Provided for client's internal research purposes only. May not be further copied, distributed, sold or published in any form without the prior consent of the copyright owner.
Berpadalah v kita bukan sambut hari raya terakhir
MOHD.
HAFIZ ZULFAKAR
K
ETIKA inijutaan rakyat Malaysia sedang menghitung saat kehadiran bulan Syawal yang bakal tiba beberapa hari lagi.Sambutan tahun ini dijangka sangat meriah dan disambut besar-besaran walaupun 'raya terkejut' pada tahun lepas.
Pelbagai jenis persiapan sudah awal dirancang untuk menyambut kemenangan bersama keluarga tercinta setelah sebulan berpuasa.
Umum merasakan persiapan raya tahun ini adalah sangat luar biasa. Ini termasuk dari segi persiapan membeli kelengkapan seperti pakaian raya, biskut raya, perhiasan diri dan juga peralatan rumah.
Ini jelas khabar berita baik bukan sahaja kepada pengguna sebagai pembeli, tetapi juga kepada peniaga dalam merancakkan kembali ekonomi. Bahkan, urusan pertukaran wang bagi tujuan duit raya di pusat perbankan berlaku rancak dan dikatakan bekalan duit baharu telah kehabisan dalam masa singkat.
Dalam menyambut perayaan yang dinanti- nantikan, kita sering diperingatkan supaya tidak keterlaluan dan sentiasa peka dengan pengurusan sisa hasil daripada aktiviti sambutan hari raya pada tahun ini.
Dijangka terdapat tiga kategori utama sisa berdasarkan aktviti lazim hari raya yang boleh memberi kesan kepada kehidupan dan alam sekitar sekiranya tidak dikawal dengan baik.
Tiga kategori ini ialah sisa makanan, sisa mercun dan bunga api serta sisa penggunaan elektrik.
Tidak dinafikan, hari raya adalah waktu untuk kita menikmati segala juadah sama ada tradisional atau moden. Negara kita kaya dengan kepelbagaian makanan khususnya yang hanya boleh dijumpai ketika waktu-waktu tertentu. Dalam niat kita menjamu tetamu yang hadir, berpada-padalah agar makanan disajikan tidak dibazirkan.
Sisa makanan boleh terhasil akibat penyediaan makanan berlebihan. Keghairahan masyarakat khususnya bagi
menunaikan hajat beraya memungkinkan makanan dimasak atau ditempah melebihi kuantiti sepatutnya.
Ada yang menjangkakan mendapat kunjungan ramai, ada yang ingin menunjuk bakat memasak menu baharu yang telah dipelajari.
L A L A T Di samping itu, kebarangkalian makanan menjadi rosak, justeru menjadi sisa boleh berpunca daripada kegagalan menjaga kebersihan makanan. Ini termasuk membiarkan makanan terdedah kepada unsur yang boleh merosakkan seperti lalat, cuaca panas, mengambil makanan menggunakan
tangan dan membiarkan makanan tidak ditutup.
Berdasarkan tinjauan, trend perbelanjaan bahan mentah, tempahan makanan dan jadual rumah terbuka, dijangka sisa makanan yang terhasil akan meningkat mendadak.
Ini ada kebenarannya berdasarkan kajian awal mendapati sisa makanan ketika bulan Ramadan tahun ini melebihi kadar dicatatkan bagi tempoh sama pada 2019, iaitu sebelum berlakunya serangan pandemik. Rancang dan uruslah penghasilan dan pembelian makanan dengan bijak.Jangan kerana ikutan perasaan, makanan terbazir begitu sahaja.
Walaupun permainan mercun tidak dibenarkan, masih ada segelintir rakyat yang masih tidak boleh lari daripada aktiviti ini. Pada mereka, apalah erti perayaan sekiranya tiada dentuman dan percikan daripada pembakaran bunga api dan mercun ini. Sama ada mercun yang dibeli di gerai ataupun dibuat sendiri menggunakan
bahan dan peralatan tertentu, membakar mercun adalah perkara wajib dilakukan pada golongan ini.
Malah untuk golongan yang tidak mempunyai keberanian bermain mercun, mereka pula akan bermain bunga api khususnya kanak-kanak.
Bermula daripada pembalut plastik sehinggalah lebihan pembakaran, mercun dan bunga api ini sememangnya menghasilkan sisa yang bukan sahaja sampah sarap, tetapi juga boleh mendatangkan kesan kepada alam sekitar. Ini termasuk pencemaran bunyi, pencemaran asap, risiko kebakaran dan kecederaan serta sisa toksik hasil pembakaran.
Sisa penggunaan elektrik pula merujuk kepada pembaziran tenaga elektrik secara sengaja atau tidak sengaja ketika menyambut hari raya khususnya ketika aktiviti ziarah-menziarahi.
Kita boleh lihat penggunaan barangan elektrik yang tinggi seperti pemasangan lampu dalam rumah walaupun
keadaan di dalamnya cerah.
Pemasangan televisyen sepanjang hari juga berlaku tanpa ada yang menonton kerana kebanyakan penghuni serta tetamu sibuk berborak sesama sendiri.
Selain itu, pemasangan lampu hiasan bagi mewarnai rumah juga merupakan aktiviti yang menghasilkan sisa tenaga elektrik berlebihan.
Ini terutama apabila lampu hiasan dibiarkan terbuka semalaman, yakni dari awal malam sehingga pagi keesokan harinya. Ini tidak termasuk suis peralatan yang tidak ditutup dan dicabut dari soket.
Sememangnya pengecas telefon pintar mudah alih sentiasa terpasang walaupun +
tiada pengecasan sedang dilakukan. Aliran tenaga elektrik dibazirkan begitu sahaja tanpa disedari oleh penghuni rumah. Amalan ini juga berbahaya sekiranya kabel pengecas yang mempunyai aliran arus hidup dimain oleh anak-anak kecil.
Jalan terbaik untuk mengawal pembaziran dan meminimumkan sisa ketika menyambut hari raya yang mulia ini khususnya selepas menjalani ibadah puasa yang mengajar erti kesabaran adalah dengan mengamalkan konsep kesederhanaan dan kebertanggungj awaban.
Masyarakat khususnya mereka yang menyambut perayaan ini harus cakna dan ambil peduli tentang peranan mereka dalam mengawal sisa akibat pembaziran daripada aktiviti-aktiviti ketika raya ini. Sisa ini pasti mendatangkan kesan buruk pada kehidupan dan persekitaran kita khususnya kesan rumah hijau.
Memang ini hari raya yang ditunggu-tunggu sekian lama, tapi janganlah perlakuan kita seolah-olah ini adalah hari raya yang terakhir yang boleh kita sambut.
DR. MohdHafizZulfakar ialah Pensyarah Kanan di Jabatan Pengajian Teknologi & Pengurusan Rantaian Bekalan, Fakulti Pengurusan
& Perniagaan, Universiti Teknologi Mara (UiTM) Kampus Puncak Alam.
Umum merasakan persiapan raya tahun ini adalah sangat luar biasa."
K E G H A I R A H A N masyarakat untuk m e n y a m b u t hari raya pada tahun ini m e m u n g k i n k a n makanan dimasak atau d i t e m p a h melebihi kuantiti sepatutnya. - U T U S A N / A M I R KHALIO