Dinamika Perubahan Budaya dan Pembangunan Politik di Malaysia: Satu Analysis Kritikal
(The Dynamics of Cultural Change and Political Development in Malaysia: A Critical Analysis)
Arvin Tajari1*, Nazri Muslim2, Kennimrod Sariburaja James Pasaribu1, Muhammad Ammar Hisyam Mohd Anuar1
1 Program Hubungan Antarabangsa, Asia Pacific University of Technology and Innovation, Bukit Jalil, Malaysia
2 Pusat Citra, Universiti Kebangsaan Malaysi, Bangi, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 May 2022 | Published: 1 June 2022
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpg.2022.4.2.1
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Dinamika politik di Malaysia sudah pun wujud sebelum kemerdekaan lagi.
Perubahan politik di Tanah Melayu sebelum kemerdekaan boleh dilihat dengan melihat kepada tindakan dan partisipasi rakyat menetang penjajahan. Kajian ini menelusuri dinamika perubahan budaya dan pembangunan politik di Malaysia. Kajian ini meneliti dinamika politik Malaysia dan melihat kepada perubahan yang wujud serta juga faktor yang menyebabkan perubahan ini berlaku. Perubahan budaya politik di Malaysia boleh dijelaskan selari dengan perkembangan semasa. Perubahan yang ketara berlaku selepas Malaysia mencapai kemerdekaan pada tahun 1957 yang mana politik demokrasi mencorak politik Malaysia pasca- Kemerdekaan. Selain itu, corak pemerintahan juga mengalami perubahan dengan lahir system kerajaan yang dilpilih oleh rakyat disamping mengekalkan insitusi beraja di Malaysia. Selepas lebih daripada 60 tahun merdeka, Malaysia mengalami beberapa fasa perubahan dinamika budaya politik yang mana ianya memberikan kesan secara langsung kepada rakyat di negara ini. Perubahan politik yang berlaku jika dilihat bukan sahaja terjadi di Malaysia, bahkan ianya menjadi fenomena dunia terutama kesan daripada pendemokrasian yang berlaku di negara- negara eropah dan juga negara-negara lain.
Kata Kunci: kertas penuh, templat, pengarang, garis panduan
Abstract: Dynamics politics in Malaysia already exists before independence again. Before independence, political in Malaya can be explained by looking at the political action and participation of the people who resisted colonization. This study examines the dynamics of change culture and development politics in Malaysia. This study also examines the dynamics of Malaysian politics and sees changes that exist and factors that led to the changes in Malaysian politics. Differences in political culture in Malaysia can be explained influenced by the current situation. Significant changes after Malaysia gained independence in 1957 were affected by democratization in post-Independence Malaysian politics. In addition, political systems were also affected by the birth of new political orientation based on people’s choice, the election, but still maintained the Monarchy. After more than 60 years of independence, Malaysia has experienced political transformation in terms of the dynamics of political culture that directedly affected Malaysian. These changes happened in Malaysia and around the globe, especially with the democratization that happened early in Europe.
Keywords: Political culture; political change; Neofeudalism; nationalism
_________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, federalisme dan juga raja berperlembagaan. Sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia adalah sistem yang hampir sama digunakan oleh bekas penjajah iaitu British.
Bahkan umum mengetahui sistem pemerintahan negara ini adalah hasil daripada legasi bekas penjajah.
Sebelum kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia dijajah sekian lama dan kesan penjajahan yang berlaku memberikan kesan kepada sistem Politik di Malaysia. Walaupun dijajah ratusan tahun oleh kuasa penjajah yang berbeza, Malaysia masih mampu mengekalkan identiti bangsa sehinggalah sekarang. Kesan daripada penjajahan yang berlaku, dapat dilihat peninggalan penjajah dapat dilihat daripada pelbagai aspek seperti budaya, bahasa, politik dan juga lain- lain.Walaupun begitu, Penjajahan British di Tanah Melayu memberikan kesan cukup kuat kepada negara ini. Kesan penjajahan British ini boleh diliha dalam aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Antara kesan yang sangat mendalam adalah dari sudut politik di Malaysia.
Dinamika politik di Malaysia diwarnai dengan perubahan politik yang berlaku secara dalaman adan juga luaran. Dalam kajian ini, pengkaji akan melakukan kajian terdahulu dengan mengambil tema - tema politik pasca-kolonial, demokrasi, budaya politik, transformasi politik, perkembangan politik di Malaysia dan isu-isu yang berkaitan dengan politik di Malaysia pasca kemerdekaan. Kesemua tema yang dinyatakan perlu untuk memahami politik Malaysia kerana saling berkaitan dan melengkapi serta memudahkan untuk memahami budaya dan partisipasi politik.
2. Politik Masyarakat Pasca-Kolonial : Dari Nasionalisme Ke Civic-Nasionalisme
Malaysia merupakan sebuah negara yang mengamalkan sistem pemerintahan demokrasi berparlimen, federalisme dan juga raja berperlembagaan. Sistem pemerintahan yang diamalkan di Malaysia adalah sistem yang hampir sama digunakan oleh bekas penjajah iaitu British.
Bahkan umum mengetahui sistem pemerintahan negara ini adalah hasil daripada legasi bekas penjajah.
Sebelum kemerdekaan pada tahun 1957, Malaysia dijajah sekian lama dan kesan penjajahan yang berlaku memberikan kesan kepada sistem Politik di Malaysia. Walaupun dijajah ratusan tahun oleh kuasa penjajah yang berbeza, Malaysia masih mampu mengekalkan identiti bangsa sehinggalah sekarang. Kesan daripada penjajahan yang berlaku, dapat dilihat peninggalan penjajah dapat dilihat daripada pelbagai aspek seperti budaya, bahasa, politik dan juga lain- lain.Walaupun begitu, Penjajahan British di Tanah Melayu memberikan kesan cukup kuat kepada negara ini. Kesan penjajahan British ini boleh diliha dalam aspek politik, ekonomi dan juga sosial. Antara kesan yang sangat mendalam adalah dari sudut politik di Malaysia.
Dinamika politik di Malaysia diwarnai dengan perubahan politik yang berlaku secara dalaman adan juga luaran. Dalam kajian ini, pengkaji akan melakukan kajian terdahulu dengan mengambil tema - tema politik pasca-kolonial, demokrasi, budaya politik, transformasi politik, perkembangan politik di Malaysia dan isu-isu yang berkaitan dengan politik di Malaysia pasca kemerdekaan. Kesemua tema yang dinyatakan perlu untuk memahami politik Malaysia kerana
saling berkaitan dan melengkapi serta memudahkan untuk memahami budaya dan partisipasi politik.
3. Politik Masyarakat Pasca-Kolonial : Dari Nasionalisme Ke Civic-Nasionalisme
Kewujudan negara akibat daripada decolonization yang berlaku sejak tahun 1940-an memberikan kesan terhadap politik dunia dan juga politik tempatan (Cheikh Anta Kajianou 2010). Kemerdekaan negara yang dijajah bangkit menuntut kemerdekaan menyekajiankan kewujudan negara berdaulat di benua Asia, Afrika dan juga benua lain dan membentuk sistem politik mereka yang tersendiri. Sistem politik negara yang baru merdeka juga terkesan daripada sistem politik yang diwarisi oleh penjajah (Robert F. Betts 2012). Menurut Robert F. Betts (2012) legasi penjajah tidak dapat dihapuskan bahkan dilihat sedikit sebanyak mempengaruhi corak pemerintahan sebahagian negara. Sistem pemerintahan yang diwarisi juga memberikan kesan kepada masyarakat yang wujud dalam sesebuah negara dari pelbagai sudut antaranya perubahan kepada politik yang bersifat terbuka ataupun sistem politik yang berubah disekajiankan oleh kemerdekaan yang ada yang mana secara langsung mengubah sistem politik dan praktis sebelumnya.
Politik di negara sedang membangun ataupun negara dunia ketiga boleh dibahagikan kepada beberapa fasa perubahan. Fasa-fasa ini bermula sebelum penjajahan, semasa penjajahan dan juga selepas kemerdekaan (Moses Onyango 2015; James Chiriyankandath 2011). Memahami fasa perkembangan politik negara-negara yang mencapai kemerdekaan selepas pasca-perang dunia (Perang Dunia Pertama dan Perang Dunia Kedua) perlu untuk memahami perubahan yang berlaku dalam sistem politik, kerajaan dan juga pentadbiran. Perubahan yang berlaku ini sangat penting untuk difahami kerana berlaku perubahan yang jelas dan sistem yang dipraktikkan dahulu sudah tidak lagi menjadi amalan politik pasca-kemerdekaan.
Perkembangan politik masyarakat di sesebuah kawasan (bahkan negara) banyak dipengaruhi oleh penjajah. Penjajah yang menjajah sesebuah negara membentuk sistem politik yang menyerupai ataupun mengadaptasi sistem politik mereka dan dipraktikkan secara meluas di tanah jajahan mereka. Oleh itu, sistem politik tanah jajahan yang berbeza dengan cara penjajah serba sedikit akan diubah untuk disesuaikan dengan pengaruh penjajah bagi menguasai tanah jajahan mereka secara mutlak. Sebagai contoh Tanah Melayu sebelum penjajahan merupakan kerajaan yang mengamalkan sistem Raja berkuasa mutlak. Selepas dijajah oleh penjajah, corak pemerintahan berubah secara perlahan-lahan. Perubahan paling ketara adalah sewaktu zaman penjajahan Inggeris. Penjajah Inggeris mengubah sedikit demi sedikit corak pemerintahan yang ada dengan memperkenalkan sistem Residen sebagai penasihat kepada Sultan dalam melakukan sesuatu tindakan dan keputusan melainkan perkara berkaitan dengan Islam dan adat resam.
Disebabkan itu, kemerdekaan dan decolonization memberikan impak yang besar kepada masyarakat dan juga negara yang baru merdeka. Proses decolonization penting kepada bekas tanah jajahan dan juga masyarakat yang hidup dalam tanah jajahan tersebut. Dapat difahami bahawa decolonization merupakan proses memberikan hak undang-undang dan kuasa perlembagaan daripada elit penjajah kepada elit politik negara yang baru merdeka serta kekangan menurut sistem politik moden (Stewart Firth 2000). Selain dari itu, kemerdekaan dan decolonization yang terjadi juga membawa kepada identiti sesuatu bangsa dan juga negara.
Menurut Stewart Firth (2000), decolonization mempunyai hubungan yang kuat dengan konsep
‘bangsa’, ‘ras’ dan juga ‘budaya’. Stewart Firth (2000) juga menambah bahawa ketiga-tiga konsep ini sangat berkait dan juga mempunyai hubungan yang kuat dengan pengaruh ideologi.
Natijah daripada decolonization ini memberikan kesan yang jelas pada identiti dan juga sikap masyarakat. Selain daripada itu, semangat nasionalisme juga terhasil daripada kemerdekaan dan decolonization yang berlaku. Walaupun nasionalisme boleh dilihat wujud sebelum kemerdekaan disebabkan oleh faktor ingin membebaskan pertiwi dan tanah air, semangat nasionalisme juga wujud selepas kemerdekaan kerana ianya membentuk identiti bangsa dan budaya masyarakat yang merdeka. Sarjana seperti Benedict Anderson (1991; 2006) menjelaskan nasionalisme dalam konsep yang dipanggil “Imagined communities” atau Bangsa Idaman. Menurut Benedict Anderson (1991; 2006) lagi, Imagined communities dapat difahami dalam kerangka “bangsa” yang dijelaskan oleh beliau membawa kepada beberapa aspek utama iaitu bangsa sebagai “Imagined political community” yang bermaksud rasa kepunyaan ataupun sekutu. Selain itu, bangsa juga bersifat terhad dan mempunyai kekangan yang tersendiri sebagai contoh terdapat batasan (disebabkan sempadan) dan kewujudan bangsa lain. Akhir sekali, bangsa juga dijelaskan dan difahami dalam konteks daulat. Perkara ini difahami dalam perbincangan sifat politik moden yang melangkaui pemahaman lama yang lebih terhad kepada hubungan sosial.
Selain itu, perbincangan berkaitan dengan bangsa idaman juga dijelaskan oleh sarjana selain Benedict Anderson. Alan Finlayson (2012) menjelaskan imagined community sebagai
“...group of people who not only draw on the same set of symbolic resources when articulating their sense of identity but, additionally, recognize and value that commonality which they regard not as a an outcome of certain social facts but as their cause”. Dapat difahami bahawa bangsa idaman adalah konstruk sosial yang mana ianya bersumberkan kepada fakta sosial yang difahami dengan mengenali dan menghargai kesamaan yang wujud dikalangan masyarakat yang ada. Alan Finlayson (2012) juga menjelaskan lanjut bangsa idaman dalam kerangka nasionalisme merupakan kesan daripada proses modenisasi yang terjadi dalam masyarakat hasil daripada interaksi politik dan juga ekonomi. Alan Finlayson (2012) menjelaskan lanjut nasionalisme sebagai “nationalisme both emerges from and institutionalizes system of communication that made it possible for diverse peoples to share in an imagining community
”.
Hal ini dinyatakan juga oleh Ernest Gellner (1983) yang berhujah nasionalisme sebagai identiti adalah kesan daripada modenisasi. Ernest Gellner (1983) berpandangan bahawa perubahan masyarakat daripada masyarakat pertanian kepada masyarakat industri kerana modenisasi yang terjadi secara langsung mengubah masyarakat ke arah masyarakat yang moden. Selain itu, menurut Ernest Gellner (1983) juga, Nasionalisme merupakan asas kepada prinsip politik (primarily a political principle) yang dapat difahami bahawa politik dan national unit adalah dua aspek yang selari. Disekajiankan itu, nasionalisme memberikan legitimasi politik kepada negara dan juga tidak boleh dipisahkan daripada perbincangan siapa yang memegang dan mempunyai kuasa. Tetapi dalam membincangkan perkara berkaitan dengan etnik, legitimasi politik yang ada adalah merujuk kepada batas etnik tidak boleh merentasi batas politik (Ernest Gellner 1983: 1).
Perbincangan lanjut berkaitan dengan nasionalisme dilanjutkan lagi oleh Ernest Gellner dalam bukunya Nationalism (1997). Dalam perbincangan yang ada dalam Nationalism (1997), Ernest menerangkan lanjut berkaitan dengan sifat nasionalisme adalah sesuatu yang tidak kekal dan tidak universal. Hal ini sama seperti kerajaan yang bersifat tidak kekal dan tidak universal berbanding dengan budaya dan organisasi sosial yang bersifat universal dan perennial. Ini kerana menurutnya lagi, nasionalisme merupakan keadaan bangsa atau manusia yang terkesan dengan perubahan persekitaran yang sentiasa berubah. Ini dapat dilihat apabila berlakunya Revolusi Perancis dan Revolusi Industri di Eropah yang mengubah corak kehidupan
masyarakat ke arah yang lebih moden dan juga lebih demokratik selepas perubahan politik yang ketara pada waktu tersebut.
Walaupun sebahagian sarjana seperti Ernest Gellner (1983), Anthony Smith (1998) dan Benedict Anderson (2006) cenderung mengambil dan membawa sejarah nasionalisme Eropah bermula pada kurun ke-19 melalui sudut pandang modernist, akan tetapi nasionalisme boleh dilihat telah wujud lama sebelum itu tidak terhad kepada perubahan masyarakat daripada masyarakat bukan moden ke masyarakat moden. Pendekatan ini terhad melihat kepada perubahan ekonomi, politik dan pembangunan sahaja sedangkan nasionalisme dilihat dalam konteks yang lebih luas.
Menurut John Schwarzmantel (2012), bagi mengetahui perdebatan dan perbincangan nasionalisme, perlu mengetahui asal usul bangsa dan tidak menilai nasionalisme sebagai ciptaan moden (Modern construction). Pendapat John Schwarzmantel ini diutarakan awal oleh Anthony Smith (1995, 1998, 2000, 2014) yang berpendapat nasionalisme telah wujud lama berbeza dengan pandangan yang telah dinyatakan oleh sarjana yang beraliran modernist.
Pendekatan yang diperlukan untuk memahami nasionalisme terlebih dahulu perlu memahami konsep bangsa yang seringkali menjadi perdebatan dikalangan sarjana. Bahkan, perdebatan dan perbincangan akan kewujudan istilah bangsa juga dibincangkan secara mendalam. Menurut Walker Connor (1990), penggunaan istilah bangsa mempunyai empat masalah utama yang menjadikan ianya sukar dinilai bila istilah bangsa wujud. Pertama, kesedaran bangsa merupakan fenomena masyarakat umum bukan fenomena yang terjadi dikalangan golongan elit. Kedua, pembentukan bangsa merupakan satu proses bukan kejadian yang wujud secara tiba-tiba. Ketiga, pembentukan bangsa tidak terjadi secara proses berurutan mengikut perancangan, bahkan boleh terhapus bila-bila masa. Keempat, pembentukan individu dalam konteks bangsa tidak terikat dengan sejarah etnografi individu.
Ketika menjelaskan kelemahan dan juga perbincangan berkaitan dengan bangsa, Walker Connor (1990) membawa sejarah yang berlaku di Perancis sebagai contoh yang dianggap sebagai contoh “as one of the very oldest, to many the oldest, of Europe’s contemporary nations”. Bangsa dan juga ideologi kebangsaan (nasionalisme) sebagai produk dan konstruk moden. Anthony D.Smith (2002) menjelaskan lima ciri bangsa dalam konteks semasa yang hanya boleh dilihat dalam keadaan semasa. Pertama ialah unit wilayah yang jelas dengan wujudnya sempadan, populasi, budaya dan sebagainya. Kedua, adanya undang-undang yang menjadi pegangan masyarakat sebagai kod kehidupan dalam kerangka communities. Ketiga, wujud ideologi nasional yang sah membezakan ideologi nasional tempatan dengan ideologi tempat lain. Ini kerana, dunia wujud dengan dibezakan dengan perbezaan dan kepelbagaian ideologi nasional. Keempat, negara (bangsa) merupakan elemen yang penting di peringkat antarabangsa. Kelima ialah masyarakat massa yang termasuk di dalam populasi dan mereka memahami yang mereka merupakan milik negara bangsa dan juga berpartisipasi dalam pelbagai aspek terutama dalam politik.
Selain itu, Anthony D. Smith (2002) juga memberikan perbezaan yang jelas terhadap nasionalisme barat dan nasional timur. Perbezaan yang wujud antara kedua nasionalisme ini jelas berbeza dari sudut konsep dan ciri. Kelima-lima ciri yang dijelaskan oleh Anthony D.
Smith (2002) lebih cenderung kepada ciri-ciri nasionalisme dan juga Barat. Anthony D. Smith (2002) juga menambah perbezaan yang ketara antara kerangka bangsa/nasionalisme Barat dan Timur. Nasionalisme Barat lebih cenderung kepada bangsa sebagai ‘civic’, terikat dengan undang-undang yang bersifat rasional dan juga mempunyai komponen sukarela yang kuat.
Berbeza dengan nasionalisme timur yang lebih cenderung kepada sifat ‘organic’, mistik dan
juga autoritarian. Selain itu, ciri-ciri nasionalisme Barat lebih bersifat inklusif dan tidak terhad kepada kerangka sempit perbincangan etnik.
Menurut Smith (2002) lagi, masalah dalam memahami nasionalisme Barat disekajiankan oleh beberapa kekangan kerangka modernist disekajiankan oleh tiga faktor utama iaitu ethnocentrism, partisipasi dan juga keterikatan dengan kerangka lama (medievalist). Bagi membincangkan nasionalisme dalam aspek ethnocentrism, jelas wujud sifat yang lebih inklusif tetapi bersifat kebaratan (western nationalisme). Pendekatan ethnocentrism barat juga dilihat dari beberapa ciri seperti penekanan terhadap terrority, lahir dan tinggal dalam kawasan yang anggap sebagai territory; kedua, percaya ‘nation’ sebagai ‘legal-political community’; ketiga kepentingan kewarganegaraan kepada semua lapisan masyarakat dan yang terakhir ialah keperluan untuk mewujudkan agama, budaya awam bagi membentuk perpaduan politik (political cohesion). Partisipasi atau keikutsertaan masyarakat dalam membentuk identiti dan sejauh mana mereka terlibat terutama masyarakat minoriti dan juga kumpulan imigran yang baharu dalam kelompok masyarakat besar tersebut. Masalah terakhir yang dinyatakan oleh Smith (2002) adalah pre-nationalist nation. Masalah ini wujud apabila kerangka moden dalam memahami nasionalisme masih lagi terikat dengan kerangka lama. Ini menyekajiankan modernist menghadapi masalah dalam memahami “nation” dalam kerangka identiti politik masa tersebut.
Bagi mengatasi halangan tersebut, Smith (2002) mencadangkan pendekatan “Ethno-symbolic”
sebagai alternatif modernist. Alternatif Ethno-symbolic memberikan penekanan terhadap tujuh pendekatan; 1. the need for an analysis of the persistence of collective cultural identities over la longue durée; 2. the importance of continuity, recurrence and appropriation as different modes of connecting past, present and future; 3. the significance of the ethnic type of collective cultural identity and of ethnic communities or ethnies in the formation of nations; 4. the importance of symbols, memories, myths, values and traditions for an understanding of ethnic and other kinds of collective cultural identity; 5. the peculiar role of memories of golden ages, myths of origin and ethnic election, cults of heroes and ancestors, homeland memories and attachments in the formation and persistence of national identities; 6. the different kinds of ethnie that serve as bases and points of departure for the formation of various kinds of nation;
7. the special contribution of the modern ideology of nationalism to the dissemination of the ideal of the nation and the role of nationalists as ‘political archaeologists’. Berdasarkan pendekatan tersebut, Smith (2002) memberikan definisi etnik dan bangsa secara berasingan.
Etnik lebih kepada masyarakat yang berkongsi mitos asal, memori, budaya yang sama serta berkongsi kawasan yang sama. Sedangkan bangsa adalah masyarakat memilik wilayah bersejarah, berkongsi mitos dan memori, budaya awam yang sama serta undang-undang dan adat istiadat yang sama. Dalam definisi ini, jelas bangsa lebih bersifat inklusif berbanding dengan etnik.
Selain itu, nasionalisme juga dijelaskan sebagai bentuk ideologi dan juga bentuk pemikiran yang membentuk kerangka sosial dan juga mengabsahkan hasil daripada ideologi tersebut.
Menurut Raymond Breton (1988) nasionalisme sebagai bentuk ideologi dan juga sistem mempunyai empat aspek yang saling berkaitan iaitu i) prinsip inclusion dan exclusion; ii) konsep kepentingan nasional; iii) perbandingan dengan kumpulan lain (etnik/ras atau budaya);
iv) persekitaran sosial yang menjadi pemangkin atau ancaman kepada sesuatu kumpulan.
Prinsip inclusion dan exclusion difahami dalam bahasa yang mudah sebagai “orang kita” dan
“orang luar”. Sekiranya datang dari kelompok atau kumpulan yang sama, maka wujud keistimewaan dalam layanan dan keistimewaan. Kedua ialah kepentingan nasional yang lebih menjerumus kepada kepentingan ramai dan juga masyarakat yang boleh dilihat dari sudu
maslah dan penyelesaian. Oleh itu, melihat dari aspek ini sangat penting untuk membina formasi sosial. Aspek ketiga pula dijelaskan dengan keadaan kumpulan yang wujud dari aspek ekonomi, politik demografi dan juga sosial. Aspek keempat pula bagaimana kumpulan (etnik/sosial/ras atau agama) yang lain mampu mempengaruhi kumpulan sedia ada.
Disekajiankan itu, dalam konteks ini, nasionalisme dibina atas pengaruh kesatuan budaya berakar dengan sentimen etnik. Ini ditambah dengan pengaruh etnik pada seseorang banyak dipengaruhi oleh masyarakat dalam etnik yang sama.
Menurut Helen Ting (2008), pengistilahan bangsa perlu lebih luas. Helen Ting (2008) membawa perbincangan berkaitan dengan nationalisme dengan membawa dua pandangan yang sempit; pertama, kelompok yang menggunakan prinsip kesamarataan politik dan persaudaraan tetapi cenderung kepada memperjuangkan hak golongan tertentu sahaja. Kedua, kelompok majoriti yang hanya memahami sentimen nationalisme hanya kepada kelompok mereka sahaja sehinggakan mengecualikan kelompok minoriti terutama golongan immigran yang dianggap bukan asal bangsa dari negara mereka. Oleh itu, Helen Ting (2008) menghujahkan bahawa perlunya untuk memahami bangsa dan nationalisme dalam era moden bergerak kepada lebih praktikal dan bukan dalam kerangka primordial.
Pada peringkat awal, perbincangan nasionalisme dibahagikan kepada nasionalisme barat dan nasionalisme Timur. Perbezaan jelas dapat dilihat antara nasionalisme barat dan nasionalisme timur (Hans Kohn 1944; Nicholas Xenos 1996). Hans Kohn (1944) menjelaskan nasionalisme dalam dua aspek yang berbeza. Pertama nasionalisme yang lebih cenderung kepada perubahan politik dan ekonomi dan yang kedua adalah nasionalisme yang lebih kepada faktor budaya.
Jelas kedua-dua nasionalisme yang disebutkan oleh Hans Kohn (1944) memberikan dua gambaran yang berbeza yang masih dan boleh dilihat relevan dalam masa sekarang. Bagi nasionalisme barat, ianya juga lebih dikenali sebagai civic nationalism yang difahami dengan melihat kepada perubahan politik dan ekomi masyarakat yang menatijahkan penyatuan budaya masyarakat (Bernard Yack 2008). Civic nationalism terjadi dikebanyakan negara barat yang mengalami proses perubahan politik terutama selepas daripada Revolusi Perancis.
Oleh itu, dapat dilihat bahawa kecenderung civic nationalism didorong oleh perubahan politik dan ekonomi yang terjadi pada abad ke-18. Sedangkan, nasionalisme timur ataupun lebih dikenali sebagai ethnic nationalism, kemudiannya datang dipengaruhi oleh faktor identiti budaya (Nicholas Xenos 1996). Selain itu, Tom Nairn (1993), juga memberikan pandangan bahawa perbezaan kedua-duanya jelas seperti yang dinyatakan oleh beliau “the former was original, institutional, liberal and good. The latter was reactive, envious, ethnic, racist and generally bad”. Dapat fahami disini, nasionalisme dapat diertikan dan dijelaskan dalam kerangka yang lebih luas. Bahkan, dalam kajian ini, pengkaji menjelaskan nasionalisme untuk memahami situasi politik negara sedang membangun (1944) banyak diwarnai oleh sentimen politik perkauman (ethnic politics) yang dilihat sempit dan kebelakang. Oleh itu, perubahan yang berlaku di dunia terutama selepas kemerdekaan mencorakkan politik untuk terus lebih terbuka dan lebih baik. Memahami civic nationalism dan juga ethnic nationalism merupakan pendekatan yang baik untuk memahami sejarah masyarakat yang wujud teurtama selepas mereka mencapai kemerdekaan.
Selain itu, civic nationalism dan ethnic nationalism walaupun berbeza, tetapi berkongsi pemahaman yang sama iaitu untuk memahami pembangunan politik dan moral (Yael Tamir 2019). Selain itu, Yael Tamir (2019) berhujah, terdapat kelemahan dalam memahami kedua- dua sifat nationalisme (civic dan Ethnic) dalam memahami perubahan seperti politik, ekonomi, moral dalam era kontemporari. Oleh itu, Yael Tamir (2019) memberikan penyelesaian bagi
kelemahan memahami civic dan ethnic nationalism dalam lima peringkat berbeza iaitu peringkat pertama the birth of a nation. Pada peringkat ini, perubahan yang jelas dapat dilihat.
Kekuasaan sudah tidak diberikan berdasarkan pertalian darah, keluarga mahupun kaum sebagai contoh sistem politik Beraja. Kekuasaan diberikan kepada yang layak berdasarkan keterlibatan dan partisipasi mereka dalam entiti politk. Kedua ialah Banal nationalism yang akan terhasil pembentukkan budaya nasional. Ketiga ialah multiculturalism yang memberikan ruang semua kelompok termasuk kelompok minoriti dan lebih bersifat inklusif. Keempat adalah diversity atau pun kepelbagaian terbentuk dengan terhakisnya elemen keseragaman (homogeneity).
Kelima adalah pasca-kepelbagaian. Pasca-kepelbagaian berbeza dengan sebelumnya yang dilihat lebih positif, pasca-kepelbagaian menurut Yael Tamir (2019) lebih bersifat negatif. Ini kerana dalam fasa ini, perasaan terancam yang wujud boleh memberikan kesan kepada kepelbagaian yang wujud dan kembali kepada “homogenization”. Ini akan terjadi sekiranya kelompok majoriti merasakan terancam dengan kehilangan peluang menyekajiankan mereka akan kembali kepda struktur tradisional negara bangsa yang diklasifikasikan sebagai perkauman.
Hujahan Yael Tamir (2019) dapat dilihat sangat bersesuaian dengan perkembangan dan pembangunan politik negara yang dikategorikan sebagai negara multi-etnik, multi agama dan multi-budaya. Oleh yang demikian, politik pasca-kemerdekaan di kebanyakan negara sedang membangun mempunyai kedinamikan yang tersendiri. Perdebatan bangsa, nasionalisme dan juga etnik masih lagi kuat dan menjadi perbincangan yang seringkali diperdebatkan. Tetapi ianya lebih bersifat anjal dan sering berubah.
4. Politik Malaysia Pasca Kemerdekaan: Communalism Dan Feudalism
Kerangka politik dan demokrasi di Malaysia boleh dilihat dari dua perspektif yang berbeza iaitu sebelum kemerdekaan dan selepas kemerdekaan. Secara sejarahnya, landskap politik Malaysia sebelum kemerdekaan berbeza dengan selepas kemerdekaan. Kewujudan sistem pemerintahan monarki sebelum kemerdekaan merupakan identiti bangsa dan juga politik Tanah Melayu (selepas itu Malaysia). Sistem yang wujud merupakan hasil daripada warisan ratusan tahun yang menjadikan pemerintahan beraja sebagai tunjang negara dan bangsa pada ketika itu. Walaupun dijajah, sistem ini kekal sehingga sekarang tetapi dalam kerangka politik pemerintahan yang berbeza.
Pasca kemerdekaan memberikan perubahan corak pemerintahan dan juga politik di Malaysia.
Perubahan yang ada dapat dilihat dalam beberapa aspek antaranya masih mengekalkan sistem beraja tapi dalam corak yang baru (iaitu Raja berperlembagaan). Konteks politik Malaysia berbeza dengan negara-negara yang berada di Asia Tenggara. Keunikan Malaysia diterjemah melalui sistem pemerintahan yang lain dengan negara-negara jiran. Kewujudan sembilan keluarga diraja yang sekali gus mengekalkan elemen monarki dalam negara Malaysia menunjukkan keunikan yang ada. Sembilan monarki yang wujud mempunyai sejarah dan latar yang berbeza antara satu dengan yang lain tetapi membentuk sistem pemerintahan moden yang penting di Malaysia sehingga sekarang.
Pengaruh institusi yang sudah pun wujud ratusan tahun masih relevan dengan suasana dan perkembangan politik Malaysia. Walaupun kerangka pemerintahan mengalami perubahan, akan tetapi peranan institusi beraja adalah penting dalam kestabilan politik di Malaysia. Oleh sebab itu, sistem pemerintahan ini juga tidak boleh dilihat sebagai sistem pemerintahan yang bersifat tradisional kerana fungsi institusi beraja adalah penting dalam politik Malaysia (Anthony Milner 2012). Pasca kemerdekaan juga membuka lembaran baharu pada Tanah
Melayu pada waktu ini apabila berlakunya penggabungan tanah jajahan British pada waktu ini iaitu Sabah, Sarawak dan Singapura serta Persekutuan Tanah Melayu membentuk Malaysia pada tahun 1963.
Politik Malaysia di awal kemerdekaan lebih cenderung dengan pembentukan hala tuju negara dunia ketiga dalam berdepan dengan cabaran semasa. Cabaran dari sudut pembangunan negara, ancaman komunis, identiti bangsa, perlembagaan, jurang ekonomi antara kaum dan ideologi nasional merupakan antara cabaran utama yang perlu dihadapi oleh Malaysia sebagai negara yang masih muda di arena antarabangsa dan juga serantau. Pengalaman dijajah ratusan tahun dan juga penghijrahan kaum Cina dan India pada abad ke-19 dan 20 mengubah demografi Tanah Melayu dan seterusnya Malaysia yang secara langsung atau tidak memberikan impak kepada perkembangan politik pasca-kemerdekaan. Antara cabaran awal yang perlu dihadapi adalah isu perkauman yang wujud. Ini dapat dilihat dengan tercetusnya konflik kaum di Malaysia pada 13 Mei 1969. Konflik yang menjadi sejarah hitam negara yang menunjukkan kestabilan politik berada di tahap yang membimbangkan. Hal ini terjadi menurut R.S Milne (1970) kerana kesan daripada kesamarataan jumlah kaum yang wujud di Malaya (merujuk kepada sebelum Malaysia dibentuk) antara kaum Melayu dan bukan Melayu yang hampir sama. Keadaan ini menurut R.S. Milne (1970) lagi tidak berlaku di mana-mana negara di Asia Tenggara. Ini secara langsung memberi kesan kepada pilihan raya yang akan dijalankan.
Konflik kaum yang berlaku membantutkan usaha kerajaan untuk membangunkan Malaysia pada waktu tersebut. Akan tetapi, peristiwa ini sebenarnya mempunyai hikmah yang besar pada negara dan kerajaan untuk menyelesaikan masalah yang lebih utama dahulu. Kesannya, ideologi nasional atau Rukun Negara diperkenalkan pada tahun 1970 untuk membawa hala tuju ke arah yang lebih bersatu padu dalam kerangka kesatuan yang kuat antara kaum. Dasar “pecah dan perintah” yang dibuat oleh British semasa penjajahan sedikit sebanyak menyebabkan polarisasi kaum pada peringkat awal kemerdekaan mampu menyebabkan ketegangan hubungan antara kaum. Jelas polarisasi kaum yang wujud mampu menyebabkan kerenggangan kaum dan konflik sekiranya tidak dibendung daripada awal (B.N. Cham 1977).
Kesan daripada polarisasi yang wujud sebelum kemerdekaan dan bersambung sehingga pasca kemerdekaan menggambarkan wujud sentimen perkauman antara etnik di Malaysia. Ini selari dengan pandangan Noraini M. Noor (2007) yang berpendapat bahawa selepas 37 tahun Dasar Ekonomi Baru (DEB) diperkenalkan, prejudis antara kaum masih menjadi masalah dalam negara. Kajian beliau yang mengkaji mahasiswa universiti menunjukkan dapatan hubungan antara etnik adalah bersifat lebih prejudis terutama orang Melayu jika dibandingkan dengan bangsa Cina. Kajian beliau juga mendapati bahawa polarisasi kaum wujud disebabkan oleh beberapa faktor iaitu pendidikan, pekerjaan, kawasan tempat tinggal yang menjadikan hubungan etnik semakin menebal. Faktor-faktor ini menjadi faktor penting polarisasi kaum di Malaysia kerana kecenderungan satu-satu kaum memilih berada di zon yang selesa. Sekali gus menjarakkan hubungan antara kaum dan juga menyukarkan perpaduan terbentuk.
Pandangan Noraini M. Noor (2007) ini selari dengan pendapat awal yang dinyatakan oleh Marvin L. Rogers (1969) yang menjelaskan bahawa politik Malaysia sangat terikat dengan pegangan communalism yang terhasil daripada rasa ketaatan yang tinggi terhadap ikatan sesama kaum, agama dan juga bahasa. Hans H. Indorf (1979) juga mempunyai pandangan yang sama dan berhujah bahawa sentimen communalism sangat terikat dalam masyarakat Malaysia.
Situasi dan keadaan ini akan bertambah buruk sekiranya setiap etnik yang ada memilih untuk memperjuangkan hak dan juga keistimewaan bagi kaum mereka (Hans H. Indorf 1979).
Selain dari politik yang bersifat communalism dan sekali gus membentuk polarisasi kaum yang ada di Malaysia pada awal kemerdekaan, politik di Malaysia juga banyak di pengaruhi oleh pengaruh sejarah. Dalam konteks ini, walaupun sudah merdeka, politik Malaysia pada waktu ini juga masih terikat dengan pengaruh “Neo-Feudalism”. Kerangka politik ini banyak mempengaruhi masyarakat Melayu sejak merdeka sehinggalah sekarang. Sekali gus membentuk budaya politik orang Melayu secara khas dan Malaysia secara amnya. Masyarakat Melayu yang terbentuk dan berpegang teguh dengan adat resam masih melihat politik sebagai bentuk taat dan setia kepada Raja sebagai penaung kepada masyarakat Malaysia (Syed Husin 1993).
Sementara itu, konsep neofeudalism ini boleh dilihat dalam dua karya yang penting yang menjelaskan konsep neofeudalism di Malaysia iaitu Noor Sulastry (2014) dan juga Mazli Badu dan Jamaie Hamil (2018). Noor Sulastry (2014) dalam karya beliau bertajuk “Hegemoni budaya politik Melayu” menerangkan secara jelas konsep budaya politik Melayu dalam kerangka neofeudalism yang masih utuh dikalangan orang Melayu sehingga membentuk budaya politik yang dinamik tetapi masih dalam ruang hegemoni Melayu. Keterikatan orang Melayu dengan adat resam dan juga budaya menjadikan mereka sangat menghormati pemimpin di kalangan mereka sehingga taat setia mereka tidak berbelah bagi (Noor Sulastry 2014).
Sementara itu, Mazli Badu dan Jamaie Hamil (2018) juga menjelaskan politik Malaysia melalui kerangka neofeudalism dengan memfokuskan kajian terhadap UMNO dan pembangunan luar bandar. Mazli Badu dan Jamaie Hamil (2018) juga memberikan hujah yang sama berkaitan dengan ketaatan orang Melayu kepada Pemerintah seperti Noor Sulastry. Hal ini diterjemahkan melalui sokongan orang Melayu terhadap UMNO dan juga BN pada pilihan raya umum sebelum ini. Walaupun UMNO dan BN mengalami kekalahan di beberapa buah negeri dan juga tidak dapat mengekalkan majoriti besar di Parlimen sejak 2008, kesetiaan dan sokongan orang Melayu masih kuat di kawasan luar bandar. Ini kerana, budaya politik bandar dan luar bandar adalah berbeza. Budaya politik bandar lebih melihat kepada politik demokrasi dan wacana terbuka, sedangkan budaya politik luar bandar lebih kepada politik pembangunan.
Natijahnya dilihat daripada sokongan berterusan yang diperolehi oleh rejim pemerintah di kawasan luar bandar sejak dahulu lagi. Oleh itu, dominasi BN di kawasan luar bandar sentiasa menjadi faktor untuk BN kekal menjadi kerajaan. Hal ini berbeza dengan kawasan yang mana dominasi BN berjaya di pecahkan terutama pada PRU-12.
Selain itu, pandangan Noor Sulastry (2014), Mazli Bidu dan Jamaie Hamil (2018) sarjana seperti Muhammad Nadzri dan Ghazali Mayudin (2008), juga menjelaskan politik Malaysia dalam kerangka neofeudalism sebagai konstruksi sosial. Berbeza dengan Sulastry 2014), Mazli dan Jamaie (2018), Muhammad Nadzri dan Ghazali Mayudin (2008) memberikan konteks neofeudalism dari sudut pandang yang berbeza dan menurut mereka “nilai neofeudal yang terjelma dalam sistem demokrasi Malaysia, umumnya tidak dianggap oleh pemerintah dan rakyat sebagai berlawanan dengan nilai demokratik yang sepatutnya terbentuk, tetapi nilai ini pula dianggap nilai perdana yang patut diikuti dalam sistem demokrasi alaMalaysia. Dapatlah diperhatikan bahawa melalui konstruksi sosial nilai neofeudal dihidupkan dan disuburkan sebagai satu mekanisme hegemoni dalam masyarakat”.
5. Pembangunan Ekonomi Dan Politik Malaysia Pasca-Kemerdekaan
Dinamika politik di Malaysia sangat sinonim dengan isu pembangunan yang rancak berlaku pasca kemerdekaan. Sebagai langkah untuk memastikan Malaysia mampu mengorak langkah
ke hadapan sebagai negara yang berdaya saing dan juga bebas dari sentimen negara mundur, inisiatif kerajaan dengan memperkenalkan rancangan pembangunan sedikit sebanyak mengeluarkan Malaysia dari belenggu status negara mundur. Oleh itu, masalah yang dihadapi dalam memastikan pembangunan di Malaysia adalah keadaan dan juga komposisi etnik yang berbeza. Pada awal pelan pembangunan diperkenalkan, masalah yang perlu diselesaikan segera berkisar kepada aspek sumber negara dan juga politik.
Menurut Colin MacAndrew (1977), pembangunan di Malaysia kena memenuhi dua aspek utama iaitu membangunkan sumber utama negara dan juga memastikan kehendak rakyat yang datang dari etnik berbeza dapat dipenuhi terutama orang Melayu. Dengan adanya pembangunan di sesebuah kawasan, maka secara langsung jurang ekonomi antara kaum boleh dikurangkan dan juga kadar pengangguran akan berkurang. Pandangan Colin MacAndrew (1977) dilihat senada dengan Marvin L. Roger (1989) yang berhujah bahawa pembangunan jelas memberikan impak yang besar dari aspek politik dan ekonomi masyarakat. Oleh itu, pembangunan yang wujud di negara perlu memberikan impak kepada rakyat itu sendiri. Akan tetapi usaha mengurangkan kemiskinan dengan pembangunan yang mapan menghadapi masalah sekitarnya kadar kemiskinan tidak dapat dikurangkan. Menurut R.S Milne (1986), walaupun dengan dasar pembangunan yang ada dilihat berfungsi mengurangkan kemiskinan dikalangan masyarakat bumiputera seperti Dasar Ekonomi Baru (DEB), ianya seolah-olah tidak mampu mencapai sasaran.
Ini kerana, menurut R.S Milne (1986), ramai dikalangan golongan masyarakat bumiputera pada waktu tersebut masih berada bawah garis kemiskinan kerana pengaruh ‘Dependency Syndrome’. Impak yang wujud daripada DEB menurut R.S Milne (1986) lagi adalah dengan lahirnya golongan kelas peniaga dikalangan masyarakat bumiputera yang mempunyai hubungan kuat dengan politik. Pada waktu ini, kelompok peniaga bumiputera terlibat secara langsung dengan parti politik seperti UMNO dan sekali gus terlibat dengan politik wang sebagai taktik untuk terus memperolehi projek kerajaan. Golongan elit politik pula dalam masa yang sama berjaya mengekalkan jawatan di peringkat parti mampu mempengaruhi keputusan kerajaan. Edmund Terence Gomez (2004) pula menjelaskan kegagalan meningkatkan taraf hidup rakyat walaupun DEB diperkenalkan adalah kerana peranan golongan elit politik di Malaysia yang seolah-olah menguasai ekonomi negara dengan menggunakan proksi mereka sebagai satu cara untuk memastikan mereka memperoleh keuntungan. Perkara ini dilihat menjadi aktif selepas Dr. Mahathir menjadi Perdana Menteri dan memperkenalkan “Dasar Penswastaan” di Malaysia pada awal tahun 1980-an. Dengan tindakan Dr. Mahathir ini, maka lahir kelompok elit peniaga di kalangan masyarakat bumiputera yang menguasai firma-firma besar dalam negara yang mempunyai hubungan dengan orang politik seperti Dr. Mahahitr, Daim Zainuddin dan Anwar Ibrahim (Edmund Terence Gomez 2004: 161). Hal ini juga dipersetujui oleh Mazli Bidu dan Jamaie Hamil (2018) yang berpendapat bahawa kelompok elit Melayu sememangnya mempunyai sikap untuk mengumpul kekayaan dan penyertaan segelintir orang Melayu dalam UMNO adalah disebabkan oleh faktor kepentingan perniagaan mereka.
Sementara itu, Abdul Rahman Embong (1996; 2002) dalam kajian beliau mendapati kemunculan golongan kelas pertengahan mengubah sudut pandangan politik yang baru.
Golongan yang lahir dengan kesan pembangunan ekonomi yang baik dan juga di tambah dengan perkembangan politik yang semakin rencam. Ini membolehkan perbincangan dan isu politik dibincangkan dengan lebih terbuka. Kemunculan golongan kelas pertengahan di Malaysia memberikan impak secara langsung kepada politik Malaysia. Perkembangan ini dilihat baik bagi pendemokrasian di Malaysia dan juga peranan ini dimainkan oleh golongan
kelas pertengahan yang bukan sahaja aktif dalam parti politik, tetapi organisasi bukan kerajaan (NGO) (Abdul Rahman Embong 2002). Perubahan yang berlaku ini hanya dapat dirasakan dengan modenisasi dan juga urbanisasi masyarakat yang secara langsung mendedahkan mereka dengan isu politik semasa. Ini kerana, menurut Abdul Rahman Embong (2002) lagi kelompok ini merupakan social forces utama dalam pembentukan masyarakat awam dan juga peranan mereka yang besar dalam ruang sosial. Pandangan Abdul Rahman Embong lebih dahulu dijelaskan oleh Johan Saravanamuttu (1992) dan Harold Crouch (1984) yang senada dengan Abdul Rahman Embong yang mengambil aspek perkembangan ekonomi dan modenisasi.
Walaupun perkembangan ekonomi, modenisasi dan juga pembangunan yang mapan, kewujudan golongan kelas pertengahan sebagai penguat kepada demokrasi di Malaysia, ianya berlainan jika dilihat dari perspektif orang Melayu yang boleh dilihat terbahagi kepada dua iaitu pertama, golongan kelas pertengahan yang mendepani wacana demokrasi (urus tadbir dan pendemokrasian) dan kedua golongan yang melihat aspek ekonomi adalah lebih utama (Johan Saravanamuttu 2003). Pembangunan ekonomi yang mapan secara langsung melahirkan generasi dan kelompok kelas pertengahan sedikit sebanyak mampu menjadi agen pendemokrasian (David M. Jones 1998).
6. Kesimpulan
Perubahan politik yang berlaku dan wujud di Malaysia merupakan perkara yang normal bagi sesebuah negara yang masih mengalami proses perubahan. Proses pendemokrasian yang berlaku di kebanyakan negara selepas Perang Dunia kedua juga memberikan tempias kepada negara seperti Malaysia. Walaupun perubahan yang berlaku boleh dilihat tidak cepat jika dibandingkan dengan negara-negara di Benua Eropah, tetapi perubahan yang terjadi hasil sebahagian dipengaruhi oleh faktor luaran.
Selain itu, budaya politik di Malaysia juga dapat dijelaskan mengalami perubahan yang ketara.
Sebelum kemerdekaan dan pasca-kemerdekaan. Perubahan yang berlaku di Malaysia.
Perubahan yang terjadi di Malaysia juga tidak dapat dielakkan. Dengan perkembangan dan kemajuan ekonomi yang berlaku di Malaysia, politik Malaysia juga secara langsung dan tidak langsung terkesan daripada perubahan yang ada. Selain itu, lahirnya golongan kelas pertengahan juga membawa kepada perubahan politik di Malaysia. Golongan ini lahir disebabkan oleh pembangunan ekonomi yang berlaku di Malaysia sejak kemerdekaan lagi.
Golongan ini mendapat manfaat daripada pembangunan ekonomi yang terjadi sekali gus membawa kepada lahirnya generasi baru yang lebih terpelajar. Oleh itu, golongan kelas pertengahan membawa dan juga lebih cenderung kepada wacana politik yang baru.
Catatan
Kajian ini merupakan kajian ynng didanai oleh Asia Pacific University of Technology and Innovation melalui grant kajian APU Internal Grant (RDIG) 2021
Rujukan
Abbas Tashakkori & Charles Teddlie. 2008. Foundations of Mixed Methods Research:
Integrating Quantitative and Qualitative approaches in the social and behavioral sciences. Los Angeles: SAGE Publication.
Abdillah Noh. 2014. Malaysia's Dilemma: Economic Reforms but Politics Stay the Same.
Southeast Asian Affairs: 190-202.
Abdul Rahman Embong. 1996. Social transformation, the state and the Middle classes in post- independence Malaysia. Southeast Asian Studies 34(3): 524-547.
Abdul Rahman Embong. 2002. State-led modernization and the new middle class in Malaysia.
Palgrave: New York.
Abdul Rashid Moten & Tunku Mohar. 2006. The 2004 General Elections in Malaysia: A Mandate to Rule. Asian Survey 46(2): 319–340.
Abdul Rashid Moten. 2019. The 14th General Elections in Malaysia: Ethnicity, Party Polarization, and the End of the Dominant Party System. Asian Survey 59(3): 500–
520.
Ahmad Atory Hussain. 2006. Islam Hadhari: Suatu kesinambungan dasar penerapan nilai-nilai Islam selepas era Tun. R.Mahathir Mohamad. Rekayasa: Journal of Ethics, Legal and Governance 2: 1-10.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid & Muhamad Takiyuddin Ismail. 2012. Abdullah AhmadBadawi:
A Malaysian Neo-Conservative?. Japanese Journal of Political Science 13: 379- 399.
Ahmad Fauzi Abdul Hamid. 2005. The UMNO-PAS struggle: Analysis of PAS's defeat in 2004. Dlm. Saw Swee-Hock & K. Kesavapany (pnyt.). Malaysia: Recent trends and challenges, hlm. 100-131. Singapore: ISEAS Publishing
Ahmad Rizal Mohd Yusof, Mohd Noor, Arvin Tajari, Muhammad Asri Mohd Ali, Mohd Mahadee Ismail, Muhammad Shamshinor Abd Azzis & Najiha Zainuddin. 2016.
Pola Pengundian Generasi-Y Menjelang PRU Ke-14 Di Kuala Lumpur. Research Journal of Social Sciences 9(3): 78-85.
Bridget Welsh. 2008. Malaysia’s democratic opening. Open Democracy. https://www.open democracy.net/en/malaysia_democratic_opening/ [19.1.2022 ]
Bridget Welsh. 2013. Malaysia’s Elections: A Step Backward. Journal of Democracy 24(4):
136–150.
Bridget Welsh. 2018. “Saviour” Politics and Malaysia’s 2018 Electoral Democratic Breakthrough: Rethinking Explanatory Narratives and Implications. Journal of Current Southeast Asian Affairs 37(3): 85–108.
Cammack, Paul. 1994. Political development theory and the dissemination of democracy.
Democratization 1(2): 353–374.
Carole Pateman. 1971. Political Culture, Political Structure and Political Change. British Journal of Political Science 1(3): 291–305.
Chan Tsu Chong. 2018. Democratic Breakthrough in Malaysia – Political Opportunities and the Role of Bersih. Journal of Current Southeast Asian Affairs 37(3): 109–137.
Chandran Jeshurun. 1993. Malaysia: The Mahathir Supremacy and Vision 2020. Southeast Asian Affairs: 203-23.
Chao Chen., Yu Bai., & Rui Wang. 2019. Online political efficacy and political participation:
A mediation analysis based on the evidence from Taiwan. New Media & Society: 1- 30.
Chin Huat Wong. 2018. Constituency Delimitation and Electoral Authoritarianism in Malaysia. The Round Table 107(1), 67–80.
Colin MacAndrews. 1977. The Politics of Planning: Malaysia and the New Third Malaysia Plan (1976-1980). Asian Survey 17 (3): 293–308.
Dankwart A. Rustow. 1967. A world pf Nations: Problem of Political modernization. The Brooking Institute. Washington.
Dankwart A. Rustow. 1968. Modernization and Comparative Politics: Prospects in Research and Theory. Comparative Politics 1(1): 37-51.
Faisal S. Hazis. 2015. Malaysia In 2014: A Year of Political and Social Ferment. Southeast Asian Affairs: 189-204.
Faisal S. Hazis. 2018. Malaysia In 2017: Strong Economic Growth amidst Intense Power Struggle. Southeast Asian Affairs: 201-18.
Farish A. Noor. 2013. The Malaysian General Elections of 2013: The Last Attempt at Secular- inclusive Nation-building?. Journal of Current Southeast Asian Affairs 32(2): 89–
104.
Helen Ting. 2008. Social Construction of Nation—A Theoretical Exploration. Nationalism and Ethnic Politics 14(3): 453-482.
Helen Ting.2009 . The politics of National identity in west Malaysia: Continued mutation or critical transition. Southeast Asian Studies 47(1). 31-51
James Chin. 1996. The 1995 Malaysian General Election: Mahathir's Last Triumph?. Asian Survey 36(4): 393–409.
James Chin. 1997. Malaysia in 1996: Mahathir-Anwar Bouts, UMNO Election, and Sarawak Surprise. Asian Survey 37(2): 181–187.
James Chin. 2004. Sabah and Sarawak: The More Things Change the More They Remain the Same. Southeast Asian Affairs: 156-68.
James Chin. 2010. Malaysia: The Rise of Najib and 1Malaysia. Southeast Asian Affairs: 165- 79.
Johan Saravanamuttu. 1992. The State, Ethnicity and the Middle Class Factor: Addressing Nonviolent, Democratic Change in Malaysia. Dlm. K. Rupesinghe (pnyt.). Internal Conflict and Governance, hlm. 44-64. London: Palgrave Macmillan.
Johan Saravanamuttu. 2009. Malaysia: Political Transformation and Intrigue in an Election Year. Southeast Asian Affairs: 173–192.
Johan Saravanamuttu. 2012. Twin Coalition Politics in Malaysia since 2008: A Path Dependent Framing and Analysis. Contemporary Southeast Asia: A Journal of International and Strategic Affairs 34(1): 101-127.
Johan Saravanamuttu. 2016. Power sharing in a divided society: mediated communalism and new politics in six decades of Malaysia Elections.Singapore: ISEAS & SIRD.
John Breuilly. 1993. Nationalism and the state. Edisi ke-2 . Manchester: Manchester University Press
K. S. Nathan. 1989. Malaysia in 1988: The Politics of Survival. Asian Survey 29 (2): 129–139.
K. S. Nathan. 1989. Malaysia in 1988: The Politics of Survival. Asian Survey 29 (2): 129–139.
Meredith L. Weiss. 2004. The Changing Shape of Islamic Politics in Malaysia. Journal of East Asian Studies 4(1): 139-173.
Meredith L. Weiss. 2009. Edging Toward a New Politics in Malaysia: Civil Society at the Gate?. Asian Survey 49(5): 741-758.
Meredith L. Weiss. 2013. Coalitions and Competition in Malaysia -Incremental Transformation of a Strong-party System. Journal of Current Southeast Asian Affairs 32(2): 19–37.
Mohd Mahadee Ismail, Mansor Mohd Noor, Muhammad Asri Mohd Ali, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Muhammad Shamsinor Abdul Azzis, Arvin Tajari & Azlina Abdullah. 2016.
Kepimpinan Politik: Pola Sokongan Pengundi Selangor Menjelang PRU14.
Research Journal of Social Sciences, 9(3): 8-19.
Muhammad Asri Mohd Ali, Mohd Mahadee Ismail, Ahmad Rizal Mohd Yusof, Muhammad Shamshinor Abd Azzis, Arvin Tajari & Najiha Zainudin. 2016. Integrasi Parti dan Pola Pengundian: Kajian di Kuala Lumpur Semasa Pra-Pilihan Raya Umum ke 14.
Research Journal of Social Sciences, 9(3): 66-77.
R. S. Milne. 1963. Malaysia: A New Federation in the Making. Asian Survey 3(2): 76–82.
R. S. Milne. 1964. Malaysia. Asian Survey 4(2): 695–701.
R. S. Milne. 1970. National Ideology" and Nation-Building in Malaysia. Asian Survey 10(7):
563–573.
R. S. Milne. 1973. Patrons, Clients and Ethnicity: The Case of Sarawak and Sabah in Malaysia. Asian Survey 13 (10): 891-907.
R. S. Milne. 1986. Malaysia-Beyond the New Economic Policy. Asian Survey 26(12): 1364–
1382.
Shamsul Amri Baharuddin & Mansor Mohd Noor (pnyt.). 2013. PRU 13 Siapa pilihan pengundi. Bangin: Institut Kajian Etnik.
Shamsul Amri Baharuddin. 1988. "The "Battle Royal": The Umno Elections Of 1987.
Southeast Asian Affairs: 170-88.
Shamsul Amri Baharuddin. 1995. In Search Of 'Bangsa Malaysia': Politics Of Identity in Multiethnic Malaysia. Hitotsubashi Journal of Social Studies 27: 57-68.
Shamsul Amri Baharuddin. 2001. A History of an Identity, an Identity of a History: The Idea and Practice of ‘Malayness’ in Malaysia Reconsidered. Journal of Southeast Asian Studies 32(3): 355-366.
Shamsul Amri Baharuddin. 2013. Pendahuluan. Dalam Shamsul Amri Baharuddin dan Mansor Mohd Noor (pnyt.). PRU-13:Siapa Pilihan Pengundi. hlm xvii. Bangi:Institut Kajian Etnik.