• Tidak ada hasil yang ditemukan

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

DASAR SISTEM e-REPOSITORI PENERBITAN UKM

1. PENGENALAN

Sistem e-Repositori Penerbitan (e-ReP) yang dibangunkan pada tahun 2007 berfungsi sebagai sebuah repositori institusi untuk kakitangan UKM memasukkan maklumat bibliografik serta salinan lembut karya ilmiah mereka. Sistem ini juga merupakan sumber maklumat utama bagi memperoleh data mengenai penerbitan kakitangan UKM bagi tujuan laporan Universiti Penyelidikan, laporan pencapaian Projek Agenda Kritikal (CAP) Pelan Strategik Pengajian Tinggi Negara (PSPTN) dan penilaian penerbitan ahli akademik untuk perjawatan.

Sistem ini boleh dicapai secara dua kaedah iaitu di peringkat dalaman di mana capaian ini hanya boleh diakses oleh warga UKM dan pentadbir sistem manakala di peringkat umum adalah capaian untuk pencarian maklumat bagi pengguna luar.

2. TUJUAN SISTEM E-REPOSITORI

i. Mengumpulkan semua bahan penerbitan kakitangan UKM secara sistematik dan berpusat.

ii. Sumber maklumat dan pembuktian penerbitan bagi Audit Universiti Penyelidikan dan lain-lain keperluan audit universiti dan pusat tanggungjawab.

iii. Sumber maklumat dan pembuktian bagi tujuan penilaian prestasi tahunan kakitangan akademik UKM dan lain-lain tujuan berkaitan pendidikan dan penyelidikan.

iv. Sumber maklumat dan pembuktian bagi melaksanakan proses kenaikan pangkat, lantikan baru dan pelanjutan tempoh perkhidmatan ahli akademik UKM.

v. Perkongsian maklumat mengenai karya ilmiah yang dihasilkan oleh kakitangan UKM dan dapat disebarkan secara meluas tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987.

(2)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

3. TANGGUNGJAWAB FAKULTI/INSTITUT/PUSAT (F/I/P)

3.1 Setiap Fakulti/Institut/Pusat bertanggungjawab terhadap pelaksanaan dan pengurusan sistem e-ReP.

3.2 Setiap F/I/P perlu melantik Pentadbir e-ReP di peringkat F/I/P masing- masing untuk memastikan kelancaran pelaksanaan dan pengurusan sistem e-ReP.

3.3 Pengesahan bahan penerbitan yang didaftarkan oleh pengarang perlu dilakukan oleh pengesah sistem e-ReP di peringkat F/I/P terlebih dahulu.

4. TANGGUNGJAWAB PENGARANG

4.1 Pendaftaran penerbitan hendaklah dilakukan oleh pengarang sebaik sahaja bahan diterbitkan. Jenis bahan penerbitan yang perlu didaftarkan seperti yang terdapat dalam glosari

4.2 Pengarang perlu memasukkan maklumat penerbitan dengan lengkap bagi kesemua bahan penerbitan.

4.3 Pengarang perlu mendaftarkan semua Pengarang Bersama termasuk Kakitangan dan Pelajar UKM. Bilangan pengarang (Kakitangan dan Pelajar UKM) perlu selari dengan bilangan profil pengarang (nama, Fakulti/Institut/Pusat, nombor pekerja/matrik UKM) 4.4 Pengarang bertanggungjawab memastikan kesahihan kandungan dan maklumat

penerbitan yang didaftarkan dalam sistem e-ReP.

4.5 Pengarang bertanggungjawab memaklumkan pembetulan kepada penerbit/institusi pengindeks berkenaan sekiranya terdapat kesilapan dalam maklumat penerbitan seperti nama pengarang, afiliasi, kod geran penyelidikan, judul artikel dan sebagainya.

4.6 Pengarang bertanggungjawab memaklumkan sebarang pengemaskinian maklumat penerbitan kepada Perpustakaan untuk tindakan selanjutnya.

4.7 Pengarang perlu menyerahkan bahan penerbitan bercetak kepada Perpustakaan atau mendepositkan bahan berbentuk digital ke dalam sistem e-ReP sebagai pembuktian.

i. Bahan teks penuh oleh penerbit antarabangsa (bukan kategori akses terbuka) yang boleh didepositkan di dalam e-Rep adalah:

- Author’s Copy (salinan pengarang)

Bahan teks penuh hanya boleh diakses oleh pengarang berkenaan sahaja - Final Proof (manuskrip versi akhir sebelum diterbitkan)

(3)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

ii. Bahan teks penuh kategori akses terbuka boleh didepositkan dalam sistem e- Rep dan boleh diakses teks penuhnya.

4.8 Pengarang bertanggungjawab memastikan setiap penerbitan yang didaftarkan adalah tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987 dan lain-lain peraturan yang berkaitan

5. TANGGUNGJAWAB PERPUSTAKAAN UKM

5.1 Perpustakaan UKM bertanggungjawab sebagai pentadbir utama sistem e-ReP.

5.2 Pentadbir sistem e-ReP di peringkat Perpustakaan:

i. Unit Koleksi Arkib dan Khas, Perpustakaan Tun Seri Lanang ii. Unit Perkhidmatan Penyelidikan, Perpustakaan Tun Seri Lanang iii. Perpustakaan Pusat Perubatan UKM

iv. Perpustakaan Dr. Abdul Latiff v. Perpustakaan Undang-Undang

5.3 Perpustakaan akan mengekalkan kandungan teks penuh yang didaftarkan.

5.4 Perpustakaan akan melakukan pemeliharaan terhadap kandungan penerbitan yang didaftarkan.

5.5 Perpustakaan UKM boleh mengusulkan pindaan aplikasi/metadata kepada pihak Pusat Teknologi Maklumat. Perpustakaan UKM membuat penyuntingan ke atas metadata semasa dan selepas pengesahan berdasarkan pembuktian bahan.

5.6 Pemindahan format bahan jika format asal tidak boleh digunapakai.

5.7 Mengesahkan penerbitan yang didaftarkan.

5.8 Menyediakan format/menu baru laporan yang dimohon oleh perpustakaan Fakulti/Institut/Pusat.

(4)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

6. TANGGUNGJAWAB PUSAT TEKNOLOGI MAKLUMAT

6.1 Pusat Teknologi Maklumat bertanggungjawab dari segi membangun, menyelenggara dan menambahbaik sistem e-ReP dari masa ke semasa

6.2 Membangunkan sistem e-ReP dan menyediakan prasarana untuk menyokong keperluan sistem.

6.3 Melaksanakan penyelenggaraan dan membuat penambahbaikan system e-ReP mengikut keperluan dan atas permintaan

6.4 Memastikan ketersediaan data agar sentiasa boleh dicapai dan digunakan 6.5 Menyediakan fungsi pelaporan yang dimohon oleh pelanggan

7. MAKLUMAT PENERBITAN 7.1 Afiliasi

i. Pendaftaran Jurnal/Prosiding adalah dibawah alamat (afiliasi) yang dinamakan dalam penerbitan berkenaan

ii. Jika afiliasi yang terdapat dalam penerbitan terlalu umum (contohnya Universiti Kebangsaan Malaysia, tiada nama Fakulti), Perpustakaan akan mengesahkan rekod e-ReP berdasarkan Fakulti/Institut/Pusat hakiki pengarang berkenaan.

iii. Penerbitan yang mempunyai maklumat UKM sebagai present address tidak boleh didaftarkan.

iv. Pendaftaran dalam sistem e-ReP boleh dilakukan bagi present address yang tahun penerbitannya sama/selepas tahun lantikan di UKM.

v. Sekiranya pengarang ingin mendaftarkan lebih daripada satu afiliasi dalam sistem e- ReP, ia hendaklah dapat dibuktikan dalam penerbitan berkenaan.

7.2 Article In Press / Online First

i. Bagi bahan seperti buku, bab dalam buku, artikel jurnal, prosiding dan penulisan popular dalam bidang yang telah diterbitkan sahaja yang akan disahkan.

Bahan dalam bentuk manuskrip, in press dan online first tidak akan disahkan.

(5)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

ii. Bahan dalam bentuk in press, online first dan seumpamanya akan didaftarkan seperti status semasa.

iii. Sekiranya status in press, online first telah berubah kepada penerbitan akhir, pengarang perlu memaklumkan kepada Perpustakaan untuk tujuan pengemaskinian dalam sistem e-ReP.

7.3 Kod Geran Penyelidikan

i. Pendaftaran kod geran penyelidikan dalam e-ReP bergantung kepada kod yang telah disenaraikan dalam Sistem Maklumat Universiti.

ii. Kod Geran Penyelidikan Bagi Makalah Jurnal & Buku

a. Kod geran penyelidikan yang didaftarkan adalah tertakluk kepada kod yang dinyatakan oleh Pengarang dalam makalah (author’s acknowledgement).

b. Sekiranya terdapat percanggahan kod penyelidikan dalam sistem e-ReP dan artikel teks penuh/buku, maka kod geran penyelidikan dalam bahan teks penuh yang akan disahkan oleh Perpustakaan

iii. Sekiranya penerbitan tidak menyatakan kod geran penyelidikan, Perpustakaan akan mengesahkan rekod e-ReP berdasarkan maklumat semasa yang dimasukkan oleh pengarang.

7.4 Jenis Dokumen Dalam Jurnal/Prosiding Terindeks

Bagi dokumen yang diindeks oleh ISI Web of Science dan SCOPUS:

i. Jenis dokumen ditentukan berdasarkan sumber penerbit /institusi pengindeks (ISI Web of Science dan SCOPUS)

ii. Sekiranya terdapat perbezaan jenis dokumen antara ISI Web of Science dan SCOPUS, penetapan akan dibuat berdasarkan sumber penerbit jurnal/

prosiding berkenaan.

iii. Indeks ISI Web of Science atau SCOPUS yang digugurkan statusnya akan dikemaskini dalam sistem e-ReP mengikut status semasa.

(6)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

7.5 Quartile Dan Journal Impact Factor

Maklumat Quartile dan Impact Factor adalah berdasarkan ISI Journal Citation Report bagi versi dua tahun kebelakangan (bergantung kepada kelulusan Jawatankuasa Universiti Penyelidikan)

8. MAKMAL/ INSTRUMENTASI

Perpustakaan akan mengesahkan rekod e-ReP berdasarkan maklumat instrumentasi yang dimasukkan oleh pengarang (jika ada)

9. PENERBIT

9.1 Penerbitan yang tidak diambil kira dalam MyRA (Malaysia Research Assessment Instrument).

Penerbitan dalam penerbit yang tidak diambil kira dalam Audit Universiti Penyelidikan (MyRA) tidak akan didaftarkan dalam sistem e-ReP.

Glosari MyRA

Jurnal yang tidak diambil kira di dalam MyRA ialah:

i. Academic Journal (www.academicjournals.org);

ii. Eurojournal (www.eurojournals.com);

iii. CG Publishing (www.commongroundpublishing.com); dan iv. Africa World Press, Inc. (www.africaworldpressbooks.com).

9.2 Predatory Open Access Publishers/ Journals (POAP/POAJ)

Penerbitan kakitangan UKM dalam jurnal-jurnal meragukan Predatory Open Access Publishers/Journals (POAP/POAJ) akan diklasifikasikan sebagai Beall’s List. Senarai Predatory Open Access Publishers/Journals boleh disemak berdasarkan;

i. Beall’s List: http://scholarlyoa.com/publishers/

ii. http://scholarlyoa.com/individual-journals/

9.3 Penerbit/Jurnal Palsu

Penerbitan yang diterbitkan oleh penerbit/ jurnal palsu tidak boleh didaftarkan di dalam sistem e-ReP. Di antara penerbit/ jurnal palsu seperti berikut;

i. Klosterneuburg ii. Pensee iii. Jokull

(7)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

iv. Archives Des Sciences

v. Life Science Journal- Acta Zhengzhou University Overseas Edition vi. Wulfenia

vii. Proceedings of The Romanian Academy Series A-Mathemathics Physics Technical Sciences Information Sciences

9.4 Penerbit Buku dan Bab dalam Buku

Penerbit buku dan bab dalam buku diklasifikasikan seperti berikut;

i. Penerbit yang diiktiraf (Penerbit UKM, Penerbit IPTA dan lain-lain Penerbit yang berwibawa berdasarkan senarai)

ii. Lain-lain Penerbit (penerbitan oleh institut /jabatan/fakulti)

10. PENGAKSESAN BAHAN DAN STATISTIK 10.1 Bahan:

i. Warga UKM boleh mengakses artikel teks penuh (jika ada) secara percuma dengan menggunakan pengenalan dan kata laluan.

ii. Pelanggan luar hanya boleh mengakses abstrak dan artikel teks penuh (akses terbuka sahaja) tanpa menggunakan pengenalan dan kata laluan.

Pelanggan luar tidak mempunyai akses kepada teks penuh artikel yang mempunyai hak cipta.

10.2 Statistik

Statistik dalam sistem e-ReP boleh diakses oleh pentadbir utama (Perpustakaan) dan Pentadbir diperingkat Fakulti/ Institut/ Pusat yang dilantik.

11. PEMELIHARAAN BAHAN

11.1 Bahan penerbitan disimpan kekal.

11.2 Perpustakaan UKM dan Pusat Teknologi Maklumat UKM bertanggungjawab terhadap pemeliharaan data penerbitan dan membuat salinan sokongan (back up) secara berkala agar bahan penerbitan sentiasa boleh diakses dan dirujuk.

(8)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

12. PEMBATALAN REKOD E-REP

12.1 Pembatalan rekod e-ReP secara sepenuhnya atau mana-mana bahagian daripada sistem e-ReP boleh dilakukan sekiranya:

i. Diterbitkan oleh penerbit palsu

ii. Didaftarkan tanpa afiliasi UKM/afiliasi UKM tidak sah (seperti kes present address)

iii. Rekod duplikasi/bertindan iv. Terdapat pelanggaran hakcipta

v. Penerbitan yang sama diterbitkan oleh penerbit berbeza (hanya satu penerbitan boleh didaftarkan)

vi. Plagiarisme

vii. Sebab-sebab keselamatan

viii. Pengarang tiada dalam status pengarang seperti berikut:

 Pengarang

 Penyunting

 Penyelenggara

 Penterjemah

 Penyusun

 Penasihat

 Pengerusi/Ketua Bagi jenis penerbitan Kertas Polisi sahaja

 AJK

ix. Lain-lain arahan semasa oleh Pengurusan Universiti

12.2 Bahan penerbitan yang berstatus “Batal” akan dihapuskan selepas setahun dibatalkan.

13. HAKCIPTA

13.1 Sebarang pelanggaran hakcipta terhadap sesuatu penerbitan adalah tanggungjawab pengarang berkenaan dan tertakluk kepada Akta Hakcipta 1987 dan lain- lain peraturan yang berkaitan.

13.2 Setiap penerbitan tidak boleh dijual dalam apa juga bentuk atau format tanpa keizinan daripada pemegang hakcipta.

14. SEMAKAN DASAR

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM (e-ReP) ini perlu disemak dan dikemaskini dalam masa 3 tahun atau mengikut keperluan.

(9)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

GLOSARI 1. Afiliasi

Alamat/nama institusi pengarang yang tertera pada bahan penerbitan.

2. Akses Terbuka

Akses kepada bahan-bahan bersifat ilmiah melalui internet secara percuma.

3. Bilangan Pengarang UKM

Bilangan pengarang yang terdiri daripada kakitangan UKM sahaja.

4. Disahkan Jabatan

Pengesahan semua bahan perlu dibuat di peringkat jabatan. Perpustakaan akan mengambil tindakan terhadap rekod berstatus Disahkan Jabatan.

5. Disahkan PDAL

Pengesahan semua bahan di peringkat Perpustakaan Dr. Abdul Latiff bagi semua Fakulti/Institut/Pusat di Kampus Kuala Lumpur.

6. Disahkan PPPUKM

Pengesahan semua bahan di peringkat Perpustakaan Perubatan UKM bagi semua Fakulti/Institut/Pusat di Pusat Perubatan UKM, Cheras.

7. Disahkan PTSL

Pengesahan semua bahan di peringkat Perpustakaan Tun Seri Lanang bagi semua Fakulti/Institut/Pusat di Bangi kecuali Fakulti Undang-Undang.

8. Disahkan PUU

Pengesahan semua bahan di peringkat Perpustakaan Undang-Undang bagi Fakulti Undang-Undang.

9. Faktor Impak (Impact factor)

Nisbah jumlah petikan yang diterima dengan bilangan makalah dalam sesebuah jurnal bagi 2 tahun kebelakangan, dilaporkan dalam Journal Citation Report (JCR), terbitan Thomson Reuters. Akses JCR melalui http://isiknowledge.com/jcr

10. Hakcipta Terpelihara

Bahan penerbitan dilindungi dibawah Akta Hakcipta 1987. Melibatkan bukan sahaja hak pengarang tetapi juga hak penerbit.

11. Hantar

Rekod penerbitan dihantar oleh pengarang untuk disahkan di peringkat jabatan.

Fakulti/Institut/Pusat perlu mengambil tindakan terhadap rekod berstatus Hantar.

(10)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

13. Isi Borang

Status pendaftaran penerbitan di peringkat pengarang 14. ISI WOS

Pangkalan data sitasi yang diterbitkan Thomson Reuters iaitu ISI Web of Science. Penerbitan termasuk artikel, kertas persidangan, surat, ulasan, ulasan buku, abstrak mesyuarat dan bahan editorial. Akses ISI WOS melalui http://isiknowledge.com/wos

15. ISSN

International Standard Serial Number. Nombor unik yang digunakan untuk mengenalpasti sesebuah jurnal. (Contoh: 1675-8161)

16. Jabatan Penerbitan

Fakulti/Institut/Pusat dimana pengarang berkhidmat semasa penerbitan dihasilkan dan menyumbang kepada statistik penerbitan Fakulti/Institut/Pusat berkenaan.

17. Jenis Bahan

Jenis bahan yang didaftarkan adalah seperti berikut:

17.1 Bab Dalam Buku

Bab dalam suatu buku, bercetak, berjilid dan diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf 17.2 Buku

i. Buku (Penyelidikan) – Buku bercetak dan berjilid, yang diwasit dan diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf hasil kerja penyelidikan seorang atau sekumpulan ahli akademik.

ii. Buku (Lain-lain) - Buku umum, bercetak dan berjilid yang diterbitkan hasil kerja bukan penyelidikan atau lain-lain kaedah secara seorang atau sekumpulan

17.3 Buku Terjemahan

Buku yang diterjemahkan dari bahasa asal penerbitan kepada bahasa yang lain 17.4 Filem/Video/Slaid/Multimedia

Bahan dalam format audio visual 17.5 Jurnal

i. Makalah Dalam Jurnal (Indeks) – Makalah yang diterbitkan dalam jurnal yang diindekskan dalam ISI Web of Science (ISI WOS) atau SCOPUS.

ii. Makalah Dalam Jurnal (Bukan Indeks) – Makalah yang diterbitkan dalam jurnal yang tidak diindekskan dalam ISI Web of Science (ISI WOS) atau SCOPUS.

17.6 Kertas Polisi

Kertas dasar yang diterima oleh agensi kerajaan atau swasta.

(11)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

17.7 Kertas Seminar/Persidangan

Kertas yang dibentangkan sama ada secara lisan atau poster di persidangan atau eminar sama ada di luar atau dalam Negara tetapi tidak diterbitkan, biasanya dalam bentuk mimeograf.

17.8 Lain-lain

Penerbitan lain selain yang disenaraikan.

17.9 Laporan Teknik

Bentuk penerbitan seperti laporan akhir penyelidikan dan laporan kerja perundingan.

17.10 Makalah Terjemahan

Makalah yang diterjemahkan dari bahasa asal penerbitan kepada bahasa yang lain 17.11 Monograf

i. Monograf (Penyelidikan) – Buku khusus, bercetak dan berjilid, diwasit dan diterbitkan oleh penerbit yang diiktiraf, hasil kerja penyelidikan seorang atau sekumpulan ahli akademik atau ubahsuaian tesis pasca siswazah (Masters dan PhD).

ii. Monograf (Bukan Penyelidikan) - Buku umum, bercetak, berjilid, diwasit dan diterbitkan oleh seseorang dalam satu tajuk khusus hasil kerja bukan penyelidikan atau buku dalam siri Syarahan Perdana/Syarahan Umum/Syarahan Bangi dan lain-lain yang diiktiraf setanding dengannya.

17.12 Pakej Pengajaran

i. Pakej Pengajaran merupakan tool box yang boleh membantu guru dan pelajar menterjemahkan spesifikasi kurikulum sekolah bestari bagi setiap mata pelajaran kepada amalan di bilik darjah (Kementerian Pendidikan Malaysia, 1998). Pakej pembelajaran juga membantu guru-guru merancang proses pengajaran dan pembelajaran dengan lebih berkesan.

ii. Suatu koleksi cadangan strategi pengajaran dan pembelajaran, aktiviti, bahan dan sumber prosedur perlaksanaan yang dirancang untuk membantu pelajar menguasasi bidang dan hasil pembelajaran tertentu dalam spesifikasi kokurikulum matapelajaran.

17.13 Penerbitan Tak Berkala

Mimeograf atau penerbitan yang dihasilkan mengikut/tidak mengikut jadual, bercetak, berjilid, sebaran adalah sangat terhad atau dalam bentuk elektronik.

17.14 Penulisan Popular

Karya yang muncul dalam majalah-majalah umum, media masa dan sebagainya

(12)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

17.16 Ulasan Buku

Penilaian/ ulasan yang merangkumi isi, gaya bahasa, bentuk fizikal dan lain-lain tentang sebuah buku yang diterbitkan.

18. Jurnal Antarabangsa

18.1 Jurnal yang diindeks oleh ISI Web of Science (Science Citation Index Expanded, Social Science Citation Index dan Art &Humanities Citation Index) atau SCOPUS, ATAU

18.2 Jurnal yang mempunyai sidang penyunting (editorial board) antarabangsa (lebih dari satu negara) dan diindeks oleh mana-mana pangkalan data dalam talian komersil seperti Emerald, Proquest, EbscoHost, Ovid, PubMed, Lexis Nexis dan sebagainya

19. Jurnal Kebangsaan

Jurnal yang diterbitkan di sesebuah negara dan mempunyai sidang penyunting tempatan (lebih dari satu institusi).

20. Jurnal Universiti/Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan

Jurnal yang diterbitkan dan mempunyai sidang penyunting yang terdiri dari warga Universiti/Fakulti/Institut/Pusat/Jabatan.

21. Penerbitan Kakitangan UKM

Penerbitan yang dihasilkan oleh Kakitangan UKM semasa berkhidmat di UKM dan mempunyai afiliasi UKM (bagi artikel jurnal dan prosiding) pada penerbitan berkenaan.

22. Pengarang Bersama

Individu yang memberi sumbangan terhadap sesuatu bahan penerbitan.

23. Pengarang Koresponden (Corresponding Author/Reprint Address/Reprint Author) Pengarang yang boleh dihubungi berkaitan dengan penerbitan tersebut.

24. Pengarang Utama

Individu yang menjadi penanggungjawab utama bagi sesuatu hasil karya perseorangan atau bersama. Jika tiada petunjuk pengarang utama dalam penerbitan tersebut, nama pertama (kakitangan UKM) dalam susunan nama pengarang dianggap sebagai pengarang utama.

25. SCOPUS

Pangkalan data sitasi yang diterbitkan oleh Elsevier. Penerbitan termasuk artikel, kertas persidangan, surat, ulasan, nota, article in press dan bahan editorial. Akses Scopus melalui http://www.scopus.com 26. Sistem e-ReP

Singkatan dari Sistem e-Repositori Penerbitan UKM yang merupakan sebuah repositori institusi untuk kakitangan UKM memasukkan maklumat bibliografik serta salinan lembut karya ilmiah.

(13)

Dasar Sistem e-Repositori Penerbitan UKM 3.0 2014

27. Status Indeks Pilihan status indeks:

 ISI WOS

SCOPUS

 ERA

 Tiada Indeks

 Lain-lain (nyatakan) 28. Status Pengarang

Pengarang yang didaftarkan adalah seperti berikut:

25.1 Pengarang

Seorang/sekumpulan penulis yang menjadi penanggungjawab bagi sesuatu hasil karya.

25.2 Penterjemah

Individu yang terlibat dalam menterjemah sesuatu bahan penerbitan ke dalam bahasa yang berlainan

25.3 Penyelenggara

Individu yang terlibat dalam membantu menguruskan penghasilan sesuatu bahan penerbitan.

25.4 Penyunting

Individu yang terlibat dalam aktiviti penyuntingan sesuatu bahan penerbitan.

25.5 Penyusun

Individu yang terlibat dalam menyusun sesuatu bahan penerbitan.

25.6 Penasihat

Individu yang terlibat dalam menasihati penerbitan Kertas Polisi.

25.7 Pengerusi/Ketua

Individu yang terlibat mempengerusikan/mengetuai penerbitan Kertas Polisi.

25.8 AJK

Individu yang terlibat sebagai Ahli Jawatankuasa dalam penerbitan Kertas Polisi.

Referensi

Dokumen terkait