• Tidak ada hasil yang ditemukan

View of The Use of Children’s Song in the Process of Developing Malay Language Skills in Private Kindergartens

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "View of The Use of Children’s Song in the Process of Developing Malay Language Skills in Private Kindergartens"

Copied!
17
0
0

Teks penuh

(1)

Penggunaan lagu kanak-kanak dalam proses perkembangan kemahiran Bahasa Melayu di Tadika Swasta

The Use of Children’s Song in the Process of Developing Malay Language Skills in Private Kindergartens

Nurul Aida Aziz*1 , Abdul Halim Masnan2

Fakulti Pembangunan Manusia, Universiti Pendidikan Sultan Idris, Tanjong Malim, Perak, MALAYSIA1,2

[email protected]1 , [email protected]2

*Corresponding Author Published: 30 June 2022

To cite this article (APA): Aziz, N. A., & Masnan, A. H. (2022). The Use of Children’s Song in the Process of Developing Malay Language Skills in Private Kindergartens. Jurnal Pendidikan Awal Kanak-Kanak Kebangsaan, 11(1), 91-107. https://doi.org/10.37134/jpak.vol11.1.9.2022

To link to this article: https://doi.org/10.37134/jpak.vol11.1.9.2022

ABSTRAK

Kajian ini bertujuan untuk melihat penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu proses perkembangan kemahiran Bahasa Melayu di tadika. Reka bentuk kajian ini menggunakan kaedah kajian kes. Sampel kajian ini terdiri daripada 3 orang guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak yang mengajar di tadika swasta di Daerah Besut, Terengganu. Kajian ini secara keseluruhannya menggunakan kaedah persoalan kajian yang ditetapkan iaitu kaedah proses penguasaan perkataan baru melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kelebihan dan kesan penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu mengingat dan melatih menyebut perkataan dan tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan. Hasil dapatan kajian menunjukkan bahawa penggunaan lagu kanak-kanak dapat membantu guru dalam proses meningkatkan perkembangan kemahiran bahasa kanak-kanak tadika. Antaranya, pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan mendapati pengaplikasian lagu kanak-kanak di dalam kelas dan juga penglibatan kanak-kanak dalam aktiviti pembelajaran memberi kesan terhadap perkembangan bahasa kanak- kanak. Malahan, proses penguasaan perkataan baru juga berdasarkan teknik penyampaian dan kekerapan pendedahan lagu kepada kanak-kanak. Kesan kepada penggunaan lagu kanak-kanak di dalam kelas memberikan pelbagai impak yang positif kepada perkembangan bahasa kanak-kanak. Setelah melaksanakan kajian, terdapat beberapa impak kajian yang diperoleh antaranya pengkaji menerima pendedahan tentang penggunaan lagu kanak- kanak dalam kalangan guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak dan juga bagaimana lagu kanak-kanak dapat membantu proses perkembangan Bahasa Melayu kanak-kanak tadika. Kesimpulan kajian ini menunjukkan bahawa lagu kanak-kanak dapat membantu guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak dalam proses pengajaran dan pembelajaran.

Kata kunci: Lagu Kanak-Kanak, Perkembangan Bahasa, Guru, Kanak-Kanak, Tadika Swasta

(2)

ABSTRACT

The aim of this study was to look at the use of children's songs in assisting the development of Malay language skills in kindergarten. The design of the study uses a case study method. The sample was made up of 3 Early Childhood Education teachers who taught in private kindergartens in Besut District, Terengganu. The study as a whole used the prescribed study question method which is the method of mastering new words through the use of children's songs, the advantages and effects of using children's songs in helping to remember and train the pronunciation of words and the level of knowledge of teachers on the use of children's songs involving words. The findings showed that the use of children's songs can help teachers in the process of improving the development of kindergarten children's language skills. Among them, the teacher's knowledge of the use of children's songs involving words found that the application of children's songs in the classroom as well as the involvement of children in learning activities had an impact on the development of the children's language. In fact, the process of mastering new words is also based on the technique of presentation and frequency of exposure of songs to children. The impact on the use of children's songs in the classroom has a variety of positive impacts on children's language development. After conducting the study, there were several impacts of the studies, among which the researchers received exposure on the use of children's songs among early childhood education teachers as well as how children's songs could help the development process of the Malay language of kindergarten children. The conclusions of this study suggest that children's songs can help teachers of Early Childhood Education in the process of teaching and learning.

Keywords: Children's Songs, Language Development, Teachers, Children, Private Kindergarten

PENGENALAN

Pembelajaran alaf 21 mengetengahkan strategi yang penting dalam membantu kanak-kanak belajar di samping menyokong penyampaian pembelajaran awal yang optimum. Lagu kanak- kanak sudah tidak asing lagi di dalam dunia pendidikan awal malah juga digunakan di peringkat pendidikan yang tinggi. Zakaria Khalid dan Ariff Fadillah Khalil (2011) berpendapat belajar sambil bermain atau didik hibur dapat meningkatkan minat membaca kanak-kanak seterusnya mewujudkan suasana yang menyeronokkan. Bukan itu sahaja, melalui belajar sambil bermain, tingkah laku murid turut dipengaruhi dan bertambah baik (Rohaty Mohd Mazjub dan Nor Aisyah Buang, 2010). Melalui pendapat yang diberikan, ianya mengukuhkan lagi bahawa penggunaan muzik iaitu lagu kanak-kanak sesuai digunakan dalam pendidikan pada masa kini.

Melalui nyanyian, kanak-kanak mampu untuk mengingat sesuatu dengan lebih cepat berbanding mereka hanya membaca. Kanak-kanak sememangnya mempunyai daya ingatan yang kuat. Oleh itu, latihan perlu dilakukan secara konsisten untuk membantu mereka dalam belajar bahasa. Nyanyian merupakan salah satu cara yang terbaik dalam meningkatkan minat kanak-kanak untuk belajar. Menurut Nurul Huda Nordin (2009), “Kajian terbaru membuktikan bahawa muzik boleh memantapkan perkembangan bahasa, hubungan bunyi perkataan, keupayaan matematik kanak-kanak dan sesetengahnya meningkatkan keupayaan intelektual kanak-kanak”.

Selain itu, nyanyian dalam lagu dapat menarik minat kanak-kanak untuk sentiasa mengulangi lagu tersebut dan kanak-kanak mampu untuk menyebut perkataan di dalam lagu dengan kadar kekerapan yang tinggi. Oleh sebab itu, mereka dapat melatih menyebut perkataan dengan kerap tanpa mereka sedar. Jika dilihat di dalam Kurikulum Standard Prasekolah Kebangsaan 2017 (KSPK), Bahasa Melayu ini dibawah tunjang komunikasi. Aspek bahasa yang diketengahkan di bawah tunjang ini ialah merujuk kepada keupayaan murid dalam memahami, mengungkap, dan menghargai bahasa yang indah melalui pembelajaran yang menyeronokkan termasuklah nyanyian.

(3)

Pernyataan Masalah

Bahasa jika dilihat secara kasar kelihatan senang untuk diajar namun masih ada beberapa masalah yang dihadapi dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa. Salah satunya ialah lambat untuk menguasai perkataan baru. Melalui permasalahan ini, perlu kita lihat sejauh manakah pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan dalam usaha untuk membantu kanak-kanak menguasai perkataan baru di dalam kelas. Melalui pengalaman yang lepas, untuk memastikan kanak-kanak dapat menyebut sesuatu perkataan itu tidaklah semudah yang disangka. Mereka mungkin akan melatih membaca pada setiap hari akan tetapi ada di antara mereka yang mempunyai masalah dalam mengingat dan mengenal sesuatu perkataan. Di sini dapat dilihat bahawa sekiranya penggunaan lagu kanak-kanak diketengahkan, ianya dapat membantu untuk proses menguasai perkataan baru.

Selain itu, pembelajaran bahasa dilihat agak lambat untuk dikuasai oleh kanak-kanak kerana mereka sukar untuk mengingat dan melatih menyebut perkataan. Maka, kaedah proses penguasaan perkataan baru melalui penggunaan lagu kanak-kanak perlu dikenalpasti untuk dijadikan pemudah cara untuk mengajar. Menurut Lestari (2012), nyanyian mempunyai objektif yang tertentu dan perlu dilakukan dengan gaya bahasa yang sederhana, lirik yang pendek dan bersesuaian dengan perkembangan bahasa kanak-kanak. Penguasaan kemahiran bahasa mungkin sukar bagi sesetengah individu yang tidak gemar untuk membaca. Oleh itu, dengan adanya lagu, kanak-kanak akan mudah untuk melatih menyebut perkataan semasa menyanyi.

Akhir sekali, masalah yang dihadapi dalam proses pembelajaran bahasa bagi kanak- kanak dalam pendidikan awal ialah tidak berminat dan tidak bersedia untuk belajar bahasa. Isu ini boleh dikatakan akan berlaku pada setiap individu semasa proses pembelajaran. Jadi, sejauh manakah kesan penggunaan lagu kanak-kanak di dalam proses pengajaran mampu untuk membantu kanak-kanak mengingat dan memperoleh perkataan baru akan diperlihatkan. Faktor tidak berminat untuk belajar adalah penyebab kepada berlakunya masalah lambat untuk menguasai sesuatu topik. Menurut Hamisan Salim (2010), muzik dan nyanyian juga dapat memupuk minat belajar, prestasi dan kesediaan belajar, membina keseronokan mengikut mood dan keadaan, dan menambahbaik hasil kerja serta daya ingatan kanak-kanak. Maka, sudah terang lagi bersuluh bahawa nyanyian dan muzik sangat berkesan dalam proses pengajaran dan pembelajaran bahasa kanak-kanak. Secara tidak langsung, kemahiran bahasa kanak-kanak dapat dipertingkatkan dari semasa ke semasa.

Teori-Teori Berkaitan

Teori Behavourisme merupakan teori yang diperkenalkan oleh Ivan Pavlov, B.F. Skinner dan juga Edward L Thorndike. Secara umumnya teori ini merupakan teori pembelajaran yang melihat kepada tingkah laku yang ditunjukkan dan dapat diukur dengan nyata. Teori ini dikaitkan dengan perkembangan bahasa kerana teori ini menyatakan bahawa kanak-kanak belajar melalui peniruan. Menurut Desmita (2009), teori pembelajaran behaviouris ini merupakan teori belajar memahami tingkah laku manusia yang menggunakan pendekatan objektif, mekanistik dan materialistik sehingga perubahan tingkah laku pada diri seseorang dapat dilakukan melalui upaya pengkondisian.

Skinner (1997) telah memperkenalkan kaedah pengajaran terancang dalam kerangka

(4)

diberi ke atas seseorang akan menyebabkan orang tersebut akan menghasilkan tindak balas (T) ke atas rangsangan yang diberi. Beliau berpendapat pembelajaran sebenar boleh berlaku dalam kerangka R-T. Oleh itu, guru perlu berikan lebih banyak rangsangan kepada murid-murid, agar mereka memberikan tindak balas ke atas rangsangan yang diberikan.

Secara umumnya, teori ini memperlihatkan tingkah laku kanak-kanak yang akan meniru apa yang dilihat dan didengar di persekitarannya. Berkait dengan perkembangan bahasa, kanak-kanak akan mendengar lagu yang dipasang oleh guru di dalam kelas dan meniru nyanyian yang didengar. Peranan persekitaran kanak-kanak memainkan peranan yang penting dalam pemerolehan bahasa mereka. Melalui teori ini, kaedah peniruan yang dilakukan oleh kanak-kanak adalah berdasarkan lagu kanak-kanak yang didengari sama ada di rumah atau di sekolah. Namun, fokus kajian ini adalah untuk guru di tadika. Rangsangan daripada guru yang diterima oleh kanak-kanak akan membangkitkan semangat mereka untuk melakukan peniruan tersebut. Contohnya, kanak-kanak melihat guru menyanyikan lagu Didi and Friend. Guru bersemangat menyanyikan lagu dan meminta kanak-kanak untuk menyanyi bersama-sama.

Rangsangan yang diterima akan memberikan tindak balas kepada kanak-kanak. Mereka akan menyanyi bersama dengan guru.

Teori Psikolinguistik pula mengkaji tentang kesediaan kanak-kanak dalam belajar bahasa. Teori psikolinguistik ini banyak menekankan tentang operasi mental manusia semasa mereka berbahasa. Menurut Zulkefly Hamid (2006) di dalam bukunya, Aplikasi Psikolinguistik, psikolinguistik menganalisis apa yang berlaku dalam akal budi manusia semasa seseorang itu berbahasa. Menurut Chomsky (1975), manusia mempunyai the language acquisition device atau LAD iaitu satu mekanisma yang terdiri daripada ketegori tatabahasa asas. LAD ini berperanan dalam membantu menyusun struktur bahasa yang diperoleh oleh kanak-kanak. Kanak-kanak akan mendengar apa yang didengar di sekelilingnya dan belajar tentang bahasa yang diperoleh. Dengan adanya mekanisma LAD ini, kanak-kanak dapat memahami bahasa. Sekiranya ada input yang diperoleh, maka mekanisma ini akan memproses tatabahasa tersebut dan kanak-kanak berupaya untuk menguasai bahasa dengan baik.

Melalui penerangan di atas, saya bersetuju dengan apa yang dikatakan oleh tokoh tersebut kerana sememangnya mustahil untuk kanak-kanak seusia 2 atau 3 tahun untuk menguasai kemahiran bahasa melalui pendengaran sahaja. Oleh itu, mereka memerlukan latihan untuk menguasai sesuatu kemahiran. Seperti contoh, lagu kanak-kanak. Sekiranya guru mengubah cara penyampaian daripada membaca kepada menyanyi, input yang diterima oleh kanak-kanak mungkin akan berbeza. Penambahan kosa kata dan tatabahasa melalui lagu akan bertambah melalui interaksi dengan orang yang lebih dewasa. Semakin kerap mereka mendengar lagu kanak-kanak, semakin banyak tatabahasa yang diperoleh dan disimpan.

Peranan Nyanyian dalam Perkembangan Bahasa Kanak-kanak

Usaha untuk memperlihatkan tentang peranan nyanyian dalam perkembangan bahasa kanak- kanak, saya meneliti melalui sejauh mana pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak- kanak yang melibatkan perkataan. Bukan itu sahaja, pengkaji juga ingin mengetahui bagaimana kaedah proses penguasaan perkataan baru melalui penggunaan lagu kanak-kanak dan pengkaji juga ingin melihat sejauh manakah kesan penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu mengingat dan melatih menyebut perkataan. Melalui persoalan ini, dapat diperoleh tentang bagaimana nyanyian itu dapat memberi peranan yang pentinga dalam membantu proses perkembangan bahasa kanak-kanak.

(5)

Kajian Literatur

Menurut Mohamad Azam Samsudin (2018) di dalam kajiannya yang bertajuk Kepentingan Muzik dan Nyanyian Dalam Pendidikan Prasekolah: muzik dan nyanyian adalah sesuatu yang dekat dengan kanak-kanak kerana melalui muzik, mereka mendapat hiburan dan perkara itu sangat menarik bagi mereka. Gabungan muzik yang membawa gaya bahasa yang sederhana itu secara tidak langsung dapat merangsang perkembangan kanak-kanak. Lirik lagu yang dinyanyikan oleh kanak-kanak sedikit sebanyak dapat menambah perbendaharaan kata dan perkataan baru untuk kanak-kanak.

Dalam kajian Hanifah Sabin, Vincent Pang dan Muhammad Idris Bullare@Bahari (2019), yang bertajuk Modul Membaca Awal Prasekolah Menggunakan Nyanyian Berasaskan Teori Psikolinguistik Kognitif dan Aplikasi Kaedah Belajar Melalui Bermain yang menyatakan bahawa pelaksanaan kaedah mengajar yang menyeronokkan adalah dengan menggunakan kaedah nyanyian dan penggunaan lagu. Pengkaji menekankan aspek keseronokan yang dialami oleh kanak-kanak semasa di sekolah untuk belajar. Jadi, melalui penggunaan lagu, kanak- kanak dapat mempercepatkan usia mereka membaca kerana struktur lagu yang berulang-ulang dan kanak-kanak akan mudah untuk mengingat.

Indra Yeni, Irdhan Epria Dharma Putra, Vivi Anggraini dan Rudi Nofindra (2020) yang melakukan kajian mengenai rangsangan kanak-kanak untuk perkembangan bahasa ibunda dengan menggunakan lagu yang dilakukan di Padang, Indonesia. Beliau berpendapat bahawa matlamat Pendidikan Awal Kanak-Kanak adalah untuk merangsang perkembangan kanak- kanak secara holistik. Oleh itu, mereka inginkan kanak-kanak di negara mereka menguasai bahasa ibunda terlebih dahulu seperti yang tertakluk di dalam Akta Republik Indonesia. Oleh itu, mereka menggunakan media animasi seperti lagu Minangkabau untuk membantu kanak- kanak memperoleh kemahiran bahasa.

Melalui kajian ini, mereka menggunakan pendekatan media untuk membantu kanak- kanak memahami perkataan dan juga bahasa dalam bentuk yang berbeza. Kanak-kanak sangat sukakan sesuatu yang menarik dan kaedah yang digunakan oleh pengkaji mampu menarik minat kanak-kanak untuk menguasai bahasa ibunda mereka

METODOLOGI Reka Bentuk Kajian

Secara umumnya, kajian ini dilakukan dalam bentuk kualitatif di mana kajian ini mengumpul data mengenai topik kajian secara temubual. Data kualitatif berbentuk deskriptif, berupa kata- kata lisan atau tulisan tentang tingkah laku manusia yang dapat diamati (Taylor dan Bogdan, 1984). Manakala menurut Patton, 1990, data kualitatif terhasil daripada tiga jenis data sebagaimana yang berikut iaitu:

I. Hasil pemerhatian: huraian terperinci tentang situasi, kejadian, interaksi, dan tingkah laku yang diamati di lapangan.

II. Hasil pembicaraan: kutipan langsung dari pernyataan orang tentang pengalaman, sikap, keyakinan dan pemikiran mereka dalam kesempatan temubual mendalam.

(6)

III. Bahan tertulis: petikan atau keseluruhan dokumen, surat menyurat, rakaman dan kes sejarah.

Kajian secara kualitatif ini mementingkan tentang bagaimana pandangan dan keterangan yang diberikan oleh seseorang manusia berdasarkan pengalaman dan maklumat yang ada pada mereka. Temubual yang dijalankan bersama dengan responden menjadi bukti kepada pemerolehan fakta kajian. Temubual ialah temu muka berulang oleh pengkaji dan subjek pengkajian, dalam rangka memahami pandangan subjek pengkajian di dalam hidupnya, pengalamannya, ataupun situasi sosial sebagaimana diungkapkan dalam bahasanya sendiri (Taylor dan Bogdan, 1984).

Menurut Burn (1995), Merriem (1998) dan Yin (1995) penggunaan reka bentuk penyelidikan kajian kes menggunakan data kualitatif amat sesuai apabila sesuatu kajian melibatkan pemerhatian seseorang individu atau unit, satu kumpulan manusia, keluarga, satu kelas, sekolah, satu masyarakat, peristiwa atau budaya. Sesuatu kajian kes harus memfokuskan kepada subjek yang mempunyai sesuatu kriteria atau ciri yang ingin dikaji. Ini bermakna sesuatu kajian kes kebanyakannya mengkaji tentang individu atau peristiwa dalam lingkungan budaya dan persekitaran mereka (Burn, 1995).

Kaedah kajian yang dipilih ini adalah untuk menjawab persoalan kajian yang telah disenaraikan iaitu:

I. Sejauh manakah pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan?

II. Bagaimanakah kaedah proses penguasaan perkataan baru melalui penggunaan lagu kanak-kanak?

III. Sejauh manakah kesan penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu mengingat dan melatih menyebut perkataan?

Dalam proses untuk mendapatkan maklumat mengenai persoalan kajian yang telah ditetapkan, pengkaji menggunakan kaedah temubual yang dilakukan terhadap 3 orang guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Maklumat yang diperoleh dicatat di dalam hasil dapatan kajian dengan menjawab kesemua persoalan kajian yang ditetapkan.

Sampel Kajian

Dalam menjalankan kajian dan mendapatkan maklumat mengenai kepentingan penggunaan lagu kanak-kanak ini, beberapa orang responden diambil bagi membantu menjalankan kajian.

Pemilihan responden hanyalah sebanyak 3 orang dan responden tersebut terdiri daripada guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Pengkaji menemubual 3 responden tersebut dalam usaha untuk mendapatkan maklumat mengenai kepentingan penggunaan lagu kanak-kanak dalam proses perkembangan kemahiran bahasa kanak-kanak tadika. Pemilihan sampel kajian adalah berdasarkan pengalaman mengajar yang ada pada pendidik dan juga teknik nyanyian yang digunakan oleh mereka semasa mengajar.

Instrumen Kajian

Kajian ini dilakukan secara kualitatif. Pengkaji memutuskan untuk menggunakan kaedah temu bual dalam mengumpul maklumat mengenai kajian yang dijalankan. Objektif kajian yang ditetapkan dijawab dengan mengumpul maklumat melalui sesi temu bual bersama beberapa

(7)

orang sampel yang dipilih dalam membantu menyiapkan kajian ini. Kaedah temu bual adalah salah satu kaedah yang penting dalam kajian kualitatif dalam mendapatkan maklumat secara tepat dan mendalam kerana informasi yang diperoleh melalui temu bual adalah lebih banyak dengan respon sampel yang didapati secara langsung daripada mereka. Malah, terdapat juga kaedah yang digunakan selain daripada temubual dalam kajian kualitatif seperti kaedah pemerhatian yang terbahagi kepada dua iaitu pemerhatian secara terus dan pemerhatian melalui penglibatan. Pengkaji secara automatik akan melakukan pemerhatian berperanan terhadap subjek pengkajiannya. Pemerhatian berperanan merujuk kepada proses kajian yang mempersyaratkan interaksi sosial antara pengkaji dengan subjek pengkajiannya. Alasan ahli metodologi penggunaan teknik ini ialah (Moleong, 1989):

1. Pemerhatian memungkinkan pengkaji untuk melihat, merasakan dan memaknai dunia beserta ragam peristiwa dan gejala sosial dalamnya, sebagaimana subjek pengkajian melihat, merasakan dan memaknainya.

2. Pemerhatian memungkinkan pembentukan pengetahuan secara bersama-sama antara pengkaji dan subjek pengkajiannya (intersubjektiviti).

Temu Bual

Dalam mendapatkan maklumat mengenai persoalan kajian, dan untuk menjawab objektif kajian yang diinginkan, pengkaji menggunakan kaedah temu bual. Temu bual yang dilakukan adalah berdasarkan latar belakang responden yang menggunakan muzik dalam proses pengajaran dan pengajaran mereka. Disebabkan keadaan yang tidak mengizinkan untuk bersemuka, pengkaji mengadakan sesi temu bual bersama dengan responden secara atas talian.

Dalam proses untuk memastikan sesi temu bual berjalan dengan lancar, pengkaji menyediakan set soalan yang ditanyakan kepada responden. Pengkaji melakukan sesi temu bual bersama dengan responden secara atas talian dengan menggunakan aplikasi Google Meet.

Pengkaji menyediakan soalan-soalan yang berkaitan dengan tajuk dan menggunakan soalan tersebut dalam mendapatkan jawapan daripada responden. Soalan yang diajukan dijawab oleh responden dan pengkaji mencatat maklumat yang diperoleh. Sesi temu bual dirakam supaya semua jawapan yang diberikan oleh responden dicatat dengan betul. Segala bentuk jawapan yang diberikan oleh responden kepada pengkaji dimasukkan ke dalam maklumat yang diperoleh untuk kajian ini.

(8)

Prosedur Pengumpulan Data

Pengkaji telah menggunakan satu kaedah dalam proses pengumpulan data yang telah disarankan oleh Creswell. Menurut Creswell (1994), terdapat tujuh proses dalam pengumpulan data yang boleh dilihat pada rajah di bawah.

Rajah 3.1 menunjukkan carta aliran proses mengumpul maklumat

Dalam melakukan kajian ini, pengkaji merujuk kepada tujuh proses dalam pengumpulan data yang terdapat pada rajah di atas. Proses yang pertama ialah mengenalpasti individu. Individu yang dipilih untuk dijadikan sampel adalah individu yang dikenali oleh pengkaji dan pengkaji mengetahui teknik pengajaran yang digunakan oleh individu tersebut.

Untuk itu, pengkaji telah melengkapi proses kedua iaitu mendapatkan akses dan membina hubungan bersama dengan sampel. Pengkaji membina hubungan baik untuk memastikan proses temu bual yang dijalankan dapat dilakukan dengan lancar dan respon yang diberikan oleh sampel dapat menjawab persoalan yang ditetapkan.

Proses ketiga adalah persampelan bertujuan. Persampelan ini adalah secara tidak rawak kerana tumpuan terhadap ciri-ciri tertentu dan kesesuaian terhadap fokus penyelidikan yang ingin dilakukan oleh pengkaji. Seperti kajian ini, iaitu untuk melihat tentang penggunaan lagu kanak-kanak dalam perkembangan bahasa kanak-kanak tadika swasta. Maka, pemilihan sampel hanya diambil dalam kalangan pendidik Pendidikan Awal Kanak-Kanak di tadika swasta sahaja. Pengumpulan data dilakukan dengan melakukan temu bual bersama dengan responden dan kemudian merekod maklumat yang diperoleh dan kemudian menyelesaikan isu- isu lapangan serta menyimpan data yang diperoleh.

Kaedah Analisis Data

Setelah melakukan sesi temubual bersama dengan responden yang dipilih, pengkaji mengumpul semua data yang diperoleh semasa temu bual dan menganalisis data tersebut.

Pengkaji menganalisis data secara manual dengan melakukan transkripsi temu bual Mengenalpasti

kes/individu

Mendapatkan akses dan membina

hubungan

Persampelan bertujuan

Mengumpul data Merekod maklumat

Menyelesaikan isu- isu lapangan

Menyimpan data

(9)

berdasarkan jawapan dan juga tingkah laku responden semasa sesi temu bual dijalankan.

Setelah selesai membuat analisis, pengkaji membuat rumusan terhadap maklumat yang diperoleh. Analisis yang telah diperoleh disusun mengikut tema yang berkaitan. Tema-tema tersebut adalah berdasarkan objektif kajian yang telah ditetapkan dan diagihkan mengikut tema yang tertentu.

DAPATAN KAJIAN

Pengetahuan Guru Terhadap Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melibatkan Perkataan Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh daripada temu bual yang dijalankan bersama responden, pengkaji telah mengetengahkan dua tema yang berkaitan bagi menjawab persoalan kajian yang pertama.

Pengaplikasian Lagu Kanak-Kanak di Dalam Kelas

Setelah meneliti transkrip temu bual yang dilakukan bersama dengan responden, pengkaji mendapati terdapat petikan penting yang dinyatakan oleh responden bagi menjawab persoalan kajian.

Jika saya ingin menggunakan lagu, saya akan menggunakannya. Tetapi boleh dikatakan memang saya akan menggunakan lagu kerana saya inginkan kanak-kanak untuk menguasai bahasa dengan cepat.” –G1-

G1 menyatakan bahawa beliau akan menggunakan lagu sekiranya beliau merasakan untuk menggunakan lagu dalam sesi pembelajaran bersama kanak-kanak. Akan tetapi beliau juga mengatakan bahawa majoriti sesi pembelajarannya ada menggunakan lagu kanak-kanak kerana beliau ingin membantu kanak-kanak untuk menguasai bahasa dengan lebih cepat.

“Memang saya akan menggunakan lagu. Saya gemar menggunakan lagu untuk aktiviti pembelajaran kerana bagi saya lagu kanak-kanak itu sangat sesuai untuk digunakan di mana lagu ini boleh kita guna untuk mengajar perkataan, untuk hiburan, dan untuk cipta suasana ceria untuk kanak-kanak.

Sebagai guru, kita perlu cipta suasana yang kondusif untuk kanak-kanak belajar. Jadi memang saya akan pastikan kanak-kanak selesa dengan mewujudkan aktiviti yang seronok untuk mereka.” –G2-

G2 menyatakan bahawa beliau akan menggunakan lagu untuk aktiviti pembelajaran dengan kanak-kanak kerana beliau berpendapat bahawa lagu kanak-kanak sesuai untuk digunakan sebagai satu alat bantuan untuk mengajar perkataan atau bahasa kepada kanak-kanak. Malah, peranan guru untuk mencipta suasana kondusif juga boleh dilakukan dengan menggunakan hiburan kepada kanak-kanak supaya mereka seronok untuk belajar.

“Ya saya gunakan lagu untuk setiap aktiviti pembelajaran. Selain mengajar subjek Bahasa Melayu, saya juga mengajar subjek Sains. Jadi untuk subjek Sains pun saya gunakan lagu. Contohnya, untuk lagu Didi and Friends ada lagu untuk anggota badan. Selain dapat mendedahkan tentang anggota badan

(10)

kepada kanak-kanak, saya juga dapat melatih kanak-kanak menyebut perkataan pada setiap anggota badan.” –G3-

G3 menyatakan bahawa beliau akan menggunakan lagu untuk setiap aktiviti pembelajaran.

Malah, beliau beliau juga mengajar untuk subjek Sains dan mengaplikasikan penggunaan lagu di dalam subjek Sains. Di samping dapat memperkenalkan bahagian anggota badan kepada kanak-kanak, ianya juga dapat melatih kanak-kanak berbahasa.

Guru berperanan dalam menjalankan sesi pengajaran dan pembelajaran di dalam kelas.

Pearson & Johnson (1978) menyatakan bahawa guru, rakan sebaya dan ekologi sesebuah bilik darjah mempengaruhi kebolehan membaca dan kefahaman murid. Peranan guru dalam menyediakan murid dalam keadaan yang selesa untuk pembelajaran bacaan, pemilihan bahan dan alatan yang digunakan untuk mengajar perlu diwujudkan sebagai dorongan kepada kanak- kanak sebagai pengukuhan dan juga dapat mempengaruhi kefahaman murid. Dengan menggunakan lagu sebagai salah satu elemen dalam pembelajaran, kanak-kanak dapat belajar dalam suasana yang ceria dan selesa.

Penglibatan Kanak-Kanak Dalam Sesi Pembelajaran

Setelah meneliti transkrip temu bual yang dilakukan bersama dengan responden, pengkaji mendapati terdapat petikan penting yang dinyatakan oleh responden bagi menjawab persoalan kajian.

“Budak-budak memang akan ikut menyanyi sekali kalau saya pasangkan lagu.

Kalau saya pasang je lagu Didi, memang diorang akan ikut nyanyi sekali.”- G1-

Berdasarkan petikan, G1 menerangkan bagaimana reaksi kanak-kanak sekiranya beliau menggunakan lagu kanak-kanak dalam sesi pengajaran dan pembelajaran. Dapat dilihat bagaimana kanak-kanak seronok dengan kaedah P&P yang dilakukan bersama dengan guru.

Mereka ikut menyanyikan lagu Didi yang dipasang oleh guru mereka semasa aktiviti dijalankan.

“Kalau saya gunakan lagu kanak-kanak sebagai set induksi, memang saya akan minta kanak-kanak untuk menyanyi bersama dengan saya. Saya akan minta kanak-kanak untuk nyanyi dan buat gaya sekali.” –G2-

G2 memberitahu bahawa beliau akan meminta kanak-kanak untuk melibatkan diri dalam aktiviti set induksi sekiranya menggunakan lagu. Beliau akan meminta kanak-kanak untuk menyanyi dan juga membuat gaya seperti yang dilakukan di dalam klip video. Berdasarkan penceritaan, dapat digambarkan bahawa kanak-kanak seronok dengan kaedah penggunaan lagu yang digunakan oleh guru. Mereka dapat menyanyi dan joget bersama dengan rakan dan juga guru.

“Setakat yang saya nampak semasa saya menggunakan lagu, kanak-kanak cuba untuk ikut menyanyi. Ada yang tidak hafal lirik pun cuba untuk menyanyi sekali dengan kawan-kawan mereka.” –G3-

G3 menerangkan tentang penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti semasa memainkan lagu kanak-kanak. Beliau menyatakan bahawa kanak-kanak yang tidak hafal lirik juga berusaha

(11)

untuk menyanyi bersama dengan rakan-rakan mereka. Oleh kerana lagu kanak-kanak mempunyai melodi yang dapat menarik minat kanak-kanak, mereka ingin turut serta menyanyi dengan guru dan rakan.

Penglibatan kanak-kanak di dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran sangat digalakkan. Kanak-kanak sukakan sesuatu yang boleh menggembirakan hati mereka. Muzik adalah salah satu daripadanya. Ini kerana muzik sentiasa dianggap penting sebagai pengalaman setiap hari kanak-kanak di taska (Lagerlof, Pernilla; Wallerstedt, Cecilia; Pramling & Niklas, 2013). Salah satu kaedah untuk memastikan kanak-kanak dapat melatih sebutan perkataan adalah dengan memastikan kanak-kanak melibatkan diri dalam aktiviti. Sekiranya kanak-kanak tidak melibatkan diri dalam aktiviti bersama dengan rakan yang lain, maka tidak akan ada sesi latihan untuk kanak-kanak dengan menggunakan lagu.

Kaedah Proses Penguasaan Perkataan Baru

Berdasarkan maklumat yang telah diperoleh daripada temu bual yang dijalankan bersama responden, pengkaji telah mengetengahkan dua tema yang berkaitan bagi menjawab persoalan kajian kedua.

Teknik Penyampaian Guru

Setelah meneliti transkrip temu bual yang dilakukan bersama dengan responden, pengkaji mendapati terdapat petikan penting yang dinyatakan oleh responden bagi menjawab persoalan kajian.

“Saya selalu gunakan lagu untuk memulakan sesi pengajaran. Macam selalunya saya akan pasang lagu “Didi and Friends” lah. Tapi saya akan ambil lagu yang kena dengan topik pengajaran saya lah.” –G1-

Berdasarkan maklum balas yang diterima, G1 menyatakan bahawa beliau selalu menggunakan lagu dalam sesi pengajaran yang dilakukan bersama dengan kanak-kanak. G1 akan menggunakan lagu kanak-kanak yang bersesuaian dengan topik pengajaran yang dilakukan pada hari tersebut. G1 menyatakan bahawa beliau sering akan menggunakan lagu daripada

“Didi and Friends” sebagai bahan bantu mengajar namun tidak hanya memfokuskan kepada

“Didi and Friends” sahaja. Sekiranya memerlukan lagu dari video lain juga digunakannya.

“Saya memang suka gunakan lagu untuk aktiviti pengajaran saya bersama kanak-kanak. Saya anggap itu adalah sebagai satu pembukaan yang menarik untuk kanak-kanak” –G2-

G2 menyatakan bahawa beliau gemar menggunakan lagu untuk aktiviti pengajaran bersama kanak-kanak. Beliau menganggap bahawa lagu itu adalah pembangkit semangat kepada kanak- kanak untuk meneruskan aktiviti pembelajaran. Berdasarkan petikan, boleh dilihat G2 memang selalu gunakan lagu kanak-kanak dalam setiap aktiviti pengajaran dan pembelajaran di tadika.

“Adakalanya saya guna, adakalanya tidak. Saya ikut juga kesesuaian topik pengajaran saya. Kalau tak perlu guna, saya tak guna.” –G3-

G3 tidak selalu menggunakan lagu dalam aktiviti pengajaran dan pembelajaran beliau. G3 berpendapat bahawa sekiranya perlu untuk menggunakan lagu, maka beliau akan

(12)

Penggunaan lagu kanak-kanak adalah bergantung pada kesesuaian topik pengajaran pada G3 lebih kurang dengan G2.

Pendidikan masa kini lebih banyak menggunakan teknologi. Tidak ketinggalan juga dalam dunia Pendidikan Awal Kanak-Kanak. Teknologi yang ada pada masa kini perlu digunakan dengan sebaik mungkin. Oleh itu, penggunaan lagu kanak-kanak itu boleh dikatakan sebagai satu penggunaan teknologi kerana ianya adalah berasaskan internet dan menggunakan televisyen atau laptop untuk dipaparkan.

Bahan audiovisual iaitu klip video yang digunakan semasa melaksanakan aktiviti pengajaran dapat menarik minat kanak-kanak untuk belajar. Oleh sebab itu, jika dilihat pada respon daripada guru-guru, mereka menyatakan bahawa mereka sering juga menggunakan video lagu kanak-kanak dalam menyampaikan sesuatu pembelajaran. Dalam mewujudkan proses pembelajaran yang bermakna, pendidik menggunakan muzik sebagai pembukaan sesuatu pembelajaran. Cara penyampaian guru yang dilihat daripada komen responden adalah bergantung pada kesesuaian topik yang diajar. Tidak semua topik pembelajaran memerlukan guru untuk menggunakan lagu kanak-kanak namun penggunaan lagu kanak-kanak dapat menaikkan semangat kanak-kanak untuk belajar. Bergantung kepada cara guru tersebut untuk menggunakan kaedah pengajaran di dalam kelas.

Kekerapan Pendedahan Lagu

Setelah meneliti transkrip temu bual yang dilakukan bersama dengan responden, pengkaji mendapati terdapat petikan penting yang dinyatakan oleh responden bagi menjawab persoalan kajian.

“Lagu kanak-kanak itu sendiri sudah dapat membantu penguasaan perkataan baru. Sekiranya guru mendedahkan lagu kepada kanak-kanak dengan kadar yang kerap, kanak-kanak dapat menguasai perkataan baru dengan cepat.” G1-

Berdasarkan skrip temu bual, G1 menyatakan bahawa kanak-kanak akan dapat menguasai perkataan baru sekiranya didedahkan dengan kerap. Seperti memainkan video lagu kanak- kanak pada setiap kali sesi pengajaran. Kanak-kanak akan selalu mendengar lagu yang dimainkan dan sedikit sebanyak dapat membantu menguasai perkataan baru.

“Untuk membantu kanak-kanak menguasai perkataan baru, cikgu boleh gunakan lagu kanak-kanak dengan cara menggunakan lagu sebagai set induksi.” –G2-

“Lirik lagu yang ditunjukkan di dalam video mungkin dapat bantu kanak- kanak membaca dan menguasai perkataan baru.” –G2-

G2 menyatakan yang lagu kanak-kanak dapat membantu kanak-kanak menguasai perkataan baru. Namun guru perlu mendedahkan lagu tersebut kepada kanak-kanak. Oleh itu, G2 mengesyorkan agar guru menggunakan lagu sebagai set induksi sebelum memulakan pembelajaran. Beliau menyatakan bahawa lirik lagu yang ditunjukkan di dalam video dapat membantu kanak-kanak untuk membaca.

“Mungkin cikgu boleh mainkan lagu kanak-kanak secara berulang-ulang kali.

Sekiranya kanak-kanak selalu dengar, mereka boleh cepat ingat perkataan atau ayat. Nak senang kita tengok kanak-kanak boleh ingat lirik lagu yang mereka dengar.” –G3-

(13)

G3 juga menyatakan bahawa cikgu perlu memainkan lagu kanak-kanak secara berulang kali untuk kanak-kanak dengar. Ia adalah bertujuan untuk membantu kanak-kanak mendengar perkataan banyak kali supaya mereka boleh mengingat dan melatih menyebut perkataan.

Setiap aktiviti pembelajaran perlu dimulakan dengan set induksi. Responden banyak menyarankan tentang penggunaan lagu semasa set induksi. Selain untuk mendedahkan kanak- kanak dengan perkataan baru, ianya juga dapat memberikan semangat kepada kanak-kanak untuk belajar. Guru perlu mendedahkan lagu kepada kanak-kanak dengan kadar yang kerap supaya mereka dapat menyanyikan lagu dan pada masa yang sama, kanak-kanak dapat melatih untuk menyebut perkataan baru.

Proses pengajaran dan pembelajaran masa kini selari dengan perkembangan teknologi yang berlaku di negara kita. Dengan adanya pelbagai jenis kaedah untuk digunakan seperti menggunakan klip video lagu kanak-kanak untuk membantu proses perkembangan bahasa kanak-kanak, ianya dapat memudahkan para guru untuk mengajar. Memulakan set induksi dengan menggunakan lagu dan dilakukan dengan berulang kali pada setiap kali sesi pengajaran dapat menarik minat kanak-kanak namun perlulah berbeza dari segi penyampaian supaya kanak-kanak tidak bosan dengan perkara yang sama.

PERBINCANGAN DAN IMPLIKASI KAJIAN

Pengetahuan Guru Terhadap Penggunaan Lagu Kanak-Kanak Melibatkan Perkataan Pengkaji percaya bahawa hampir kesemua guru Pendidikan Awal Kanak-Kanak menggunakan lagu di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran yang mereka lakukan bersama kanak-kanak.

Namun, perlu dilihat juga tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan. Sejauh mana guru-guru menggunakan lagu kanak-kanak di dalam sesi pengajaran dan pembelajaran mereka.

Dapatan kajian mendapati guru-guru mengaplikasikan penggunaan lagu kanak-kanak di dalam kelas. Ketiga-tiga guru menggunakan lagu untuk sesi pengajaran mereka di dalam kelas. Guru-guru menggunakan lagu kanak-kanak untuk P&P. Guru-guru berpendapat bahawa lagu kanak-kanak membawa suasana yang dapat membantu kanak-kanak untuk menguasai bahasa dengan baik. Menurut salah seorang guru yang mengajar subjek Bahasa Melayu dan Sains, beliau menggunakan lagu kanak-kanak untuk mengajar Sains dan di kesempatan itu, kanak-kanak dapat menguasai perkataan di samping mempelajari mengenai topik subjek Sains.

Malah, bukan itu sahaja. Guru-guru juga menggalakkan penglibatan kanak-kanak di dalam sesi pembelajaran menggunakan lagu. Mereka meminta kanak-kanak untuk menyanyikan lagu bersama-sama semaasa memainkan lagu kanak-kanak di dalam kelas.

Melalui penglibatan tersebut, kanak-kanak dapat merangsang kemahiran kognitif mereka dan dapat meresap perkataan baru semasa menyanyikan lagu. Guru-guru pada masa kini perlu kreatif untuk melibatkan kanak-kanak dalam sesi pembelajaran supaya kanak-kanak tidak bersikap pasif di dalam kelas. Rangsangan terhadap kanak-kanak adalah berdasarkan muzik dan juga persekitaran.

Kemahiran mengajar yang ada pada guru sebenarnya mempengaruhi kanak-kanak.

Sekiranya kanak-kanak menerima pengajaran yang tidak dapat merangsang pemikiran mereka, maka tidak berlaku proses pembelajaran yang baik terhadap kanak-kanak. Oleh sebab itu, guru perlu kreatif dan inovatif dalam melaksanakan aktiviti pengajaran dan pembelajaran di dalam

(14)

sebagai guru mestilah sentiasa mengambil inisiatif berbeza dan kreatif bagi mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kondusif dan selesa buat kanak-kanak (Masnan, Che Mustafa, Rohaizad & Jamil, 2017). Dalam memastikan kanak-kanak memahami setiap apa yang disampaikan, guru perlu memastikan bahawa teknik penyampaian yang digunakan kepada kanak-kanak adalah bersesuaian dengan tahap perkembangan mereka. Pengetahuan guru dalam menggunakan pelbagai bahan yang ada pada masa kini amat penting bagi memastikan objektif pembelajaran tercapai. Contohnya dengan menggunakan lagu kanak-kanak yang melibatkan perkataan. Guru perlu kreatif dalam menggunakan bahan tersebut dengan idea yang baru berbanding hanya menunjukkan video semata-mata. Teknik pengajaran dan penyampaian perlulah lebih menyeronokkan.

Kaedah Proses Penguasaan Perkataan Baru

Hasil dapatan kajian yang telah dianalisis mendapati telah menjawab objektif kedua iaitu mengetahui kaedah proses penguasaan perkataan baru. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa kaedah proses penguasaan perkataan baru adalah bergantung kepada cara guru untuk mendedahkan bahan bantu mengajar kepada kanak-kanak. Bahan bantu mengajar di sini termasuklah lagu kanak-kanak yang digunakan semasa sesi pengajaran dan pembelajaran.

Ianya bergantung kepada teknik penyampaian guru dan juga kadar kekerapan pendedahan lagu yang didedahkan kepada kanak-kanak.

Micheal G.Fullan yang dipetik oleh Suyanto dan Djihad Hisyam (2000) mengemukakan argumen bahawa “....educational change depends on what teachers do and think…” Pendapat tersebut mengisyaratkan bahawa perubahan dan pembaharuan sistem pendidikan sangat bergantung kepada “what teachers do and think” atau dengan kata lain bergantung kepada penguasaan kompetensi guru. Guru yang memainkan peranan penting dalam membentuk kemahiran kanak-kanak. Dengan bahan yang digunakan oleh guru dalam sesi pengajaran dan pembelajaran, kanak-kanak dapat dibantu dengan teknik yang bersesuaian dengan tahap kefahaman mereka. Wilkinson (1971), menegaskan bahawa bahan bantu mengajar dapat memberi keberkesanan dalam proses pembelajaran dan menjadi lebih menarik serta menggembirakan murid-murid.

Melalui perbincangan yang dilakukan, dapat diketahui juga bahawa kadar kekerapan pendedahan lagu kanak-kanak juga mempengaruhi proses penguasaan perkataan kanak-kanak.

Sesi pengajaran dan pembelajaran perlu diselitkan dengan lagu kanak-kanak supaya kanak- kanak mudah untuk memperoleh ilmu yang baru. Oleh kerana muzik adalah sesuatu yang digemari oleh kanak-kanak, maka penggunaan lagu perlu digunakan dan kemudahan yang disediakan pada masa kini dapat digunakan dengan sebaiknya oleh semua guru di luar sana.

Klip video lagu kanak-kanak mampu untuk mempengaruhi kefahaman kanak-kanak.

Implikasi Kajian

Implikasi kajian yang didapati oleh pengkaji melalui kajian yang telah dilakukan adalah berdasarkan tiga aspek iaitu tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan, kaedah proses penguasaan perkataan baru melalui penggunaan lagu kanak-kanak dan kesan penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu mengingat dan melatih menyebut perkataan. Ketiga-tiga aspek ini perlu dititikberatkan dalam melihat sejauh mana kepentingan penggunaan lagu kanak-kanak dalam proses perkembangan bahasa kanak- kanak tadika.

(15)

Melihat kepada tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan, dapat dirumuskan bahawa guru sememangnya menggunakan lagu dalam proses pengajaran supaya kanak-kanak lebih seronok untuk belajar. Bergantung kepada cara bagaimana seorang guru menggunakan kaedah pengajaran yang bagaimana dalam membantu kanak-kanak menguasai bahasa dengan mudah. Lihat pula pada kaedah proses penguasaan perkataan baru melalui penggunaan lagu kanak-kanak di mana bergantung kepada teknik penyampaian guru. Ada yang menggunakan lagu semasa set induksi, ada juga yang menggunakan lagu kanak-kanak mengikut kesesuaian topik pengajaran. Manakala untuk kesan penggunaan lagu kanak-kanak dalam membantu mengingat dan melatih menyebut perkataan pula adalah dengan memberikan semangat belajar untuk kanak-kanak dengan menyediakan suasana pembelajaran yang seronok dan ceria. Malah, lagu yang dinyanyikan juga boleh dijadikan sebagai latihan sebutan kepada kanak-kanak.

Pengkaji memutuskan untuk menggunakan instrumen temu bual dalam proses mendapatkan maklumat kajian daripada responden. Melalui temu bual yang dijalankan bersama dengan responden, pengkaji dapat mengetahui kaedah proses penguasaan perkataan baru melalui penggunaan lagu kanak-kanak, kelebihan dan kesan penggunaan lagu kanak- kanak dalam membantu mengingat dan melatih menyebut perkataan dan tahap pengetahuan guru terhadap penggunaan lagu kanak-kanak melibatkan perkataan.

Berdasarkan temu bual yang telah dijalankan bersama dengan responden, pengkaji dapat mengetahui dengan lebih mendalam tentang dapatan kajian yang diperoleh kerana pengkaji menggunakan kaedah temu bual. Pengkaji menerima maklumat mengenai persoalan kajian berdasarkan soalan temu bual yang disediakan untuk responden. Melalui dapatan kajian, pengkaji dapat mengetahui bahawa penggunaan lagu kanak-kanak ini bukan sahaja penting untuk perkembangan fizikal kanak-kanak sahaja. Jika sebelum ini pengkaji mendapat pendedahan mengenai penggunaan lagu kanak-kanak yang biasa digunakan oleh guru untuk aktiviti fizikal sahaja, namun setelah melakukan kajian ini, pengkaji mendapat pendedahan baru mengenai kepentingan penggunaan lagu kanak-kanak yang sebenarnya lebih banyak lagi selain daripada untuk perkembangan fizikal.

Kajian ini juga dapat membantu dan memberi manfaat kepada pengkaji dalam meneliti kepelbagaian teknik dalam pengajaran menggunakan lagu kanak-kanak yang ada di platform YouTube. Seterusnya, kajian ini juga diharap dapat memberikan manfaat kepada orang ramai terutama guru dan juga pengkaji yang akan datang. Dengan adanya kajian yang dilakukan ini, guru yang akan melaksanakan kaedah penggunaan lagu dalam aktiviti P&P dapat menerima gambaran secara kasar tentang kepentingan penggunaan lagu kanak-kanak untuk membantu proses penguasaan bahasa kanak-kanak tadika. Tindakan yang seterusnya dapat diambil oleh pihak tertentu untuk mengatasi sebarang kekurangan yang dikenalpasti dalam proses penguasaan bahasa kanak-kanak.

KESIMPULAN

Dengan berbekalkan dapatan kajian yang diperolehi daripada kajian yang dijalankan oleh pengkaji, dapat disimpulkan secara menyeluruh bahawa penggunaan lagu kanak-kanak dalam Pendidikan Awal Kanak-Kanak sangat membantu para pendidik dalam meningkatkan tahap perkembangan kanak-kanak. Sememangnya tidak mudah untuk menjalankan tugas sebagai

(16)

melaksanakan sesi P&P bersama dengan kanak-kanak untuk meningkatkan tahap keinginan mereka dalam melaksanakan pembelajaran. Usaha untuk mendapatkan perhatian kanak-kanak adalah tidak semudah yang difikirkan. Oleh itu, guru perlu melaksanakan kaedah pembelajaran yang terbaik untuk menarik minat kanak-kanak.

Dengan adanya perbincangan mengenai tajuk kajian ini, sedikit sebanyak dapat membantu guru lain untuk menambahbaik kualiti pengajaran mereka dengan menggunakan bahan bantu mengajar yang sedia ada seperti lagu kanak-kanak yang semakin hari semakin banyak diciptakan dan juga kesediaan yang secukupnya sebelum melaksanakan sesi pengajaran dan pembelajaran bersama dengan kanak-kanak. Ini termasuklah pengetahuan tentang teknik pengajaran yang akan digunakan kepada kanak-kanak dengan mengguanakan bahan bantu mengajar tersebit. Secara keseluruhannya, bab ini telah merumuskan bahawa lagu kanak-kanak yang ada di platform YouTube dapat membantu guru dalam melaksanakan sesi P&P di dalam atau di luar kelas. Pengkaji berharap agar kajian yang dihasilkan ini dapat memberi manfaat kepada guru atau bakal guru dalam melaksanakan sesi P&P menggunakan lagu kanak-kanak.

RUJUKAN

Arsanti, M. (2014). Pemerolehan Bahasa Pada Anak. Jurnal PBSI, 3(2), 24- 47. http://research.unissula.ac.id/file/publikasi/211315023/3959t__PEMEROLEHAN_BAHASA_PAD A_ANAK.pdf Beginning Preschool Teachers: From Skills Into Practice. Perak: Universiti

Burn, R. B. (1995). “Introduction to Research Methods.” Melbourne: Longman. Croft.

Fatmawati, S. R. (2015). Pemerolehan Bahasa Pertama Anak Menurut Tinjauan Psikolinguistik. Lantera, (1). https://journal.iain-samarinda.ac.id/index.php/lentera_journal/article/view/429

Fullan, M. (2007). The new meaning of educational change. 4th edition. New York:

Hamid, Z. (n.d.). Aplikasi Psikolinguistik Dalam Pengajaran dan Pembelajaran Bahasa. https://books.google.com.my/books?hl=en&lr=&id=CYDMAgAAQBAJ&oi=fnd&pg=PA123

&dq=teori+psikolinguistik&ots=6zelC9CSgd&sig=RTRwK2N68LzZ7k9ABpVvTASWmFk&redir_es c=y#v=onepage&q=teori%20psikolinguistik&f=false

Izzaty Hisamudin, N. A. (2019). Penggunaan Kaedah Didik Hibur Untuk Pembelajaran Matematik Dalam

Kalangan Murid Sekolah Rendah Taman Sri Rampai [Master's

thesis]. http://studentsrepo.um.edu.my/10984/1/Nur_Aliah_Izzaty.pdf

Jasmi, K. A. (2012). Metodologi Pengumpulan Data Dalam Penyelidikan Kualitatif. http://eprints.utm.my/id/eprint/41091/1/KamarulAzmiJasmi2012_MetodologiPengumpulan DataPenyelidikanKualitatif.pdf

Jasmi, K. A., Ibrahim, N., & Ilias, M. F. (2012). Gaya Pengajaran Guru Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Pendidikan

Islam. https://www.researchgate.net/publication/293097722_Gaya_Pengajaran_Guru_dalam_Pengajara n_dan_Pembelajaran_Pendidikan_Islam

Kason, N. L., Kauman, R., & Awang Abas, D. M. (2012). Pemilihan Lirik Lagu Kanak-Kanak Dalam Pendidikan

Prasekolah. Jurnal Penyelidikan Kent, 10, 32-

49. http://ipkent.edu.my/document/pskent/pskent18/jurnal/102012/3.pdf

Kementerian Pendidikan Malaysia, (1990). Falsafah Pendidikan Negara. Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.

Masnan, A. H, Mustafa, M. C., Rohaizad, N. A. A., Jamil, N. (2017). Quality Teaching Merriem, S. B. (1998). “Qualitative Research and Case Study Applications in Education.”

(2nd ed.). San Francisco: Jossey-Bass

Millington, N. T. (2011). Using Song Effectively To Teach English To Young Learners. Language Education In

Asia, 2(1), 134

141. http://www.leia.org/LEiA/LEiA%20VOLUMES/Download/LEiA_V2_I1_2011/LEiA_V2I1A11_

Millington.pdf

Moleong, LJ. 1989. Metodologi Penelitian Kualitatif. Bandung; Remaja Rosdakarya.

Nahar, N. I. (2016). Penerapan Teori Belajar Behavioristik Dalam Proses Pembelajaran. Nusantara (Jurnal Ilmu Pengetahuan Sosial), 1, 64-74. http://jurnal.um-tapsel.ac.id/index.php/nusantara/article/view/94/94 Pearson, P.D., & Johnson, D. D. (1978). Teaching reading comprehension. New Pendidikan Sultan Idris.

(17)

Piong, J. F. (2012). Komposisi Lagu Kanak-Kanak Bagi Tujuan Pengajaran dan Pembelajaran Suku Kata Bahasa

Melayu Untuk Pendidikan Prasekolah [Master's

thesis]. https://ir.unimas.my/id/eprint/20481/1/Komposisi%20lagu%20kanak-kanak%20(24pgs).pdf Press.

Sabin, H., Pang, V., & Bullare@Bahari, I. (2019). Modul Membaca Awal Prasekolah Menggunakan Nyanyian Berasaskan Teori Psikolinguistik Kognitif dan Aplikasi Kaedah Belajar Melalui Bermain. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 45-58.

Samsuddin, A., & Abu Bakar, K. (2018). Kepentingan Muzik Dan Nyanyian Dalam Pendidikan Prasekolah [Doctoral

dissertation]. https://www.researchgate.net/publication/338293436_Kepentingan_Muzik_dan_Nyanyia n_dalam_Pendidikan_Prasekolah

Skinner, B. F (1968). The technology of teaching. New York: Appleton-Century-Teachers College Press.

Wilkinson, A. (1971). The foundation of language. London: Oxford University

Yeni, I., Dharma Putra, I. E., Anggraini, V., & Nofindra, R. (2020). Stimulating Children's Mother Tongue

Development Through Animated Children Song [Master's

thesis]. http://repository.unp.ac.id/29088/1/INDRA_YENI_STIMULATING_CHILDRENS_MOTHER _2020.pdf York: Holt, Rinehart & Winston.

Yin, R. K. (1994). “Case Study Research: Design and Methods.” 2nd ed. Thousand Oak, Calif: Sage.

Referensi

Dokumen terkait