• Tidak ada hasil yang ditemukan

di dalam program tersebut.

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "di dalam program tersebut. "

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Alam sekitarjadi medium pengajaran pelajar PPG UMS

I-% 1=> a5 /ps'/a C+i-Dl- KOTA KINABALU:

Pendidikan luar telah diamalkansecaramenyeluruh dalam sistem pendidikan formal di Malaysia.

Selain menjadi mata pelajaran akademik, pendidikan luar juga dipraktikkan oleh pelajar IPT melalui pengenalan kursus kokurikulum berkredit, penubuhan persatuan dan kelab yang berfokuskan aktiviti lasak dan penganjuran program khusus oleh pihak KPT.

Kesemua usaha murni ini bermatlamat untuk mewujudkan sebuah negara bangsayangmajudanharmoni selaras dengan Falsafah Pendidikan Kebangsaan dan Konsep 1Malaysia.

Sehubungan dengan itu, dalam Program Pensiswazahan Guru (PPG) kohort 2, major sains dan minor pendidikan jasmani, Sekolah Pendidikan dan Pembangunan Sosial, Universiti Malaysia Sabah telah menganjurkan sesi amali dalam kursus Sukan Sepanjang Hayat dan Rekreasi dengan menggunakan alar#n

Acs ý

PESERTA Program Amali PPG, UMS merakamkan album kenangan.

semulajadi bagi menjana penghasilan graduan yang kompeten dan berdaya saing.

Program selama 3 hari 2 malam yang dilaksanakan baru-baru ini, disertai seramai 71 orang pelajar yang dibantu oleh 5 orang fasilitator daripada pelajar sains sukan UMS dan diiringi pensyarah Hasnol Noordin.

Menurut Hasnol, program ini dapat meningkatkan kemahiran insaniah dalam diri pelajar di samping para pelajar dapat memahami kepentingan sukan dan

rekreasi selain diberi

pendedahan secara terus mengenai asas perkhemahan dan aktiviti luar.

Sementara itu, Mohamad NizamNazarudin, pensyarah yang turut menghasilkan modul kursus ini berkata, matlamat program ini adalah untuk membantu pelajar dalam mempertahankan diri pada masa kecemasan dan mengaplikasikan langkah- langkah serta asas sains yang sesuai dengan keadaan atau situasi-tertentu.

Katanya, selain itu, program ini j uga me nerapkan aplikasi amali untuk kursus ini dan mendedahkan para pelajar kepada asas

perkhemahan dan aktiviti luar. -

Pengarah program, Jenry Saiparudin pula percaya bahawa program ini sangat membantu para pelajar memahami dengan lebih mendalam mengenai kursus tersebut.

Beliau juga berpuas hati dengan semangat kerjasama oleh para pelajar dalam menjayakan program ini.

"Dan ribuan terima kasih kepada para pensyarah kerana memberi tunjuk ajar dan bimbangan dalam setiap aktiviti yang dilakukan, "

katanya semasa majlis penutupan program itu.

PESERTAmembuatpersiapanpakaiankeselamatanuntuk FASILATATOR memberi taklimat sebelum melakukan

Dalam program ini, pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan untuk memudahkan perlaksanaan aktiviti yang telah ditetapkan.

Aktiviti utama dalam program ini ialah `jungle trekking', `rafting', dan

`flying fox', manakala aktiviti sampingan seperti senam aerobik, sukaneka, dan malam kebudayaan menambahkan lagi perisian

di dalam program tersebut.

Perjalanan aktiviti bagi

program ini bermula di tapak perkhemahan UMS/ODEC bagi aktiviti jungle trekking' pada harf pertama dan pads harf berikutnya diadakan di Kem Malangang, Pusat Kokurikulum Sabah bagi

aktiviti `rafting' dan `flying fox'.

Seterusnya program berakhir pada sebelah pagi di tapak perkhemahan UMS/ODEC bagi majlis perasmian penutupan dan penyampaian hadiah kepada setiap kumpulan.

aktiviti flying fox. senam aerobik. JUNGLE trekking aktiviti yang diminati oleh peserta program.

Referensi

Dokumen terkait

Kemahiran bertutur merupakan kemahiran asas dalam penguasaan bahasa.Kemahiran ini adalah antara kemahiran terpenting yang perlu diberi perhatian bagi memastikan pelajar itu

Jadi, bagi memenuhi jurang tersebut, kajian berkaitan elemen kemahiran insaniah dan pembelajaran berpusatkan pelajar pengajaran Akidah perlu dilaksanakan khususnya

Kajian ini memberi fokus kepada empat elemen kemahiran insaniah iaitu kemahiran berkomunikasi, kemahiran menyelesaikan masalah secara kritis, kemahiran kerja berpasukan serta

Objektif kajian ini dijalankan adalah untuk mengenalpasti tahap penguasaan bagi tiga kemahiran insaniah sahaja iaitu kemahiran berkomunikasi; kemahiran kritis dan menyelesaikan

Kemahiran insaniah merupakan elemen penting yang perlu dipupuk di kalangan pelajar-pelajar bermula dari sekolah menengah dan seterusnya institusi pengajian tinggi

Dapatan Kajian Dapatan kajian ini menunjukkan secara keseluruhannya, terdapat tiga aspek utama elemen kemahiran insaniah yang diterapkan dalam pengamalan pedagogi berpusatkan pelajar

Jadual 2: Reaksi Warga Emas dan Pelajar Sebelum dan Selepas Program Intergenerasi Sebelum Butiran Selepas Memasak, kemahiran kraftangan, sukan tradisional, riadah dan computer

Selain itu kajian ini juga diadakan untuk mengkaji apakah elemen kemahiran insaniah paling tinggi diperolehi oleh pelajar dalam program bakti siswa perdana serta objektif ketiga adalah