• Tidak ada hasil yang ditemukan

Berita Harlan Hari/Tarikh: I3/01/2012, Jumaat Muka Surat: 2 ajuk

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Berita Harlan Hari/Tarikh: I3/01/2012, Jumaat Muka Surat: 2 ajuk"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Surat khabar: Berita Harlan

Hari/Tarikh: I3/01/2012, Jumaat Muka Surat: 2

ajuk : UNIMAS IP"I'A kedua serah Buku I Malaysia

UNIMAS IPTA kedua serah Baucar Buku 1 Malaysia

S

AMARAHAN: Universiti Ma- laysia Sarawak (UNIMAS) menjadi universiti kedua di negara

ini yang sudah menyerahkan Bau- car Buku 1Malaysia berjumlah

RM200 setiap seorang kepada 10,927 pelajarnya.

Majlis simbolik penyerahan bau- cer itu dirasmikan Menteri Keba- jikan, Wanita dan Pembangunan

Keluarga, Datuk Fatimah Abdullah, semalam.

Pada majlis itu, Fatimah menye- rahkan replika cek baucar berkenaan kepada wakil pelajar dari setiap fa-

kuliti UNIMAS di Pusat Khidmat Aka- demik. Kampus UNIMAS. di sini.

Timbalan Naib Canselor (Hal Eh- wal Pelajar & Alumni) UNIMAS, Prof Mohd Fadzil Abdul Rahman, berkata UNIMAS menjadi univer- siti kedua terawal menyerahkan baucar terbabit selepas satu uni-

versiti awam di Semenanjung yang pertama menyerahkan baucer itu kelmarin.

"Pihak pengurusan unversiti me- lihat pemberian baucar buku ini adalah sebagai satu dorongan dan galakan kepada pelajar UNIMAS

untuk terus menimba ilmu. Baucar ini berjumlah RM200 saja sedang- kan buku akademik pelajar, ada yang mencecah RM600 senaskah,

tetapi ia sekurang-kurangnya me- ngurangkan beban kewangan yang ditanggung pelajar, " katanya.

Prof Mohd Fadzil sehubungan itu berharap pelajar UNIMAS tidak memberi persepsi buruk terhadap pemberian bantuan berkenaan, ber-

ikutan kerajaan membelanjakan se- jumlah RM260 juta untuk memban-

tul tiga juta pelajar di seluruh ne- gara.

Berikutan bilangan pelajar UNI- MAS ramai, pihaknya juga men- jangka proses penagihan baucar

terbabit akan mengambil masa dan berharap pelajar memahami masa- lah berkenaan.

"Pihak pengurusan universiti ju- ga sedang membincangkan pelba- gai kaedah bagi mempercepatkan lagi penyerahan baucar ini dan me- ngagihkannya sebelum habis pepe-

riksaan semester, berikutan pelajar akan mula bercuti tidak lama lagi, "

katanya.

Sementara itu, pelajar tahun dua, Fakuliti Sains Kognitif dan Pem- bangunan Sumber Manusia UNI- MAS, Mandy Luv Andrew, 21, ber- kata sebaik menerima baucar ber- kenaan, beliau akan mengunjungi

kedai buku terdekat bagi membeli buku akademik yang sangat diper- lukan bagi semester depan.

Referensi

Dokumen terkait