• Tidak ada hasil yang ditemukan

Tahap Efikasi Kendiri dan Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan Murid (Self-Efficacy and Higher Order Thinking Skills (HOTS) among Students)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Tahap Efikasi Kendiri dan Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan Murid (Self-Efficacy and Higher Order Thinking Skills (HOTS) among Students)"

Copied!
16
0
0

Teks penuh

(1)

Tahap Efikasi Kendiri dan Penguasaan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan Murid

(Self-Efficacy and Higher Order Thinking Skills (HOTS) among Students)

Chai Wan Ting1*, Shahlan Surat1, Saemah Rahman1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, 43600, Bangi, Selangor

*Pengarang Koresponden: [email protected] Accepted: 15 January 2023 | Published: 31 January 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2022.4.4.27

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) adalah salah satu usaha yang dititikberatkan oleh kerajaan bagi melahirkan murid yang berkemahiran tinggi. Efikasi kendiri telah dilihat sebagai satu elemen yang dapat meningkatkan penguasaan KBAT murid.

Justeru, kajian ini dijalankan untuk meninjau perkaitan antara efikasi kendiri dengan penguasaan KBAT murid. Seramai 210 orang murid telah dipilih sebagai responden melalui teknik persampelan rawak berstrata. Instrumen yang digunakan dalam kajian ialah satu set soal selidik. Data yang dikumpul telah dianalisis dalam bentuk statistik deskriptif dan inferensi dengan menggunakan SPSS versi 27. Dapatan kajian telah memaparkan bahawa tahap efikasi kendiri dan penguasaan KBAT murid adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Selain itu, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap efikasi kendiri murid berdasarkan jantina. Namun, kajian ini merumuskan bahawa terdapat perbezaan tahap penguasaan KBAT murid berdasarkan jantina. Hasil kajian juga menunjukkan bahawa terdapat hubungan linear positif yang signifikan antara efikasi kendiri dengan penguasaan KBAT murid. Justeru, efikasi kendiri murid semakin tinggi, maka tahap penguasaan KBAT murid juga akan meningkat. Implikasi kajian yang melibatkan peranan murid, guru dan pihak sekolah telah dibincangkan dalam menangani isu penguasaan KBAT murid.

Kata kunci: efikasi kendiri, Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT), taksonomi Bloom, murid sekolah rendah

Abstract: Higher-level thinking skills (HOTS) is one of the efforts emphasized by the government to create highly skilled students. Self-efficacy has been seen as an element that can increase mastery of HOTS among students. Therefore, this study was carried out to examine the relationship between self-efficacy and HOTS of students. A total of 210 students were selected as respondents through stratified random sampling technique. The instrument used in the study is a set of questionnaires. The collected data was analysed in the form of descriptive and inferential statistics by using SPSS version 27. The findings of the study have shown that the level of self-efficacy and mastery of HOTS among students is at a moderately high level. In addition, it was found that there is no significant difference in the level of student’s self-efficacy based on gender. However, this study concluded that there is a difference in students' mastery of HOTS based on gender. The results of the study also show that there is a significant positive linear relationship between self-efficacy and student’s mastery of HOTS. Thus, the higher the self-efficacy of students, the higher the student's

(2)

mastery of HOTS. The implications of the study involving the role of students, teachers and school have been discussed in dealing with the issue of mastery of HOTS among students.

Keywords: self-efficacy, Higher Order Thinking Skills (HOTS), Bloom Taxonomy, primary school student

__________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) oleh guru dalam pengajaran dan pemudahcaraan telah diberi penekanan dalam KSSR bagi mewujudkan pendidikan yang lebih berkualiti. Dilihat secara teliti, kemahiran berfikir telah lama diterapkan dalam kurikulum Malaysia. Pada awal tahun 1994, Kementerian Pendidikan Malaysia telah mempromosikan Kemahiran Berfikir Secara Kritis dan Kreatif (KBKK) dalam kurikulum pendidikan.

Seterusnya, KSSR yang diperkenalkan mulai tahun 2011 pula menekankan penerapan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kurikulum bagi merangsang kemahiran berfikir murid (KPM, 2013). Walau bagaimanapun, indikator Programme for International Student Assessment (PISA) dan Trends in International Mathematics & Science Study (TIMSS) telah melaporkan bahawa penguasaan KBAT dalam kalangan pelajar di Malaysia masih kurang memuaskan. Sehubungan itu, terdapat lebih kurang 44% pelajar yang berusia 15 tahun terlibat dalam PISA 2009+ tidak mencapai tahap minimum dalam kemahiran membaca manakala 43% pelajar pula gagal mencapai tahap minimum bagi subjek Sains.

Didapati juga hanya lebih kurang 40% pelajar mencapai tahap minimum bagi Matematik dalam PISA 2009+ (KPM, 2013). Hal ini telah merumuskan bahawa kandungan elemen KBAT dalam kurikulum Malaysia masih belum mencukupi untuk mencapai tahap purata antarabangsa. Tambahan pula, didapati bahawa penguasaan murid dalam konsep asas Matematik dan Sains adalah terhad berdasarkan keputusan TIMSS pada tahun 2011 dengan mrekodkan sebanyak 35% dan 38% pelajar Malaysia (KPM, 2014). Oleh itu, usaha untuk meningkatkan penguasaan KBAT pelajar perlu dilakukan dengan segera agar dapat menyediakan generasi muda untuk menghadapi dunia yang semakin mencabar pada masa kini.

Sehubungan itu, beberapa kajian lepas telah membuktikan bahawa penguasaan KBAT pelajar Malaysia masih perlu dipertingkatkan. Ali Ashmad (2018) telah menunjukkan bahawa sikap akademik murid mempunyai pengaruh terhadap penguasaan KBAT. Namun, dapatan kajian daripada Subeli dan Rosli (2021) telah menggariskan bahawa pelajar masih belum mempamerkan rasa keseronokan dan bersedia dengan pengintegrasian KBAT dalam pembelajaran dengan sepenuhnya. Dengan itu, dapatan ini juga bertepatan dengan kajian Chew & Hamad (2018) dan Salleh & Shaari (2019) yang merumuskan bahawa terdapat murid mempunyai sikap negatif terhadap KBAT serta belum mampu menjawab soalan KBAT yang diajukan kepada mereka. Oleh itu, hal ini telah menimbulkan persoalan bagaimana untuk menangani isu penguasaan KBAT yang tidak memuaskan dalam kalangan murid.

Sementara itu, faktor murid seharusnya diberi penekanan untuk memastikan pengajaran dan pembelajaran yang berunsurkan KBAT dapat dijalankan dengan efektif (Wee et al., 2020).

Lanjutan daripada itu, kajian di Indonesia daripada Syarifah et al. (2019) telah menyatakan bahawa kemahiran berfikir secara kritis murid dapat dipertingkatkan dengan memberi tumpuan kepada efikasi kendiri murid. Dengan itu, terdapat beberapa kajian yang lepas juga menggariskan bahawa efikasi kendiri murid mempunyai perkaitan dengan motivasi belajar murid dan seterusnya memberi impak positif dalam pencapaian dan penglibatan murid (Abdul

(3)

Hamid et al., 2019; Nizam & Rosli, 2021; Wee et al., 2020; Zainuddin & Mydin Kutty, 2021).

Didapati bahawa murid dilihat lebih yakin diri dan berupaya menghadapi segala cabaran atau kegagalan yang dialami apabila tahap efikasi kendiri yang dimiliki adalah tinggi. Pendek kata, efikasi kendiri seharusnya dititikberatkan agar dapat meningkatkan penguasaan KBAT dalam kalangan murid. Namun demikian, terdapat juga kajian yang melaporkan bahawa pengaruh efikasi kendiri terhadap pencapaian akademik adalah rendah (Wan Mohamed & Yunus, 2019). Oleh sebab dapatan kajian yang tidak konklusif, kajian efikasi kendiri dalam bidang akademik terutamanya penguasaan KBAT murid perlu dijalankan bagi memperoleh lebih banyak maklumat yang berkaitan.

Selain itu, kajian lepas di Malaysia dalam bidang KBAT tidak memberi fokus kepada aspek efikasi kendiri murid. Kajian-kajian tersebut lebih memberi penekanan kepada keberkesanan penggunaan teknik, pendekatan atau strategi pengajaran dan pembelajaran oleh guru dalam meningkatkan penguasaan KBAT murid (Chew & Hamad, 2018; Aziz & Andi, 2018; Mokter, 2019). Walau bagaimanapun, terdapat juga kajian efikasi kendiri yang dijalankan oleh Wee et al. (2020) terhadap tahap penguasaan KBAT pelajar tetapi sampel kajian hanya berfokus kepada pelajar sekolah menengah jurusan akauntan. Justeru, kajian ini dilaksanakan bertujuan untuk mengetahui tahap efikasi kendiri dan penguasaan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah serta mengenal pasti sama ada terdapat perbezaan tahap efikasi kendiri dan penguasaan KBAT murid sekolah rendah berdasarkan jantina. Selain itu, kajian ini juga berhasrat untuk meninjau perkaitan antara efikasi kendiri dengan penguasaan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah. Perolehan kajian diharapkan dapat membantu pihak pentadbir sekolah dan pihak KPM untuk merancang strategi yang berkesan dan melaksanakan program-program atau aktiviti-aktiviti yang sesuai di dalam sekolah bagi meningkatkan penguasaan KBAT murid.

2. Kajian Literatur

Efikasi Kendiri

Teori kognitif sosial yang dipelopori oleh Albert Bandura (1977) telah memperkenalkan elemen efikasi kendiri. Sehubungan itu, efikasi kendiri merujuk kepada seseorang individu percaya terhadap diri sendiri dalam membuat perancangan dan melaksanakan tindakan bagi memperoleh kejayaan. Teori ini juga menghuraikan bahawa faktor dalaman diri seseorang individu seperti konsep diri, estim diri atau efikasi kendiri turut membawa kesan terhadap sikap, tabiat, dan tingkah laku seseorang (Wan Hanum & Jamal Nordin, 2019). Sehubungan dengan itu, kajian-kajian lepas telah mentakrifkan efikasi kendiri dari pelbagai aspek, iaitu prinsip, dimensi, dan faedah.

Dilihat dari aspek prinsip, kajian Wee et al. (2020) dan Dzul et al. (2021) telah menyatakan bahawa seorang yang memiliki efikasi kendiri berupaya untuk belajar sendiri, merancang sesuatu dengan teratur dan sistematik serta dapat berusaha untuk mencapai sasaran dan kejayaan yang ditentukan oleh diri sendiri. Seiring dengan Martina Rabai & Amat (2022), murid yang memiliki efikasi kendiri tinggi dapat menetapkan sasaran pembelajaran sendiri, membuat pilihan alat bantu belajar yang sesuai serta berupaya membuat penilaian kendiri.

Hal ini membolehkan individu tersebut memperoleh prestasi yang baik dalam bidang akademik. Pendek kata, efikasi kendiri boleh dikatakan sebagai kepercayaan diri untuk melakukan sesuatu dengan berjaya.

Berdasarkan aspek dimensi pula, efikasi kendiri merujuk kepada pengaruh sesama antara dimensi kognitif, afektif, dan tingkah laku dalam seseorang individu (Bandura, 1977).

(4)

Sehubungan itu, kajian Farihah & Rakasiwi (2020) dan Zainuddin & Mydin Kutty (2021) telah menunjukkan bahawa efikasi kendiri akan mempengaruhi afektif murid dari segi motivasi untuk belajar. Begitu juga, dimensi tingkah laku pula boleh dilihat melalui dapatan kajian Taat (2020) dan Jamidi & Surat (2021) yang membuktikan bahawa efikasi kendiri akan mendorong seseorang individu lebih aktif dan mempunyai komitmen yang tinggi untuk melaksanakan tugasan. Berdasarkan Abdullah (2019) pula, dimensi pemikiran berkaitan dengan keupayaan seseorang individu untuk menetapkan objektif sendiri. Dengan itu, individu yang berefikasi kendiri tinggi dapat mensasarkan objektif yang lebih mencabar.

Justeru, efikasi kendiri dapat membawa pengaruh terhadap pemikiran, afektif, dan perbuatan individu.

Seperkara lagi, efikasi kendiri dapat mendatangkan manfaat kepada individu. Menurut Syarifah et al. (2019), efikasi kendiri membolehkan seseorang individu bersikap terbuka untuk menerima pendapat daripada orang lain serta berupaya berfikir secara kritis dan mendalam. Hal ini bermakna individu berkenaan juga berupaya membuat keputusan yang bernas dan rasional. Selain itu, kajian Dzul et al. (2021) telah menunjukkan bahawa efikasi kendiri yang tinggi membolehkan individu menjadi lebih percaya terhadap kebolehan diri sendiri dan bersikap berani untuk menyahut cabaran dan menghadapi kegagalan. Oleh itu, efikasi kendiri adalah amat mustahak bagi seseorang individu untuk mencapai kejayaan dalam kehidupan.

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT)

Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) diberi takrifan sebagai satu proses berfikir yang merangkumi komponen aplikasi, sintesis, analisis, menilai, dan mencipta dengan bertujuan untuk menyelesaikan kesulitan yang dihadapi, membuat keputusan, dan menghasilkan sesuatu yang baharu (KPM, 2015). Berdasarkan kajian-kajian yang lepas pula, terdapat banyak definisi mengenai KBAT telah diberikan oleh para pengkaji. Secara ringkasnya, KBAT boleh didefinisikan berdasarkan tiga aspek, iaitu tujuan, komponen, dan faedah.

Pertamanya, dilihat dari aspek tujuan, Aziz dan Andi (2021) telah menyatakan bahawa penerapan KBAT dalam kurikulum pendidikan adalah untuk mendorong murid mengamalkan amalan berfikir semasa belajar daripada menggunakan kaedah pembelajaran tradisional yang berbentuk hafalan. Hal ini disebabkan pembelajaran yang berbentuk hafalan hanya boleh disimpan dalam memori pada jangka masa pendek dan tidak mampu melahirkan insan yang berupaya berfikir secara kritis dan kreatif (Zakaria et al., 2021). Hal ini juga selaras dengan Subeli dan Rosli (2021) yang merumuskan bahawa seseorang individu yang menguasai KBAT dapat berfikir secara sistematik dan rasional agar dapat menghadapi segala masalah dan persoalan dalam kehidupan seharian. Oleh itu, KBAT perlu dilaksanakan dengan sebaik- baiknya bagi mencapai hasrat pembangunan modal insan.

Selain daripada itu, KBAT juga boleh didefinisikan berdasarkan komponen yang terkandung dalam semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Anderson (1900). Model Taksonomi Bloom menunjukkan pemikiran aras tinggi merangkumi komponen analisis, sintesis, dan penilaian manakala Taksonomi semakan Anderson (1900) pula menyatakan komponen analisis, menilai, dan mencipta merupakan peringkat pemikiran aras tinggi. Menurut Mohamad et al.

(2019) dan Kunyo & Mohammad Yasin (2021), KBAT membolehkan seseorang individu mengaplikasikan kemahiran dan pengetahuan dalam membuat pertimbangan dan renungan berdasarkan kemahiran analisis, sintesis, menilai, dan mencipta bagi menangani masalah atau menghasilkan sesuatu yang baharu. Pendek kata, KBAT merupakan kemahiran kognitif individu yang lebih kompleks dan diperlukan untuk menghadapi segala masalah dan cabaran.

(5)

Lebih-lebih lagi, penguasaan KBAT dapat mendatangkan banyak faedah kepada individu.

Menurut Musa & Meor Samsudin (2018) dan Wee et al. (2020), KBAT dapat meningkatkan keyakinan diri seseorang. Dengan itu, individu akan menjadi lebih proaktif, mampu berfikir secara kritis dan kreatif, berani untuk mengemukakan pandangan diri kepada orang lain serta berupaya untuk membuat pertimbangan sendiri sebelum membuat sesuatu keputusan.

Rentetan daripada itu, KBAT mampu memberi usaha dalam membina modal insan yang bermutu tinggi dan mampu mengharungi segala cabaran yang dihadapi serta berupaya untuk bersaing secara global (Chew & Hamad, 2018; Kunyo & Mohammad Yasin, 2021). Jelaslah dilihat bahawa penguasaan KBAT mampu menjadikan seseorang individu lebih cemerlang.

Teori Pembelajaran Kognitif Jean Piaget

Jean Piaget ialah seorang ahli psikologi dan biologi. Beliau telah menyatakan bahawa seseorang individu memiliki keupayaan untuk berinteraksi dengan persekitaran sejak kecil lagi. Oleh itu, Jean Piaget berpendapat bahawa interaksi dengan persekitaran merupakan faktor yang dapat membantu perkembangan minda seseorang individu (Gardner, 1973).

Sehubungan itu, Jean Piaget telah menerangkan keupayaan kognitif kanak-kanak dalam beberapa peringkat. Terdapat perbezaan dan perubahan perkembangan kognitif daripada peringkat bayi kepada zaman kanak-kanak dan remaja menerusi empat peringkat, iaitu peringkat deria motor, pra operasi, operasi konkrit, dan operasi formal.

Dalam teori pembelajaran kognitif Jean Piaget, perkembangan kognitif bagi kanak-kanak yang berumur 7 hingga 11 tahun akan mengalami peringkat operasi konkrit manakala kanak- kanak yang berumur 11 tahun ke atas akan mengalami peringkat operasi formal. Secara terperinci, didapati bahawa kanak-kanak yang berumur 11 tahun sudah berupaya untuk berfikir secara logik tetapi perkembangan pemikiran abstrak baru bermula. Namun begitu, KBAT telah meliputi komponen mencipta yang memerlukan pemikiran abstrak, iaitu berfikir secara kreatif dan inovatif. Mereka juga dikehendaki berupaya untuk membuat rumusan sendiri berdasarkan maklumat yang diperoleh (Serhat Kurt, 2020). Justeru, dalam kajian ini, murid Tahun 6 telah dipilih sebagai responden kajian bagi mengukur tahap penguasaan KBAT kerana mereka lebih berpeluang untuk melatihkan diri dengan pemikiran logik dan abstrak.

Model Taksonomi Bloom

Model Taksonomi Bloom yang menekankan domain kognitif individu diperkenalkan oleh Benyamin S. Bloom pada tahun 1956 dan diaplikasikan dalam sistem pendidikan. Model ini boleh dianggap sebagai satu alat panduan untuk mengenal pasti hierarki tahap kognitif individu. Dengan itu, terdapat dua kategori bagi tahap kognitif, iaitu tahap kognitif rendah dan tahap kognitif tinggi. Tahap kognitif rendah terdiri daripada komponen pengetahuan, kefahaman, dan aplikasi manakala tahap kognitif tinggi pula merangkumi komponen analisis, sintesis, dan penilaian yang terdapat dalam model.

Berpandukan kepada KPM (2014), Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) yang diperkenalkan dalam kurikulum pendidikan Malaysia adalah berpandukan kepada semakan Hierarki Taksonomi Bloom oleh Lorin Anderson (1900). Dalam model ini, terdapat perubahan istilah dalam setiap aras. Didapati bahawa kata nama di setiap aras telah digantikan dengan kata kerja untuk mewakili proses berfikir seseorang individu. Tambahan pula, perbezaan komponen berfikir telah wujud pada aras pemikiran tinggi, iaitu menilai dan mencipta. Dengan itu, komponen mengingati, memahami, dan mengaplikasi tergolong dalam kategori aras pemikiran rendah manakala komponen menganalisis, menilai, dan mencipta telah dikategorikan dalam aras pemikiran tinggi. Dinilai secara teliti, didapati bahawa Model

(6)

Taksonomi Bloom semakan Anderson (1900) telah menyediakan pembelajaran kemahiran berfikir pada peringkat yang lebih tinggi dan adalah diperlukan untuk melahirkan generasi muda yang berkemahiran tinggi.

Dalam konteks kajian ini, model Taksonomi Bloom semakan Anderson (1900) telah dijadikan sebagai rujukan kepada pengkaji untuk menentukan item-item dalam instrumen kajian.

Sehubungan itu, tahap penguasaan KBAT murid diukur berdasarkan tahap kognitif yang lebih tinggi dalam model Taksonomi Bloom, iaitu komponen menganalisis, menilai, dan mencipta.

Justeru, soal selidik yang disediakan juga menekankan pengukuran komponen menganalisis, menilai, dan mencipta dalam kalangan murid.

Kajian-kajian Lepas

Efikasi Kendiri dengan Pembelajaran Murid

Menurut kajian Farihah & Rakasiwi (2019), pembelajaran seseorang individu boleh dipengaruhi oleh efikasi kendiri. Sehubungan itu, seseorang individu yang berefikasi kendiri tinggi didapati akan menjadi lebih berusaha dan tabah untuk menjayakan matlamat yang ditentukan walaupun berada dalam situasi yang mencabar. Hal ini seumpama dengan kajian Yusoff et al. (2020) dan Huang et al. (2020) yang menggariskan bahawa individu berupaya menghasilkan tugasan yang lebih bermutu sekiranya tahap efikasi kendiri yang dimiliki adalah tinggi.

Di samping itu, kajian lepas di negara Turki yang dilaksanakan oleh Malkoc & Mutlu (2018) membuktikan bahawa terdapat korelasi antara efikasi kendiri, motivasi pembelajaran dengan penangguhan pembelajaran. Hal ini telah menunjukkan bahawa kes penangguhan pembelajaran akan berkurang ketika seseorang individu mempunyai efikasi kendiri dan motivasi yang tinggi. Dengan itu, terbuktilah bahawa efikasi kendiri dan motivasi akan membawa pengaruh terhadap pembelajaran seseorang individu.

Efikasi Kendiri dengan Penguasaan KBAT

Banyak kajian lepas telah melaporkan bahawa terdapat pengaruh efikasi kendiri terhadap KBAT murid. Dengan itu, kajian Syarifah et al. (2019) merumuskan bahawa murid yang memiliki tahap efikasi kendiri yang tinggi berupaya berfikir secara mendalam manakala murid yang mempunyai tahap efikasi kendiri yang sederhana masih dapat berfikir secara sistematik. Namun begitu, individu yang berefikasi kendiri rendah pula mengalami masalah untuk berfikir secara meluas dan mendalam. Dapatan ini juga dibuktikan oleh kajian Zhang et al. (2018) dari negara China yang menyimpulkan bahawa terdapat perkaitan yang signifikan antara pembelajaran terarah kendiri dan efikasi kendiri dengan kemahiran penyelesaian masalah. Bertitik tolak daripada pernyataan di atas, jelas dilihat bahawa efikasi kendiri akan mempengaruhi penguasaan kemahiran berfikir secara kritis seseorang individu.

Meskipun demikian, terdapat juga kajian yang menyimpulkan bahawa tidak terdapat pertalian antara efikasi kendiri dengan kemahiran berfikir. Kajian lepas di Iran yang dijalankan oleh Asakereh & Yousofi (2018) telah membentangkan bahawa terdapat tiada perikatan yang signifikan antara efikasi kendiri dengan komponen kemahiran berfikir secara reflektif. Namun begitu, dapatan menunjukkan bahawa efikasi kendiri dan estim kendiri akan mendatangkan pengaruh terhadap pencapaian akademik dalam kalangan pelajar. Begitu juga dengan kajian Farihah & Rakasiwi (2019) yang mengesahkan bahawa tidak ada perkaitan antara tahap efikasi kendiri dengan pencapaian pembelajaran. Lanjutan daripada itu, hal ini menimbulkan satu persoalan sama ada efikasi kendiri mempunyai perkaitan yang signifikan dengan KBAT.

Oleh itu, dapatan kajian yang berbeza ini telah dilihat sebagai jurang kajian dan hal ini telah

(7)

menggesa pengkaji untuk melaksanakan kajian yang melibatkan pembolehubah yang serupa, iaitu efikasi kendiri murid dengan kemahiran berfikir aras tinggi.

Seperkara lagi, terdapat kajian yang dilaksanakan (Abdul Hamid et al., 2019; Jamidi & Surat, 2021; Muhammad Nizam et al., 2018; Zainuddin & Mydin Kutty, 2021) telah mempamerkan bahawa tahap efikasi kendiri yang dimiliki oleh murid Malaysia adalah tinggi.

Kontradiksinya, terdapat hasil kajian yang berlainan dengan hasil kajian di atas. Hal ini boleh dibuktikan dapatan kajian oleh Er & Rosli (2021) dan Taat & Ariffin (2020) yang mempamerkan tahap efikasi kendiri murid cuma berada pada tahap yang sederhana. Ekoran daripada itu, hasil kajian ini telah merangsang keinginan pengkaji untuk menjalankan kajian lagi bagi meninjau tahap efikasi kendiri dalam kalangan murid di Malaysia.

Tambahan pula, tinjauan terhadap kajian-kajian terdahulu juga melaporkan bahawa terdapat hubungan antara sikap murid dengan KBAT berdasarkan faktor jantina (Ali Ashmad, 2018;

Subeli & Rosli, 2021). Namun, terdapat juga kajian memaparkan hasil kajian yang bertentangan (Kunyo & Mohammad Yasin, 2021; Nizam & Rosli, 2021). Oleh sebab dapatan kajian yang tidak selari, maka telah menimbulkan keperluan untuk melakukan kajian yang selanjutnya bagi membuktikan perkaitan antara efikasi kendiri dengan penguasaan KBAT murid berdasarkan faktor jantina.

3. Metodologi

Reka Bentuk Kajian

Kajian ini adalah kajian tinjauan dengan menggunakan kaedah kuantitatif. Kajian tinjauan dilaksanakan kerana lebih sesuai untuk memberi penerangan tentang sesuatu peristiwa atau fenomena, kekerapan, dan taburan ciri-ciri populasi. Bukan setakat ini sahaja, pengkaji juga dapat memperoleh maklumat mengenai kekuatan perkaitan antara pembolehubah melalui kajian tinjauan (Nizam & Rosli, 2021). Oleh itu, kajian tinjauan sesuai untuk pelaksanaan kajian ini yang berhasrat untuk mengkaji tahap efikasi kendiri murid dan penguasaan KBAT murid serta perkaitan antara dua pembolehubah tersebut dalam kalangan murid.

Sampel Kajian

Dalam kajian ini, penggunaan teknik persampelan rawak berstrata oleh pengkaji untuk menentukan responden kajian kerana perolehan maklumat yang berkaitan dengan sampel kajian berasaskan demografi oleh pengkaji akan menjadi lebih mudah (Nizam & Rosli, 2021).

Dalam kajian ini, populasi yang disasarkan meliputi 455 orang murid Tahun Enam yang menuntut ilmu di 9 buah sekolah rendah cina di Bahagian Serian, Sarawak. Hal ini disebabkan didapati bahawa kajian mengenai KBAT dalam kalangan murid jarang dilaksanakan di kawasan tersebut. Seterusnya, jadual penentuan saiz sampel kajian Krejcie dan Morgan (1970) dijadikan sebagai hala tuju untuk menetapkan bilangan sampel kajian. Sejumlah 210 orang murid telah ditentukan sebagai responden dalam kajian ini.

Instrumen Kajian

Satu set instrumen soal selidik yang meliputi tiga bahagian telah digunakan dalam kajian ini.

Bahagian A merangkumi demografi responden kajian, iaitu jantina, bangsa, dan nama sekolah. Bahagian B pula merangkumi 24 item yang diadaptasi daripada soal selidik Self- efficacy Questionaire for Children (Muris, 2001; Muris, 2002) bagi mengukur tahap efikasi kendiri murid yang mencakupi dimensi akademik, sosial, dan emosi. Seterusnya, terdapat 20 item pada bahagian C yang diperlukan untuk mengukur tahap penguasaan KBAT dalam

(8)

kalangan murid. Item-item tersebut adalah diadaptasi daripada kajian Mitri (2006) yang merangkumi komponen menganalisis, menilai, dan mencipta.

Bagi memastikan kesahan dan kebolehpercayaan, soal selidik yang diubahsuai telah dirujuk kepada pakar untuk membuat semakan. Menurut Connelly (2008), sebanyak 10% daripada bilangan sampel kajian sebenar seharusnya dipilih untuk menjalankan kajian rintis. Oleh itu, kajian rintis telah diadakan kepada 22 orang murid yang memiliki sifat yang hampir sama dengan sampel kajian sebenar. Perolehan kajian rintis memaparkan nilai pekali indeks Alfa Cronbach bagi konstruk efikasi kendiri adalah 0.868 manakala item-item dalam konstruk penguasaan KBAT pula menunjukkan 0.946. Hal ini membuktikan bahawa item-item yang disediakan dalam soal selidik adalah bersesuaian dengan responden kajian dari aspek laras bahasa dan kandungan soal selidik. Justeru, soal selidik ini sesuai untuk diaplikasikan dalam kajian.

Analisis Data

Perisian SPSS versi 27 diaplikasikan dalam kajian ini untuk menganalisis data bagi memperoleh statistik deskriptif dan statistik inferensi. Dalam kajian ini, demografi responden, tahap efikasi kendiri dan tahap penguasaan murid telah dijelaskan dengan menggunakan statistik deskriptif. Statistik inferensi pula digunakan untuk menguji hipotesis kajian. Ujian- t telah digunakan bagi mengkaji sama ada terdapat perbezaan tahap efikasi kendiri dan penguasaan KBAT berdasarkan jantina. Manakala perkaitan antara tahap efikasi kendiri dengan penguasaan KBAT murid pula dianalisis dengan menggunakan ujian korelasi.

4. Dapatan kajian

Demografi Responden

Rajah 4.1 merumuskan bahawa sejumlah 210 orang responden kajian terlibat dalam kajian ini dengan mencatatkan 50% murid lelaki dan 50% murid perempuan. Kajian ini melibatkan seramai 127 orang murid Cina (60.5%), diikuti dengan kaum lain, iaitu seramai 72 orang (34.3%), dan seramai 11 orang murid Melayu (5.2%).

Rajah 1: Taburan Demografi Responden

Tahap Efikasi Kendiri Murid

Jadual 1 telah membentangkan bahawa kebanyakan murid (70.5%) memiliki tahap efikasi kendiri yang sederhana tinggi, diikuti oleh 33 orang murid (15.7%) mempunyai efikasi kendiri yang sederhana rendah, dan kemudiannya 28 orang murid (13.3%) direkodkan berada pada tahap tinggi bagi konstruk efikasi kendiri. Hanya 1 orang murid (0.5%) memiliki tahap efikasi kendiri yang rendah. Secara rumusnya, didapati bahawa tahap efikasi kendiri dalam kalangan murid sekolah rendah adalah pada tahap sederhana tinggi (min=3.49, sp= 1.04).

105 105

11

127

0

72

50 50

5.2

60.4

0

34.3 0

50 100 150

Lelaki Perempuan Melayu Cina India Lain-lain Taburan Demografi Responden

Kekerapan Peratusan (%)

Jantina Bangsa

(9)

Jadual 1: Taburan Kekerapan dan Interpretasi Nilai Min bagi Tahap Efikasi Kendiri Murid Konstruk Efikasi

Kendiri

Kekerapan Peratusan Nilai Min Sisihan Piawai Tahap

Keseluruhan 3.49 1.04 Sederhana

Tinggi

Tahap Tinggi 28 13.3

Sederhana Tinggi 148 70.5

Sederhana Rendah 33 15.7

Rendah 1 0.5

Tahap Penguasaan KBAT Murid

Jadual 2 membentangkan bahawa kebanyakan murid (62.4%) dapat menguasai KBAT pada tahap sederhana tinggi, diikuti oleh 46 orang murid (21.9%) dapat menguasai KBAT dengan mantap, dan kemudiannya 28 orang murid (13.3%) dicatatkan berada pada tahap sederhana rendah bagi konstruk penguasaan KBAT. Terdapat 5 orang murid (2.4%) memiliki tahap penguasaan KBAT yang rendah. Intihanya, hasil kajian telah mencatatkan tahap sederhana tinggi bagi penguasaan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah (min=3.54, sp= 0.98).

Jadual 2: Taburan Kekerapan dan Interpretasi Nilai Min bagi Tahap Penguasaan KBAT Murid Konstruk

Penguasaan KBAT

Kekerapan Peratusan Nilai Min Sisihan Piawai Tahap

Keseluruhan 3.54 0.98 Sederhana

Tinggi

Tahap Tinggi 46 21.9

Sederhana Tinggi 131 62.4

Sederhana Rendah 28 13.3

Rendah 5 2.4

Perbezaan Tahap Efikasi Kendiri berdasarkan Jantina

Berdasarkan jadual 3, jelaslah diperhatikan bahawa skor min perempuan 3.53 adalah lebih tinggi berbanding dengan skor min lelaki, iaitu 3.45. Dapatan kajian telah menunjukkan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap efikasi kendiri murid sekolah rendah berdasarkan jantina. Kategori lelaki (m= 3.45, sp= 0.47), kategori perempuan (m= 3.53, sp=

0.49), t (208) = -1.321; p>0.05 [95% Cl= -0.22 to 0.04]. Oleh itu, hipotesis nul gagal ditolak.

Jadual 3: Ujian-t bagi Tahap Efikasi Kendiri Murid Berdasarkan Jantina

Jantina Min Sisihan Piawai t df Sig.

Lelaki 3.45 .46909 -1.321 208 .188

Perempuan 3.53 .49264

Perbezaan Tahap Penguasaan KBAT berdasarkan Jantina

Mann-Whitney U Test dijalankan disebabkan data bertaburan tidak normal. Merujuk kepada jadual 4, kategori perempuan mempunyai kedudukan min (117.63) yang lebih tinggi berbanding dengan kategori lelaki (93.37) dalam tahap penguasaan KBAT murid. Dapatan kajian juga menunjukkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan tahap penguasaan KBAT murid sekolah rendah berdasarkan jantina. U=4238.5, p<0.05. Oleh itu, hipotesis nul ditolak.

Jadual 4: Mann-Whitney U Test bagi Tahap Penguasaan KBAT Murid Berdasarkan Jantina

Jantina Min Sisihan

Piawai

Mean Rank Mann-Whitney U

Asymp. Sig. (2- tailed)

Lelaki 3.43 .64518 93.37 4238.500 .004

Perempuan 3.66 .60837 117.63

(10)

Hubungan antara Efikasi Kendiri dengan Penguasaan KBAT Murid

Berpandukan kepada jadual 5, pekali korelasi Spearman’s Rho telah mempamerkan wujudnya hubungan linear positif yang sederhana dan signifikan antara efikasi kendiri dan penguasaan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah [r (208) = 0.671, p<0.05]. Tuntasnya, hipotesis nul ditolak. Daripada dapatan kajian ini, dapat disimpulkan bahawa kemungkinan semakin tinggi efikasi kendiri, maka semakin tinggi penguasaan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah.

Jadual 5: Hubungan antara Efikasi Kendiri dengan Penguasaan KBAT Murid

Mean_KBAT

Spearman's rho Mean_Efikasi Correlation Coefficient .671

Sig. (2-tailed) .000

N 210

5. Perbincangan, Implikasi Kajian dan Cadangan Kajian Lanjutan

Tahap Efikasi Kendiri Murid

Dalam perbincangan tahap efikasi kendiri murid, murid-murid didapati bahawa memiliki tahap efikasi kendiri yang sederhana tinggi dan tinggi. Hal ini dibuktikan dengan dapatan kajian yang melaporkan nilai min bagi kesemua item mengenai tahap efikasi kendiri murid adalah lebih daripada 3.0. Begitu juga, didapati bahawa tiada item menunjukkan nilai min 1.0 hingga 2.0, iaitu tahap rendah. Dapatan ini juga selari dengan kajian Taat & Ariffin (2020) dan Wee et al. (2020) yang merumuskan pelajar Malaysia mempunyai tahap efikasi kendiri yang sederhana sahaja. Walau bagaimanapun, hasil kajian ini bertentangan dengan kajian Zainuddin dan Mydin Kutty (2021) yang membentangkan efikasi kendiri dalam kalangan pelajar perempuan jurusan STEM adalah tinggi. Hal ini bermakna, usaha seharusnya dilakukan agar efikasi kendiri pelajar dapat dipertingkatkan lagi.

Hasil kajian juga menunjukkan bahawa murid-murid lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti kumpulan. Mereka menyatakan bahawa mereka berupaya bekerja secara harmoni dengan rakan-rakan sekelas serta dapat menceritakan peristiwa lucu kepada rakan sekumpulan. Dapatan ini juga selaras dengan kajian Lim (2020) dan Voon & Amran (2021) yang menyatakan bahawa pembelajaran koperatif mampu mendorong murid untuk berfikir, meningkatkan keyakinan dan kemahiran sosial seseorang individu. Di samping itu, dapatan kajian juga memberi keterangan bahawa murid yang berefikasi kendiri tinggi mempunyai kemungkinan besar untuk menangani emosi negatif sendiri seperti perasaan gementar, dan kecewa, dengan baik serta seterusnya mampu memberi semangat kepada diri sendiri untuk melaksanakan sesuatu perkara dengan gigih. Hal ini juga sejajar dengan dapatan Manaf et al.

(2021) yang mengatakan kecerdasan emosi mampu mendatangkan komitmen dan keyakinan diri yang lebih tinggi kepada individu dalam menjalankan tugas. Oleh itu, usaha perlu difokuskan kepada strategi pengajaran dan pembelajaran guru serta pengurusan emosi bagi meningkatkan efikasi kendiri murid.

Tahap Penguasaan KBAT Murid

Kajian ini telah membentangkan tahap penguasaan KBAT murid adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Perolehan ini juga sejajar dengan dapatan kajian Chew & Hamad (2018) dan Yahya et al. (2020) yang menggariskan bahawa tahap penguasaan KBAT pelajar adalah berada pada tahap sederhana. Hal ini berlaku mungkin berkait rapat dengan pengurusan dan pelaksanaan KBAT oleh pihak pentadbir sekolah dan guru yang kurang berkesan dan seterusnya menjejaskan pembelajaran murid seperti yang ditunjukkan dalam dapatan Mohd

(11)

Nawi dan Mohd. Nor (2018). Sehubungan itu, analisis hasil kajian yang diperoleh telah menggambarkan bahawa keupayaan murid untuk berfikir aras tinggi masih perlu dipertingkatkan kerana mereka didapati masih memerlukan bimbingan dan bantuan daripada guru dan rakan sekelas untuk membuat kesimpulan serta mencari jawapan yang diingini.

Perbezaan Tahap Efikasi Kendiri berdasarkan Jantina

Dalam kajian ini, didapati bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan tahap efikasi kendiri berdasarkan jantina. Hasil kajian ini adalah sama dengan perolehan kajian oleh Martina Rabai & Amat (2022) dan Jamidi & Surat (2021) yang membentangkan bahawa faktor jantina tidak memberi kesan terhadap tahap efikasi kendiri seseorang individu. Hal ini juga menunjukkan bahawa pembangunan dan perkembangan efikasi kendiri dalam kalangan murid lelaki dan perempuan adalah sama. Namun, dapatan kajian ini bertentangan dengan kajian Nizam dan Rosli (2021) yang menyatakan bahawa terdapat perbezaan antara efikasi kendiri berdasarkan jantina. Sehubungan itu, mereka juga berpendapat bahawa terdapat empat sumber yang boleh diberi penekanan untuk membangunkan efikasi kendiri murid, iaitu pengalaman masteri, pujukan lisan, keadaan emosi dan fisiologi serta pengalaman vikarius.

Rentetan daripada itu, efikasi kendiri murid diharapkan dapat dipertingkatkan ke tahap yang lebih tinggi.

Perbezaan Tahap Penguasaan KBAT berdasarkan Jantina

Hasil daripada kajian telah membentangkan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara penguasaan KBAT murid berdasarkan jantina. Dapatan kajian ini adalah sepadan dengan kajian Aris et al. (2021) dan Zakaria & Mohd Noor (2020) yang menyimpulkan bahawa terdapat perbezaan penguasaan kemahiran berfikir aras tinggi antara lelaki dan perempuan. Namun begitu, dapatan mereka berlainan dengan dapatan kajian ini kerana menerangkan bahawa penguasaan KBAT bagi murid lelaki adalah lebih tinggi daripada murid perempuan. Hal ini bermakna penguasaan KBAT dalam kalangan murid sama ada lelaki atau perempuan seharusnya dititiberatkan. Meskipun demikian, terdapat juga dapatan kajian yang menyatakan bahawa tidak terdapat perbezaan yang signifikan KBAT merentasi jantina (Kaviza, 2020; Kunyo & Yasin, 2021).

Hubungan antara Efikasi Kendiri dengan Penguasaan KBAT Murid

Merujuk kepada perolehan dalam kajian ini, terdapat wujudnya hubungan linear positif yang sederhana dan signifikan antara efikasi kendiri dan penguasaan KBAT murid sekolah rendah.

Hal ini menyampaikan maklumat bahawa penguasaan KBAT murid akan menjadi tinggi apabila efikasi kendiri murid adalah tinggi. Keputusan ini bertepatan dengan teori Kognitif Sosial yang menyatakan bahawa efikasi kendiri merupakan satu faktor pendorong kepada seseorang individu untuk belajar serta akan mempengaruhi sikap dan motivasi murid dalam pembelajaran (Bandura, 1977). Terdapat kajian-kajian lepas juga menyokong bahawa efikasi kendiri telah memberi impak positif terhadap kemahiran kognitif individu seperti kemahiran berfikir secara logik, kreatif serta penyelesaian masalah yang dihadapi (Lin et al., 2018;

Rahyuningsih et al., 2022; Wee et al. 2020). Dengan itu, murid-murid yang berefikasi kendiri tinggi akan memperlihatkan KBAT sebagai satu kemahiran yang perlu dipelajari dan dikuasai serta akan berusaha untuk mencari jalan penyelesaian dengan mengaplikasikan pengetahuan sendiri bagi menguasai kemahiran yang diingini.

Implikasi Kajian

Secara umum, dapatan kajian menunjukkan tahap efikasi kendiri dan penguasaan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah adalah berada pada tahap sederhana tinggi. Lebih-lebih lagi, dapatan juga menunjukkan efikasi kendiri murid mempunyai perkaitan dengan

(12)

penguasaan KBAT murid. Justeru, penguasaan KBAT murid perlu dipertingkatkan lagi dengan memberi fokus kepada peningkatan efikasi kendiri murid. Sehubungan dengan itu, dapatan kajian merumuskan beberapa faktor yang dikaitkan dengan murid, guru, dan pihak sekolah boleh diambil perhatian bagi meningkatkan efikasi kendiri murid dan seterusnya meningkatkan penguasaan KBAT dalam kalangan murid. Perbincangan implikasi kajian akan berfokus kepada faktor-faktor yang digariskan.

Berdasarkan hasil kajian, didapati bahawa efikasi kendiri sosial merupakan dimensi yang paling dominan dalam membangunkan efikasi kendiri murid sekolah rendah. Sehubungan itu, dapatan kajian telah menunjukkan murid-murid lebih cenderung untuk melibatkan diri dalam aktiviti berkumpulan tetapi mereka didapati kurang yakin untuk menjelaskan dan mempertahankan pendapat sendiri. Oleh hal yang demikian, guru memikul tanggungjawab yang penting untuk mengendalikan aktiviti dengan bijak. Semasa melaksanakan pembelajaran berpusatkan murid, guru dicadangkan memberi masa yang diperuntukkan kepada murid untuk berfikir terlebih dahulu mengenai topik yang ingin dibincangkan. Kemudian, guru boleh menggalakkan murid-murid mencatatkan pendapat sendiri dan menghuraikan sebabnya. Hal ini adalah untuk membantu murid untuk menyusun idea dan menyampaikan idea mereka dengan lebih berkesan serta membina efikasi kendiri murid. Dengan membina efikasi kendiri yang semakin tinggi, murid akan lebih cenderung untuk berfikir secara mendalam dalam menangani sesuatu masalah.

Di samping itu, dapatan kajian juga menunjukkan emosi negatif seperti kecewa, gementar, bimbang dan sebagainya timbul dalam kalangan murid yang kekurangan efikasi kendiri.

Dengan itu, guru dicadangkan sentiasa memberi dorongan dan maklum balas positif terhadap tugasan yang dilakukan oleh murid serta memberi cadangan penambahbaikan kepada murid untuk meningkatkan kualiti kerja murid. Hal ini diharapkan dapat membina efikasi kendiri mereka. Kenyataan ini juga dipersetujui oleh Katrin et al. (2018) & Lau et al. (2018) yang membuktikan bahawa pemberian maklum balas yang positif adalah untuk menghargai usaha yang dilakukan serta menyampaikan mesej usaha tangga kejayaan kepada murid. Rentetan daripada itu, murid-murid akan lebih bersemangat dan berusaha gigih untuk meningkatkan pengetahuan serta kemahiran sendiri. Justeru, guru-guru seharusnya sentiasa memberi penghargaan atau kata-kata pujian kepada murid agar mereka akan berusaha dan berinisiatif untuk menguasai kemahiran yang lebih rumit seperti KBAT.

Tambahan pula, dapatan kajian melaporkan bahawa murid-murid masih memerlukan bimbingan dan bantuan daripada orang luar seperti guru dan rakan sekelas untuk berfikir secara lebih mendalam. Justeru, guru perlulah memberi bimbingan yang berkesan kepada murid supaya mereka lebih yakin terhadap diri sendiri dan berupaya untuk berfikir secara aras tinggi dengan berdikari pada masa kelak. Sehubungan itu, guru haruslah menggunakan kemahiran abad ke-21 seperti perbandingan, menyusun urutan, menjelaskan penyebab dan kesan, merumus serta menyelesaikan masalah dalam menggalakkan murid untuk berfikir secara kritis. Hal ini disebabkan pemberian tunjuk cara yang jelas mampu memberi dorongan kepada murid dan seterusnya meningkatkan efikasi kendiri murid dalam melaksanakan sesuatu tugas. Pandangan ini juga disokong oleh Valerie Thomas & Shahlan Surat (2021) yang menyatakan bahawa keupayaan guru untuk memberi hala tuju yang jelas membolehkan murid lebih yakin untuk mengaplikasikan kemahiran berfikir dengan sepenuhnya. Dengan memberikan sokongan awal yang mencukupi kepada murid, murid dapat menguasai kemahiran berfikir dengan lebih mantap.

(13)

Begitu juga, hasil kajian menunjukkan tahap penguasaan KBAT dalam kalangan murid perempuan lebih tinggi daripada murid lelaki. Hal ini menjelaskan bahawa murid perempuan menguasai KBAT dengan lebih mantap berbanding dengan murid lelaki. Ekoran daripada itu, usaha perlu dilakukan untuk memberi bantuan kepada murid lelaki bagi menguasai kemahiran berfikir aras tinggi. Lanjutan itu, guru perlulah menyedari pertumbuhan dan perkembangan pemikiran murid lelaki dan perempuan adalah tidak sama. Oleh itu, guru haruslah mempelbagaikan kaedah pengajaran, pendekatan, teknik serta aktiviti yang menyeronokkan agar dapat memanfaatkan semua murid. Pihak sekolah juga harus merancang dan melaksanakan program seperti kem motivasi, Karnival Bahasa, bengkel KBAT dengan berkesan dan bersesuaian dengan semua murid agar dapat membantu murid untuk berfikir secara mendalam semasa menghadapi sesuatu masalah.

Cadangan Kajian

Pengkaji akan datang diharapkan dapat membuat penambahbaikan terhadap kajian ini. Antara cadangan yang dikemukakan untuk kajian lanjutan adalah mempelbagaikan instrumen untuk mengumpul data. Hal ini kerana kajian ini menggunakan borang soal selidik sahaja untuk memperoleh maklumat daripada responden. Oleh itu, pengkaji mencadangkan kaedah pemerhatian, temu bual, dan analisis dokumen boleh diaplikasikan untuk menemui lebih banyak maklumat agar pengkaji akan datang boleh membandingkan perolehan data tersebut.

Tambahan pula, kajian ini tertumpu kepada murid sekolah rendah Cina sahaja.

Memandangkan Malaysia adalah terdiri daripada masyarakat multilingual dan mempunyai pelbagai jenis sekolah, maka disarankan bahawa responden kajian boleh diperluaskan kepada murid-murid daripada sekolah yang berlainan seperti sekolah kebangsaan, sekolah rendah Tamil, sekolah bestari, sekolah berasrama penuh dan sebagainya. Hal ini mungkin akan memperoleh pelbagai dapatan kajian yang menarik kepada kita. Tuntasnya, kajian lanjutan dijalankan adalah diharapkan dapat memberi informasi yang lebih menyeluruh bagi meningkatkan KBAT murid serta menwujudkan pendidikan Malaysia yang lebih berkualiti.

Kesimpulan

Natijahnya, dapatan kajian ini telah menambah lebih banyak bukti empirikal yang berkaitan dengan hubungan efikasi kendiri dalam penguasaan KBAT murid. Efikasi kendiri dilihat sebagai satu elemen yang perlu dititikberatkan bagi meningkatkan penguasaan KBAT murid.

Dengan itu, guru berperanan penting dalam merancang pendekatan atau kaedah pengajaran dan pembelajaran yang sesuai kepada murid serta perlu sentiasa memastikan perkembangan emosi murid adalah sihat. Tambahan pula, pihak sekolah juga seharusnya merancang dan mengadakan aktiviti yang menyeronokkan bagi meningkatkan efikasi kendiri murid agar dapat mencapai hasrat untuk meningkatkan penguasaan KBAT dalam kalangan murid sekolah rendah.

Rujukan

Abdul Hamid, H., Baharum, M., & Sarkowi, A. (2019). Pengaruh efikasi kendiri terhadap motivasi dan pencapaian akademik siswa pendidik. Jurnal IPDA, (26), 104-112.

Abdul Manaf, N.A., Abdul Wahab, S.R. & Sarip, N. (2021). Kecerdasan emosi dan kesannya terhadap prestasi kerja: satu tinjauan di sebuah Universiti Awam Malaysia. Journal of Human Capital Development, 14(1), 19-38.

Abdullah, S.M. (2019). Social Cognitive Theory: A Bandura thought review published.

Journal Psikodimensia, 18(1), 85-99.

Ali Ashmad, T. (2018). Pengaruh pengajaran guru dan sikap akademik pelajar terhadap

(14)

KBAT dalam mata pelajaran Sejarah Tingkatan Empat. Jurnal Sultan Alauddin Sulaiman Shah, 161-169.

Aris, N.F., Samsudin, M.A., & Ishak, N.A. 2021. Peningkatan kreativiti saintifik murid:

Intervensi pembelajaran integrasi STEM berkontekskan Sains Forensik. Jurnal Pendidikan Malaysia, 46(1), 11-21.

Asakereh, A., & Yousofi, N. (2018). Reflective thinking, self-efficacy, self-esteem and academic achievement of Iranian EFL students. International Journal of Educational Psychology, 7(1), 68-89.

Aziz, A., & Andi, C. (2018). Penggunaan strategi pembelajaran koperatif untuk meningkatkan tahap kemahiran berfikir aras tinggi pelajar. Jurnal Pendidikan Malaysia, 43(1), 1-9.

Bandura, A. (1977). Self-efficacy: Toward a unifying theory of behavioral change.

Psychological Review, 84(2), 191–215.

Chew, F.P., & Hamad, Z.H. (2018). Kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran dan pemudahcaraan Bahasa Melayu melalui teknik penyoalan. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu-JPBM, 8(1), 1-12.

Connelly, L.M. (2008). Pilot Studies. MEDSURG Nursing, 17, 411-412.

Dzul, H., Hussin, Z., & Sulaiman, A.M. (2021). Kesan kepercayaan dan efikasi kendiri ke atas pengajaran pendidikan islam berintegrasikan KBAT di Malaysia: Satu analisis multilevel. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 80 – 93.

Er, X.H., & Rosli, R. (2021). Kebimbangan dan efikasi kendiri terhadap pembelajaran Matematik dalam kalangan pelajar Tingkatan Empat. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 41-53.

Farihah, U., & Rakasiwi, P. (2020). The effect of self efficacy on students’ motivation and learning outcome of class 8 in build flat side space material. Journal of Physics Conference Series, 1563(1), 1-10.

Jamidi, F.J., & Surat, S. (2021). Efikasi kendiri dan keterlibatan pelajar belajar dalam talian sepanjang tempoh kawalan pergerakan COVID-19. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(8), 80-92.

KPM. (2013). Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013-2025.

KPM. (2014). Elemen KBAT dalam Kokurikulum.

Kunyo, R., & Mohammad Yasin, R. (2021). Sikap dan motivasi pelajar terhadap kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran Bahasa Iban. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(6), 60-72.

Lau, C., Kitsantas, A., Miller, A.D., & Rodgers, E.D. (2020). Perceived responsibility for learning, self-efficacy, and sources of self-efficacy in mathematics: A study of international baccalaureate primary years programme students. Social Psychology of Education, 21(1), 603-620.

Lim, S.P. (2020). Keberkesanan kaedah “Ad Digital” dalam mempertingkatkan minat dan prestasi pelajar terhadap topik campuran pemasaran. Proceedings of International Conference on The Future of Education IConFEd) 2020, 111-120.

Malkoç, A., & Mutlu, A.K. (2018). Academic self-efficacy and academic procrastination:

Exploring the mediating role of academic motivation in Turkish University students.

Universal Journal of Educational Research, 6(10), 2087-2093.

Martina Rabai, L., & Amat, S. (2022). Hubungan efikasi kendiri dengan pembelajaran regulasi kendiri murid sekolah menengah. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 7(3), 1-8.

Mitri, H. (2016). Analisis pembelajaran keterampilan berpikir tingkat tinggi pada mata pelajaran Ekonomi di SMAN 8 Yogyakarta.

Mohamad, N., Ahmad, J., & Osman, K. (2019). Latihan dalam perkhidmatan sebagai medium

(15)

untuk meningkatkan tahap tingkah laku kemahiran berfikir aras tinggi dalam kalangan guru Sains. Jurnal Pendidikan Malaysia, 44(1), 31-42.

Mohd. Nawi, N., & Mohd. Nor, M.Y. (2018). Konsep, amalan pengurusan dan pelaksanaan KBAT di kalangan pentadbir dari sudut persepsi guru di sekolah jajahan Kota Bharu.

Jurnal Wacana Sarjana, 2(1), 1-11.

Mokter, F. A. (2019). Keberkesanan Pembelajaran Berasaskan Masalah terhadap pencapaian dan kemahiran berfikir aras tinggi pelajar dalam penulisan karangan Bahasa Melayu.

Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 9(1), 33-46.

Muhammad Nizam, N.S., Mohd Khir, A., & Ahmad, N. (2018). Efikasi kendiri dan kecenderungan tingkah laku prososial dalam kalangan mahasiswa di Selangor.

Malaysian Journal of Youth Studies, 18, 111-122.

Musa, M., & Meor Samsudin, W.N.A. (2018). Implementasi kemahiran berfikir aras tinggi (KBAT) Matematik: Adakah suatu realiti? Jurnal Sains Malaysian, 50(9), 2781-2790.

Nizam, N.A., & Rosli, R. (2021). Efikasi kendiri dan pengetahuan dalam topik pecahan bagi murid Tahun Empat. Jurnal Pendidikan Sains Dan Matematik Malaysia, 11(1), 77-87.

Rakoczy, K., Pinger, P., Hochweber, J., Klieme, E., Schutze, B., & Besser, M. (2019).

Formative assessment in Mathematics: Mediated by feedback's perceived usefulness and students' self-efficacy. Learning and Instruction, 60, 154-165.

Salleh, S.Z., & Shaari, A.S. (2019). Pelaksanaan kemahiran berfikir, sikap pelajar dan masalah untuk mengaplikasi kemahiran berfikir dalam pengajaran pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 9(2), 1-10.

Serhat Kurt. (2020, August 8). Jean Piaget and His Theory & Stages of Cognitive Development. [Educational Technology]. https://educationaltechnology.net/jean-piaget- and-his-theory-stages-of-cognitive-development/

Subeli, A., & Rosli, R. (2021). Sikap dan kesediaan pelajar tingkatan empat terhadap pelaksanaan kemahiran berfikir aras tinggi dalam pembelajaran Matematik. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 54-68.

T.J. Syarifah, Usodo, B., & Riyadi. (2019). Student’s critical thinking ability with higher order thinking skills (HOTS) question based on self-efficacy. Journal of Physics: Conf. Series, 1265(1), 1-10.

Taat, M.S., & Ariffin, A. (2020). Pengaruh efikasi kendiri terhadap penguasaan Bahasa Arab dalam kalangan murid sekolah rendah. International Journal of Education, Psychology and Counselling (IJEPC), 5(35), 10-20.

Thomas, V. & Surat, S. (2021). Sorotan literatur bersistematik: Kaedah pembelajaran berasaskan masalah dan kemahiran berfikir aras tinggi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(12), 158-168

Voon, S.H. & Amran, M.S. (2021). Pengaplikasian Teori Pembelajaran Konstruktivisme dalam pembelajaran Matematik. Sains Insani 6(2): 73-82.

Wan Mohamed, W. H. S., & Yunus, J. N. (2019). Tinjauan efikasi kendiri pelajar berdasarkan kategori sekolah dan hubungannya dengan pencapaian akademik pelajar sekolah harian di Perak. International Conference On Education And Teaching Development, 1-15.

Wee, G.L., Abdul Kadir, S., & Jusoh, R. (2020). The relationship between self efficacy with higher order thinking skills (HOTS) among accounting students. International Journal of Academic Research in Business & Social Sciences, 10(11), 697-707.

Yahya, M.S.S., Masdar, N.F., & Samat, N. (2020). Tahap persepsi, penilaian dan kompetensi Pembelajaran Berasaskan Masalah (PBM) dan Kemahiran Berfikir Aras Tinggi (KBAT) dalam kalangan pelajar tingkatan enam di daerah Pontian. Jurnal Perspektif, 12(2), 29- 41.

Yusoff, A., Nik Yusof, N.M.R., & Baharuddin, H. (2020). Efikasi kendiri dan kebimbangan bahasa dalam kelas pembelajaran Bahasa Arab di sekolah agama. Malaysian Online

(16)

Journal of Education, 4(1), 35-47.

Zainuddin, Z.A., & Mydin Kutty, F. (2021). Hubungan antara efikasi kendiri dan motivasi terhadap pencapaian akademik pelajar perempuan jurusan STEM. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6(3), 180-190.

Zakaria, Z.A., Abdullah, N., Ahmad Mahir, N., Selamat, S., & Md Bahir, K. (2021). Kesan penggunaan peta pemikiran dalam program I-think terhadap peningkatan tahap penguasaan pelajar dalam mata pelajaran Pendidikan Islam. Sains Insani, 6(1), 150-154.

Zhang, X.H., Meng,L.N., Liu, H.H., Luo, R.Z., Zhang, C.M., Zhang, P.P., & Liu, Y.H. (2018).

Role of academic self-efficacy in the relationship between self-directed learning readiness and problem-solving ability among nursing students. Frontiers of Nursing, 5(1), 75-81.

Referensi

Dokumen terkait