• Tidak ada hasil yang ditemukan

DESIGN DECODED 2021 : ART EXHIBITION

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "DESIGN DECODED 2021 : ART EXHIBITION"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

DESIGN DECODED 2021 : ART EXHIBITION

(2)

Strategic Partners:

DESIGN DECODED 2021 : ART EXHIBITION

Lembaga Muzium Negeri Kedah

M

J)W�Jil?�I

I

Cawangan Kedah UN!VERSITI Kampus Suugai Petam

:.,...._" TEKNOLOG!

- MARA

Suan Sunandha Rajabhat Far Eastern University University, Thailand Phillipines

�<.(��?:!>>,.,_

#.,•'' .A. '-.• �

�- <�

I '

i·�·q"•�''1,

Hanseo University Korea

L...+-h-J

I J J i iii II

u L...+-1.S

HIGHER COLLEGES OF TECHNOLOGY United Arab Emirates

(3)

DfSIGN DfCODfD 2021 · ART fXHIBITION

Copyright ©2021

by the Faculty of Art and Design,

Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah Branch

All rights reserved. No part of this publication may be reproduced, copied, stored in any retrieval system or transmitted in any form or by any means, electronic, mechanical, photocopying, recording or otherwise, without the prior permission from the Rector, Universiti Teknologi MARA (UiTM) Kedah Branch, 08400 Merbok, Kedah, Malaysia.

The views, opinions and technical recommendations expressed by the contribu­

tors are entirely their own and do not necessarily reflect the views of the editors, the Faculty or the University.

Cover Design : Neesa Ameera Mohamed Salim Layout Design: Neesa Ameera Mohamed Salim

Syahrini Shawalludin : Abdullah Kula Ismail

Chief Editors : Neesa Ameera Mohamed Salim Faryna Mohd Khalis

ISBN 978-967-2948-13-1

Editors: Ts. Normarziana Hassan Juaini Jamalludin Syahrini Shawalludin Siti Fairuz ibrahim Abdullah Kula Ismail

Printed by

Sinaran Bros. Sdn Bhd (No. 3968-X) Percetakan-Offset-Digital-Penjil id 5-3-18, The Promenade,

Permaisuri Mahsuri, 11950, Bayan Baru, Pulau Pinang, Malaysia

[email protected]

(4)

Noraishah Zainon Hazmi Shoroin

‘Allegory of Lembah Bujang’ (Pulau Tiga )

Lembah Bujang yang lebih dikenali sebagai Sungai Batu, merupakan kawasan tamadun Melayu awal di Tanah Melayu. Ini berdasarkan pembuktian dari arkeologi yang telah mendedahkan bahawa satu bentuk ketamadunan peradaban dunia dalam penambahbaikan cerita sejarah tanah air, terutama Sejarah Kedah Tua.

Antara paling tertera tapak peleburan besi, binaan dari batu bata yang tersisa tamadun maritim, pemerintahan, perdagangan, ekonomi, penempatan dan sosio-budaya masyarakat yang sistematik.

Semenjak menelusuri susur masa Sejarah Kedah Tua dalam beberapa tahun kebelakangan ini, Lembah Bujang atau Sungai Batu adalah entiti yang paling memberi impak sejarah yang lama, waima terkait pengisian sejarah Tanah Melayu dan Bangsa Melayu dengan bangsa dunia. Dalam catatan teks sejarah negara menunjukan pesatnya perhubungan yang sangat intim dengan aktiviti maritim dengan negara di Asia Barat, China dan India. Tidak dinafikan Lembah Bujang telah merentasi dari zaman pra-sejarah lagi. Jika melihat dalam proses pendokumentasian Koridor Kuala Muda segala segi telah menjadi usaha yang keras dari Jabatan Arkeologi, maka ini tidak terhenti sehingga sekarang serta menjadi perdebatan banyak pihak dan belum mendapat titik pertemuan akhir kisahnya. Jangkauan penyelidik, telah membuktikan Lembah Bujang bukan lagi sejarah dalam abad Masihi, akan tetapi telah merentasi lebih jauh ke abad sebelum Masihi. Status dan persejarahannya telah diperakui oleh Projek Intra-ASEAN:

Ekskavasi Arkeologi dan Konservasi Lembah Bujang, Kedah 1985. Karya ‘Allergory Lembah Bujang, Pulau Tiga’. Diperlihatkan dan diolah dalam bentuk segi tiga dan dibayangi dengan tiga rupa, segi tiga yang memuncak ke atas. Adaptasi rupa ini merujuk kepada ikon Gunung Jerai, sebagai mercu tanda utama yang menjadi saksi segalanya apa yang berlaku dalam pengisahan sejarah Kedah Tua. Tidak kecuali juga, diletakkan bentuk akuarium secara melintang mewakili sebatang sungai yang jernih, diatasnya pohon yang telah mati, kontang dan sepi. Sungai Semeling, Merbok yang merupakan nadi dan sumber utama kepada aktiviti masyarakat tempatan, pemerintahan dan sosial-budaya yang sangat aktif dalam kehidupan harian. Bentuk geografi yang strategik dan keindahan alam semula jadi pada masa ketika itu. Akan tetapi, apakah kita dapat lihat sekarang? hanya ketandusan dan tinggalan Tamadun Sungai Batu dalam pelbagai bentuk .

Pulau Tiga, salah satu tempat yang berbeza dari sumber arkeologi yang lain. Ianya satu tarikan sumber sejarah untuk terus mencari cerita Kedah Tua. Melihat secara sekali lalu tentang Pulau Tiga.

Dari hasil penyelidikan ke atas penemuan di Pulau Tiga oleh beberapa institusi tinggi makanya sangat jauh sekali cerita tentang istana Raja Bersiong atau Istana Merong Mahawangsa yang dikatakan dibina di situ. Terletaknya Pulau Tiga di Sungai Merbok tidak jauh dari jambatan yang menghubungkan Sungai Layar, Sungai Petani dan Semeling, Merbok. Pembangunan di Sungai Petani pesat sekali dan terdapat banyak penempatan perumahan yang menutup laluan atau cerita Sungai Merbok dan alirannya. Salah satunya Sungai Tukang dan Laguna, Merbok. Sampai sekarang pembangunan telah berjaya melenyapkan cerita tentang Kedah Tua. Pulau Tiga pernah dijadikan tempat persemayaman Di Raja oleh Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II pada tahun 1819 hingga 1821. Tujuan Baginda adalah untuk menjauhkan diri daripada ancaman Siam dalam Perang Musuh Bisik. Asalnya, Baginda bersemayam di Kota Setar dan Kota Kuala Kedah. Bermakna kalau mengikut kronologi pemerintahan, Pulau Tiga di Kuala Muda adalah tempat pemerintahan baharu selepas Kota Setar. Ini adalah bukti pemerintahan Sultan Kedah kembali ke Merbok atau di mana kegemilangan Kedah Tua bermula.

Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II telah memindahkan pemerintahannya dari Kota Kuala Kedah ke Kota Kuala Muda dalam tahun 1804 sehingga 1820. Baginda membina istana di atas sebidang tanah dengan keluasan 0.61201 hektar dan terletak di tebing kiri Sungai Merbok dan Sungai Tukang.

Ia dinamakan Istana Pulau Tiga kerana mempunyai tiga buah pulau iaitu Pulau Tok Kuning, Pulau Tengah dan satu lagi pulau yang tiada nama. Di bawah adalah catatan seorang Mubaligh Kristian iaitu Thomas Beighton dan John yang bertugas di Pulau Pinang dan menghadap Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II di Pulau Tiga. Istana ini telah diserang dan kawasan sekitarnya dibakar hangus oleh angkatan tentera Siam yang berjumlah 5000 orang pada 12 November 1821. Sultan Ahmad Tajuddin Halim Shah II terpaksa undur ke Pulau Pinang untuk dapatkan bantuan seterusnya ke Melaka sebelum menduduki semula takhta Kedah pada tahun 1842. Istana dan kawasan sekitarnya telah ditinggal sepi dan menghadapi kerosakan yang sangat teruk. Kesannya tinggalannya boleh dilihat dan dilawati oleh para pelawat jika datang ke Sungai Batu dan menaiki bot terus ke Pulau Tiga. Terlalu lama, apakah pengisahan Kedah Tua sedang menyingkap satu demi satu bab dan menunggu cebisan isi sejarahnya dibuka, selepas timbulnya ketamadunan peleburan Besi, Sungai Batu.

NORAISHAH ZAINON HAZMI SHOROIN

‘ALLEGORY OF LEMBAH BUJANG’ (PULAU TIGA ) Mixed Media

42 inch x 30 inch x 4 inch [email protected]

(5)

DESIGN DECODED 2021 : ART EXHIBITION

ISBN 978-967-2948-13-1

9 7 8 9 6 7 2 9 4 8 1 3 1

W�@�

I

Cawangan Kedah UNIVERSITI Kampus Sungru Petan1

:;,..!.." TEKNOWGI

- MARA

Referensi

Dokumen terkait