• Tidak ada hasil yang ditemukan

Copy of BULETIN APB EDISI 9

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Copy of BULETIN APB EDISI 9"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

PROGRAM UITM@CITRA LORONG SENI SEREMBAN (UITM & MBS @ CLAS)

SHARINA SALMI AZMI, NOOR SHAHARIAH SALEH, FATIN ALIYAH HASSAN

& NIK MAHFUZAH NIK MAT

AKADEMI PENGAJIAN BAHASA, UiTM KAMPUS SEREMBAN

BULETIN APB EDISI 9/2022

Tanggal 11 September 2022 bersamaan hari Ahad, buat julung kalinya telah berlangsung Majlis Perasmian Program UiTM & MBS @ Lorong Seni Seremban (UiTM & MBS @ CLAS). Program ini adalah kerjasama di antara Bahagian Penyelidikan, Jaringan Industri, Masyarakat &

Alumni (PJIM &A) UiTM Cawangan Negeri Sembilan dan Unit Pelancongan Majlis Bandaraya Seremban (MBS). Lorong Seni Seremban merupakan salah satu inisiatif tarikan pelancong yang diusahakan oleh Majlis Bandaraya Seremban (MBS) bagi membangkitkan minat dan keterujaan pengunjung apabila menyusuri lorong serta bangunan – bangunan lama sekitar bandar Seremban.

UiTM Cawangan Negeri Sembilan selaku universiti awam terbesar di Negeri Sembilan melihat kerjasama ini sebagai satu usaha yang positif dan membawa kebaikan kepada banyak pihak. Di samping itu, pihak universiti ingin mengambil peluang ini membantu pihak Majlis Bandaraya Seremban (MBS) dengan menjadikan program ini satu platform bagi mempromosikan Lorong Seni dan UiTM Cawangan Negeri Sembilan secara amnya.

Untuk makluman, program ini berlangsung selama tiga bulan bermula dengan Majlis Perasmian oleh YBhg. Datuk Bandar Seremban yang berlangsung pada 11 September 2022 sehingga Majlis Penutup pada 18 Disember 2022.

Pelbagai aktiviti telah dirancang yang melibatkan pelbagai unit, jabatan dan fakulti dari UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Majlis perasmian pada 11 September 2022 telah dimulakan pada pukul 9.30 pagi dengan kehadiran tetamu jemputan diikuti dengan ketibaan YBhg. Prof Dr. Yamin Yasin, Rektor UiTM Negeri Sembilan. Acara perasmian telah disempurnakan oleh YBhg. Dato’ Masri bin Haji Razali selaku Datuk Bandar Majlis Bandaraya

Seremban. 71

(2)

BULETIN APB EDISI 9/2022

Meskipun cuaca agak mendung, acara perasmian pada pagi itu telah diserikan dengan gimik Perasmian Art Street Digital Mural dan juga persembahan tarian oleh pelajar-pelajar dari Unit Kebudayaan UiTM Cawangan Negeri Sembilan.

Usai gimik perasmian dan persembahan yang memikat hati penonton, acara diteruskan dengan aktiviti-aktiviti menarik di bawah kelolaan Akademi Pengajian Bahasa Cawangan Negeri Sembilan.

Antara aktiviti-aktiviti yang dijalankan adalah seperti permainan congkak dan batu Seremban, Sing Along, khat dan kaligrafi serta pameran Bahasa. Aktiviti-aktiviti ini ternyata telah menarik kedatangan dan sambutan ramai pengunjung yang bukan sahaja sebagai hiburan akan tetapi memberi manfaat dari segi ilmu pengetahuan am di samping menghabiskan masa bersama keluarga.

Secara keseluruhannya, program ini adalah kejayaan yang besar dan menjadi titik permulaan bagi kerjasama antara kedua pihak. Diharapkan kerjasama dua hala ini dapat memberi pendedahan dan impak kepada pelajar dan warga UiTM yang terlibat dan seterusnya dapat menonjolkan lagi aktiviti dan kegiatan di Lorong Seni Seremban dan menarik lebih ramai pengunjung untuk berkunjung ke lokasi ini.

72

Referensi

Dokumen terkait

Bagi kriteria kedua pula, majoriti pelajar juga telah menunjukkan prestasi cemerlang dalam bahagian penampilan, kobelahan melaksanakan tugas dengan pengawasan yang minima, kecerdasan

Komen-komen negatif, berunsur lucah, serta menjatuhkan maruah seseorang secara terang-terangan dan disaksikan oleh jutaan pengguna media sosial adalah bentuk buli siber yang mampu

Oleh itu, tenaga kerja fakulti/jabatan dan penulis laporan perlu bekerjasama sebagai satu pasukan dalam menentukan bidang tumpuan utama pada awal tahun semasa, yang secara tidak