1 JANUARI - APRIL 2022
SENADA
U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i aJ a n u a r i - A p r i l 2 0 2 2 | I s u 4 1 6 | I S S N 0 1 2 7 - 1 7 4 1
Bicara Perdana
Naib Canselor 2022
MARA UKM
SENADA elektronik boleh dicapai di:
http://www.ukm.my/pkk/publication-category/Senada Sidang Pengarang SENADA amat mengalu-alukan sumbangan daripada fakulti/institut/pusat/bahagian untuk diterbitkan pada ruangan tetap, berita semasa mahupun rencana yang berkaitan dengan urusan keilmuan atau aktiviti universiti. Sila hantarkan
bahan tersebut kepada:
Ketua Editor SENADA Pusat Komunikasi Korporat (PKK)
Universiti Kebangsaan Malaysia 43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan
Tel: 03-89215540 / 3544 Faks: 03-8921 4097 E-mel: [email protected]
SIDANG EDITORIAL
Dr. Shahrul Nazmi Sannusi • Ketua Editor Saipulizam Abd. Ghani • Timbalan Editor
Mohamad Salleh Sulieman • Editor
PENGELUARAN
Mohd. Noor Ramly • Senada elektronik Sharmiza Zan • Pereka
Unit Foto PKK • Fotografi
PKK • Pengedaran
3 JANUARI - APRIL 2022
NAIB CANSELOR
Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman
Warga UKM yang dikasihi,
Dalam menghadapi suasana pandemik Covid-19 yang masih kabur, saya ingin menadah tangan dan mengucapkan
kesyukuran kepada Allah SWT kerana kita masih berupaya menjalankan tanggungjawab dan amanah
dengan jayanya.
Masih jauh perjalanan kita ini. Sehingga kini, pandemik Covid-19 masih belum menunjukkan sebarang isyarat bahawa ia akan berakhir. Malah, keadaan dunia menjadi tidak menentu dan sememangnya ia amat menggelisahkan. Banyak sektor terkesan termasuklah sektor pengajian tinggi.
Semestinya, sebagai salah sebuah institusi pendidikan tinggi di Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) juga menerima tempias yang hebat. Kegusaran yang sering meresahkan ramai adalah; apakah UKM mampu meneruskan aspirasi asal di bawah himpitan pandemik ini?
Dalam Bicara Perdana Naib Canselor 2022- Mara UKM baru-baru ini, saya ingin mengajak seluruh warga dan pelajar UKM melihat perspektif baharu yang jauh lebih luas agar kita dapat terus mara dalam persekitaran yang semakin mencabar.
Kita akan terus memperhebat dan menyemarakkan lagi kemaraan UKM melalui pelan tindakan bagi prakarsa-prakarsa di bawah kebitaraan Watan, I-Minda, Holistik, Digital dan Prihatin. Semuanya ini akan terfokus dan menjurus kepada lonjakan dua agenda utama UKM, iaitu Kebolehpasaran Graduan dan Penjanaan Pendapatan.
Dalam pada itu, kita jangan lupa dengan amanah yang dipertanggungjawabkan ke atas bahu kita. Amanah yang saya maksudkan ialah memartabatkan Bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu di persada dunia. Tanggungjawab ini perlu dipikul bersama meskipun kita masih mengharungi gelora pandemik.
Akhir kalam, saya menyeru semua warga dan pelajar UKM untuk terus menjaga keselamatan dan kesejahteraan diri.
Sorotan Kejayaan UKM Sepanjang 2020-2021 6 UKM Terima Mandat Julang Bahasa Melayu 8 UKM Naik Taraf Capaian Internet 9 Kenderaan Sel Fuel Hidrogen UKM Tangani Krisis Gas Rumah Hijau 10 Polis Bantuan UKM Tingkat Mutu Khidmat 12 Baju Korporat dan Kad Kampus Baharu Serlah Citra UKM 13 Program ODL UKM Mercu Kejayaan Akademik 14
KANDUNGAN Isi
5 JANUARI - APRIL 2022
Bicara Perdana Naib Canselor 2022 yang bertemakan Mara UKM baru-baru ini menyajikan refleksi pencapaian naratif baharu Universiti Kebangsaan Malaysia sebagai sebuah universiti watan.
Naib Canselor UKM Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman menegaskan naratif baharu UKM yang beliau kemukakan adalah untuk memugar dan menggilap citra UKM sebagai universiti watan kita.
“Naratif Baharu UKM ini bukanlah satu falsafah baharu bagi UKM, tetapi merupakan suatu pembaharuan tekad dan keazaman kita kepada UKM dalam konteks universiti penyelidikan, yang sentiasa meneroka pendekatan baharu dalam bidang pengajaran dan pembelajaran.
“Kita mahu memperkasa pelajar dan melonjakkan penglibatan UKM dengan masyarakat, rakan strategik dan pihak industri.
Inilah yang dikatakan sebagai naratif baharu bagi menonjolkan semula peranan UKM sebagai universiti watan,” katanya.
Sorotan Kejayaan UKM Sepanjang 2020-2021
Naib Canselor membahagikan kejayaan UKM kepada beberapa segmen iaitu penyelidikan, akademik, dan khidmat masyarakat.
Beliau menyebut Makmal Bioserasi CRIM- UKM yang berjaya memperoleh status ISO MS17025 dan Good Laboratory Practice (GLP) sebagai contoh kejayaan penyelidikan.
Makmal ini diiktiraf di peringkat antarabangsa oleh Organization for Economic Co-Operation and Development (OECD).
Selain itu, UKM juga mengungguli bidang pengajaran dan pembelajaran yang terkehadapan dengan pelaksanaan kaedah pembelajaran baharu berasaskan pengalaman terdahulu.
“Buktinya, UKM berjaya menjadi universiti awam pertama yang mendapat pengiktirafan APEL Q untuk tempoh 5 tahun,” katanya.
Beliau juga bersyukur atas keprihatinan warga UKM terhadap aktiviti kemasyarakatan termasuklah bantuan kepada mangsa banjir.
7 JANUARI - APRIL 2022
“UKM berjaya mengumpul sumbangan paling banyak berbanding universiti lain, iaitu RM700,000 yang diterima daripada alumni, warga UKM dan pihak luar.”
Beliau juga mengingatkan kepentingan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu yang telah diungkapkan oleh Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin, Canselor UKM yang pertama.
“Inilah perisai utama yang menaungi Universiti Kebangsaan Malaysia. Jangan sesekali kita melupakannya,” tegasnya.
Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM) akan terus menjulang bahasa Melayu di persada dunia, kata Naib Canselor UKM, Prof.
Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman dalam Bicara Perdana Naib Canselor 2022.
Dalam ucapannya, beliau mengingatkan warga UKM tentang amanah besar yang diberikan oleh Canselor UKM yang pertama iaitu Allahyarham Tun Abdul Razak Hussin kepada UKM agar terus memartabatkan bahasa Melayu sebagai bahasa ilmu.
Lebih mengujakan lagi, UKM telah diberikan mandat oleh Kementerian Pengajian Tinggi (KPT) dengan melantik Institut Alam dan Tamadun Melayu (ATMA) sebagai Sekretariat Jawatankuasa Induk Pengembangan Bahasa Melayu Institusi Pendidikan Tinggi Negara-negara ASEAN. Antara peranan jawatankuasa ini adalah untuk merancang pemetaan program kerjasama melalui pelbagai aktiviti pengembangan bahasa Melayu di IPT di negara-negara 13 ASEAN.
“Penubuhan UKM adalah aspirasi rakyat yang mahukan bahasa Melayu menjadi bahasa ilmu selain meletakkan jati diri kebangsaan sebagai asas dan menjulang semangat patriotisme dalam kalangan warganya,” katanya.
Usaha UKM memertabatkan bahasa Melayu ini adalah seiring dengan amanat Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob yang menegaskan bahawa Malaysia akan menggunakan bahasa Melayu dalam setiap urusan rasmi negara, termasuk mesyuarat dan persidangan antarabangsa sebagai usaha memartabatkan bahasa kebangsaan.
UKM Terima Mandat
Julang Bahasa Melayu
9 JANUARI - APRIL 2022
UKM Naik Taraf Capaian Internet
UKM kini dalam proses untuk menaik taraf sistem digital dan capaian internet bagi membolehkan warga UKM mendapat capaian yang lebih berkesan.
Naib Canselor Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj. Toriman menekankan UKM akan menaik taraf infrastruktur siber jalur lebar berkelajuan tinggi iaitu MYREN-X untuk memperkasa bidang pengajaran dan pembelajaran serta penyelidikan bagi melaksaksanakan perubahan ini.
UKM juga akan memanfaatkan Revolusi Industri 4.0 dengan sebaik mungkin.
Kerjasama antara Fakulti Ekonomi dan Pengurusan (FEP) dengan Might dan ThynBlynk 20 melalui projek teknologi akan berfokus pada pengurusan dokumen sumber manusia yang lebih pantas dan efektif. Usaha ini juga akan melibatkan kerjasama dengan UKM Pakarunding Sdn Bhd.
Gangguan rangkaian internet yang sering berlaku di kampus juga dijangka akan dapat dikurangkan. Penggantian 60% perkakasan rangkaian usang bagi memastikan pengurangan risiko gangguan rangkaian juga amat ditekankan dengan kabel gentian optik sebagai pilihan. Perkhidmatan internet ini juga menawarkan lebih 500 server (pelayan) yang mampu menampung keperluan pendigitalan UKM untuk tempoh 5 tahun akan datang.
Pelancaran dua kenderaan sel fuel hidrogen baru-baru ini menunjukkan sokongan UKM terhadap Pelan Pembangunan Mobiliti Rendah Karbon 2021-2030 Malaysia untuk mencapai pengurangan gas rumah hijau sehingga 45 peratus menjelang 2030 dan menjadi negara neutral karbon seawal tahun 2050.
Kenderaan Sel Fuel
Hidrogen UKM Tangani Krisis Gas Rumah
Hijau
Sekumpulan penyelidik yang diketuai oleh Prof. Ir. Dr. Siti Kartom Kamarudin dan Prof. Madya Dr. Mohd Shahbudin Mastar
@ Masdar dari Institut Sel Fuel UKM telah membangunkan kenderaan ini melalui pengubahsuaian kenderaan elektrik.
11 JANUARI - APRIL 2022
Kenderaan ini juga dikatakan mempunyai kelebihan tersendiri dengan tidak menghasilkan gas karbon dioksida serta mengurangkan bunyi bising.
Kereta golf (bugi) yang dibangunkan dengan kerjasama pihak Petronas mempunyai keunikan tersendiri kerana sumber kuasa elektrik menggunakan bateri digantikan dengan sistem sel fuel sekaligus meningkatkan kecekapan pengoperasian bugi. Ia juga boleh berfungsi sebagai penjana kuasa pegun berkuasa 3000 W bagi penggunaan peralatan elektrik.
Kenderaan utiliti sukan (sport utility vehicle, SUV) hibrid versi mini pula adalah kerjasama dengan syarikat Myrenergy Sdn. Bhd.
Kenderaan ini merupakan hibrid sel fuel dan bateri dengan nisbah 0.5 yang mana setiap sumber kuasa mampu mencapai kapasiti sehingga 10 kW dan membolehkan kenderaan bergerak lebih jauh dari jarak perjalanan asal.
Sistem sel fuel ini juga dilengkapi dengan unit sokongan seperti pelembap dan pendingin air bagi mengoptimumkan prestasi sistem.
Bahagian Keselamatan UKM dinaik taraf kepada Polis Bantuan UKM demi meningkatkan mutu perkhidmatan keselamatan kampus UKM yang mencakupi kampus Bangi, Cheras, dan Kuala Lumpur.
Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj.
Toriman berkata program naik taraf ini akan menyaksikan pemerkasaan ekosistem keselamatan dalam kampus UKM yang lebih selamat, lestari dan sejahtera.
“Seramai empat orang pegawai dan 200 orang anggota Keselamatan UKM akan menyertai latihan berperingkat Polis Bantuan selama tiga bulan dan latihan ini akan dikendalikan oleh pihak SUKSIS UKM bermula pada bulan Mei 2022,” katanya.
Bahagian Keselamatan UKM Kini Dinaik Taraf
Sementara itu, UKMShape juga memberikan sumbangan sebanyak RM450,000.00 kepada Bahagian Keselamatan UKM bagi pembelian beberapa buah kenderaan untuk tujuan rondaan bagi meningkatkan keselamatan dalam kampus.
13 JANUARI - APRIL 2022
Baju Korporat dan Kad Kampus Baharu Serlah Citra UKM
Bicara Perdana Naib Canselor 2022 bertemakan Mara UKM baru-baru ini menyaksikan pelancaran baju korporat dan kad kampus baharu yang dapat menyerlahkan citra UKM pada mata masyarakat.
Citra watan diterap dengan jelas sekali dalam rekaan baju korporat baharu UKM tanpa mengabaikan cita rasa peminat fesyen semasa. Logo UKM kekal sebagai ikon sebuah universiti kebangsaan.
Dominasi biru sebagai warna tradisi UKM pula cukup terserlah. Lebih menarik, motif songket merah yang menjadi identiti UKM sejak sekian lama turut dimuatkan pada bahagian dalam kolar baju.
Rekaan baju korporat ini juga mengekalkan potongan moden dan kontemporari.
Fabrik yang lembut dan tidak panas memberikan keselesaan pada pemakai.
Pemakai juga tidak perlu risau kerana baju korporat baharu ini ditawarkan dengan pelbagai saiz dan pilihan lengan pendek atau panjang bagi lelaki dan perempuan serta boleh dilipat.
Semasa pelancaran, Naib Canselor UKM Prof. Dato’ Ts. Dr. Mohd Ekhwan Hj.
Toriman turut memperagakan baju korporat baharu yang ditayangkan kepada warga UKM buat julung kali bersama tiga lagi model.
Seluruh warga dan pelajar UKM berpeluang mendapatkan kad kampus baharu tidak lama lagi. Pengumuman pemenang kad kampus baharu dibuat
setelah pertandingan Mencipta Reka Bentuk Kad Kampus yang dianjurkan oleh Jabatan Pendaftar UKM mendapat sambutan hebat daripada warga UKM sekitar Februari lalu.
Sentuhan kreatif pereka iaitu Meor Sony Hermi dari Pusat Teknologi Maklumat yang mneggabungkan tiga warna UKM yang diadun dengan motif songket telah berjaya menawan hati panel yang memilih rekaan beliau sebagai pemenang.
Penawaran program Online Distance Learning (ODL) berjaya menghasilkan graduan yang mampu berdepan dengan dunia pekerjaan yang semakin mencabar serta dapat memupuk kemahiran pencarian ilmu yang sangat penting dalam proses pembelajaran sepanjang hayat.
Program ODL UKM Mercu Kejayaan
Akademik
Sebanyak tiga program mula ditawarkan pada Mei dan September 2022 lalu manakala empat program lagi sedang berada dalam fasa persediaan (atau pembangunan dokumen).
Bagi mempromosi program ODL di UKM, UKMShape akan bekerjasama dengan fakulti dan institut dalam mengenal pasti program sesuai dan mempunyai permintaan tinggi berdasarkan kajian pasaran yang dijalankan.
Selain itu, penawaran program ODL secara in-house yang lebih bersasar melalui agensi kerajaan dan swasta juga akan dilaksanakan tidak lama lagi.
15 JANUARI - APRIL 2022
Pusat Komunikasi Korporat Universiti Kebangsaan Malaysia
43600 UKM Bangi, Selangor Darul Ehsan, Malaysia (+603 8921 5540/3370/4142 +603 8921 4097