• Tidak ada hasil yang ditemukan

Case Study Rubric 2.0: Meningkatkan Keseragaman

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Case Study Rubric 2.0: Meningkatkan Keseragaman"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

Case Study Rubric 2.0: Meningkatkan Keseragaman

Pemarkahan Penilaian Case Study Bagi Kursus DBM30033 Dan DBM30043

(Case Study Rubric 2.0: Improving the Uniformity of Case Study Assessment Scoring for DBM30033 and DBM30043 Courses)

Intan Zarina Ghazali1*, Anisah Ahmad1

1 Jabatan Matematik Sains Dan Komputer, Politeknik Seberang Perai, Malaysia

*Pengarang Koresponden: intan@psp.edu.my.edu, anisah@psp.edu.my

Accepted: 15 June 2022 | Published: 30 June 2022 DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.2.14

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kajian ini bertujuan untuk meningkatkan keseragaman pemarkahan bagi penilaian Case Study pelajar melalui penghasilan Case Study Rubric 2.0. Kajian dijalankan terhadap 7 orang pensyarah yang mengajar kursus Engineering Mathematics 3 (DBM30033) dan Electrical Engineering Mathematic (DBM30043) di Jabatan Matematik Sains dan Komputer, Politeknik Seberang Perai. Tinjauan awal telah dilakukan melalui kaedah temubual terhadap pensyarah yang terlibat dan semakan tugasan Case Study pelajar yang telah diberikan markah. Berdasarkan tinjauan, didapati terdapat perbezaan dan ketidakseragaman markah di kalangan pensyarah yang mengajar kursus DBM30033 dan DBM30043. Majoriti pensyarah menghadapi kesukaran dari segi alat pengujian iaitu rubrik yang digunakan kerana ia masih bersifat sangat terbuka dan umum. Situasi ini mendorong pensyarah membuat tafsiran mengikut pemahaman sendiri semasa membuat penilaian. Justeru perancangan intervensi dilaksanakan melalui Bengkel Penyelarasan Rubrik Jun2020, dengan menjalankan 5 aktiviti iaitu Semakan1, Perbandingan Markah, Perbincangan Pemurnian Rubrik, Penghasilan Case Study Rubric 2.0 dan Semakan2. Semasa proses Semakan1, setiap pensyarah diberikan sampel skrip jawapan pelajar yang sama untuk dinilai. Markah daripada hasil penilaian Semakan1 kemudian dianalisis. Seterusnya, perbincangan pemurnian rubrik diadakan dengan meneliti kriteria rubrik yang mempunyai julat perbezaan markah yang ketara untuk ditambah baik.

Hasil perbincangan, Case Study Rubric 2.0 telah dibangunkan dengan perincian yang lebih jelas bagi setiap item. Akhir sekali, pensyarah memeriksa sampel skrip jawapan sekali lagi dengan menggunakan rubrik baru semasa proses Semakan2. Hasil analisis markah Semakan 1 dan Semakan 2 menunjukkan markah yang berikan oleh pensyarah selepas menggunakan Case Study Rubric 2.0 lebih seragam dan konsisten. Analisis soal selidik persepsi pensyarah terhadap Case Study Rubric 2.0 yang telah diedarkan juga menunjukkan respon yang positif di mana penghasilan Case Study Rubric 2.0 sangat membantu pensyarah dalam membuat penilaian Case Study pelajar secara lebih konsisten dan adil. Secara keseluruhannya Case Study Rubric 2.0 berjaya meningkatkan keseragaman pemarkahan dalam penilaian Case Study pelajar bagi kursus DBM30033 dan DBM30043.

Kata kunci: Rubrik, Keseragaman, Engineering Mathematics, Case Study

Abstract: Abstract: This study aims to improve the uniformity of scoring for student Case Study assessment through the production of Case Study Rubric 2.0. The study was conducted

(2)

on 7 lecturers who taught Engineering Mathematics 3 (DBM30033) and Electrical Engineering Mathematic (DBM30043) courses at the Mathematics Science and Computer Department, Polytechnic Seberang Perai. Preliminary surveys were conducted through interviews on the lecturers involved and a review of case Study assignments of students who had been given marks. Based on the survey, there were differences and inconsistencies of scores among lecturers who taught DBM30033 and DBM30043 courses. Most lecturers face difficulties in terms of testing tools which is rubric because it is still open-ended and public.

This situation encourages the lecturer to make an interpretation according to his own understanding when making an assessment. Thus, the intervention planning was implemented through the Rubric Coordination Workshop June 2020, conducting 5 activities namely Revision1, Score Comparison, Rubric Purification Discussion, Case Study Rubric 2.0 Production and Revision2. During the Review1 process, each lecturer is given a sample of the same student answer script to be evaluated. Scores from the results of the Revision1 assessment are then analysed. Next, a rubric purification discussion is held by examining the rubric criteria that have a significant range of score differences to be improved. As a result of the discussion, Case Study Rubric 2.0 was developed with clearer details for each item. Finally, the lecturer examined the sample of the answer script again by using a new rubric during the Review2 process. The results of the analysis of marks Revision 1 and Revision 2 showed that the scores given by lecturers after Case Study Rubric 2.0 were more uniform and consistent.

The analysis of the lecturer's perception questionnaire on Case Study Rubric 2.0 which has been distributed also showed a positive response where the production of CASE STUDY RUBRIC 2.0 is helpful for lecturers in making the Student Case Study assessment more consistent and fairer. Overall Case Study Rubric 2.0 managed to improve the scoring uniformity in the Case Study assessment of students for DBM30033 and DBM30043 courses.

Keywords: Rubric, Uniformity, Engineering Mathematics, Case Study

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Kursus Engineering Mathematics 3, DBM30033 dan Electrical Engineering Mathematic, DBM30043 merupakan antara kursus teras yang perlu diambil oleh pelajar kejuruteraan mekanikal dan kejuruteraan elektrik di Politeknik Seberang Perai. Secara asasnya kedua-dua kursus ini mempunyai beberapa persamaan daripada kandungan topik dan juga jenis pentaksiran yang dinilai. Perbezaan antara kedua-dua kursus ini hanyalah pada satu topik iaitu topik Linear Programming yang hanya diambil oleh pelajar kejuruteraan mekanikal dan topik Laplace Transform yang hanya diambil oleh pelajar kejuruteraan elektrik.

Kursus DBM30033 dan DBM30043 ini dinilai melalui dua jenis penilaian iaitu daripada Penilaian Kerja Kursus dan Peperiksaan Akhir. Antara pentaksiran yang dinilai melalui Penilaian Kerja Kursus ialah Quiz, Test, End of Chapter dan Case Study di mana setiap penilaian ini telah ditentukan dengan aras domain taksonomi tertentu yang dipetakan bagi memenuhi keperluan kurikulum. Dua aras domain taksonomi yang digunakan adalah domain kognitif bagi penilaian Quiz, Test dan End Of Chapter dan domain afektif bagi penilaian untuk Case Study.

Penentuan bentuk pengukuran yang sesuai untuk sesuatu domain pembelajaran merupakan cabaran utama kepada pelajar terutamanya bagi domain pembelajaran psikomotor dan afektif.

Salah satu daripada alat penilaian yang sesuai ialah rubrik di mana ia mampu menyediakan fleksibiliti dalam menilai dan menambah baik konsistensi dalam proses pengredan, Shelena

(3)

Soosay Nathan (2017). Penilaian dalam Kursus DBM30033 dan DBM30043 contohnya merupakan penilaian yang memerlukan analisis terperinci mengenai sesuatu unit sosial seperti seorang individu, masyarakat, organisasi ataupun fenomena yang memerlukan pelajar menguasai analisis permasalahan kes dan mencadangkan penyelesaian alternatif untuk kes berkenaan (Aida Othman,2013). Penilaian jenis ini agak sukar diuji melalui skema pemarkahan yang biasa digunakan tetapi lebih mudah diukur melalui rubrik. Oleh yang demikian satu rubrik telah digariskan oleh Bahagian Penilaian Kurikulum, BPK, Jabatan Pengajian Politeknik dan Kolej Komuniti (JPPKK) untuk dijadikan medium pengukuran yang sesuai dan juga untuk tujuan keselarasan. Ini selari dengan pernyataan Mustapha, Samsudin, Arbaiy, Mohamed, &

Rahmi (2016), yang menyatakan rubrik membolehkan penilai menilai pemahaman dan kreativiti pelajar, memberikan fleksibiliti dan meningkatkan konsistensi penggredan.

Melalui pengalaman pengkaji, terdapat beberapa kesukaran yang dihadapi semasa proses penilaian pemarkahan Case Study menggunakan rubrik sedia ada. Masalah ini juga turut dihadapi oleh rakan pensyarah pengkaji yang lain. Oleh itu satu kajian tinjauan dijalankan bagi mengenal pasti punca permasalahan dan mencari solusi dalam mengatasi ketidakseragaman pemarkahan penilaian Case Study bagi kursus DBM30033 dan DBM30043. Model kajian Kemmis & MacTaggart (1998) digunakan sebagai asas dalam kajian tindakan ini. Model kajian tindakan ini mencadangkan empat langkah utama yang perlu dipatuhi mengikut turutan pada setiap kitaran termasuklah merancang, bertindak, memerhati dan mereflek.

2. Refleksi Kajian

Hasil maklum balas dari pensyarah kursus DBM30033 dan DBM30043, majoriti pensyarah mengalami masalah dalam menentukan markah Case Study pelajar mengikut rubrik yang telah ditetapkan oleh pihak JPPKK. Rubrik yang digunakan adalah selaras untuk semua Politeknik Malaysia di mana markah keseluruhannya adalah 100 markah dan menyumbang kepada 15%

markah penilaian berterusan pelajar. Terdapat 5 kriteria yang dinilai secara am dan tidak diperincikan dengan jelas.

Hasil analisa menunjukkan terdapat perbezaan markah Case Study yang agak ketara antara pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus DBM30033 dan DBM30043. Berdasarkan dapatan awal mendapati, masalah ini berpunca daripada:

i) Rubrik yang ditetapkan untuk setiap kriteria adalah secara umum dan tidak terperinci.

ii) Format pemarkahan adalah kurang jelas.

iii) Pensyarah memberi markah secara subjektif dan tidak selaras kerana tiada garis panduan yang jelas mengenai setiap kriteria.

Sekiranya keadaan ini berterusan, markah Case Study yang diberikan oleh pensyarah- pensyarah yang mengajar kursus tersebut adalah tidak selaras walaupun menggunakan rubrik yang sama. Penilaian pensyarah juga adalah tidak konsisten untuk setiap kumpulan dan pelajar akan terkesan kerana ia memberi impak kepada markah penilaian akhir mereka. Secara tidak langsung ia menjejaskan objektif kursus dan memberi kesan terhadap tahap pencapaian pelajar dalam kursus DBM30033 dan DBM30043 seterusnya mempengaruhi imej graduan politeknik.

3. Fokus Kajian

Kajian ini memberi fokus kepada pensyarah dalam membuat penyelarasan markah pentaksiran penilaian Case Study bagi kursus DBM30033 dan DBM30043. Walaupun telah dibekalkan

(4)

dengan rubrik pemarkahan oleh JPPKK, tetapi masih terdapat sedikit kelompongan dari segi pemarkahan yang menyebabkan pensyarah memberi markah mengikut perspektif dan pertimbangan masing-masing. Ini sedikit sebanyak telah menyebabkan ketidakseragaman pemberian markah yang mungkin dipengaruhi oleh pelbagai faktor seperti persekitaran, emosi dan lain-lain lagi.

Menyedari permasalahan ini, kajian dijalankan dengan memfokuskan kepada penambahbaikan perincian borang rubrik bagi penilaian Case Study untuk kegunaan pensyarah-pensyarah yang mengajar kursus DBM30033 dan DBM30043 di Politeknik Seberang Perai sahaja.

4. Objektif Kajian

Objektif umum kajian tindakan ini ialah:

Menyelaraskan pemarkahan Case Study pelajar dalam Kursus DBM30033 dan DBM30043 mengikut rubrik pemarkahan yang dibekalkan oleh JPPKK dan membantu pensyarah untuk memberi markah secara konsisten melalui penghasilan “Case Study Rubric 2.0

Objektif khusus kajian tindakan ini ialah:

4.1 Mengenal pasti punca-punca yang menyebabkan perbezaan markah Case Study pelajar.

4.2 Meningkatkan keselarasan pemarkahan dalam penilaian Case Study.

4.3 Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap penggunaan Case Study Rubric 2.0.

5. Kumpulan Sasaran

Kumpulan sasaran bagi kajian ini terdiri daripada 7 orang pensyarah yang mengajar kursus DBM30033 dan DBM30043 di Jabatan Matematik, Sains dan Komputer, Politeknik Seberang Perai (PSP). Kesemua 7 orang pensyarah ini mengajar kursus DBM30033 dan DBM30043 kepada pelajar dari Jabatan Kejuruteraan Mekanikal dan Kejuruteraan Elektrik di PSP.

6. Perancangan Dan Pelaksanaan Kajian Tindakan

6.1 Pengumpulan Data Tinjauan Masalah

Sebelum langkah-langkah intervensi diambil untuk menyelesaikan isu tersebut, tinjauan terhadap masalah yang dikenal pasti telah dibuat bertujuan untuk memahami dengan lebih mendalam masalah tersebut. Penyelidik telah melakukan dua langkah bagi mengenal pasti masalah yang dihadapi oleh pensyarah seperti di dalam Jadual 1 berikut:

Jadual 1: Kaedah Pengumpulan Data Awal

Kaedah Tujuan

Temubual Soalan Terbuka • Mengenal pasti masalah pensyarah dengan lebih mendalam apabila pensyarah menghuraikan masalah semasa temubual Semakan Lembaran Kerja Case Study

Pelajar berserta Borang Rubrik Pemarkahan

• Memerhati cara pemarkahan dibuat

6.2 Analisis Data Tinjauan Awal

Beberapa orang pensyarah yang mengajar kursus DBM30033 dan DBM30043 telah ditemu bual untuk mengenal pasti masalah yang berlaku. Ini sangat penting untuk mendapat

(5)

maklumbalas secara terus dan mengesan isu berbangkit. Selain itu, beberapa contoh laporan Case Study beserta borang rubrik yang telah diberi markah diambil untuk dianalisa. Data tinjauan awal telah dianalisis dan dilaporkan seperti di dalam Jadual 2 di bawah.

Jadual 2: Analisis Data Tinjauan Awal

Dapatan Tinjauan Refleksi

Temubual Soalan Terbuka:

i) “Untuk kriteria Calculation, sekiranya pengiraan yang dibuat salah untuk beberapa terminologi, saya tidak tahu berapakah markah yang harus diberikan.”

ii) “Ada pelajar yang membuat pengiraan untuk 9 terminologi tetapi salah, dan ada juga pelajar yang tidak cukup 9 terminologi tetapi betul. Jadi saya keliru berapakah markah yang sepatutnya diberikan.”

iii) “Saya membuat skema pemarkahan sendiri untuk kriteria Calculation kerana tiada perincian pada borang rubrik.”

iv) “Saya kurang jelas markah kriteria report writing diberikan berdasarkan format laporan yang mana?”

v) “Sekiranya laporan yang dihantar tidak kemas, kriteria manakah yang perlu ditolak markah?”

vi) “Saya rasa markah perlu diperuntukkan untuk borang soal-selidik yang mesti disertakan dalam laporan sebagai bukti, tetapi dalam borang rubrik tiada dinyatakan”

• Pensyarah kurang jelas dengan markah pada setiap kriteria yang dinyatakan dalam borang rubrik.

• Borang rubrik yang dibekalkan oleh JPPKK terlalu umum dan tiada perincian.

• Terdapat beberapa kriteria lain yang dirasakan perlu untuk diperuntukkan markah.

Semakan Lembaran Kerja Case Study Pelajar berserta Borang Rubrik Pemarkahan

i) Pensyarah memberi markah mengikut tafsiran masing-masing.

ii) Terdapat perbezaan markah antara kumpulan- kumpulan.

iii) Terdapat perbezaan markah antara pensyarah- pensyarah.

• Tiada keseragaman markah antara pensyarah-pensyarah

• Pensyarah tidak konsisten dalam proses memberi markah

6.3 Tindakan dan Aktiviti Intervensi

Berdasarkan analisis data tinjauan awal, pengkaji meneruskan dengan aktiviti intervensi untuk melengkapkan kajian tindakan ini. Rajah 1 menunjukkan carta alir aktiviti-aktiviti yang dilaksanakan:

(6)

Rajah 1: Carta Alir Pelaksanaan Aktiviti

Jadual 3: Penerangan Aktiviti Intervensi

Aktiviti Penerangan

Bengkel Penyelarasan • Satu Bengkel Penyelarasan telah dijalankan melibatkan 7 orang pensyarah yang mengajar kursus DBM30033 dan DBM30043. Bengkel ini bertujuan mengenal pasti punca- punca yang menyebabkan terdapat perbezaan markah Case Study pelajar. Selain itu, bengkel ini juga dilaksanakan untuk membuat pemurnian pada borang rubrik yang dibekalkan oleh pihak JPPKK bagi penilaian Case Study.

Semakan1 (Berpandukan rubrik yang dibekalkan oleh JPPKK)

• Semasa bengkel berlangsung, setiap pensyarah dibekalkan dengan satu sampel skrip jawapan laporan Case Study pelajar yang sama. Dengan berpandukan borang rubrik yang dibekalkan oleh JPPKK, semua pensyarah perlu memeriksa skrip berkenaan dan memberi markah masing-masing.

Perbandingan Markah • Hasil dari markah-markah yang diperolehi dari Semakan 1 dianalisis.

Perbincangan pemurnian rubrik

• Perbincangan dijalankan merujuk kepada hasil perbandingan markah.

• Kriteria-kriteria yang memberi perbezaan markah yang ketara dibincangkan.

Penghasilan Case Study Rubric 2.0

• Pembahagian markah untuk setiap kriteria diperincikan dengan lebih jelas.

• Penerangan yang jelas untuk setiap item-item yang dibangunkan.

Semakan 2 (Berpandukan Case Study Rubric 2.0) Penghasilan Case Study Rubric 2.0

Perbincangan pemurnian rubrik Perbandingan markah

Semakan 1 (Berpandukan rubrik yang dibekalkan oleh JPPKK) Menjalankan Bengkel Penyelarasan

(7)

Semakan2 (Berpandukan Case Study Rubric 2.0)

• Setiap pensyarah sekali lagi memeriksa satu sampel skrip jawapan laporan Case Study pelajar yang sama. Markah perlu diberikan berpandukan Case Study Rubric 2.0 yang baru dibangunkan.

7. Pemerhatian Dapatan Kajian

Dapatan kajian diperolehi melalui kaedah kuantitatif bagi mendapatkan maklumbalas berkaitan penggunaan Case Study Rubric 2.0 yang telah dihasilkan. Kaedah analisis ditunjukkan dalam Jadual 4 berikut:

Jadual 4: Kaedah Analisis

Objektif Kaedah Analisis

Meningkatkan keselarasan pemarkahan dalam penilaian Case Study.

• Analisis markah Semakan 1 dan Semakan 2

Mengenal pasti persepsi pensyarah terhadap penggunaan Case Study Rubric 2.0.

• Analisis borang soal-selidik

7.1 Analisis Markah Semakan 1

Aktiviti Semakan 1 yang dijalankan adalah berpandukan rubrik yang dibekalkan oleh JPPKK.

Hasil dari aktiviti yang dijalankan, terdapat perbezaan markah yang agak ketara di antara 7 orang pensyarah yang memeriksa skrip laporan yang sama. Jadual 5 menunjukkan markah Semakan 1 yang diperincikan mengikut kriteria rubrik:

Jadual 5: Markah Semakan 1 Pensyarah Markah

Kriteria 1

Markah Kriteria

2

Markah Kriteria

3

Markah Kriteria

4

Markah Kriteria

5

Jumlah Markah (/20)

Markah (%)

Pensyarah 1 3 2 2 2 2 11 55

Pensyarah 2 3 2 2 3 2 12 60

Pensyarah 3 4 2 4 4 3 17 85

Pensyarah 4 3 3 3 3 4 16 80

Pensyarah 5 3 1 2 2 2 10 50

Pensyarah 6 4 1 1 1 3 10 50

Pensyarah 7 3 2 2 2 3 12 60

Daripada Jadual 5, jumlah markah yang paling tinggi adalah 17 markah manakala markah yang paling rendah ialah 10 markah. Perbezaan markah adalah sebanyak 7 markah yang mana ia adalah jurang yang sangat ketara. Ini menunjukkan wujudnya ketidakseragaman markah di antara pensyarah.

Analisis pada setiap kriteria menunjukkan kriteria 2, 3 dan 4 menyumbang kepada perbezaan markah yang ketara. Walaupun berpandukan borang rubrik yang sama, namun pensyarah membuat tafsiran sendiri untuk membuat penilaian terhadap pelajar yang sama.

(8)

7.2 Pemurnian Rubrik dan Penghasilan Case Study Rubric 2.0

Rajah 2: Rubrik yang dibekalkan oleh JPPKK

Daripada rubrik yang dibekalkan oleh JPPKK seperti Rajah 2, Kriteria 2 (Calculation), Kriteria 3 (Report Writing) dan Kriteria 4 (Conclusion) telah ditambah baik dan diperincikan supaya lebih berfokus. Setiap kriteria diletakkan senarai item yang perlu dinilai beserta markah yang layak diperolehi. Rajah 3 menunjukkan rubrik yang telah dimurnikan dan dilabelkan sebagai Case Study Rubric 2.0.

(9)

Rajah 3: Case Study Rubric 2.0

7.3 Analisis Markah Semakan 2

Setelah terhasilnya Case Study Rubric 2.0, pensyarah sekali lagi diminta untuk memeriksa sampel Case Study pelajar yang sama menggunakan borang rubrik yang baru. Hasil dari proses tersebut, markah yang diperolehi dari 7 orang pensyarah adalah seragam seperti Jadual 6 di bawah:

Jadual 6: Markah Semakan 2 Pensyarah Markah

Kriteria 1

Markah Kriteria

2

Markah Kriteria

3

Markah Kriteria

4

Markah Kriteria

5

Jumlah Markah

Markah (%)

Pensyarah 1 4 3 3 3 2 15 75

Pensyarah 2 4 2 4 3 3 16 80

Pensyarah 3 4 3 3 3 2 15 75

Pensyarah 4 4 3 3 3 3 16 80

Pensyarah 5 4 3 3 3 3 16 80

Pensyarah 6 3 3 3 3 3 15 75

Pensyarah 7 4 3 3 3 3 16 80

(10)

Jadual 6 menunjukkan markah yang diberikan oleh pensyarah adalah antara 15 dan 16 markah sahaja. Markah yang diberikan lebih seragam dan tiada jurang yang sangat ketara. Markah pada setiap kriteria juga adalah selaras.

7.4 Perbandingan Markah Semakan1 dan Semakan2

Analisis data menunjukkan markah yang berikan oleh pensyarah selepas menggunakan Case Study Rubric 2.0 lebih seragam dan konsisten. Perbandingan markah Semakan1 dan Semakan2 digambarkan menggunakan carta bar seperti Rajah 4 berikut:

Rajah 4: Perbandingan Markah Semakan1 dan Semakan2

Hasil dapatan markah Semakan1 dan Semakan2 menunjukkan peningkatan yang ketara daripada segi keselarasan markah. Markah yang diberikan oleh semua pensyarah dalam Semakan2 adalah lebih seragam berbanding Semakan1. Ini kerana rubrik yang terdahulu telah dimurnikan dan ditambah baik dengan lebih jelas dan terperinci. Setiap kriteria diperincikan beserta markah yang relevan untuk pelbagai kemungkinan jawapan dari pelajar. Ini sangat membantu pensyarah untuk membuat penilaian yang lebih adil dan konsisten kepada pelajar.

7.5 Analisis Borang Soal Selidik

Analisis persepsi penggunaan Case Study Rubric 2.0 dilakukan menggunakan borang soal- selidik. Borang soal-selidik ini mengandungi 10 item dengan 4 skala iaitu Sangat Tidak Setuju, Tidak Setuju, Setuju dan Sangat Setuju. Borang soal-selidik ini disebarkan sebelum dan selepas perlaksanaan Bengkel Penyelarasan. Hasil analisis adalah seperti Jadual 7 di bawah:

0 10 20 30 40 50 60 70 80 90

Pensyarah 1 Pensyarah 2 Pensyarah 3 Pensyarah 4 Pensyarah 5 Pensyarah 6 Pensyarah 7

Perbandingan Markah Semakan1 Dan Semakan2

SEMAKAN 1 SEMAKAN 2

(11)

Jadual 7: Analisis Borang Soal Selidik

Bil Item Sangat Tidak

Setuju

Tidak Setuju Setuju Sangat Setuju

A-Sebelum Case Study Rubric 2.0

B-Selepas Case Study Rubric 2.0 A B A B A B A B

1. Penggunaan rubrik sebagai alat pengukuran penilaian sesuai digunakan untuk penilaian Case Study.

0% 0% 0% 0% 85.7% 14.3% 14.3% 86.7%

2. Rubrik yang digunakan sangat

jelas. 0% 0% 100% 0% 0% 14.3% 0% 86.7%

3. Rubrik yang digunakan memudahkan saya membuat penilaian.

0% 0% 71.4% 0% 28.6% 14.3% 0% 86.7%

4. Saya tidak menghadapi sebarang masalah semasa menggunakan rubrik.

14.3% 0% 85.7% 0% 0% 42.9% 0% 57.1%

5. Kriteria yang terkandung di dalam rubrik mencukupi untuk menilai laporan Case Study pelajar.

14.3% 0% 71.4% 0% 14.3% 28.6% 0% 71.4%

6. Setiap kriteria didalam rubrik

diperincikan dengan baik. 42.9% 0% 42.9% 0% 14.3% 0% 0% 100%

7. Saya faham setiap kriteria yang

dinyatakan dalam rubrik. 0% 0% 42.9% 0% 57.1% 14.3% 0% 85.7%

8. Saya tidak membuat pertimbangan sendiri semasa membuat penilaian menggunakan rubrik.

0% 0% 71.4% 14.3

% 28.6% 28.6% 0% 57.1%

9. Rubrik yang dibekalkan sangat membantu saya untuk membuat penilaian dengan adil.

0% 0% 100% 0% 0% 0% 0% 100%

10. Saya sentiasa konsisten dalam memberi markah melalui penggunaan rubrik Case Study.

0% 0% 71.4% 0% 28.6% 0% 0% 100%

Analisis peratusan menunjukkan penggunaan Case Study Rubric 2.0 memberi kesan yang positif jika dibandingkan dengan sebelumnya. Kesemua 10 item dalam borang soal-selidik persepsi pensyarah terhadap Case Study Rubric 2.0 adalah pada skor setuju dan sangat setuju.

Item 6 (Setiap kriteria di dalam rubrik diperincikan dengan baik), item 9 (Rubrik yang dibekalkan sangat membantu saya untuk membuat penilaian dengan adil) dan item 10 (Saya sentiasa konsisten dalam memberi markah melalui penggunaan rubrik Case Study) mencatatkan skor 100% sangat setuju. Ini menunjukkan penghasilan Case Study Rubric 2.0 sangat membantu pensyarah dalam membuat penilaian Case Study pelajar secara lebih selaras dan adil.

Hasil daripada respon bagi cadangan penambahbaikan Sebelum Case Study Rubric 2.0 yang diambil melalui soal selidik menyatakan “Item rubrik perlu diperincikan dengan lebih jelas bagi membantu pensyarah kursus membuat penilaian dengan lebih adil dan tidak ragu-ragu"

dan “Adakan rubrik baru yang lebih jelas supaya pemarkahan selaras untuk semua kelas.” Ini jelas menunjukkan pensyarah kursus yang lain juga turut menghadapi permasalahan yang sama dengan pengkaji. Manakala cadangan bagi Soal Selidik Selepas Case Study Rubric 2.0 lebih kepada cadangan untuk mengadakan bengkel keselarasan kepada pelajar bagi menerangkan tatacara penyediaan Case Study dengan lebih baik agar memenuhi kriteria yang akan dinilai melalui rubrik.

(12)

8. Refleksi Dan Kesimpulan Kajian

8.1 Refleksi Aspek Pensyarah

Hasil kajian mendapati terdapat peningkatan keselarasan markah Case Study selepas penggunaan Case Study Rubric 2.0. Pengkaji mendapati proses penentuan pemarkahan di kalangan pensyarah lebih konsisten dan adil berdasarkan perincian pada setiap kriteria dalam borang rubrik. Pensyarah-pensyarah juga berpuas hati dengan penghasilan Case Study Rubric 2.0 kerana ia lebih jelas dan memudahkan mereka membuat penilaian kepada pelajar dengan lebih selaras.

8.2 Refleksi Aspek Ketua Kursus

Penyelarasan markah merupakan cabaran kepada warga pendidik untuk menentukan kebolehpercayaan dan konsistensi dalam proses pemarkahan bagi menjamin kesetaraan pemeriksaan kerana ia mempengaruhi kualiti pendidikan nasional. Daripada kajian ini, Ketua Kursus dapat mengemukakan hasil dapatan kepada Bahagian Penilaian Kurikulum, BPK JPPKK untuk semakan penambahbaikan agar dapat diselaraskan di semua Politeknik.

9. Kesimpulan

Berdasarkan objektif kajian yang digariskan, hasil kajian menunjukkan ketiga-tiga objektif kajian tercapai. Punca-punca masalah ketidakselarasan markah telah dikenal pasti melalui temu bual dengan pensyarah-pensyarah yang terlibat. Daripada masalah yang disenaraikan, tindakan telah diambil dengan terhasilnya Case Study Rubric 2.0 yang telah digunakan untuk meningkatkan keselarasan markah dalam penilaian secara adil kepada pelajar. Analisis dapatan juga menunjukkan dengan penggunaan Case Study Rubric 2.0 pensyarah lebih jelas dan berpuas hati dengan markah yang diberikan semasa membuat penilaian. Secara keseluruhannya Case Study Rubric 2.0 berjaya meningkatkan keselarasan pemarkahan dalam penilaian Case Study pelajar bagi kursus DBM30033 dan DBM30043. Walaupun begitu, pengkaji percaya proses pemurnian rubrik perlu dilihat secara berterusan bagi mengatasi masalah-masalah lain yang mungkin dihadapi pensyarah pada masa akan datang. Ini selari dengan kenyataan Humphry & Heldsinger, (2014) yang menyatakan satu rubrik sepatutnya sah dan boleh dipercayai, dan bagi mencapainya ia memerlukan proses penambahbaikan yang berterusan pada alat tersebut.

Rujukan

Aida Othman (2013). Manual Pembangunan Kurikulum Program Pengajian Politeknik, Jabatan Pengajian Politeknik Kementerian Pendidikan Malaysia

Humphrys, S. M., & Heldsinger, S. A. (2014). Common Structural Design Features of Rubrics May Represent A Threat To Validity. Educational Researcher, 43(5), 253–263.

Kemmis, S. and McTaggart, R. (eds) (1988). The Action Research Planner. (Third Edition) Waurn Ponds: Deakin University Press.

Mustapha, A., Samsudin, N. A., Arbaiy, N., Mohamed, R., & Rahmi, I. (2016). Generic Assessment Rubrics for Computer Programming Courses. Turkish Online Journal of Educational Technology, 15(1), 53.

Shelena Soosay Nathan, Mazniha Berahim and Rosni Ramle (2017). Rubric for Measuring Psychomotor and Affective Learning Domain, Pertanika J. Soc. Sci. & Hum. 25 (S):

101 - 108 .

Referensi

Dokumen terkait