• Tidak ada hasil yang ditemukan

Bismillah Hirrahman Nirrahim

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Bismillah Hirrahman Nirrahim"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

TEKS UCAPAN

LT. KOL. PROF. DATO’ DR. KAMARUDIN HUSSIN

REKTOR KUKUM SEMPENA MAJLIS PELANCARAN SAMBUTAN BULAN RAMADHAN 2006/1427 HIJRAH

DI DEWAN KAPITOL, 20 SEPTEMBER 2006.

Bismillah Hirrahman Nirrahim

Assalamualaikum Warahmatullahi Taala Wabarakatuh Dan Salam Sejahtera.

Yang Berusaha Tuan Haji Rusli Bin Abd Hamid, Pendaftar KUKUM Yang Berusaha Tuan Haji Ayob Ismail, Bendahari KUKUM

Yang Berusaha Puan Hajjah Foyziah Ahmad Nasurudin, Ketua Pustakawan KUKUM

Dekan-Dekan Dan Ketua-Ketua Jabatan KUKUM dan

seluruh warga dan pelajar KUKUM yang dihormati.

Alhamdulillah, bersyukur kita kehadrat Allah s.w.t kerana diizinkan kita berkumpul di majlis ceramah agama dengan tajuk “Penghayatan Ramadhan” di dalam majlis pelancaran aktiviti Ihya Ramadhan peringkat KUKUM bagi tahun 2006 bersamaan 1427 Hijrah.

Terlebih dahulu, saya ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada Jawatankuasa aktiviti Ihya Ramadhan di atas berkat komitmen yang tinggi dalam usaha menyatu idea dan bertungkus lumus memastikan

(2)

segala aktiviti yang dijalankan ini mendapat rahmat hidayat di dunia dan akhirat.

Hadirin-hadirat sekalian

Setelah 11 bulan umat Islam meninggalkan Ramadhan yang lalu, kita bertemu lagi bulan Ramadhan yang mulia ini. Dalam sekelip mata sahaja, usia juga bertambah dewasa dan matang. Syukur alhamdunillah, kita dipanjangkan umur untuk sekali lagi bersama bulan yang penuh keberkatan ini dan hendaknya kesempatan ini tidak disia-siakan begitu sahaja. Bulan Ramadhan adalah bulan yang sangat tinggi darjat dan besar martabatnya di sisi Allah s.w.t. dan RasulNya, ia juga penghulu segala bulan.

Sempena kedatangan bulan Ramadhan al-Mubarak ini marilah sama- sama kita berdoa moga-moga kita mendapat rahmat dari-Nya;

”Ya Allah sesungguhnya telah datang bulan Ramadhan. Ya Allah,Tuhan pemilik Ramadhan. Engkau turunkan di dalam al-Quran, Engkau jadikan al-Quran penjelasan petunjuk antara yang hak dan yang batil. Ya Allah berkatilah kami di bulan Ramadhan ini, bantulah kami untuk melakukan puasa dan solat di dalamnya dan terimalah amal ibadat kami”.

Di antara kelebihan dan keistimewaan bulan Ramadhan itu Allah s.w.t telah menurunkan kitab suciNya (Al-Quran) yang menjadi petunjuk pada manusia. Turunnya kitab suci oleh Allah S.W.T kepada Nabi junjungan besar Muhammad S.A.W merupakan rahmat yang besar bagi seluruh umat islam. Terdapat banyak pengajaran yang menjadi pedoman bagi sesiapa yang mengkaji dan mengamalkannya. Kandungannya mencakupi semua ajaran yang terdapat didalam kitab-kitab suci yang diturunkan sebelumnya. Bagi mereka yang sentiasa membaca,

(3)

mempelajari dan menghayati segala ajaranNya akan terbit rasa cinta kepada Allah S.W.T dan mereka ini akan diberikan keberkatan pada setiap masa. Tambahan pula dibulan yang penuh kemuliaan ini.

Hadirin-hadirat sekalian

Apabila menyentuh mengenai bulan Ramadhan, dengan sendirinya ia mempunyai hubungan dengan kewajipan puasa yang disyariatkan didalamnya. Suatu kewajipan yang tidak boleh ditinggalkan.

Meninggalkan atau sengaja tidak menunaikan kewajipan puasa, bukan sahaja suatu dosa besar bahkan ia tidak boleh ditebus dalam apa jua cara. Tidak boleh ditukar ganti, sekalipun orang yang meninggalkannya berpuasa seumur hidup. Semoga kedatangannya menjadi pembuka jalan kepada keuntungan pahala daripada pelbagai ibadat yang akan kita tunaikan kelak.

Oleh itu, renungkan Ramadhan yang lalu, hisab dan hitung pengorbanan kita dahulu sejauh mana telah diisi dengan amal-amal ibadah dan amalan-amalan kebajikan yang lain. Tanamkan azam dan kuatkan semangat untuk melipat gandakan usaha pada Ramadhan ini. Moga segala amalan akan diberkati oleh-Nya. Rebutlah peluang yang ada hanya sekali setahun untuk mendekati Maha Pencipta. Tambahkanlah pahala ibadat yang berlipat ganda di bulan penuh keampunan ini, terutama apabila tibanya ”Lailatul-Qadar”. Hiasilah diri kita dengan maksud dan isi Al-Quran dan mudah-mudahan amalan kita akan di terima olehNya .

Dengan lafaz Bismillahhirahmanirhhim, Saya dengan ini melancarkan aktiviti bulan Ramadhan bagi tahun 2006 bersamaan 1427 Hijrah. Sekian, Terima Kasih.

Referensi

Dokumen terkait

Marilah kita bersyukur kepada Tuhan, karena kita dapat berkumpul pada acara pembukaan lomba berbusana kebaya dalam rangka memperingati Hari

Kita bersyukur karena kita masih diberi kesempatan oleh Allah untuk berjumpa dan melaksanakan amaliyah Ramadhan di tahu ini, walaupun suasanah Pandemi tapi tidak

Pertama-tama kami sangat bersyukur kepada Tuhan Yang maka esa atas curahan rahmat-Nya yang diberikan kepada kita, sehingga pada kesempatan yang baik ini kita dapat

Bersyukur kita kerana pada pagi ini kita dapat mengadakan Majlis Penghargaan Projek Keceriaan 24 hour Learning Facility & Sumbangan Projek Umbrella Tree daripada pelajar Fakulti

Alhamdulillah, bersyukur kita ke hadrat Allah S.W.T kerana dengan limpah kurnia dan keizinan-Nya, dapat kita sama- sama berkumpul pada hari ini dalam Pertandingan Nasyid Antara Jabatan

ALHAMDULILLAH, BERSYUKUR KITA KE HADRAT ALLAH S.W.T KERANA DENGAN LIMPAH KURNIA, KASIH SAYANG SERTA KEIZINAN-NYA DAPAT KITA BERKUMPUL PADA PAGI INI DI DALAM SUASANA YANG PENUH KECERIAAN

Bersyukur kita kehadrat Allah S.W.T atas limpah kurnia rezeki yang dicurahkan, kasih sayang yang melimpah-ruah, dan mengizini kita semua pada hari ini sekali lagi berhimpun dan bertemu

Terlebih dahulu marilah kita bersama-sama bersyukur kehadrat Allah Subhanahuwataala kerana hanya dengan limpah kurnia dan inayah-Nya kita dapat bersama-sama pada petang ini dalam Majlis