Beri kesedaran konservasi hidupan liar
BATU PAHAT - Universiti Tun Hussein Onn Malaysia (UTHM) menganjurkan Run For Th e Wild UTHM di Hub Pendidikan Tinggi Pagoh yang diinspirasikan dari pro- gram sama yang dianjurkan World Conservation Society (WCS) Malaysia.
Naib Canselor UTHM, Prof Dr Wahid Razzaly berkata, larian tersebut diadakan bagi memupuk kesedaran dan semangat konservasi hidupan liar dalam kalangan peserta TN50.
Katanya, Malaysia dikategori sebagai salah satu dari 17 negara Megabiodiversiti di dunia sejak 1998 oleh badan antara- bangsa, Conservation International iaitu membawa maksud, sebuah negara yang kaya dengan kepelbagaian tumbuhan, haiwan, serangga dan sebagainya.
"Tidak dinafi kan, pelbagai usaha di-
jalankan di bawah Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar melalui Perhilitan, Jabatan Perhutanan Semenanjung Malaysia (JPSM) dan Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) di Semenanjung Malaysia.
“Di Sabah pula, tugas ini digalas Jabatan Hidupan Liar Sabah, Jabatan Perhutanan Sabah dan Taman-Taman Sabah manaka- la Perbadanan Perhutanan Sarawak (SFC), Jabatan Perhutanan Sarawak serta bebe- rapa agensi lain memainkan fungsi serupa di Sarawak,” katanya.
Bagaimanapun, katanya pem- bangunan polisi, peraturan, undang-un- dang dan sebagainya seolah-olah terasing dari masyarakat kerana kesedaran bahaya, kadar penurunan populasi, kepupusan masih mentah di minda masyarakat kita.
Peserta Run For The Wild UTHM terdiri dari mahasiswa dan masyarakat setempat.
Headline Beri kesedaran konservasi hidupan liar MediaTitle Sinar Harian (Johor)
Date 17 Mar 2018 Color Full Color
Section News Circulation 160,000
Page No 19 Readership 509,000
Language Malay ArticleSize 202 cm²
Journalist N/A AdValue RM 1,415
Frequency Daily PR Value RM 4,245