Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM
This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research.
COVID-19: Ubat tradisional perlu kajian klinikal
Mei 5, 2020 @ 11:07am
Artemisia annua.
PARIS: Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) semalam, berkata tanaman untuk tujuan perubatan seperti artemisia annua, yang dikaitkan boleh merawat COVID-19 perlu diuji keberkesanan dan kesan sampingannya.
WHO berkata, pihak mereka menyokong perubatan tradisional yang terbukti secara saintifik dan turut mengakui kaedah alternatif ini mempunyai banyak manfaat tersendiri.
Presiden Madagascar, Andry Rajoelina, antara yang giat menggalakkan rawatan berasaskan bahan tanaman.
Walaupun campuran herba ini belum diuji secara saintifik, beberapa pemimpin di Afrika mengumumkan sudah membuat tempahan.
"Walaupun terapi ini berasaskan amalan tradisional dan semula jadi, amat penting keberkesanan dan keselamatannya melalui ujian klinikal yang ketat," kata pejabat wilayah WHO di wilayah sub-Sahara Afrika.
WHO turut berkata, mereka sedang bekerjasama dengan institusi kajian bagi memilih ubat tradisional yang boleh diselidiki bagi rawatan COVID-19.
Katanya, langkah berhati-hati perlu diambil bagi mengelakkan penyebaran maklumat yang salah khususnya di media sosial terutama mengenai keberkesanan sesetengah rawatan tradisional memandangkan mereka masih belum menemui vaksin bagi merawat COVID-19.
"Banyak tumbuhan dan bahan dicadangkan tanpa syarat minimum, bukti kualiti, keselamatan dan keberkesanan," katanya. - AGENSI