oleh Ibn Abbas (m. 68H) bahawa orang yang percaya wujudnya Allah s.w.t.

ialah orang yang percaya bahawa Tuhan yang mengeluarkan tumbuhan itu, mampu menghidupkan orang yang mati (Salahuddin Abdullah dan Omar Khalid 2009, 161- 162). Ayat ini juga merupakan arahan secara langsung yang menyeru manusia memerhatikan keindahan makhluk ciptaan Allah s.w.t. untuk dikaji, diteliti dan dinikmati dengan penuh kesedaran.

Berdasarkan pendapat al-Jauziyyah dalam kitabnya al-Tibb al-Nabawi,, telah disenaraikan tumbuhan-tumbuhan yang tercatat di dalam al-Quran dan disertakan khasiat dan kegunaannya. Tumbuhan yang dinyatakan dalam al-Quran yang dibincangkan oleh beliau ialah jenis-jenis kurma seperti balah, busr, rutab, ajwah dan tamar, jenis-jenis anggur seperti anggur dan zabib (kismis atau anggur kering), basal (bawang merah), tin (tin), raihan (selasih), rumman (delima), zaitun (zaitun), zanjabil (halia), talh (pisang), adas (kacang dal), qiththa’ (timun) dan juga yaqtin (labu).

Daripada sorotan terhadap penulisan Ibn Qayyim, didapati beliau mengemukakan manfaat dan juga mudarat yang akan diperolehi apabila menggunakan tumbuh- tumbuhan ini (Ibn Qayyim al-Jauziyah 2004, 132).

Seterusnya Harun Yahya menyatakan terdapat enam jenis tumbuhan yang disebut di dalam al-Quran iaitu kurma, anggur, tin, zaitun, pisang, dan juga delima.

Setiap tumbuhan yang dinyatakan itu telah diberi contoh ayat al-Quran yang menyebut tentangnya. Dalam penulisannya lagi, beliau telah membahagikan kepada beberapa topik iaitu tumbuhan yang disebut namanya dalam al-Quran, pokok-pokok, sayur-sayuran, tumbuhan di syurga, tumbuhan di neraka dan juga tumbuhan yang disebut secara metafora di dalam al-Quran (Harun Yahya 2001, 248-253). Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t.:















































































(5)

136











































Maksudnya:

Dan (kenangkanlah) ketika kamu berkata: "Wahai Musa a.s., kami tidak sabar (sudah jemu) dengan makanan yang semacam sahaja; maka pohonkanlah kepada Tuhanmu untuk kami, supaya dikeluarkan bagi kami sebahagian daripada apa yang tumbuh di bumi; daripada sayur-sayurannya, dan mentimunnya, dan bawang putihnya, dan adas (kacang dalnya), serta bawang merahnya". Nabi Musa a.s. menjawab: "Adakah kamu mahu menukar sesuatu yang kurang baik dengan meninggalkan yang lebih baik?

Turunlah kamu ke bandar kerana di sana kamu boleh dapati apa yang kamu minta itu". (al-Baqarah: 61)

Ayat ini mengisahkan tentang Bani Isra’il yang dianugerahkan oleh Allah s.w.t. dengan makanan yang terus turun dari langit iaitu al-Manna dan al-Salwa. Al- Manna ialah sejenis makanan yang manis, berwarna putih dan mereka perolehi setiap pagi. Al-Manna melekat pada batu-batu dan daun-daun kayu. Rasanya manis dan lazat, manisnya semanis madu sehingga ada mufassir yang menyatakan erti al-Manna ialah madu. Al-Salwa pula ialah sejenis burung yang terbang berbondong-bondong dan mudah untuk ditangkap, namun mereka tidak mensyukuri nikmat yang diberi, bahkan mereka meminta untuk digantikan dengan makanan-makanan yang tumbuh dari bumi seperti sayur-sayuran, kacang dal, timun, bawang merah dan bawang putih (al-Maraghi 2001, 141). Kemudian Nabi Musa a.s. berkata kepada mereka “Adakah kamu hendak menukar sesuatu yang baik dengan yang hina?”. Ini kerana menurut Hamka (m. 1401H), Nabi Musa a.s. berkata demikian kerana mereka masih teringatkan makanan mereka sewaktu berada di Mesir yang adanya timun, bawang putih, bawang merah dan kacang. Tetapi ketika itu, mereka adalah hamba dalam keadaan hina. Namun, kini mereka berhijrah meninggalkan negeri itu kerana Allah s.w.t. hendak membebaskan mereka daripada keadaan yang sedemikian (al-Maraghi 2001, 143).

JENIS-JENIS TUMBUHAN MENURUT AL-QURAN

Berikut adalah sebahagian perbincangan mengenai tumbuh-tumbuhan yang disebut di dalam al-Quran al-Karim berdasarkan al-I’jaz al-Tibbi yang terbahagi kepada beberapa topik iaitu :

(6)

137 1. Al-Nakhlah





































































Maksudnya:

(Ketika ia hendak bersalin) maka sakit beranak itu memaksanya (pergi bersandar) ke pangkal sebatang pohon tamar (kurma); ia berkata: “Alangkah baiknya kalau aku mati sebelum ini dan menjadilah aku sesuatu yang dilupakan orang dan tidak dikenang- kenang,”. Lalu ia diseru dari sebelah bawahnya: “Janganlah engkau berdukacita (wahai Maryam), sesungguhnya Tuhanmu telah menjadikan di bawahmu sebatang anak sungai. Dan gegarlah ke arahmu batang pohon tamar itu, supaya gugur kepadamu buah tamar yang masak”. (Maryam: 23-25)

Perkataan janiyya pada ayat ini bermaksud, yang sudah sampai masanya untuk dipetik. Ayat ini bermaksud, condongkanlah pohon kurma kepadamu dan tariklah dengan gerakannya, nescaya ia menjatuhkan kepadamu buah kurma yang sudah matang dan layak dipetik untuk kamu makan semahu kamu. Ini adalah kekuasaan Allah s.w.t. yang lain baginya. Hal ini kerana diriwayatkan pohon kurma ialah pohon yang kering yang tidak berkepala, dan tidak berbuah sedang ketika itu ialah musim dingin. Maka Allah s.w.t. menurunkan rezeki baginya, lalu jadilah pohon kurma itu bertandan, daun dan buah (al-Maraghi 2001, 4215-4216).

Kelebihan al-Nakhlah menurut Mufassir

Ayat 23-25 daripada surah Maryam di atas menceritakan tentang Maryam yang bersandar pada pohon kurma ketika merasa sakit sewaktu berasa sakit ingin melahirkan anak. Kemudian Allah s.w.t. memerintahkan agar beliau menggoncangkan pohon kurma itu, makan dan minum buahnya gugur dan tenangkan jiwanya. Maryam berasa sedih dengan apa yang telah berlaku kepadanya. Beliau malu pada masyarakat mengenangkan dirinya akan melahirkan anak tanpa ayah (Ibn Kathir 2008, 323-325).

Ibn Kathir (m. 774H) memetik kata-kata Mujahid (m. 104H) yang berpendapat pohon ini adalah pohon Ajwah (Ibn Kathir 2008, 325).

Ayat-ayat tersebut juga menggambarkan bagaimana Maryam yang dalam keadaan lemah itu masih diperintahkan untuk menggerakkan pokok kurma itu. Hal ini sebagai isyarat bahawa untuk memperoleh rezeki, haruslah berusaha dan terus berusaha selagi masih mempunyai kemampuan (M. Quraisy Shihab 2002, 171).

(7)

138

Mengenai perkataan ruttab yang merujuk kepada buah kurma muda dalam ayat 23 daripada surah Maryam, Ibn Kathir (m. 774H) memetik pendapat Amr bin Maimun yang menyatakan ayat ini merupakan petanda bahawa buah kurma dan ruttab merupakan makanan yang terbaik untuk wanita yang berada dalam nifas (Ibn Kathir 2008, 325). Buah kurma merupakan makanan yang sangat baik untuk wanita yang sedang dalam masa nifas, kerana ia mudah dicerna, lazat dan mengandungi kalori yang tinggi (M. Quraisy Shihab 2002, 170).

Selain itu, menurut al-Razi (m. 606H), penyebutan ruttab dalam ayat ini tersebut kerana ruttab mempunyai dua faedah iaitu yang pertama sebagai makanan dan minuman, manakala kedua sebagai penghibur hati kepada Maryam. Pada ayat seterusnya, Allah s.w.t berkata “makan dan minumlah…” iaitu merupakan isyarat bahawa keperluan wanita yang dalam nifas terhadap makanan melebihi keperluan terhadap air untuk memperbanyakkan darah (al-Razi 1981, 207). Ibn Hajar al- Asqalani dalam kitab Syarah Sahih al-Bukhari memetik kata-kata Syaqiq bin Salamah yang diriwayatkan oleh Abd bin Humaid, katanya “Sekiranya Allah s.w.t. mengetahui terdapat yang lebih baik bagi perempuan yang akan melahirkan anak daripada ruttab, tentu Maryam akan diperintahkan untuk mendapatkannya”. Begitu juga dengan al- Rabi’ bin Khuthaim yang berkata “Tidak ada (yang lebih baik) bagi perempuan melahirkan anak seperti ruttab, dan tidak ada (yang lebih baik) bagi orang yang sakit seperti madu” (Fathul Bari t.th., 756-757).

Selain itu juga, pada kebanyakan ayat, lafaz kurma kebiasaannya akan didahului dengan perkataan thamarat dan fakihah yang bermaksud buah-buahan.

Menurut al-Maraghi (m. 1371H), Allah s.w.t. menyebutkan buah-buahan terlebih dahulu kerana buah-buahan dimakan untuk memenuhi keperluan sahaja. Kemudian, Allah s.w.t. menyebut kurma kerana ia adalah buah dan juga makanan (al-Maraghi 2001, 6751-6752). Makanan yang dimaksudkan di sini ialah makanan ruji. Buah tamar merupakan komponen penting dan makanan ruji bagi penduduk Arab.

Walaupun kurma sudah termasuk dalam buah-buahan, tetapi penyebutannya secara khusus adalah sebagai petunjuk tentang adanya keistimewaan padanya yang tidak dimiliki oleh buah-buahan lain.

Di dalam ayat yang lain Allah s.w.t. berfrman:









































































Maksudnya:

Adakah seseorang antara kamu suka mempunyai sebuah kebun daripada pokok tamar (kurma) dan anggur, yang mengalir di bawahnya beberapa sungai, ia juga mempunyai

(8)

139

dalam kebun itu segala jenis buah-buahan, sedang ia sudah tua dan mempunyai banyak anak cucu yang masih kecil, lalu kebun itu diserang oleh angin taufan yang membawa api sehingga terbakarlah ia? Demikianlah Allah menjelaskan kepada kamu

keterangan-keterangan, supaya kamu berfikir (dan mengambil iktibar).

(al-Baqarah: 266) Pada permulaan ayat ini menggambarkan suasana sebuah kebun yang sangat disukai oleh peladang dan petani di tanah Arab dan seluruh Timur Tengah iaitu kebun kurma dan anggur yang di dalamnya terdapat sungai-sungai yang mengalir (Hamka 1968, 51). Mengenai sifat kebun ini, al-Razi (m. 606H) menyatakan terdapat tiga perkara yang diterangkan iaitu (al-Razi 1981, 63):

i. Terdiri daripada kurma dan anggur.

ii. Mempunyai sungai.

iii. Terdapat juga buah-buahan lain di dalamnya.

Manakala pendapat Ibn Kathir (m. 774H) mengambil intipati daripada hadis yang diriwayatkan oleh Imam al-Bukhari (m. 261H) dalam menghuraikan ayat ini iaitu tentang seorang yang mempunyai harta kekayaan dan beramal soleh, tetapi di pertengahan jalan hidupnya, dia terperangkap oleh syaitan yang menyebabkan dia merubah amal kebaikan kepada kejahatan. Maka ketika dalam kesusahan dan memerlukan kebaikan yang pernah dilakukannya untuk membantunya, dia sudah terlambat dan tidak dapat memperolehinya (Ibn Kathir 2008, 533).

Kesimpulan daripada dua ayat ini ialah mengenai perkaitan tumbuhan- tumbuhan dengan sesuatu kaum. Kaum Nabi Musa a.s., iaitu Bani Israil menggemari sayur-sayuran seperti dal, timun, bawang putih dan bawang merah.

Seterusnya dalam ayat yang lain pula, Allah s.w.t. berfrman:











Maksudnya:

Dan kebun-kebun tanaman serta pohon-pohon tamar (kurma) yang buah mayangnya halus lembut. (al-Syu’ara’: 148)

Ayat ini pula mengisahkan balasan terhadap kaum Nabi Salih a.s. yang dikurniakan nikmat. Berdasarkan nikmat yang Allah s.w.t. berikan ini, Nabi Salih a.s.

mengingatkan mereka agar jangan berfikir yang mereka akan dibiarkan tinggal dan menikmati apa yang mereka nikmati sedangkan mereka mengingkari perintah Allah s.w.t. (M. Quraisy Shihab 2002, 112). Nabi Salih a.s. mengingatkan bahawa mereka akan kembali semula kepada Allah s.w.t dan segala amalan mereka akan dihitung.

Jika amalan mereka baik, maka baik balasannya, dan jika amalan mereka buruk, maka buruklah balasannya (al-Maraghi 2001, 4970).

(9)

140 Firman Allah s.w.t. lagi:













Maksudnya:

Serta pohon-pohon kurma yang tinggi menjulang, yang mengeluarkan mayang, berlapis-lapis, lagi lebat putiknya. (Qaf: 10)

Ayat ini juga mengisahkan kehairanan manusia dengan kekuasaan Allah s.w.t.

seperti pengutusan seorang rasul, penciptaan hari kebangkitan dan juga kejadian hari kebangkitan (Ibn Kathir 2008, 505). Melalui ayat ini, Allah s.w.t. menggambarkan kekuasaan-Nya yang mencipta pohon-pohon kurma yang tinggi dan mengeluarkan buah yang lebat. Allah s.w.t. sekali lagi menggambarkan kekuasaan-Nya melalui penciptaan alam semesta yang dijadikan untuk manusia berfikir tentangnya. Ayat ini kembali memberi fokus tentang tema tauhid setelah kaum musyrikin tidak mempercayai akan wujudnya hari kebangkitan (al-Razi 1994, 157).

Salah satu jenis pokok yang tidak menjalar ialah pokok kurma, namun begitu pokok kurma disebutkan secara khusus. Ini kerana manfaat pokok tersebut kepada orang Arab (Ibn Kathir 2008, 172). Buah kurma boleh dimakan sama ada sebelum masak ataupun sudah masak, bahkan buah kurma yang sudah masak boleh disimpan sebagai bekalan makanan. Walaupun Allah s.w.t. tidak menyebut tentang kelebihan dan kehebatan kurma, namun pengulangan ayat berkaitan kurma sebanyak 21 kali di dalam al-Quran merungkaikan tujuan dan rahsia yang tersirat padanya. Kajian ini turut merujuk kepada hadis-hadis Nabi s.a.w. sebagai contoh mengenai sabda baginda s.a.w. tentang kurma mampu mengelak sihir dan racun (Ibn Kathir 2008, 181).

Seterusnya al-Maraghi (m. 1371H) juga menyatakan kebaikan pokok kurma merangkumi buah, biji dan daunnya. Buah kurma juga boleh dijadikan sebagai minuman, bijinya dapat dimanfaatkan sebagai makanan haiwan dan daunnya pula dapat dimanfaatkan oleh manusia (al-Maraghi 2001, 2041).

Selain itu, kandungan dalam buah kurma berupaya memberikan bekalan tenaga yang berpanjangan bagi orang yang berpuasa dan juga meransang kembali tenaga setelah seharian berpuasa kepada orang yang berbuka puasa. Selain saranan tersebut, Rasulullah s.a.w. juga menyarankan untuk mentahnik bayi yang baru lahir dengan kurma. Kajian dalam bidang perubatan mendapati amalan tahnik ini berupaya menggantikan ubat analgesik4 terhadap bayi yang tidak matang (Muslim 2000, 1060).

4 Analgesik ialah istilah yang digunakan untuk mewakili ubat yang digunakan sebagai ubat penahan sakit.

(10)

141 2. ‘Inab atau A’nab

Lafaz al-‘inab atau a’nab merujuk kepada anggur yang tercatat pada sebelas ayat di dalam al-Quran. Kata tunggal bagi anggur ialah al-inabah manakala kata gandanya ialah al-‘inab dan a‘nab (Ibn Manzur t.t, 3118). Perkataan anggur disebut dalam al- Quran dengan perkataan a‘nab sebanyak enam kali, al-a‘nab dua kali, a‘naba sekali, i‘naban sekali dan inabin sekali. Hal ini sebagaimana firman Allah s.w.t.:

































































Maksudnya:

Dan Dialah (Allah s.w.t.) yang menjadikan (untuk kamu) kebun-kebun yang menjalar tanamannya dan yang tidak menjalar; dan pohon-pohon tamar (kurma) dan tanaman- tanaman yang berlainan (bentuk, rupa dan) rasanya; dan buah zaitun dan delima, yang bersamaan (warnanya atau daunnya) dan tidak bersamaan (rasanya). Makanlah daripada buahnya ketika ia berbuah, dan keluarkanlah haknya (zakatnya) pada hari memetik atau menuainya; dan janganlah kamu melampau (pada apa-apa jua yang kamu makan atau belanjakan); sesungguhnya Allah s.w.t. tidak suka kepada orang yang melampau. (al-An‘am: 141)

Penjelasan maksud ma’rushat ialah tanaman yang berpaut pada kayu sokongan dan di atasnya terdapat pelantar yang diperbuat daripada kayu dan bulu.

Ghayr ma’rushat pula merujuk kepada tanaman yang tidak menjalar. Ayat ini menggambarkan terdapat dua jenis kebun, iaitu kebun yang menggunakan penyangga seperti pokok anggur dan kebun yang tidak memakai penyangga iaitu kebun yang mengandungi pelbagai pokok yang batangnya tumbuh lurus tidak merayap ke pohon lain (al-Maraghi 2001, 2041). Al-Razi (m. 606H) menyatakan perkataan ma’rushat dan ghayr ma’rushat tersebut merujuk kepada pokon anggur, kerana terdapat pokok anggur yang menjalar dan ada pokok anggur yang tidak menjalar.

Pendapat ini adalah seperti pendapat Atha’ al-Khurasani yang mengatakan bahawa ma’rushat bererti pohon anggur yang diberi sokongan seperti kayu untuk menjalar, manakala ghayr ma’rushat membawa makna pohon anggur yang tidak diberi sokongan (Ibn Kathir 2008, 309). Al-Maraghi (m. 1371H) menyatakan melalui ayat ini dapat difahami bahawa terdapat jenis pokok yang menjalar dan ada yang tidak (al-Maraghi 2001, 2041).

(11)

142

Melalui ayat ini juga, dapat dilihat terdapat dua pendapat ulama mengenai perkataan ma’rushat dan ghayr ma’rushat iaitu:

1. Perkataan ma’rushat dan ghayr ma’rushat tidak merujuk kepada mana- mana tumbuhan.

2. Perkataan-perkataan tersebut merujuk kepada pokok anggur.

Menurut pendapat Zamakhshari (m. 538H), kepelbagaian ini adalah merangkumi warnanya, hasilnya, saiznya dan baunya (al-Zamakhshari 1998, 404).

Selain daripada menyatakan nama tumbuhan secara khusus pada ayat ini, Allah s.w.t.

turut memberi panduan tentang cara pengambilan makanan yang baik melalui ayat

“Makanlah dari buahnya apabila dia berbuah, tunaikanlah haknya di hari memetik hasilnya. Dan janganlah kamu berlebih-lebihan”. Allah s.w.t memberi panduan agar bersederhana dalam pengambilan makanan-makanan dan tidak berlebih-lebihan sebagaimana firman Allah s.w.t.:

































Maksudnya:

Makanlah dan minumlah dan janganlah berlebih-lebihan. (al-‘Araf: 31)

Kelebihan ‘Inab menurut Mufassir

‘Inab (anggur) merupakan buah yang paling kerap digandingkan bersama kurma dalam ayat al-Quran. Hal ini kerana antara kebahagiaan bagi orang Arab ialah apabila mempunyai kebun kurma dan juga anggur. Ia sangat berharga bagi mereka dan anggur juga mungkin antara buah yang terbaik di dunia (Ibn Kathir 2008, 264).

‘Inab disebutkan secara khusus kerana mempunyai faedah yang begitu banyak (al-Maraghi 2001, 610-611). Al-Razi (m. 606H) berpendapat anggur merupakan buah yang baik untuk orang yang sihat dan yang sakit, selain merupakan makanan masam yang paling lazat dan dapat diproses menjadi empat jenis makanan yang berbeza iaitu kismis, madu, cuka dan arak (al-Razi 1994, 114-116).

Manakala Hamka (m. 1981M) pula menyatakan bahawa penyebutan anggur menggambarkan ia buah-buahan yang sangat diperlukan vitamin dan kalorinya bagi manusia. Justeru, secara tidak langsung ia menggambarkan kepentingan buah-buahan sebagai zat makanan (Hamka 1982, 340).

(12)

143 3. Al-Tin

Lafaz tin disebutkan sekali di dalam al-Quran melalui ayat pertama surah al-Tin.

Sepertimana firman Allah s.w.t.:







Maksudnya:

Demi buah tin dan buah zaitun. (al-Tin: 1)

Sebahagian mufassir menyatakan bahawa tin ialah tempat tinggal Nabi Nuh a.s. iaitu Damsyiq yang banyak menumbuhkan pohon Tin. Kata tunggal bagi tin ialah al-tinah (Ibn Manzur t.t, 462). Mengenai ayat di dalam surah al-Tin tersebut, terdapat beberapa pendapat mengenai maksud perkataan tin tersebut, iaitu sama ada lafaz tersebut merujuk kepada pokok Tin ataupun nama tempat. Berdasarkan pendapat al- Zamakhsyari yang menyatakan sama ada tin yang disebutkan itu merujuk kepada pokok ataupun tempat, hakikatnya lafaz tersebut dinyatakan dalam al-Quran kerana ia bermanfaat kepada manusia (al-Zamakhsyari 1998, 400-401).

Kelebihan al-Tin menurut Mufassir

Al-Zamakhshari (m. 538H) dan al-Qurtubi (m. 671H) menyatakan bahawa Allah s.w.t. bersumpah dengan buah Tin kerana ia merupakan tumbuhan yang istimewa dikalangan tumbuhan-tumbuhan yang berbuah. Al-Razi (m. 606H) memetik kata-kata Ibn Abbas yang menyatakan buah Tin bukan sekadar buah, bahkan merupakan makanan yang seimbang untuk tubuh badan danmerupakan sejenis ubatan.

Buah Tin merupakan makanan yang lembut dan mudah dihadam. Menurut satu riwayat, Rasulullah s.a.w. diberi hadiah sepinggan buah Tin dan baginda s.a.w.

memakannya, lalu baginda s.a.w. berkata kepada sahabat-sahabatnya: “Makanlah!

Sekiranya kamu bertanya, buah apa yang turun dari syurga, pasti aku mengatakan ini (buah Tin)”. Maka, makanlah kerana ia menghilangkan buasir dan ubat bagi penyakit tulang” (al-Razi 1981, 8).

4. Al-Zaytun

Al-Zaytun tercatat pada tujuh ayat di dalam al-Quran dengan perkataan al- Zaytun sebanyak empat kali, zaytuna sekali dan zaytunah sekali. Manakala satu ayat yang lain tidak dinyatakan perkataan zaytun, tetapi perkataan shajarah mubarakah yang bermaksud pohon yang diberkati dalam ayat tersebut menggambarkan pohon Zaytun berdasarkan tafsiran ulama. Maksud zaytun menurut Ibn Manzur ialah pokok yang sepertimana diketahui, perkataan zaytunah bermaksud sebiji buah Zaytun manakala zaytun menunjukkan banyak buah Zaytun. Perkataan al-zayt pula bermaksud minyak yang keluar daripada buah Zaytun (Ibn Manzur t.th, 1896).

(13)

144 Kelebihan al-Zaytun menurut Mufassir

Allah s.w.t. memuliakan pohon Zaitun kerana buahnya yang banyak manfaat, segar dan apabila diperah akan mengeluarkan minyak yang sangat bermanfaat (Ibn Kathir 2008, 579). Perahan minyak buah Zaitun digunakan untuk kulit tubuh dan sebagai bahan dalam masakan (al-Maraghi 2001, 4628) selain digunakan untuk menyalakan pelita (Ibn Kathir 2008, 402-403).

Melalui ayat 35 daripada surah al-Nur : 35, Allah s.w.t berfirman :



















































































































Maksudnya:

Daripada pohon yang berkat, tidak di sebelah timur dan tidak di sebelah barat…”.

(al-Nur: 35) Menurut Farooqi, ayat ini memberi isyarat tentang habitat dan taburan pokok zaitun (Farooqi 2003, 51). Pokok zaitun berasal dari Phoenicia iaitu bahagian selatan Semenanjung Arab. Kemudian, ia dibawa ke Barat iaitu ke bahagian Eropah dan Afrika dan juga dibawa ke timur iaitu ke bahagian Afghanistan dan Iran. Selain itu, keistimewaan Zaitun yang digambarkan daripada ayat ini ialah minyaknya yang bercahaya walaupun tidak dinyalakan api padanya (Hamka 1982, 230). Minyak Zaitun sangat berguna sebagai bahan api untuk menyalakan pelita atau lampu. Minyak Zaitun yang mempunyai kualiti yang baik berwarna krim dan ada juga yang berwarna kehijau-hijauan. Apabila diletakkan di dalam bekas kaca, ia akan bercahaya dan apabila dinyalakan lampu, cahayanya bertambah-tambah terang (Farooqi 2003, 53).

Firman Allah s.w.t. di dalam al-Quran:

(14)

145



































































































Maksudnya:

Allah yang menerangi langit dan bumi. Bandingan nur hidayah petunjuk Allah. (al- Quran) adalah sebagai sebuah misykat yang berisi sebuah lampu; lampu itu dalam bekas kaca, bekas kaca itu pula (jernih terang) laksana bintang yang bersinar cemerlang; lampu itu dinyalakan dengan minyak dari pokok yang banyak manfaatnya, (iaitu) pokok Zaitun yang bukan sahaja disinari matahari semasa naiknya dan bukan sahaja semasa turunnya (tetapi ia sentiasa terdedah kepada matahari); hampir-hampir minyaknya itu - dengan sendirinya - memancarkan cahaya bersinar (kerana jernihnya) walaupun ia tidak disentuh api; (sinaran nur hidayah yang demikian bandingannya adalah sinaran yang berganda-ganda): cahaya berlapis cahaya. Allah memimpin sesiapa yang dikehendaki-Nya (menurut undang-undang dan peraturan-Nya) kepada nur hidayah-Nya itu; dan Allah mengemukakan berbagai-bagai misal perbandingan

untuk umat manusia; dan Allah Maha Mengetahui akan tiap-tiap sesuatu.

(al-Nur: 35) Bagi menjelaskan maksud ayat di atas, Allah s.w.t membuat perumpamaan

kemurnian hati seorang mukmin dengan lampu daripada kaca yang nipis dan berkilat dan hidayah al-Quran dan syari’at diumpamakan seperti minyak Zaitun yang baik dan jernih, tidak kotor dan bercahaya. Lampu itu sumbunya adalah daripada minyak Zaitun yang merupakan pohon yang diberkati (Ibn Kathir 2008, 54-56). Pohon Zaitun ini tidak tumbuh di sebelah Timur yang menyebabkan pancaran matahari tidak mengenainya pada waktu siang, dan tidak juga disebelah Barat sehingga terlindung dengan bayang-bayang sebelum matahari terbenam, tetapi terletak di tengah-tengah yang membolehkan cahaya matahari menyinarinya dari pagi hingga petang. Hasilnya, minyak yang dihasilkan jernih dan bercahaya. Keistimewaan Zaitun yang digambarkan daripada ayat ini ialah minyaknya yang bercahaya walaupun tidak dinyalakan api padanya (Hamka 1982, 230). Al-Razi (m. 606H) menyatakan bahawa begitulah hati orang mukmin yang mempunyai ilmu. Apabila dia memperolehi ilmu, maka bertambahlah cahaya di atas cahaya dan petunjuk di atas petunjuk.

Al-Razi turut memetik pandangan Ka’ab al-Ahbar yang menyatakan minyak Zaitun adalah perumpamaan kepada cahaya Nabi Muhammad s.a.w. yang menerangi manusia. Al-Dahhak juga mengatakan ia sebagaimana sifat Nabi Muhammad s.a.w.

(15)

146

yang berhikmah dalam tutur kata baginda s.a.w. sebelum menerima wahyu (al-Razi 1981, 238). Al-Razi juga menyatakan bahawa pokok Zaitun merupakan pokok pertama yang tumbuh selepas taufan dan diberkati padanya 70 para nabi dan dikatakan juga pokok Zaitun ini merujuk kepada pokok Zaitun yang tumbuh di Syam (Syria, Jordan) kerana buminya yang berkat, maka Allah s.w.t. tumbuhkan pohon yang berkat (al-Razi 1981, 233).

Menurut pendapat al-Zamakhshari (m. 538H), perkataan mubarakah dalam ayat ini menggambarkan manfaat yang ada pada pokok Zaitun (al-Zamakhshari 1998, 306).

5. Kelebihan Zanjabil menurut Mufassir















Maksudnya:

Dan mereka dalam syurga itu, diberi minum sejenis minuman yang campurannya daripada"Zanjabil" (al-Insan: 17)

Al-Maraghi (m. 1371H) menyatakan zanjabil ialah tumbuhan yang terdapat di negara Oman yang merupakan akar-akar yang menyusup masuk ke dalam tanah tetapi bukan pohon (al-Maraghi 2001, 7349). Di dalam syurga, antara balasan bagi orang yang beramal soleh ialah mereka diberi minum arak yang dicampurkan dengan halia dan mereka amat menyukainya (al-Maraghi 2001, 7350).

Halia yang terbaik adalah daripada Afrika dan China. Orang Arab gemar meletakkan halia di dalam minuman, kerana ia menimbulkan rasa pedas pada lidah (al-Maraghi 2001, 7347). Minuman ini diminum panas-panas terutamanya semasa musim sejuk (Hamka 1988, 76).

Minuman yang bercampur halia ini akan memberi rasa panas, dan ada masanya mereka akan diberi minuman yang bercampur kafur yang memberi rasa dingin, ini dapat memberi keseimbangan kepada tubuh mereka (Ibn Kathir 2008, j.

8,364).

Pelbagai jenis tumbuhan yang disebutkan secara khusus dalam al-Quran merupakan tumbuhan yang mempunyai keistimewaan yang tersendiri berbanding dengan tumbuhan-tumbuhan lain. Bahkan Allah s.w.t. memerintahkan agar manusia memerhatikan keindahan untuk dikaji, diteliti dan dinikmati dengan penuh kesedaran.

(16)

147 KESIMPULAN

Berdasarkan dapatan kajian ini, pengkaji menyarankan agar setiap individu muslim haruslah mempelajari dan mengkaji mengenai jenis-jenis tumbuhan yang disebut secara khusus di dalam al-Quran yang mempunyai keistimewaannya tersendiri berbanding tumbuh-tumbuhan lain. Hal ini bertujuan membantu masyarakat Islam untuk menambahkan pengetahuan dan pemahaman mereka tentang ilmu-ilmu al- Quran khususnya perkara-perkara yang berkaitan dengan al-I’jaz al-Tibbi.

RUJUKAN

Al-Qur’an al-Karim.

Abd al-Qahir al-Jurjani (1997). Dala’il al-I’jaz. Qaherah: Matba’ah al-Manar.

Abu Bakr Muhammad al-Tayyib al-Baqilani (1997). I’jaz al-Qur‘an. Qaherah, Dar al- Maarif.

Ahmad bin Hanbal. (T.th.) Musnad Imam Ahmad. Qaherah, Maktabah Maimaniyyah.

Ahmad Mustafa al-Maraghi (1946). Tafsir al-Maraghi. Qaherah: Mustafa al-Babi al- Halabi wa Awladuh.

Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Marighni al-Tunusi (2005). Dalil al-Hayran ‘Ala Mawrid al-Zam’an. Qaherah: Dar al-Hadith.

Abi al-Qasim Mahmud bin Umar al-Zamakhsyari (1998). Al-Kashsyaf: An Haqa’iq Awamid al-Tanzil wa ‘Uyun al-Aqawil fi Wujuh al-Ta’wil. Riyadh: Maktabah al-Abikan.

‘Abd Rahman bin Muhammad bin Qasim (1988). Hasyiyah ‘ala al-Ajrumiyyah.

(T.tp.).

‘Adnan al-Syarif (1995). Min Ilmi al-Nafsi al-Qur’ani. Bayrut: Dar al-Ilmi li al- Malayin.

al-Bukhari Muhammad bin Isma'il.(T.th.) al-Jami' al-Musnad al-Shahih al- Mukhtashar min Umuri Rasulillah wa Sunanihi wa Ayyamihi. Bayrut: Dar al- Fikr.

al-Haithami, Nuruddin Ali bin Abi Bakr. Majma’ al-Zawaid wa Manba’ al-Fawaid.

Bayrut: Dar al-Kutub al-Arabi.

(17)

148

al-Jauzi I. Q (2004). Tibb al-Nabawi. Tahqiq: Muhammad Muhammad Tamr dan Muhammad Sa’id Muhammad. Qaherah: Dar al-Fajr li al-Turath.

al-Shawkani (T.th.) Fath al-Qadir. Bayrut: Dar al-Fikr.

al-Suyuti, Abd al-Rahman bin Abu Bakr Jalaluddin (1997). Al-Itqan fi Ulum al- Qur’an: Tahqiq: Sa’id al-Manduh. Bayrut: Muassasah al-Kutub al-Thiqafah.

al-Zarqani, Muhammad Abdul Al-Azim (1988). Manahil Urfan Fi Ulum al-Qur’an.

Jil.2. Bayrut: Dar al-Fikr.

Danial Zainal Abidin. 2007. Quran Saintifik: Meneroka Kecemerlangan Quran daripada Teropong Sains. Selangor: PTS Millenia Sdn Bhd.

Fakhru al-Din al-Razi. Asrar al-Tanzil. Makkah: Maktabah al-Haram al-Nabawi.

Fakhr al-Din Muhammad bin ‘Umar al-Razi (1981). Tafsir Fakhr al-Razi. Bayrut:

Dar al-Fikr.

Fahd bin ‘Abd al-Rahman bin Sulayman (2003). Dirasat fi ‘Ulum al-Qur‘an al- Karim, Riyad: Maktabah al-Malik Fahd.

Hasan Dhiya’ al-Din Etr (1994). al-Mukjizat al-Khalidah, Bayrut: Dar al-Basyair al- Islamiyyah.

Manna’al-Qattan (1995), Mabahith Fi ʻUlum al-Qur‘an. Qaherah: Maktabah Wahbah.

Muhammad Abdul Azim al-Zarqani (2003), Manahil Irfan fi Ulum al-Quran, Jilid 1.

Cet. 2, Bayrut: Dar al-Kutub Ilmiyyah.

Mustafa Sadiq al-Rafi‘e (2006), I’jaz al-Quran wa al-Balaghah al-Nabawiyyah, Bayrut: Dar al-Kutub al-Arabi.

Sabuni, Muhammad Ali al (T. th). Al-Tibyan fi Ulum al-Quran, Bayrut: Alam al- Kutub.

Tabari, Muhammad bin Jarir Abu Jaʻfar al(1968), Jami’ al-Bayan ‘an Ta’wil Ay al- Quran Tafsir al-Tabari, j. 1. Qaherah: Dar al-Hadith.

Tunisi, Abu Ishaq Ibrahim bin Ahmad al-Marighni al(2005), Dalil al-Hayran ʻAla Mawrid al-Zam’an, Qaherah: Dar al-Hadith.

Qattan, Manna‘ Khalil al (1990), Mabahith fi Ulum al-Quran, Qahirah: Maktabah Wahbah, Cet. 7.

(18)

149

Qari, Abd al-Aziz bin Abd al-Fattah (1402H). Al-Taqrir al-Ilmi an Mushaf al- Madinah al-Nabawiyyah, Madinah: Mujamma al-Malik Fahd li Taba’ah al- Mushaf al-Sharif.

Zurqani, Muhammad Abd al-Azim (1995), Manahil al-Arfan fi ‘Ulum al-Qur’an, Bayrut: Dar al-Kitab al-‘Arabi.

Referensi

Dokumen terkait