Concept Note:
The eBorneo Knowledge Fair VII
Indigenous Communication Across Borders
The eBorneo Knowledge Fair (eBKF) is a biennial event held in the central highlands of northern Sarawak, one of the East Malaysian states on the island of Borneo. It showcases the achievements of the multi-award-winning eBario project that introduced telephones, computers, the internet and Malaysia’s first community radio station into this remote and isolated region. It brings together researchers, officials, practitioners with the residents and provides an immersive experience in the realities of live for isolated indigenous communities.
The eBKF unconference is organized, structured and led by the people attending it. Instead of passive listening, all attendees and organizers are encouraged to become participants, with discussion leaders providing moderation and structure for attendees. Together, participants identify the challenges faced by isolated rural communities and the opportunities for sustainable development that might be available for the application of Information and Communication technologies (ICTs).
The indigenous populations of Borneo share common lifestyles and cultures, yet they are separated from their brethren by international borders that create artificial barriers to interactions between them. Increasingly, Information and Communication Technologies (ICTs) are breaking down such barriers and enabling far-flung communities to share their knowledge and achievements so that others can benefit from them. Given the commonality among the lifestyles, challenges and opportunities facing Borneo’s indigenous peoples, the time has never been better to foster interconnections between them that leverage on the accomplishments that have been achieved by those with easier access to resources so that other – less fortunate – communities can also benefit.
Moreover, experience is corroborating the value of traditional indigenous knowledge for a variety of
purposes, not least that of better understanding the impacts of climate change on fragile environments and the adaptation strategies that communities are devising to strengthen their resilience to it. Accordingly, there is merit in gathering, documenting and disseminating such knowledge among a wide population so that as many people as possible can make use of it – not only for strengthening the sustainability of their customary lifestyles but also for protecting Borneo’s precious and unique environment.
Since 2007, the eBorneo Knowledge Fair (eBKF) has bought together remote and isolated indigenous communities from around the highlands in the Heart of Borneo; stimulating their use of technologies towards development of their own devising. For the first time, in 2019, eBKFVII will cross from Sarawak into Kalimantan, with the aim of bringing indigenous Bornean’s from both sides of the border closer together in their quest for locally-relevant development. We will interact closely to examine issues of common concern that are affected by the existence of the border, including; trade, tourism, labour migration, cultural exchange, conservation and knowledge sharing.
Nota Konsep:
eBorneo Knowledge Fair VII / Pesta Ilmu eBorneo VII Perhubungan Pribumi Merentasi Perbatasan
eBorneo Knowledge Fair (eBKF) merupakan sebuah acara dwi tahunan yang dilaksanakan di kawasan pergunungan Sarawak, (salah satu negeri Malaysia) terletak di tengah Kepulauan Borneo. Acara ini mempamerkan pelbagai anugerah yang telah dicapai oleh projek eBario yang telah memperkenalkan telefon, komputer dan Internet serta radio komuniti pertama kepada penduduk pedalaman, dan salah satu kawasan terpencil di Malaysia. Persidangan ini menghimpun bersama para penyelidik, pegawai kerajaan, agensi-agensi pembangunan dengan komuniti tempatan untuk bertukar fikiran, serta memberi peluang untuk menyelami kehidupan masyarakat pribumi yang jauh terpencil.
Berbeza dengan persidangan lain, persidangan eBKF direkabentuk untuk memberi ruang bagi para peserta untuk menentukan arah tujunya. Para peserta bukan hanya ‘pendengar pasif’ tetapi menjadi peserta dalam perbincangan, di mana ketua perbincangan bertindak sebagai ‘moderator’ dan menyediakan ruang untuk bertukar fikiran dalam kalangan para peserta. Para peserta secara bersama berbahas cabaran-cabaran yang dihadapi oleh komuniti pedalaman terpencil dan mengenalpasti peluang-peluang untuk pembangunan mampan melalui pengaplikasian teknologi maklumat dan komunikasi
Ramai masyarakat pribumi di tengah Borneo berkongsi nilai, gaya hidup dan tradisi yang sama, namun begitu terpisah kesan daripada pembentukan sempadan antarabangsa yang telah membawa kepada halangan baru kepada interaksi komuniti yang telah lama wujud.
Dengan perkembangan terkini dalam bidang teknologi maklumat dan komunikasi (TMK), jurang ini boleh dirapatkan serta masyarakt terpencil ini boleh berkongsi ilmu masyarakat dan pengalaman yang boleh memberi manafaat antara satu sama lain. Dengan adanya persamaan gaya hidup, cabaran serta peluang dalam kalangan masyarakat pribumi Borneo, inilah masanya untuk memupuk hubungan antara mereka. Ini boleh dilakukan melalui perkongsian pendapat, pengalaman serta pencapaian yang telah dikecapi oleh setengah daripada masyarakat ini. Ini adalah untuk membantu yang kurang bernasib baik dan seterusnya akan memberi
manfaat kepada semua masyarakat. Lagipun pengalaman selama ini telah menunjukkan terdapat nilai yang tinggi pada ilmu tradisi masyarakat pribumi dalam pelbagai perkara. Antaranya adalah kefahaman terhadap impak perubahan iklim kepada alam sekitar dan strategi penyesuaian diri yang telah dirancangkan oleh komuniti dalam menghadapi situasi tersebut. Sewajarnya, terdapat faedah dalam mengumpulkan, mengdokumentasikan dan menyebarkan maklumat di dalam kalangan penduduk. Ini adalah supaya ramai yang dapat manafaat bukan sahaja untuk mengukuhkan kelestarian gaya hidup dan adat resam, tetapi juga demi memelihara persekitaran yang unik dan bernilai.
Dengan itu, semenjak tahun 2007, eBKF telah menghimpunkan beberapa komuniti pribumi yang mendiami kawasan tanah tinggi di tengah Borneo, yang dikenali sebagai “Jantung Borneo” atau The Heart of Borneo, dengan tujuan khas untuk merangsangkan penggunaan teknologi dalam segala perancangan pembangunan komuniti di dalam persekitaran mereka.
Tahun 2019 merupakan pertama kali eBKF ke-7 akan merentasi sempadan antarabangsa di antara Indonesia dan Malaysia dari Sarawak ke Kalimantan. Tujuan utamanya adalah untuk menghimpun bersama masyarakat tempatan yang menduduki kawasan di sepanjang sempadan untuk berbincang dan berbahas serta merangka langkah-langkah berasaskan ilmu dan nilai tempatan untuk pembangunan masyarakat.
Perbincangan ini dijangkakan memberi tumpuan kepada isu-isu yang berkaitan dengan kewujudan sempadan dalam kalangan mereka; pelancongan melintasi sempadan, pembangunan setempat, keselamatan sempadan, penghijrahan buruh, pertukaran dan peminjaman budaya, perkongsian ilmu, pemeliharaan dan pemuliharaan alam sekitar.