DJ SEBALJK MS-DOS :
APA PELAJAR KITA PATUT TAHU
Azizah Aris dan Rohiza Ahmad
Kajian Sains Matematik dan Komputer'
ABSTRAK
Komputcr mcrupakan suatu kaedah komunikasi yang canggih pada masa kini. Untuk mcmbolchkan pcngguna berkomunikasi dengan komputcr, satu sistem opcrasi diperlukan sebagai pcngantara iaitu MS-DOS yang merupakan pengoperasi untuk memulakan komputcr.
Seterusnya, komponcn-komponen MS-DOS, bagaimana OOS mcmbantu mcmulakan sistcm dan kelemahan MS- DOS dibincangkan.
PENGENALAN
Kepentingan komputer tidak dapat dinafikan oleh semua pihak samada sekolah, institusi pengajian tinggi, institusi kewangan, jabatan kerajaan mahupun swasta. Menyedari hakikat ini, Kementerian Pendidikan -telah melancarkan projek C1E (Computer In Education) yang melibatkan
60 buah sekolah menengah bermula di akhir tahun 1991.
Bila ditinjau di dalam makmal-makmal mikrokomputer, kita akan mendengar pelajar A bertanya kepada pelajar B, 'Ada DOS?' ataupun 'Pinjam Dos!' ... tetapi berapa ramaikah antara mereka yang mengetahui apa sebenarnya di sebalik DOS.
Artikel ini hanya akan membincangkan mengenai MS-DOS yang merupakan sistem pengoperasi untuk memulakan mikrokomputer.
SEJARAH MS-DOS DAN CIPTAAN TERBARU
Di dalam tahun 1980, Seattle Computer Products telah mencipta sistem pengoperasi mikrokomputernyayang dinamakanQDOS bagi tujuan pembangunan sistem perisian. Sistem ini kemudiannya telah dinamakan 86-DOS setelah ianya diperbaharui pada penghujung tahun 1980. 86- DOS ini telah dibeli oleh MiCrosoft Corporation yang telah mengikat kontrak dengan IBM untuk menghasilkan sistem pengoperasi bagi komputer peribadi IBM (IBM PC) yang baru. Apabila IBM PC ini memenuhi pasaran pada tahun 1981, sistem pengoperasinya merupakan suatu sistem pengoperasi versi baru yang dinamakan PC-DOS Versi 1.0.
PC-Compatible pula diperkenalkan selepas IBM PC dicipta. Pada tahun 1982, IBM PC-Compatible menggunakan sistem pengoperasi yang dipanggil MS-DOS Versi 1.0. Kemudiannya sejajar dengan penggunaan komputer yang semakin meluas, pelbagai perubahan dibuat bagi membolehkan MS-DOS ini.melakukan banyak fungsi. Seterusnya MS-DOS Versi2.0 dikeluarkan pada tahun 1983. MS-DOS Versi 3.0 dikeluarkan pada tahun 1984 dan MS-DOSVersi 4.0 dikeluarkanpada tahun 1988. Sehingga·
kini. sebanyak 60 juta komputer menggunakan sistem perisian MS-DOS dan dijangkakan pengguna komputer akan bertambah dengan terbinanya MS-DOS Versi 5.0 pada Jun 1991 yang lalu.
MS-DOS Verst 5.0
MS-DOSVersi 5.0bernilaiUS$99.95. Sekiranya 1%daripada pengguna MS-DOS berhasrat untuk menggunakan versi yang terbaharu, dijangkakan Syarikat Microsoft akan mendapat keuntungan melebihi $40 juta. MS-DOS versi baru ini dapat menyediakan komputer lama suatu sistem pemprosesan yang cepat bagi aturcara yang memerlukan ruang ingatan yang banyak. Selain dari itu, ia dapat menyediakan antaramuka grafik yang mengandungi simbol dan menu di atas papa ran skrin bagi memudahkan pengoperasian. MS-DOS dapat membolehkan pengguna memberikan arahan menggunakan tetikus dan menyediakan aturcara utiliti.
APAKAH MS-DOS?
MS-DOS merupakan singkatan kepada Microsoft Disk Operating System. Mircosoft adalah pengeluar yang menghasilkan MS-DOS.
manakala perkataan 'disk' menunjukkan arahan-arahan sistem pengoperasi itu disimpan di dalam cakera (disket). Semua aktiviti yang disimpan di dalam staron seperti cakera. pita magnetik,cakera liat (hard disk) dan sebagainya dipanggil perisian. 'Operating System' pula merupakan koleksi aturcara yang mengawal keseluruhan operasi sesuatu komputer (Rajah 1). Didalam DOS, ada beberapa aturcarayang boleh
digunakan contohnya FORMAT.COM, DISKCOPY.COM, CONFIG.SYS dan lain-lain.
Di antara fungsi-fungsi yang boleh dilakukan oleh DOS ialah:
a. menyediakan interaksi antara manusia dengan komputer.
b. untuk 'boot' atau memulakan komputer.
c. . memind.ahkan data di antara komputerdengan peranti- perantinya (terminal. pencetak. cakera Iiut, cakera Iiat dan lain-lain).
d. mengawal operasi input/output.
e. menguruskan data dan penyimpanan fail.
f. menyediakan kawalan keselamatan iaitu membenarkan pen.gguna tertentu sahaja yang boleh membaca atau menulis di dalam sesuatu fail (PASSWORD).
KOMPONEN-KOMPONEN MS-DOS
Aturcara-aturcara yang terdapat di dalam sistem pengoperasi terbahagi kepada 2 kumpulan iai1'u kumpulan aturcara kawalan dan juga aturcara seNis. Di antara kedua-dua kumpulan ini, yang pertama adalah yangterpenting di dalam 'menentukan samada sesebuah sistem komputer dapat digunakan dengan sepenuhnya (Rajah 2).
1. Aturcara Kawalan
Terdapat 4 aturcara utama di dalam kumpulan aturcara kawalan ini, iaitu 'SupeNisor' (penyelia), 'Command processor' (pemproses arahan), 'Interrupt handler' (pengendali gangguan) dan juga IOCS (Sistem Kawalan Input-Output).
Penyeliadi dalam sistem pengoperasi tiada banyak bezanya dengan penyelia yang terdapat di kilang-kilang di negara kita. Fungsi mereka adalah soma .iaitu mengawal keseluruhan pengurusan aktiviti-aktiviti di dalam sesebuah organisasi untuk menentukan ianya berjalan dengan lancar. Bagi penyelia kilang, tugas mereka ialah mengawal aktiviti-aktiviti pekerja dan olaton kilang; manakala bagi penyelia di dalam sistem pengoperasi pula, mengawal aktiviti-aktiviti perisian dan perkakasan komputer secekap mung kin.
Salah satu dari cabang kerja penyelia ialah menyelia kemasukan aturcara-aturcara sistem yang lain daripada storan sekunder (cakera, pita magnetik, CD-Rom dan lain-lain) ke dalam storan primer (cip silikon
di dalam komputer) apabila diperlukan. Selain dari itu ia juga mengemudikan perpindahan aturcara penggunaan (Wordstar. Lotus 1-2- 3 dan lain-lain) dari storan sekunder kepada storan primerapabila diminta oleh pengguna. Mungkin pembaca tertanya-tanya jika semua aturcara perlu dipindahkan dari storan sekunder kepada storan primer sebelum ianya dapat digunakan. mengapakah kita harus menggunakan staron sekunder? Di sini perlu diingat bahawa staron primer boleh menampung ruang ingatan yang amat terhad. umpamanya komputer HP-Vectra yang terdapat di Makmal Komputer ITM Cawangan Pahang berupaya menampung 640KB (640.()(X) aksara) dan 1024KB sahaja. Selain dari itu.
storan primer yang juga kadangkala dipanggil RAM (Random Access Memory) menyimpan maklumat secara sementara sahaja iaitu selagi komputer masih beroperasi. Apabila ianya ditutup. kesemua data akan hilang darinya.
Selain dari menyelia perpindahan aturcara seperti di atas. penyelia juga boleh menterjemah dan menerima arahan-arahan dari pengguna apabila diminta berbuat demikian. Di samping itu. ia juga berupaya menyimpan masa yang diambil untuk sesuatu aturcara dikompil dan dilaksanakan.
Oleh kerana peranan penyelia adalah sangat penting di dalam sebuah sistem komputer. ianya akan disimpan di dalam storan primer sepanjang masa komputer tersebut beroperasi. Seperti penyelia.
pemproses arahan juga disimpan di dalam storan primer pada setiap masa. lanya adalah terdiri daripada sekumpulan aturcara-aturcara individu yang dapat menyelesaikan sesuatu arahan dalaman. Arahan doloman ialah arahan yang tidak memerlukan DOS untuk dilaksanakan kerana ianya telahpun berada di storan primer. Contoh arahan ini ialah COPY. DELETE. DIR dan sebagainya.
Arahan yang diberikan oleh pengguna soma ada menerusi papan kekunci. tetikus dan lain-lain peranti input akan disalurkan oleh penyelia kepada pemproses arahan untuk diterjemahkan. Terjemah di sini bermaksud ia akan memanggil aturcara yang diminta oleh pengguna untuk dilaksanakan. 'Setelah selesai tugas yang diberikan. kawalan komputer akan diserahkan semula kepada penyelia.
Di sini bolehlah kita samakan penyelia dengan seorang pengerusi majlis. sementara pemproses arahan sebagai penceramahnya. Penyelia hanya menerima soalan manakala pemproses arahanlah yang akan menjawabnya.
Pengendali gangguan pula berfungsi sebagai pengawaf kepada sebarang gangguan yang mungkin akan mengganggu perjalanan sistem komputer. Gangguan paling sering datangnya dari peranti masukan. pencetak dan juga storan sekunder. Sebagai contoh.
katakan komputer diminta untuk mencetak sesuatu dokumen. sedangkan pencetak tidal< diONkan. Pengendali gangguan serta merta akan
memaparkan mesej di skrin yang menerangkan keadaan ini. Ini mengelakkan komputer daripada menunggu secara infiniti tanpa disedari
oleh pengguna. .
Aturcara yang terakhir di dalam kumpulan atufcara kawalan ialah
loes.
Bertepatan dengan namanya.ia berfungsi sebagai penjadual dan penggerak perjalanan peranti-peranti input dan output dan juga unit·storan. Sekiranya peranti yang diperlukan untuk sesuatu kerja tiada ataupun mengalami kerosakan. 10CS akan menggantikannya dengan peranti yang lain jika perlu.
Di sampingtugas di atas. 10CS juga mengawal dan menyelaraskan pengaliran data dari satu peranti ke peranti yang lain. Contohnya dari papan kekunci ke skrin dan dari skrin ke pencetak. Oleh kerana aturcara ini kerap digunakan. ia selalunya tidak disimpan di dalam cakera tetapi disimpan di dalam cip bernama ROM (Read Only Memory) di dalam komputer di bawah nama BIOS (Basic Input/Ouput System). Berbeza dengan RAM, data .atau sebarang maklumat yang disimpan di dalam ROM akan kekal walaupun komputer ditutup.
Keempat-empat aturcara di atas akan saling bekerjasama untuk memastikan sesebuah sistem komputer berjalan dengan lancar sejak mula ia beroperasi. sehinggalah ianya ditutup.
2. Aturcara servis
Kumpulan kedua sistem pengoperasi yang dipanggil aturcara servis pula mempunyai 2 co bang utama. Cabang yang pertomo dipanggil oturcoro utiliti membenarkan pengguna berinteraksi dengan komputer dengan lebih mudah menerusi pengurusan failnya yong efisyen.
ContohnyaDISKCOPY.COM merupakan aturcara utiliti yong membenarkan keseluruhan fail-fail yang terdapat di dalam sesuatu cakera disalin ke dalam Gakera yang lain.
Aturcara kedua pula dipanggil oturcoro perpustokoon yang menyimpan satu direktori bagi aturcara-oturcora yong poling kerop digunakan beserta lokosi di mona ionya disimpan di dolam cokera.
BAGAIMANA DOS MEI\1BANTU MEMULAKAN SISTEI\1.
Apa yang berlaku opobilo DOS dimosukkan ke dalom pemacu cakera A don kesemua suis komputer dihidupkan iolah :
a. Komputer secara automatik melaksanakan satu aturcara kecil, MONITOR, yang disimpan di dolom ROM. Aturcara ini mengarah komputer untuk memeriksa storon primer bagi menentukan ianya beroperasi dengan baik Jiko ionyo mengolomi sebarong mosolah.
MONITOR akan memaparkan mesej tempat di mana kerosakan dijumpai di skrin.
b. Setelah storan primer disahkan berkeadaan memuaskan, komputer akan memeriksa pula cakera di dalam pemacu cakera A. Jika tiada sebarang cakera di situ, ia akan secara automatik pergi ke pemacu cakera C pula jikakomputer tersebut mempunyai cakera liat (hard disk). Katakan adacakera di dalam pemacu cakera A, dan ianya adalah DOS, MONITOR akan bertindak menarik satu aturcara kecil yang bernama BOOT dari cakera DOS tersebut ke dalam storan primer. BOOT kemudiannya akan menarik bersamanya keseluruhanaturcara penyelia: Sebaliknya jika bukan DOS di dalam A, mesej ralat akan dipaparkan di skrin.
c. Setelah penyelia berjaya disimpan di dalam storan primer,aturcara CONFIG.SYSpula akan dicari di dalam cakera DOS tadi. Jika ada, tanya juga akan dipindahkan kepada storan primer. Aturcara ini berguna di dalam menentukan konfigurasi sesebuah sistem komputer. Contoh isi yang mungkin terdapat di dalamnya ialah:
FILE=20 dan DEVICE=MOUSE yang bermaksud 20 fail berasingan boleh dibuka serentak di dalam sesuatu masa dan peranti input yang digunakan ialah MOUSE. Jika aturcara ini tiada di dalam DOS, sistem komputer akan menggunakan konfigurasinya yang telah ditentukan (default configuration) iaitu satu fail dibuka di dalam satu masa dan papan kekunci dig una sebagai peranti input. Dengan kata lain, komputer masih boleh berjalan dengan baik walaupun ketiadaan aturcara ini.
d. Seterusnyu penyelia akan mencari pula fail yang bernama COMMAND.COM. Sekiranya tiada, mesej NON SYSTEM DISC...
akan dipaparkan di skrin. Fail atau aturcara ini amat penting kerana ia merupakan pemprosesarahan bagi sistem pengoperasi.
Tanpanya komputer tidak dapat dimulakan. Jika ada fail ini di dalamcakera, ianya juga akan disimpan ke dol am storan primer.
e. Akhir sekali, AUTOEXEC.BAT pula akan dimasukkan ke dalam storan primer jika ada. Fail ini adalah untuk merekabentuk skrin permulaan bagi komputer. Skrin yang berisi mesej yang menarik apabla komputer diONkan adalah disebabkan oleh arahan-arahan yang terdapat di dalam fail tersebut, sedangkan skrin yang hanya memaparkan tarikh dan masa tidak mempunyai fail tersebut.
Seperti CONFIG.SYS, ketiadaan fail ini tidak akan menjejaskan perjalanan komputer.
f. Setelah selesai kesemua langkah a hingga e di atas, sepatutnya apa yang dipanggil 'A prompt' (A» akan tertera di skrin (Kalau ada cakera liat, C». Ini menunjukkan sistem komputer telah bersedia untuk digunakan.
KELEMAHAN MS-DOS
MS-DOS merupakan sistem pengoperasi bagi komputer peribadi yang paling popular, Namun demikian, setelah ianya digunakan beberapa tahun, beberapa kelemahan dapat dikenalpasti. Antaranya:
a. la tidak dapat mengambil kesempatan daripada kemajuan perkakasan komputer. Contohnya, komputer paling canggih yang dinamakan 'palm top computer' telah dicipta di mana ia boleh menerima tulisan tangan dengan cekap, Pengguna hanya perlu menulis data pada skrin komputer dengan menggunakan pena khas tanpa menggunakanpapan kekunci atau tetikus sedangkan sistempengoperasi yangada sekarang hanyalah ditujukankepada pengguna kekunci dan tetikus sahaja,
b. MS-DOS tidak dapat mengendalikan berbagai tugas serentak.
lanya boleh ,dikatakan kurang ramah kepada pengguna kerana ianya mentafsir perintah secara kelompok. Satu sistem utiliti yang ramah iaitu Windows 3,1 telah dicipta dan kini ia mendapat sambutan menggalakkan, boleh membantu sistem pengoperasi DOS menyamai sistem pengoperasi yang digunakan oleh komputer peribadi Apple Macintosh dan pengguna dapat mengguna tetikus dengan cekap.
KESIMPULAN
Dapotdirumuskan bahawa sistem pengoperasi merupakan perisian sistem komputer yang membolehkan manusia menggunakan komputer dengan lebih mudah dan cekap. Dengan terciptanya sistem pengoperasi, pengguna dapat memanggil fail, menyimpan data ke dalam cakera, menyediakan kawalan keselamatan dan menjalankan tugas aturcara tanpa mengetahui apakah sebenarnya perkara yang berlaku.
Adalah dirasakan perfu pelajar-pelajar komputer mengetahui bagaimanakah sistem pengoperasi ini bekerja kerana ia amat berg una danberkait rapatdengan komputer itu sendiri. Tanpa sistem pengoperasi, aturcara dalam bahasa mesin terpaksa ditulis sendiri untuk melakukan fungsi-fungsi asas mengendali perkakasan komputer,
RUJUKAN
Curtin.D. P. (1989). Microcomputers - Software and Appljcaticons.
2nd. Edition. Prentice Hall. New Jersey.
Aufiero. L.J and W.M Fuori. (1989). Computers and Information ProcessinQ. 2nd. Edition. Prentice Hall. New Jersey.
Simrin. S (1989). MS-DOS Bible. 3rd. Edition. Howard W. Sams &
Company. Indiana.
Computimes keluaran 13 Jun. 1991.
Corat-coret Komputer. Utusan Malaysia keluaran 22 Mac. 1991.
SISTEMPENGOPERASI (MS -DOS)
,\. .,~
PERK~KASAN
RAJAH 1 : MS - DOS SEBAGAI ANTARAMUKA ANTARA PERKAKASAN DAN ATURCARA PENGGUNAAN
ATURCARA KAWALAN
SISTEM PENGOPEKASIAN
ATURCARA SERVIS
-
PENYELIA
PEMPROSES ARAHAN
PENGENDALI GANGGUAN
I OC S
ATURCARA
unLIn
ATURCARA
PERPUSTAKAAN I---
RAJAH 2 : KOMPONEN-KOMPONEN SISTEM PENGOPERASI