• Tidak ada hasil yang ditemukan

Alumni UMS Kongsi Kejayaan Dalam Konvensyen Penternak Kambing Sabah

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Alumni UMS Kongsi Kejayaan Dalam Konvensyen Penternak Kambing Sabah"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Alumni UMS Kongsi Kejayaan Dalam Konvensyen Penternak Kambing Sabah

Terakhir dikemaskini: Rabu, 05 Disember 2018 16:52 | Cetak | Jumlah paparan: 108

RABU, 05 DISEMBER – Alumni Universiti Malaysia Sabah (UMS) terus diiktiraf apabila sering dijemput untuk mengongsikan kejayaan yang dikecapi kepada masyarakat.

Terbaru, Sabli Yusin yang berkelulusan Ijazah Sarjana Muda Sains Sosial dengan Kepujian (Sejarah), Fakulti Kemanusiaan Seni dan Warisan pada tahun 2009 dijemput memberi ceramah pada Konvensyen “Halatuju dan Potensi Industri dalam Memacu Pertumbuhan Ekonomi Sabah”.

Bertempat di Dewan Kuliah UMS, program yang julung kalinya diadakan itu merupakan anjuran Koperasi

Penternak Kambing Bumiputera Negeri Sabah (KOPENS) dengan kerjasama Jabatan Perkhidmatan Veterinar Negeri Sabah.

Subli dalam ceramahnya mengongsikan bagaimana pengalamannya ketika mula terlibat dalam penternakan kambing pada hujung tahun 2010 dengan hanya tiga ekor kambing yang ditempatkan di reban ayam.

Bermula dari itu, beliau terus fokus pada perusahaan tersebut sehingga pernah dinobatkan sebagai pemenang pertandingan Perniagaan Luar Bandar (RBC 2013).

“Selepas mengenali KOPENS banyak pengalaman rakan penternak dapat dikongsi bersama, memudahkan rujukan bagaimana menternak kambing dan bekalan kambing untuk dijual sentiasa ada.

“Minat, usaha dan sentiasa mencari ilmu tambahan adalah tonggak utama kepada kejayaan untuk menceburi bidang ini,” katanya yang turut mengusahakan cili fertigasi dan tanaman pisang seluas dua ekar.

Tweet

Kongsi0 Syorkan0 Kongsi Share

(2)

Referensi

Dokumen terkait

MATERIALS AND METHOD This study used a qualitative descriptive approach in order to provide an overview of the implementation of Content and Language Integrated Learning which is

The current biomarker evidence suggests that after ablation any residual or recurrent Barrett’s esophagus continues to carry a risk of neoplastic progression, although the lack of