MODELLING USING HEC - RAS
Jabatan Pengairan dan Saliran, Malaysia
Updates JPS
MENARIK DI DALAM
Edisi Julai dan Ogos
Combo‘18
ISSN 2229 - 824X
ADVANCED 1D/2D
(KERJASAMA DI ANTARA JPS MALAYSIA DAN
US ARMY CORPS OF ENGINEERS)
ECO
EGO
KANDUNGAN
AKTIVITI MENARIK
DARI TINTA
ADVANCED 1D/2D
MODELLING USING hec-ras mesyuarat joint
evaluation team (jet) ke-33
poster unit integriti
poster working group 2
bengkel penyediaan standard pelan induk saliran mesra alam projek rtb sg. bunus
04 06 07
09 10
13
14
06
06
13
KETUA EDITOR
Dari Tinta
Alhamdulillah, syukur ke hadrat Allah SWT kerana dengan limpah rahmat dan izin-Nya, dapat kita bersua lagi melalui Buletin JPS Updates Edisi Bulan Julai dan Ogos 2018.
Melalui penerbitan Buletin JPS Updates Edisi kali ini, banyak acara-acara menarik yang berlangsung pada bulan Julai dan Ogos terutama Program Advanced 1D/2D Modelling Using HEC-RAS Hydraulics & Hydrology Workshop yang telah berlangsung di JPS Ampang pada 23 hingga 27 Julai 2018.
Program ini telah disertai seramai 40 peserta dari pelbagai Bahagian di JPS.
Program yang berlangsung selama 5 hari ini melibatkan 2 pembentang dari US Army Corps of Engineers. Antara aspek yang difokuskan ialah memberi pendedahan dan latihan kepada pegawai-pegawai JPS dalam menggunakan sistem HEC – RAS.
Turut menjadi fokus dalam Buletin JPS Updates Edisi ini adalah penganjuran Taklimat JPS Malaysia kepada YB Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli. Taklimat ini telah dihadiri oleh Pengurusan Atasan, Pengarah Bahagian/ Negeri dan Projek. Salah satu tujuan program ini diadakan adalah untuk menerangkan fungsi-fungsi utama JPS Malaysia. Diharap dengan terbitnya Buletin JPS Update ini, dapat memberi ruang untuk warga JPS berkongsi gambar-gambar serta mendapat pengetahuan yang baru melalui sudut maklumat di dalam buletin ini.
Tahniah juga diucapkan kepada seluruh Sidang Redaksi Buletin JPS Updates kerana telah berusaha dengan gigih menyumbang idea dan tenaga untuk menerbitkan Buletin JPS Updates Edisi Bulan Julai dan Ogos 2018. DIharap lebih ramai warga JPS dapat menyumbang hasil penulisan untuk keluaran yang akan datang. Akhir kata, sebelum pembaca melangkah pembacaan ke helaian yang seterusnya, saya ingin mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Menyambut Hari Aidiladha.
Hj. Mat Supri Bin Kasa
REDAKSI
SIDANG
Dato’ Ir. Hj. Mohd Azmi bin Ismail
PENASIHAT
YBhg. Dato’ Ir. Dr. Hj. Md Nasir bin Md Noh
PENYELARAS
Nadiah binti Abd. Kadir
Mohammad Hakim bin Hasnul Nur Afifah Amalin binti Mohd Ladin
KETUA EDITOR
Hj. Mat Supri Bin Kasa
EDITOR
Norazizah binti Abdul Kadir
PENOLONG EDITOR
04
Julai
2018
ADvANCED
1D/2D MODELLING USING HEC-RAS
MESYUARAT
(JET / JWTG)
LAWATAN
TEKNIKAL
POSTER
UNIT
INTEGRITI
Dari Tinta
ADVANCED 1D/2D MODELLING USING HEC - RAS
Oleh : Bahagian Korporat
(KERJASAMA DI ANTARA JPS MALAYSIA DAN US ARMY
4
Kursus Hidraulik & Hidraulogi: Advanced 1D/2D Modelling using HEC-RAS telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Ir.
Dr. Hj. Md Nasir bin Md. Noh, Ketua Pengarah JPS Malaysia pada 23 Julai 2018. Seramai 40 peserta telah menghadiri kursus ini. Kursus ini juga telah melibatkan pembentang dari US Army Corps of Engineers. Antara objektif kursus ini diadakan adalah untuk memberi pendedahan kepada peserta mengenai penggunaan program HEC-RAS bagi tujuan analisa hidraulik secara 1D/2D.
CORPS OF ENGINEERS)
06
Oleh:
Bahagian Pengurusan Zon Pantai (BPZP)
Mesyuarat
Joint Evaluation Team (JET) Ke - 33
Pada tahun 1997, struktur pemecah ombak di muara Sungai Golok telah siap dibina dibawah program usahasama di antara Kerajaan Malaysia dan Thailand.
Ekoran daripada itu, satu perjanjian dibawah Projek Pembaikan Muara Sungai Golok di antara Kerajaan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada 8 Mac 1997. Hasil daripada perjanjian tersebut, tiga jawatankuasa telah ditubuhkan untuk menyelaraskan Program Usahasama Muara Sungai Golok. JET merupakan jawatankuasa kecil untuk menjalankan penilaian terperinci (teknikal) di Muara Sungai Golok dan mengesyorkan sebarang penyelesaian ke atas isu-isu semasa. JET merupakan jawatankuasa kecil yang dipengerusi bersama oleh Pengarah BPZP JPS dan Director, Office of Project Management, Royal Irrigation Department, Thailand.
Isu-Isu utama yang diberi perhatian dan dibincangkan dalam mesyuarat tersebut adalah:-
• Monitoring and Evaluation of Golok River Mouth
• Maintenance dredging of Golok River Mouth
• Protection work at Transit Point B
• Rehabilitation and Protection Works at Golok River Mouth
• Mutual Calibration of Rating Curve at Cableway Station
• Real Time Monitoring System and Joint Websites for Golok River Basin
• Integrated River Basin Management (IRBM) Plan for Golok River.
Pada 3-4 Julai 2018, Mesyuarat Thailand- Malaysia Joint Evaluation Team (JET) ke- 33 telah diadakan di Hotel Bayview, P. Pinang. Pn. Siti Aishah bt Hashim, Timbalan Pengarah (Pembangunan) dan Mr. Prinya Kamolsin, Expert on Irrigation ( Hydraulic Engineering ), Royal Irrigation Department Thailand merupakan co-chairman bagi mesyuarat tersebut. Turut hadir bersama ialah Dato’ Ir. Nor Hisham b. Mohd Ghazali, Pengarah Sumber Air dan Hidrologi serta 25 pegawai yang mewakili pihak Malaysia dan Thailand.
Mesyuarat berkala ini diadakan untuk menjalankan rundingan dua hala di antara Kerajaan Malaysia dan Thailand di bawah perjanjian Projek Usahasama Pemuliharaan Muara Sungai Golok, Kelantan serta memastikan kepentingan serta keselamatan sungai dan pantai Negara diambilkira di dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di sempadan Negara. Dikesempatan ini, para delegasi juga telah dibawa melawat ke Projek Pemuliharaan Pantai dan Pembaikan Kualiti Air Laut di Batu Feringghi, Pulau Pinang yang telah siap pembinaannya pada 2016.
07
Oleh:
Bahagian Pengurusan Zon Pantai (BPZP)
Mesyuarat
Joint Technical Working Group (JWTG)
Sungai Golok merupakan sungai sempadan di antara Malaysia dan Thailand dan memainkan peranan yang penting bagi kedua-dua negara. Menyedari kepentingan ini, Kerajaan Malaysia dan Thailand telah menandatangani perjanjian kerjasama di bawah bidang pertanian pada 26 Feb 1979. Rundingan bersama dibawah Joint Development of Golok River Basin telah diadakan secara rutin pada setiap tahun bermula pada tahun 1979 secara bergilir-gilir antara Kerajaan Malaysia dan Thailand sehingga ke hari ini.
Pada tahun 1986, satu Kajian Lembangan Sungai Golok telah dijalankan oleh SMEC Australia (di bawah technical aid) dan hasil kajian adalah termasuk langkah- langkah mengatasi banjir, ban Sungai Golok, empangan (pengairan dan banjir) dan pembaikan muara Sungai Golok. Pada tahun 1997, satu struktur pemecah ombak di muara Sungai Golok telah siap dibina dibawah program usahasama ini. Ekoran daripada itu, satu perjanjian dibawah Projek Pembaikan Muara Sungai Golok di antara Kerajaan Malaysia dan Thailand telah ditandatangani pada 8 Mac 1997. Hasil daripada perjanjian tersebut, tiga jawatankuasa telah ditubuh untuk menyelaraskan Program Lembangan Sungai Golok, iaitu 1) Joint Steering Committee (JSC) di peringkat Kementerian, 2) Joint Technical Working Group (JTWG) di peringkat jabatan dan 3) Joint Evaluation Team (JET) di peringkat bahagian.
Pada 5 Julai 2018, Mesyuarat Thailand- Malaysia Joint Technical Working Group (JTWG) ke-36 telah diadakan di Hotel Bayview, P. Pinang. Tn. Ir. Hj. Abdullah bin Isnin, Timbalan Ketua Pengarah (Sektor Bisnes) dan Mr. Cayan Muangsong, Executive Advisor on Civil Engineering ( Control and Construction) for Deputy Director General for Engineering, Royal Irrigation Department Thailand merupakan co-chairman bagi mesyuarat tersebut. Turut hadir bersama ialah Pn Siti Aishah bt Hashim, Timbalan Pengarah Pembangunan, Bahagian Pengurusan Zon Pantai, Hj. Md. Khairi b. Selamat, Pengarah Pengurusan Sungai dan Ir. Sabri b. Mulok, Pengarah Pengurusan Banjir serta 40 pegawai yang mewakili pihak Malaysia dan Thailand.
Mesyuarat berkala ini diadakan untuk menjalankan rundingan dua hala di antara Kerajaan Malaysia dan Thailand di bawah perjanjian Projek Usahasama Pemuliharaan Muara Sungai Golok, Kelantan serta memastikan kepentingan serta keselamatan sungai dan pantai Negara diambilkira di dalam setiap aktiviti yang dilaksanakan di sempadan Negara.
08
KATALOG SUMBER AIR NEGARA 2018
785 JUMLAH
MAKLUMAT SELURUH MALAYSIA
100% 100%
KEMASKINI
BAHAGIAN KEMASKINI AGENSI
40%
STATUS KEMASKINI BAHAGIAN
4 DARI10 BAHAGIAN
TELAH KEMASKINI SEHINGGA TAHUN 2018
29%
4 DARI14 BAHAGIAN TELAH KEMASKINI SEHINGGA TAHUN 2018
STATUS KEMASKINI AGENSI
Jumlah 14
agensi di bawah WG2
10 Jumlah bahagian di bawah WG2
KATEGORI DI BAWAH WG2:
Jumlah Data Geospatial
79 131
Jumlah Garis Panduan
370
Jumlah Kajian
41
Jumlah Sistem
164
Jumlah Laporan
“Bahagian Korporat, JPS Malaysia sebagai Penyelaras Working Group
2 (WG2)”
STATUS TERKINI
PENGUMPULAN MAKLUMAT
2017 2018
Melawat kawasan Empangan
KATALOG SUMBER AIR NEGARA 2018
STATUS KEMASKINI AGENSI
Jumlah Laporan
Pada 4 Julai 2018 yang lalu, satu lawatan teknikal Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontak ke Empangan Batu,
WP Kl telah diadakan yang melibatkan seramai 20 orang.
Lawatan Teknikal ke Empangan Batu ini diketuai Ketua Penolong Pengarah Kanan dan disertai pegawai serta kakitangan BUBPK seramai 20 orang. Taklimat ringkas telah disampaikan oleh pegawai Pejabat Lembangan Sungai Klang, En. Mohd Shahar Bin Shariffudin (Ketua
Penolong Pengarah).
Objektif lawatan ini adalah memberi pendedahan kepada pegawai dan kakitangan yang terlibat
tentang struktur empangan dan kaedah kawalan serta pemeriksaan empangan yang dijalankan di empangan. Peserta lawatan juga turut menyertai pemeriksaan struktur di bawah empangan dan membuat lawatan ke Menara Tinjau untuk
pelepasan air bagi pembekalan ke Puncak Niaga.
OLEH : BAHAGIAN UKUR BAHAN & PENGURUSAN KONTRAK
Sesi lawatan ke Empangan Batu WP, KL
Melawat kawasan Empangan
Taklimat Penyelarasan
OLEH : BAHAGIAN AUDIT PRESTASI
Berikutan keputusan Mesyuarat Pihak ICU Bersama Kementerian pada 25 Jun 2018, Penilian Outcome Projek Pembangunan Persekutuan diteruskan.
Sehubungan dengan itu, satu Taklimat Penyelarasan Pelaporan Outcome telah dijalankan pada 31 Julai 2018 bertempat di JPS Ampang.
Lapan (8) projek JPS disenarai dalam penilaian Outcome peringkat Kementerian terdiri dari projek BPB, BPZP dan BPLS, manakala sembilan (9) projek peringkat Jabatan telah disenaraikan yang mewakili Bahagian-bahagian yang mempunyai projek. Taklimat telah disampaikan oleh En. Anuar bin Md. Ali, Bahagian Audit Prestasi.
Sesi Taklimat
Pembentangan oleh BAP
Lawatan Teknikal Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan
Kontrak ke Empangan Batu WP, KL
Pelaporan Penilaian Outcome
11
BULAN
OGOS 2018
BETTER THINGS ARE COMING
Knowledge is Power
KARNIvAL SUKAN
JPS
RIvER OF LIFE
(ROL)
PROJEK SG. BUNUS RTB
Hari Raya Aidil-Adha
BULAN
Indah langit kerana awan, Indah laut kerana kebiruan, Indah Aidilfitri kerana kemaafan, Indah Aidiladha kerana pengorbanan
Selamat Menyambut
Hari Raya Aidil-Adha
Oleh:
Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai (BPLS)
Bengkel
Kajian Semula Public Outreach Programme
Satu Bengkel Kajian Semula Public Outreach Programme River of Life (ROLPOP) telah dirasmikan oleh Hj. Md. Khairi bin Selamat, Pengarah Bahagian Pengurusan Lembangan Sungai pada 2 Ogos 2018. Dalam majlis ini, seramai 40 peserta telah menghadiri bengkel ini yang terdiri daripada Pegawai KWP, DBKL, JPS, JAS, JPP, MPS, MPAJ dan Perunding.
Faedah yang diperolehi daripada majlis :
• Penyelesaian untuk cabaran yang dihadapi dan isu perunding semasa pelaksanaan POP.
• Penambahbaikan program POP ke arah mencapai output dan outcome yang lebih berkesan.
• Maklumat terperinci mengenai perjalanan majlis aktiviti-aktiviti yang berlangsung
River Of Life (ROL POP)
14
Oleh:
Bahagian Ukur Bahan dan Pengurusan Kontrak
Lawatan
Teknikal & Inovasi ke Projek RTB Sg. Bunus
Lawatan Teknikal dan Inovasi ke Projek RTB Sg. Bunus, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur – Membina dan Menyiapkan Kolam Takungan Banjir Serta Kerja-kerja Berkaitan di PULAPOL ini diketuai Pengarah Bahagian Ukur Bahan & Pengurusan Kontrak dan diiringi oleh Penyelaras Inovasi BUBPK, Sr Khairil Nisaak bt. Osman, Ketua Penolong Pengarah Kanan serta kakitangan BUBPK seramai 20 orang.
Taklimat ringkas telah disampaikan oleh pegawai JPS Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur, En. Mohamad Nor Hafiz bin Noor Azmi (Ketua Penolong Pengarah), Perunding Azman, Ooi & Rao Sdn Bhd serta pihak kontraktor MMBJ Enterprise Sdn Bhd.
Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur
Kolam Takungan Banjir PULAPOL
Kolam Takungan Banjir, PULAPOL merupakan kolam takungan banjir dwifungsi pertama di Malaysia yang direkabentuk untuk mengurangkan air banjir berlebihan dan juga sebagai padang sukan ragbi. Kolam ini mempunyai kapasiti untuk menampung air banjir berlebihan sebanyak 109,000m3. Saiz kolam takungan 150m panjang x 100m lebar x 10m (purata kedalaman).
Kolam ini dilengkapi teknologi state-of –the-Art seperti self-cleaning flushing system untuk pembersihan kolam dan automasi SCADA bagi operasi kawalan banjir seperti water control gate dan trash rake.
15
WATER
is the mirror of nature
‘‘Dan janganlah kamu berbuat kerosakan di muka bumi sesudah Allah memperbaikinya.”
(Surah al-A’raf 7:56)