• Tidak ada hasil yang ditemukan

CABARAN INOVASI

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "CABARAN INOVASI"

Copied!
26
0
0

Teks penuh

(1)

BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL DAN ELEKTRIKAL, JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

NEGERI TERENGGANU

CABARAN INOVASI 2017

TAJUK PROJEK : B’iNOV WASHER

NAMA KUMPULAN : B’iNOV

BAHAGIAN PERKHIDMATAN MEKANIKAL & ELEKTRIKAL JABATAN PENGAIRAN DAN SALIRAN

NEGERI TERENGGANU

(2)

TAJUK MUKA SURAT

1 RINGKASAN EKSEKUTIF 3

2 PENGENALAN

a. Latar Belakang Kumpulan Inovasi B‟iNOV 4 - 5

b. Latar Belakang 6 - 7

c. Tujuan 8

d. Kronologi Cetusan Idea Dan Pembuktian 8 - 9

e. Bidang Inovasi 10

f. Kategori Inovasi 10

g. Kolaborasi 10

h. Maklum Balas Daripada Stakeholder 11

3 PRODUK INOVASI

a. Signifikan Pemilihan Projek 12

b. Impak Inovasi 12 - 13

i. Impak Kepada Masyarakat ii. Impak Kepada Organisasi iii. Impak Kepada Negeri iv. Impak Kepada Negara

c. Penjimatan hasil Projek 13 - 16

d. Gambar-gambar Inovasi 17 - 23

4 PENUTUP 25

(3)

 Penambahbaikan washer yang ada dipasaran dengan ciri-ciri keselamatan untuk mencegah kecurian komponen penting di enjin pam, pintu air, excavator dan kenderaan.

 Memudahkan pihak jabatan untuk memantau dan memberi perkhidmatan yang terbaik untuk pelanggan khususnya pihak petani.

 Meningkatkan hasil pendapatan petani kerana masalah air untuk penanaman dapat diselesaikan.

 Mencapai Matlamat Transformasi ke atas tahap kecekapan kerja dan perkhidmatan kepada rakyat.

 Mengurangkan kes kecurian pada komponen enjin pam, pintu air, excavator dan kenderaan.

 Mengurangkan kos operasi kerana tiada lagi kecurian alat ganti.

 Mengurangkan rungutan daripada pelanggan berhubung dengan kecekapan operasi.

 Menyokong saranan Menteri Besar Terengganu seperti mana dalam slogan

“Transformasi Terengganu Baharu”. Kecil Bagi Kita, Besar Bagi Rakyat.

(4)

a. Latar Belakang Kumpulan Inovasi B’iNOV

Nama kumpulan : B‟iNOV

Nama organisasi : Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu Alamat : Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu Jalan Bukit Kecil 21100 Kuala Terengganu

No. telefon & faks : 09-6247940 & 09-6315045

E-mel : [email protected]

Tarikh kumpulan : 21 April 2016 Bilangan ahli : 10 orang

Nama projek : B‟iNOV Washer

Bidang projek : Inovasi Penyampaian Perkhidmatan Kategori inovasi : Inovasi Penambahbaikan

Senarai nama ahli :

i. En. Mohd Zul Atfi bin Zainuddin - Ketua Kumpulan ii. En. Wan Mokhtar bin Wan Abdullah - Fasilitator

iii. En. Md. Zaimarudin bin Ngah -Teknikal iv. En. Amran bin Awang -Setiausaha

v. En. Mohd Fadir bin Awang -Data/Statistik vi. En. Hanapi bin Ibrahim -Video/Grafik vii. En. Fauzi bin Ali -Teknikal viii. En. C. Wan Norizan bin C. Wan Jalil -Teknikal ix. En. Zulkarnain bin Kamaluddin -Teknikal x. En. Mohamad Zaki bin Wahab -Teknikal

(5)

B’iNOV

(6)

Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu mepunyai tujuh (7) bahagian utama :

a. Bahagian Pengairan dan Saliran Pertanian b. Bahagian Pengurusan Banjir

c. Bahagian Sungai dan Mesra Alam d. Bahagian Pantai

e. Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal f. Bahagian Hidrologi

g. Jurutera Daerah

Peranan Utama Jabatan Pengairan dan Saliran Negeri Terengganu :

a. Pengairan dan pengurusan insfrastruktur-insfrastruktur pengairan, saliran dan jalan ladang

b. Kejuruteraan Sungai – Membangun dan menguruskan sungai-sungai untuk tujuan pengairan, saliran, tebatan banjir, kemudahan riadah, laluan sungai dan lain-lain.

c. Kejuruteraan Pantai – Mengawal masalah hakisan pantai dan mengurus penggunaan kawasan pantai.

d. Bahagian Hidrologi – Menaksir dan menguruskan sumber air selaras dengan keperluan dan matlamat jangka panjang negara.

e. Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal – Mengawalselia dan menyelenggara peralatan mekanikal dan elektrikal seperti rumah pam, pintu air, loji kerja tanah dan kenderaan serta kerja-kerja fabrikasi.

Bahagian Perkhidmatan Mekanikal & Elektrikal, JPS Negeri Terengganu (BPME JPS N. TRG.) telah ditubuhkan pada tahun 1964 dikenali dengan worksyop D.I.D yang mana telah ditukar nama kepada worksyop Jabatan Parit dan Taliair (worksyop JPT) diketuai oleh Ketua Penolong Pengarah (J48), Penolong Pengarah (J41) dan Kumpulan Sokongan.

(7)

meliputi pelbagai perkhidmtan sokongan dari segi pengurusan dan teknikal:- i) Menyediakan perkhidmatan pembangunan.

ii) Menyediakan kerja-kerja penyelenggaraan dan pembaikan.

iii) Menyediakan perkhidmatan pengurusan Aset.

iv) Menyediakan perkhidmatan Elaktrikal

v) Menyediakan khidmat nasihat dalam bidang teknikal

Di Negeri Terengganu terdapat dua puluh sembilan ( 29 ) skim tanaman padi yang giat diusahakan. Daerah Besut – enam (6), Daerah Kuala Terengganu/Marang – tujuh (7), Daerah Hulu Terengganu – sepuluh (10), Daerah Dungun – empat (4) dan Kemaman – dua (2). Setiap skim ini terdapat sistem pam, pintu air serta peralatan mekanikal lain yang menyokong objektif jabatan untuk membekalkan air ke kawasan pertanian semasa musim menanam. Selain daripada itu sistem-sistem tersebut juga merupakan salah satu infrastruktur penting di dalam pengurusan banjir yang berfungsi untuk mengurangkan kadar berlakunya banjir di kawasan-kawasan yang strategik.

Komponen-komponen utama luaran pada sistem pam air adalah starter, alternator, fuel pump, radiator, bateri, control panel dan lain-lain.

Masalah yang dihadapi oleh jabatan pada masa kini berlaku kecurian pada peralatan jabatan iaitu kecurian terhadap komponen aset mekanikal. Kebanyakan komponen aset mekanikal dipasang menggunakan bolt & nut yang mana komponen tersebut mudah dibuka dengan menggunakan spanar biasa. Sebagai jalan penyelesaian kumpulan telah mereka cipta satu inovasi kepada penggantian washer biasa kepada B‟iNOV Washer yang dapat menghalang nut dibuka dengan mudah menggunakan spanar biasa ataupun peralatan lain.

(8)

i. Mengatasi masalah kecurian pada alatganti pam air, pintu air, excavator dan kenderaan.

ii. Operasi pembekalan air dapat berfungsi tanpa gangguan.

iii. Mengurangkan kos pengantian komponen dan tenaga kerja.

iv. Mengatasi penyelenggaraan tidak efisien ketahap 90 %.

v. Pencapaian objektif 90% disasarkan adalah disebabkan oleh masih terdapat penyelenggaraan yang tidak dapat dielakkan seperti kelemahan masih boleh berlaku kecurian.

vi. Mengurangkan kos penyelenggaraan dan bekalan alatganti sehingga ke tahap optimum.

Dengan berjayanya projek ini kumpulan B‟iNOV yakin objektif dan sasaran yang ditetapkan di atas akan tercapai. Ini memandangkan projek ini berdaya maju dan berpotensi untuk digunapakai pada mesin, jentera dan lain-lain.

d. Kronologi Cetusan Idea dan Pembuktian

BIL PERKARA TARIKH PEMBUKTIAN

1 Penubuhan Kumpulan

- Surat pelantikan ahli daripada KPP

21 April 2016

Rujukan fail

JPS.TR.BPME.M3.1. JLD4 bertarikh : 18 April 2016 2 Signifikan pemilihan projek

- Sesi mesyuarat megenalpasti masalah dari laporan yang diterima dan bersetuju memilih

„B‟INOV WASHER‟ sebagai projek inovasi.

29 April 2016

Laporan Aduan Kerosakan

(9)

BIL PERKARA TARIKH PEMBUKTIAN 3 Menjalankan kajian

- Kumpulan B‟INOV telah membuat kajian daripada Mei hingga Disember 2016

19 Mei 2016 Laporan Kajian Projek Inovasi B‟INOV

4 Pembangunan bahan projek

- Ahli kumpulan B‟INOV mencipta B‟INOV Washer dengan bahan mild steel menggunakan lathe machine

15 Ogos 2016

Fabrikasi, pemasangan di tapak, video dan gambar

5 Penambahbaikan projek

- Menambah saiz daripada satu saiz kepada tiga saiz (spanar 12mm,14mm dan 17mm)

1 Januari 2017

Rujukan fail

JPS.TR.BPME.M3.1. JLD4 bertarikh : 28 Disember 2017

6 Semakan pencapaian projek - Analisa dan keberkesanan

projek

11 April 2017

Rujukan fail

JPS.TR.BPME.M3.1. JLD4 bertarikh : 6 April 2017 7 Lawatan penandaarasan

- Lawatan ke syarikat Ajil Jaya Sdn Bhd

2 Mei 2017 Rujukan fail

JPS.TR.BPME.M3.1. JLD4 bertarikh : 30 April 2017 dan gambar

8 Kelulusan pihak tertinggi

- Surat kelulusan penyeragaman daripada Timbalan Pengarah JPS Negeri Terengganu

5 Jun 2017 Rujukan fail

JPS.TR.BPME.M3.1. JLD4 bertarikh : 1 Jun 2017

9 Tindakan penyeragaman

- Pemasangan B‟INOV Washer di enjin pam, pintu air, excavator, penyaman udara dan kenderaan

15 Jun 2017 Gambar pemasangan B‟INOV Washer

(10)

Inovasi Penyampaian Perkhidmatan

B‟INOV berfungsi sebagai medium keselamatan yang berkesan kepada JPS Terengganu bagi mengatasi masalah kecurian komponen-komponen mekanikal dan elektrikal di tapak rumah pam, pintu air, excavator dan kenderaan.

B‟INOV merupakan satu komponen yang dicipta khas yang dipasang bagi menggantikan washer standard di pasaran. Produk ini hanya boleh dibuka menggunakan special tool.

f. Kategori Inovasi

Inovasi Penambahbaikan

Produk B‟INOV ini dikategorikan sebagai inovasi penambahbaikan. Melalui penghasilan produk ini masalah kecurian pada komponen mekanikal seperti enjin pam, pintu air, rumah pam dan lain-lain komponen dapat diatasi.

Melalui penghasilan produk ini secara tidak langsung akan memberi penjimatan khasnya kepada pihak JPS Terengganu dan umumnya kepada Kerajaan Negeri Terengganu

g. Kolaborasi

Kumpulan B‟iNOV ini telah mengadakan kolaborasi strategik bersama dengan pihak swasta di dalam menghasilkan produk inovasi ini. Selain itu, kumpulan B‟iNOV juga telah bekerjasama dengan pejabat Jurutera Daerah JPS Terengganu melalui pemasangan produk ini di beberapa rumah pam dan pintu air yang sering terdedah kepada masalah kecurian dan vandalisme.

(11)

1. Surat penghargaan daripada Jurutera Daerah kepada pihak pengurusan BPME.

2. Surat penghargaan daripada Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (J3K).

3. Penghargaan daripada orang awam melalui media sosial facebook BPME, aplikasi whatsapp dan juga emel rasmi BPME.

(12)

a. Signifikan Pemilihan Projek

i. Berkaitan dengan fungsi dan peranan Bahagian Perkhidmatan Mekanikal

& Elektrikal (BPME)

ii. Memenuhi kehendak pelanggan dan stakeholder yang memerlukan pengoperasian yang optimum.

iii. Kaitan dengan keadaan dan ekosistem semasa dimana terdapat banyak berlaku kecurian komponen mekanikal dan elektrikal di rumah pam dan pintu air.

b. Impak Inovasi

i. Impak Kepada Masyarakat

 Meningkatkan pengeluaran hasil padi daripada 4.0 tan/hektar kepada 5.5 tan/hektar sebagaimana yang dihasratkan di dalam dasar pertanian Nasional/Negeri (DPN3) dengan melalui pembekalan air yang mencukupi dan pembangunan.

 Meningkatkan pendapatan petani melalui tanaman 2 kali setahun tanpa gangguan pembekalan air.

 Memberi keyakinan kepada petani bagi menjayakan tanaman.

ii. Impak Kepada Organisasi

 Meningkatkan kesedaran, kefahaman dan komitmen warga jabatan terhadap usaha bagi menjadikan inovasi sebagai suatu budaya dalam organisasi.

 Melakukan tranformasi dan inovasi terhadap tahap kecekapan kerja.

 Mengurangkan kos perbelanjaan jabatan dalam pembekalan alat ganti, penyelenggaraan dan operasi.

(13)

B’iNOV WASHER = RM 27.00 SPECIAL TOOL = RM 75.00

 Meningkatkan pencapaian “Key Performance Indicator” (KPI) jabatan dan kakitangan.

 Memberikan perkhidmatan terbaik bagi mencapai Visi dan Misi JPS.

iii. Impak Kepada Negeri

 Pemangkin ekonomi negeri dibawah Unit Perancangan Ekonomi Negeri (UPEN) Terengganu.

 Memberi komitmen kepada kerajaan negeri kearah menjayakan Jelapang Padi di Terengganu.

iv. Impak Kepada Negara

 Menyokong konsep “ Blue Ocean Strategy”.

 Menjadikan rakyat Malaysia lebih berinovatif dan kreatif melalui

“Open Innovation”.

 Menyokong dasar TN50.

c. Penjimatan Hasil Projek

i. Pengurangan Kos Operasi

 Kos untuk fabrikasi satu nos B‟iNOV WASHER adalah RM 27.00 menggunakan Mild Stell.

 Kos upah fabrikasi Special Tool adalah RM 75.00 kerana hanya melibatkan pengubahsuai socket yang sediada.

(14)

 Kos kerugian terlibat sebelum pemasangan B‟iNOV Washer melibatkan kos alatganti terhadap komponen yang dicuri. Data berdasarkan.

Bil Komponen Data Kecurian

Harga / nos Kerugian

1 ALTERNATOR 6 RM 1,085.00 RM 6,510.00

2 STARTER 6 RM 2,240.00 RM 13,440.00

Jumlah RM 19,950.00

 Kos pemasangan B‟iNOV Washer untuk rumah – rumah pam terlibat.

 Kos fabrikasi untuk setiap satu B‟iNOV Washer ialah RM 27.00

Lokasi Rumah Pam

Kuantiti pam set

Kuantiti pemasangan B’iNOV Washer dan

special tool

Jumlah kos

JELAPANG,SETIU 6 5 unit B‟iNOV Washer x 6 buah injin pam diesel x RM 27.00

RM 810.00

1 special tool x RM 75.00

RM 75.00

Jumlah RM 885.00

Penjimatan Kos RM 19,950.00 – RM 885.00

= RM 19,065.00.

(15)

 Penjimatan untuk keseluruhan 56 buah enjin pam air di JPS.Terengganu.

Kos pemasangan B’iNOV Washer untuk pam air terlibat.

Kos fabrikasi untuk setiap satu B’iNOV Washer ialah RM 27.00

Bilangan Rumah Pam & Skim

pengairan (pam diesel)

Kuantiti enjin pam air

Kuantiti pemasangan B’iNOV Washer dan

special tool

Jumlah kos

19 56 5 unit B‟inov Washer x 56

buah injin diesel x RM 27.00

RM 7,560.00

6 special tool x RM 75.00 RM 450.00

Jumlah RM 8,010.00

Penjimatan kos untuk keseluruhan (mengambil kira alternator dan starter di 19 buah pam diesel)

Penjimatan Kos RM 186,200.00 – RM 8,010.00

= RM 178,190.00

Bil Komponen Harga / nos Kuantiti Kerugian

1 ALTERNATOR RM 1,085.00 56 RM 60,760.00

2 STARTER RM 2,24000 56 RM 125,440.00

Jumlah RM 186,200.00

(16)

Penjimatan masa untuk penggantian komponen yang dicuri dapat mengurangkan masa shutdown untuk pembekalan air kepada pertanian. Jika kerja pemasangan komponen baru dilakukan dalam masa sejam untuk setiap set pam maka jumlah penjimatan masa setelah pemasangan B‟iNOV Washer adalah

Kerja-kerja penyelenggaraan alternator dan starter mengambil masa selama 8 jam :- 8 jam untuk setiap lokasi rumah pam x 19 buah rumah pam

= Penjimatan masa 152 jam.

iii. Penjimatan Sumber Manusia

Untuk setiap pemasangan penggantian komponen yang hilang memerlukan tiga orang yang terdiri 1 pemandu, 1 Tukang dan Pembantu Tukang. Dengan pemasangan B‟iNOV Washer tiada berlaku kehilangan dan tidak memerlukan pekerja. Ini menjimatkan 3 orang pekerja.

(17)

i. Rekabentuk B‟iNOV Washer

Gambar 1 : Pelan rekabentuk B‟iNOV Washer lengkap dengan tools

Gambar2: Produk sebenar B‟iNOV Washer

(18)

1

Kaji selidik dan prototaip alat ( idea dari SCREW

RODA KERETA )

2 Fabrikasi 4

Aplikasi alat di tapak

3 Ujikaji

alat

Perlaksanaan produk kekunci

Gambar 3: Perlaksanaan rekabentuk B‟iNOV Washer ini meliputi 4 fasa

(19)

iv. Penandaarasan kepada produk inovasi B‟iNOV Washer Gambar 4: Mesyuarat inovasi ahli

kumpulan B‟iNOV

Gambar 5: Mesyuarat pengurusan inovasi JPS Terengganu

Gambar 6: Lawatan ke syarikat swasta

(20)

vi. Produk inovasi B‟iNOV Washer yang telah dihasilkan Gambar 7: Kerja- kerja fabrikasi B‟iNOV Washer

menggunakan mesin larik

Gambar 8: Produk B‟iNOV Washer

(21)

Gambar 9: Kajian membuka B‟iNOV Washer menggunakan common spanner.

Gambar 10: Kajian membuka B‟iNOV Washer menggunakan grip pliers.

Gambar 11: Kajian membuka B‟iNOV Washer menggunakan common ring spanner.

(22)

Gambar 12: Pemasangan B‟iNOV Washer pada starter enjin pam

Gambar 13: Pemasangan B‟iNOV Washer pada roda motorsikal Encik Amran

Gambar 14: Pemasangan B‟iNOV Washer pada penutup enjin mesin excavator

(23)

Gambar 15: Pemasangan B‟iNOV Washer pada air-conditioner blower

Gambar 16: Pemasangan B‟iNOV Washer pada penutup enjin genset

Gambar 17: Pemasangan B‟iNOV Washer pada plate rubber note pintu air

(24)

Kumpulan B‟iNOV telah mengambil langkah-langkah bagi memastikan peralatan mekanikal dan elektrikal yang terdedah kepada kecurian dan vandalisme di pasang dengan B‟iNOV Washer. Inovasi B‟iNOV Washer ini telah dikembangkan dengan menghantar surat kepada Jurutera Daerah dan Bahagian untuk tindakan penyeragaman.

(25)

Ahli kumpulan kami telah memperolehi banyak manfaat daripada projek inovasi, dan dapat membentuk kepimpinan diri, yakin diri, berdisiplin, berdaya maju, kerjasama dan mampu menangani masalah.

Kumpulan kami berpendapat dengan penggunaan inovasi B‟iNOV Washer ini akan dapat menyelesaikan permasalahan yang sering berlaku terhadap kehilangan komponen utama aset mekanikal dan elektrikal. Penggunaan B‟iNOV Washer akan memberi impak kearah kerjaya yang lebih cermelang berinovatif sejajar dengan wawasan jabatan.

Kumpulan kami merakamkan ribuan terima kasih kepada Timbalan Pengarah Jabatan Pengairan Dan Saliran Negeri Terengganu En. Mohd Zulkifli bin Ahmad yang telah memberi sokongan dan dorongan kepada ahli-ahli bagi menjayakan projek ini..

(26)

Nama Kumpulan B’iNOV

Pejabat & Alamat Bahagian Perkhidmatan Mekanikal dan Elektrikal, Jabatan Pengairan Dan Saliran

Negeri Terengganu, Jalan Bukit Kecil,

21100 Kuala Terengganu

Bil. Nama Ahli Jawatan / Pejabat

1 En. Mohd Zul Atfi bin Zainuddin Ketua Penolong Pengarah J48 / BPME TRG 2 En. Wan Mokhtar bin Wan

Abdullah

Penolong Pengarah Kanan J44 / BPME TRG 3 En. Md. Zaimarudin bin Ngah Penolong Jurutera Kanan J36 / BPME TRG 4 En. Fauzi bin Ali Penolong Jurutera Kanan J36 / BPME TRG 5 En. Hanapi bin Ibrahim Penolong Jurutera JA29 / BPME TRG 6 En. Mohd Fadir bin Awang Penolong Jurutera JA29 / BPME TRG 7 En. Amran bin Awang Penolong Jurutera JA29 / BPME TRG 8 En. C. Wan Norizan bin C. Wan

Jalil

Penolong Jurutera JA29 / BPME TRG 9 En. Zulkarnain bin Kamaluddin Penjaga Jentera Elektrik Kanan J22 /

BPME TRG

10 En. Mohamad Zaki bin Wahab Penjaga Jentera Elektrik Kanan J22 / BPME TRG

Gambar

15  Jun 2017  Gambar pemasangan B‟INOV  Washer
Gambar 1 : Pelan rekabentuk B‟iNOV Washer lengkap  dengan tools
Gambar 3: Perlaksanaan rekabentuk B‟iNOV  Washer  ini meliputi 4 fasa
Gambar 5: Mesyuarat pengurusan  inovasi JPS Terengganu
+7

Referensi

Dokumen terkait