Dasar jadi panduan perkukuh pengurusan
Kuala Lumpur:Dasar Perhuta- nan Malaysia akan menjadi ru- jukan dan panduan kepada dasar perhutanan negeri di Semenan- jung, Sabah serta Sarawak.
Menteri Tenaga dan Sumber Asli, Datuk Seri Dr Shamsul Anuar Nasarah, berkata dasar yang diterima semua negeri pada Majlis Tanah Negara Ke-78 pada 29 Januari lalu itu untuk meng- gantikan Dasar Perhutanan Ne- gara 1978 (Pindaan 1992) yang terpakai di Semenanjung.
Beliau berkata, penggubalan dasar berkenaan dilakukan me-
lalui proses rundingan antara ti- ga wilayah, iaitu Semenanjung, Sabah dan Sarawak sejak 2016.
“Ketiga-tiga dasar perhutanan wilayah, iaitu Dasar Hutan Sa- bah, Dasar Hutan Sarawak dan Dasar Perhutanan Semenanjung Malaysia yang memberi tumpu- an pengukuhan pengurusan hu- tan secara berkekalan, menjadi sebahagian daripada Dasar Per- hutanan Malaysia.
“Dasar ini adalah manifestasi komitmen negara dalam melak- sanakan pengurusan hutan se- cara berkekalan yang menjadi
agenda utama dalam negara dan prinsip dipegang pada peringkat antarabangsa,” katanya.
Beliau berkata demikian da- lam ucapan aluan pada Majlis Pelancaran Dasar Perhutanan Malaysia sempena Sambutan Ha- ri Hutan Antarabangsa 2021 Pe- ringkat Kebangsaan di Institut Penyelidikan Perhutanan Mala- ysia (FRIM), Kepong, semalam.
Shamsul Anuar berkata, wa- laupun negara masih berdepan cabaran wabak COVID-19, segala perancangan disusun kemente- riannya tetap diteruskan.
Katanya, antara pencapaian bo- leh dibanggakan ialah pelancaran Agenda Penghijauan Malaysia:
Kempen Penanaman 100 Juta Po- kok dan penanaman 18.75 juta po- kok di seluruh negara tahun lalu.
Selain itu, pencalonan Bukit Bendera di Pulau Pinang sebagai tapak rizab biosfera bawah Prog- ram Man and the Biosphere (MAB), Pertubuhan Pendidikan, Saintifik dan Kebudayaan Per- tubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNESCO); pencalonan Taman Negara Johor Endau Rompin se- bagai Taman Warisan ASEAN
keempat di Malaysia; penghan- taran pulang sembilan orang utan ke Indonesia serta pene- tapan Catuan Tebangan Tahu- nan (CTT) untuk negeri bagi tem- poh 2021 hingga 2025.
“Tumpuan khusus akan di- berikan kepada Agenda Nasional Penghijauan Malaysia bagi mem- pertingkat pemuliharaan hutan menerusi aktiviti penanaman pokok, rehabilitasi dan restorasi kawasan hutan terosot dengan kerjasama kerajaan negeri ba- wah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMKe-12),” katanya.