• Tidak ada hasil yang ditemukan

BULETIN SIRI 1/2019 - PCS FRIM

N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "BULETIN SIRI 1/2019 - PCS FRIM"

Copied!
11
0
0

Teks penuh

(1)

BULETIN SIRI 1/2019

Jan-Jun

PENSIJILAN PRODUK FRIM

(2)

2

KENALI FRIM PCS

FRIM PCS adalah satu unit dibawah pejabat Ketua Pengarah FRIM yang ditubuhkan pada

Jun 2013. Penubuhan ini adalah lanjutan daripada isu permasalahan kualiti produk yang

dibekalkan kepada kerajaan bagi kontrak Pusal Sistem Panel terutama yang melibatkan

kerusi meja murid sekolah oleh Kementerian Kewangan (MOF) dan kementerian Pendidikan

Malaysia(KPM).

(3)

3

(4)

4

AKTIVITI FRIM PCS

EXPORT FURNITURE EXHIBITION (EFE) 2019

FRIM telah menyertai Export Furniture Exhibition (EFE) 2019 yang ke-15 di Kuala Lumpur Convention Centre, KLCC pada 9-12 Mac lalu. Pameran tersebut telah dirasmikan oleh Timbalan Menteri Kementerian Industri Utama, YB Datuk Seri Shamsul Iskandar bin Mohd Akin pada 9 Mac, dan turut dilawati oleh Menterinya, YB Teresa Kok pada 11 Mac 2019.

Fokus utama FRIM dalam penyertaan pameran tersebut adalah untuk mendedahkan perkhidmatan pensijilan perabot yang disediakan oleh Perkhidmatan Pensijilan Produk FRIM (FRIM-PCS) kepada pengusaha, pedagang dan pengeksport perabot antarabangsa. FRIM turut membentangkan mengenai perkhidmatan FRIM-PCS yang disampaikan oleh Puan Elia Suhaily Md Yacob pada seminar

EFE Industry yang berlangsung pada 11 Mac

dan dihadiri seramai 30 pengunjung.

Turut menyertai FRIM di dalam pameran ini ialah dua

jenama tempatan yang bersetuju untuk

mempersijilkan perabot eksport mereka, iaitu

Ramaco dari Ramaco Bena dan LINEA by NOKTA

(gabungan tiga syarikat pembuat iaitu NSF

Manufacturing, One Tech dan Furnitech.

Pengalaman kedua-dua jenama di dalam pasaran eksport diambil kira dalam penyertaan ini. Turut dipamerkan ialah pembangunan rekabentuk yang menepati standard yang dibangunkan oleh Unit Rekabentuk di bawah Program Pemerkasaaan Pensijilan Produk.

Perkhidmatan FRIM-PCS mendapat sambutan yang baik daripada pengusaha perabot antarabangsa, dan juga pedagang antarabangsa yang mahukan produk perabot mereka dipersijilkan. Pensijilan ini mampu meningkatkan keyakinan pedagang dan pengguna dengan penghasilan produk berkualiti melalui pembuatan yang baik dan pengujian produk mengikut keperluan standard.

(5)

5

BENGKEL PENYEDIAAN KEPERLUAN SPESIFIKASI SISTEM E-PENSIJILAN

Sesi perbincangan Bengkel Penyediaan Keperluan Spesifikasi Sistem E-Pensijilan FRIM PCS telah diadakan di Bilik Calamus, Bangunan Auditorium pada 26 Mac 2019. Perbincangan dipengerusikan oleh YBhg. Datin Salamah Selamat. Bengkel ini diadakan untuk mengenalpasti keperluan spesifikasi sistem e-pensijilan FRIM PCS yang dibangunkan oleh Primus Core Sdn. Bhd.

Primus Core Sdn Bhd diketuai oleh Encik Muhamad Syauqi Jamil. Personel yang terlibat ialah FRIM PCS, Cawangan ICT dan Cawangan Kewangan. Tujuan pelaksanaan e-pensijilan ini adalah bagi membantu mempercepatkan proses permohonan pensijilan sehingga ke proses pengeluaran sijil.

Jangkaan projek ini akan disiapkan adalah apada September 2019.

(6)

6

TAKLIMAT KEPERLUAN DANA PUSINGAN (SOFT LOAN) DAN SKIM PENSIJILAN PERABOT PEROLEHAN KERAJAAN

FRIM telah menganjurkan “Taklimat Keperluan Dana Pusingan (Soft Loan) dan Skim Pensijilan Perolehan Perabot Kerajaan” di Auditorium FRIM pada 19 April 2019. Taklimat ini bertujuan memberi pendedahan kepada Pengusaha Perabot tentang keperluan dan sokongan Pengusaha Perabot bagi mendapatkan Dana Pusingan (Soft Loan) serta proses dan prosedur berkaitan pensijilan mengikut kumpulan produk.

Objectif taklimat ini adalah sebagai pendedahan kepada Pengusaha Perabot bagi keperluan dana pusingan dan aplikasi untuk syarikat bumiputera dan pendedahan kepada Pengusaha Perabot tentang Skim Pensijilan Produk Perolehan Perabot Kerajaan (SPPPK) Untuk memastikan kualiti semua produk yang dikeluarkan oleh kilang mencapai standard kualiti yang ditetapkan dan pada yg sama dapat membuat pengesahan ke atas sesuatu syarikat sebagai pembuat perabot yg tulin berdasarkan segmen bahan yg dinyatakan dlm sijil, serta mempunyai tahap keupayaan dlm menghasilkan produk perabot yang dipersijilkan.

Taklimat ini dirasmikan oleh Dr Khalil Aziz Hamzah, Timbalan Ketua Pengarah (Operasi). Pembentangan disampaikan oleh En Hashim W Samsi dan YBhg. Datin Salamah Selamat (Pengarah Urusan FRIM PCS). Taklimat ini dihadiri seramai 115 peserta yang terdiri daripada wakil MTIB, wakil persatuan daripada Persatuan Pengusaha Industri Perabot Bumiputera Malaysia (PETRA), Persatuan Usahawan Perabot Bumiputera Kebangsaan Malaysia (PUPUK), Persatuan Perabot Makmal Sains (PEMASA) dan Persatuan Kayu-Kayan &

Perabot Bumiputera(PEKA) serta Pengusaha-Pengusaha Perabot.

Ucapan alu-aluan daripada Timbalan Ketua

Pengarah (Operasi), Dr Khali Aziz Bin Hamzah Sesi Soal jawab bersama pengusaha perabot

Sesi bergambar bersama Pengusaha Perabot

(7)

7

AKTIVITI PENSIJILAN PRODUK

Pensijilan Produk

Sehingga Jun 2019, FRIM PCS telah menerima sebanyak 39 permohonan baharu daripada syarikat perabot tempatan bagi pelbagai jenis perabot. Lanjutan itu, sebanyak tiga puluh enam (36) audit semakan dokumen telah dilaksanakan bagi dokumen yang telah lengkap dan lima puluh (50) audit penilaian juga telah dilaksanakan. Selain itu, pelaksanaan audit extension of scope dari Jan hingga Jun 2019 sebanyak 7 syarikat sedia ada iaitu Puncak bumi Sdn Bhd, Ruff n Tuff Sdn Bhd, MS Zabki Sdn Bhd, KUS Industries Sdn Bhd, Homestead Sdn Bhd, Metro Sdn Bhd dan Malpro Sdn Bhd.

Hasil daripada audit penilaian yang telah dilaksanakan sehingga Jun 2019, sebanyak 54 syarikat telah diluluskan dan dianugerahkan pensijilan produk dengan 142 sijil produk dan 46 jenis produk oleh Jawatankuasa Panel Pensijilan.

Syarikat Yang Telah Dipersijilkan di Seluruh semenanjung Malaysia

3 syarikat 3 syarikat

3 syarikat 2 syarikat

3 syarikat 4 syarikat

2 syarikat

6 syarikat

23 syarikat

5 syarikat

(8)

8

ANTARA PRODUK YANG DIPERSIJILKAN FRIM PCS Produk Kayu

Produk Logam

Kabinet Rendah Terbuka

Meja Guru Karel Berpedestal

Meja Guru Berpedestal

Meja Murid Meja Utama

Rak Fail Kerusi Murid

Gerobok

Kabinet Besi 6 Bays Kabinet Besi Keselamatan Almari Keselamatan Rak Pigeon Hole

(9)

9

Produk Plastik

Produk Fabrik

Rak Buku Bersisi 2 Tanpa Panel Tepi

Rak Tertutup Rak Terbuka

Kerusi Plastik Tanpa Tangan

Kerusi Plastik Dengan Tangan

Kerusi Tabika

Kerusi Berangkai 3 Banquet Besi Kerusi Bertangkas Kerusi Jurulukis

Rak Pigeon Hole

(10)

10

Audit Syarikat

Berikut merupakan antara gambar-gambar aktiviti pelaksanaan audit kilang yang giat dilakukan bagi memenuhi pelaksanaan Pekeliling Perbendaharaan PK 2.1 yang menjadikan FRIM sebagai regulator kepada perolehan kerajaan bagi perabot-perabot pasang siap melibatkan 87 syarikat Bumiputera yang mendapat kontrak panel berpusat daripada Kementerian Kewangan Malaysia(MOF). Pihak FRIM perlu mempersijilkan ke semua produk perabot daripada syarikat-syarikat tersebut sebelum 30 Jun 2019.

Aktiviti Pelaksanaan Audit Dokumentasi

Aktiviti Pemeriksaan QC Produk

(11)

11

Website FRIM PCS

Laman web FRIM-PCS telah dilancarkan pada 13 April 2018 bertujuan untuk menyampaikan maklumat berkaitan FRIM-PCS sebagai badan pensijilan produk kepada pengguna dan orang awam. Di sini pengguna boleh mendapatkan maklumat berkenaan pensijilan produk serta mengetahui aktiviti- aktiviti yang dijalankan dan berita-berita semasa berkenaan FRIM-PCS. Pengguna juga boleh memuat naik borang permohonan dan garis panduan berkenaan pensijilan serta brosur perkhidmatan dalam tiga jenis bahasa di laman web FRIM-PCS. Untuk informasi yang lebih lanjut pengguna boleh melayari laman web FRIM-PCS di http://pcs.frim.gov.my.

Referensi

Dokumen terkait