Video Animasi Operasi Asas Topik Algebra: Satu Kajian Kuasi- Eksperimen terhadap Pencapaian Matematik Murid Tingkatan 1
(Algebra Topic Basic Operations Animation Video: A Quasi- Experimental Study of Grade 1 Students' Mathematical Achievement)
Shuhada Nasuha Hairol Azli1, Mohd Afifi Bahurudin Setambah1*, A Rahim, N.A2
1 Universiti Pendidikan Sultan Idris, Malaysia
2 Institut Pendidikan Guru Malaysia, Malaysia
*Pengarang Koresponden: [email protected]
Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023
DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.46
_________________________________________________________________________________________
Abstrak: Kajian ini telah dijalankan dengan tujuan untuk menguji kesan penggunaan video animasi operasi tambah tolak terhadap pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra. Pendekatan kuantitatif berbentuk kuasi – eksperimen telah digunakan di dalam kajian ini. Seramai 67 orang murid dipilih daripada dua buah kelas Tingkatan 1 di sebuah Sekolah Menengah Harian di daerah Kuala Selangor, Selangor. Murid daripada kumpulan rawatan menjalani kaedah pembelajaran menggunakan video animasi operasi tambah tolak manakala murid daripada kumpulan kawalan telah melalui proses PdPc secara konvensional. Kajian ini menggunakan enam video animasi kepada kumpulan rawatan serta instrumen yang digunakan kepada kedua – dua kumpulan adalah ujian pra dan ujian pasca.
Nilai Indeks Kesahan Kandungan Item (I – CVI) yang diperoleh daripada dua orang pakar penilai adalah 1.00 bagi video animasi dan instrumen. Manakala, nilai kebolehpercayaan Alpha Cronbach yang diperoleh daripada kajian rintis berada pada tahap yang tinggi iaitu 0.889. Dapatan kajian berdasarkan analisis ujian – t membuktikan terdapat perbezaan yang signifikan dalam min skor kumpulan rawatan (min = 75.450, sp = 10.852) dan kumpulan kawalan (min = 49.710, sp = 11.074); t(65) = -9.609, p < 0.05. Kesimpulannya, murid – murid berupaya meningkatkan pencapaian Matematik mereka dengan menggunakan video animasi operasi tambah tolak ini sebagai bahan pembelajaran berbanding pembelajaran secara konvensional. Implikasi kajian juga menunjukkan bahawa kaedah pembelajaran menggunakan video animasi operasi tambah tolak ini adalah sesuai dipraktikkan bagi meningkatkan pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra.
Kata kunci: Video animasi operasi tambah tolak, Pencapaian Matematik, Ungkapan Algebra, Alat Bantu Mengajar, Kaedah Pembelajaran
Abstract: This study was aimed to test the effect of using animation videos of addition and subtraction operations on the Mathematical achievements of Form 1 students for the topic of Algebraic Expression. A quasi-experimental quantitative approach was used in this study. A total of 67 students were selected from two Form 1 classes in a secondary school from Kuala Selangor district, Selangor. Students in the treatment group went through the learning method using animation videos of addition and subtraction operations while students in the control group went through the conventional teaching and learning (T&L) process. This study used six animation videos for the treatment group and as the instrument used for the both groups was pre – test and post – test. The value of the Item Content Validity Index (I – CVI) obtained from
two experts evaluators was 1.00 for the animation videos and instrument. Meanwhile, Cronbach’s Alpha reliability value obtained from the pilot study was at a high level of 0.889.
Data findings based on the analysis of t – test proved that there was a significant difference in the mean scores for the treatment group (mean = 75.450, S.D. = 10.852) and the control group (mean = 49.710, S.D. = 11.074) conditions; t(65) = -9.609, p < 0.05. In conclusion, students were able to improve their Mathematical achievements by using animation videos of addition and subtraction operations as learning material compared to conventional learning. The implications of the study also show that the learning method using animation videos of addition and subtraction operations is suitable for improving the Mathematical achievements of Form 1 students for the topic of Algebraic Expression.
Keywords: Animation videos of addition and substraction operations, Mathematical Achievements, Algebraic Expression, Teaching Aid, Learning Method
___________________________________________________________________________
1. Pengenalan
Matematik adalah salah satu daripada subjek yang tersenarai dalam Kurikulum Standard Sekolah Menengah (KSSM). Sistem pendidikan di negara Malaysia ini amat mengutamakan proses Pengajaran dan Pemudahcaraan (PdPc) bagi subjek Matematik. Hal ini disebabkan Matematik merupakan antara subjek yang penting di negara Malaysia kerana mempunyai cabang yang besar dan luas dalam alam pekerjaan kelak (Noor Azimah Abdul Ghani, 2019).
Salah satu cabang yang ada di bawah Matematik adalah Algebra. Algebra tersenarai dalam topik kurikulum KSSM yang perlu dipelajari oleh murid – murid bermula dari Tingkatan 1 sehingga Tingkatan 3 (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2019). Hal ini menunjukkan bahawa topik Algebra ini merupakan topik yang penting untuk mereka kuasai.
Menurut Azura Yaacob & Siti Mistima Maat (2020) murid – murid sering mengalami masalah seperti tidak memahami kehendak soalan dengan tepat, berlaku kekeliruan terhadap maksud yang disampaikan secara verbal atau lisan dan juga tidak dapat mentafsir satu – satu pemboleh ubah dalam topik Algebra ini. Selain itu, tahap kefahaman murid – murid Tingkatan 1 juga masih berada di tahap yang lemah dalam proses melaksanakan operasi asas Matematik bagi tajuk Ungkapan Algebra terutamanya bagi operasi penambahan dan penolakan (Yoong Ying Qi & NurFaradilla Mohamad Nasri, 2021). Oleh disebabkan itu, guru perlu menyediakan Alat Bantu Mengajar (ABM) yang kreatif untuk menarik minat belajar murid. Sebagai contoh, guru boleh menambahkan elemen animasi kerana ia mampu meningkatkan emosi yang positif dan pengalaman yang menarik kepada murid (Ilinadia Jamil, 2021).
Oleh disebabkan itu, kajian ini dilaksanakan bagi menguji kesan penggunaan video animasi operasi tambah tolak terhadap pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra berbanding kumpulan konvensional.
2. Metodologi
Reka Bentuk Kajian
Kajian ini telah dilaksanakan menggunakan suatu pendekatan kajian kuantitatif dengan reka bentuk kuasi eksperimen kerana kajian ini bertujuan untuk menguji kesan penggunaan video animasi operasi tambah tolak terhadap pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra berbanding kumpulan konvensional. Kajian kuasi eksperimen merangkumi
ujian pra dan juga ujian pasca bagi melihat perbezaan dalam setiap hasil yang diperoleh (Asma Wat & Wan Marzuki Wan Jaafar, 2022).
Populasi Dan Sampel Kajian
Populasi di dalam kajian ini adalah keseluruhan murid yang merangkumi lima kelas Tingkatan 1 di salah sebuah Sekolah Menengah Harian di daerah Kuala Selangor yang ditentukan dengan menggunakan Teknik Persampelan Bertujuan. Dua kelas daripadanya telah dipilih dengan menggunakan Teknik Persampelan Berkelompok (Teknik Fishball) untuk dijadikan sampel kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan kajian dengan bilangan masing – masing seramai 34 dan 33 orang murid.
Instrumen Kajian
Instrumen yang telah digunakan ialah ujian pra dan ujian pasca yang mengandungi 10 soalan yang melibatkan operasi tambah tolak dalam mata pelajaran Matematik Tingkatan 1 bagi tajuk Ungkapan Algebra. Hasil daripada penilaian dua orang pakar, nilai I – CVI untuk instrumen dan video animasi adalah 1.00 bagi kedua - duanya di mana ia telah disahkan dan diterima untuk digunapakai (Lynn, 1986). Satu kajian rintis telah dilaksanakan terhadap 30 orang murid Tingkatan 1 dan berdasarkan Jadual 1, nilai Indeks Kesukaran dan Indeks Diskriminasi yang diperoleh menunjukkan bahawa instrumen adalah sesuai dan boleh digunapakai (Abdul Haris
& Asep Jihad, 2013) manakala nilai Alpha Cronbach yang diperoleh pula menunjukkan bahawa kebolehpercayaan instrumen berada di tahap yang baik (Rafidah & Effendi, 2019).
Jadual 1: Nilai Indeks Kesukaran, Indeks Diskriminasi dan Alpha Cronbach
Perkara Nilai
Indeks Kesukaran (I.K.) 0.30 sehingga 0.70
Indeks Diskriminasi (I.D.) 0.40 sehingga 1.00
Alpha Cronbach 0.889
Analisis Data
Pakej perisian Statistical Package for Social Science (SPSS) versi 21.0 telah digunakan bagi menganalisis kesemua data yang dikumpulkan daripada ujian pra serta ujian pasca bagi kumpulan kawalan dan juga kumpulan rawatan. Kajian ini menggunakan dua jenis statistik untuk menganalisis data kajian iaitu Statistik Deskriptif yang telah digunakan untuk mengkaji latar belakang sampel kajian ini dalam bentuk peratusan dan juga Statistik Inferensi di mana ia telah digunakan bagi menguji hipotesis untuk menjawab persoalan kajian. Menurut Chua (2009), sekiranya bilangan sampel kajian melebihi 30 responden, data dianggap bertaburan normal serta memenuhi syarat normaliti untuk menggunakan ujian – t. Berdasarkan Jadual 2, terdapat dua jenis ujian – t yang telah digunakan dalam Statistik Inferensi ini iaitu ujian – t sampel – sampel bebas untuk menjawab persoalan kajian pertama dan keempat dan ujian – t sampel berpasangan bagi menjawab persoalan kajian kedua dan ketiga.
Jadual 2: Jenis - jenis Ujian - t yang digunakan
Persoalan Kajian Statistik Inferensi
1. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?
Ujian - t sampel - sampel bebas 2. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra dan ujian pasca
pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra bagi kumpulan rawatan?
Ujian - t sampel berpasangan
3. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra dan ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra bagi kumpulan kawalan?
Ujian - t sampel berpasangan 4. Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pasca pencapaian
Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?
Ujian- t sampel - sampel bebas
3. Dapatan Kajian dan Perbincangan Analisis Latar Belakang Responden
Berdasarkan Jadual 3, bilangan responden lelaki adalah seramai 16 orang iaitu 48.48% bagi kumpulan rawatan dan 15 orang iaitu 44.12% bagi kumpulan kawalan manakala bilangan responden perempuan pula adalah 17 orang iaitu 51.52% bagi kumpulan rawatan dan 19 orang iaitu 55.88% bagi kumpulan kawalan. Selain itu, majoriti responden adalah berbangsa Melayu iaitu seramai 27 orang iaitu 81.82% bagi kumpulan rawatan dan 29 orang iaitu 85.29% bagi kumpulan kawalan manakala enam orang responden iaitu 18.18% bagi kumpulan rawatan dan lima orang responden iaitu 17.71% bagi kumpulan kawalan adalah berbangsa India.
Jadual 3: Taburan Demografi Responden
Latar Belakang Kategori Kumpulan Rawatan Kumpulan Kawalan Kekerapan Peratus (%) Kekerapan Peratus (%)
Jantina Lelaki 16 48.48 15 44.12
Perempuan 17 51.52 19 55.88
Jumlah 33 100.00 34 100.00
Bangsa Melayu 27 81.82 29 85.29
India 6 18.18 5 17.71
Jumlah 33 100.00 34 100.00
Persoalan Kajian 1:
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?
Berdasarkan Jadual 4, dapatan kajian menunjukkan tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan disebabkan oleh p > 0.05. Maka, hipotesis null iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan gagal ditolak.
Jadual 4: Analisis Ujian – t Sampel – Sampel Bebas bagi Ujian Pra antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Kumpulan Min Sisihan Piawai (S.P.) t df Sig. (2 – hujung)
Kawalan 48.820 12.496 -0.105 65 0.917
Rawatan 49.090 7.852
Persoalan Kajian 2:
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra dan ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra bagi kumpulan rawatan?
Berdasarkan Jadual 5, dapatan kajian membuktikan bahawa wujudnya perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra dan ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra bagi kumpulan rawatan kerana p < 0.05. Maka, hipotesis null iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra dan ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra bagi kumpulan rawatan berjaya ditolak.
Jadual 5: Analisis Ujian – t Sampel Berpasangan bagi Ujian Pra dan Pasca bagi Kumpulan Rawatan Ujian Min Sisihan Piawai (S.P.) Beza t df Sig. (2 – hujung)
Pra 49.090 7.852 -26.364 -12.222 32 0.000
Pasca 75.450 10.852
Persoalan Kajian 3:
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra dan ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra bagi kumpulan kawalan?
Berdasarkan Jadual 6, dapatan kajian mendapati bahawa tiada perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra dan ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra bagi kumpulan kawalan kerana p > 0.05. Maka, hipotesis null iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pra dan ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra bagi kumpulan kawalan gagal ditolak.
Jadual 6: Analisis Ujian – t Sampel Berpasangan bagi Ujian Pra dan Pasca bagi Kumpulan Kawalan Ujian Min Sisihan Piawai (S.P.) Beza t df Sig. (2 – hujung)
Pra 48.820 12.496 -0.882 -0.674 33 0.505
Pasca 49.710 11.074
Persoalan Kajian 4:
Adakah terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan?
Berdasarkan Jadual 7, dapatan kajian membuktikan bahawa terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan disebabkan oleh p < 0.05. Maka, hipotesis null iaitu tidak terdapat perbezaan yang signifikan terhadap ujian pasca pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra antara kumpulan kawalan dan kumpulan rawatan berjaya ditolak.
Jadual 7: Analisis Ujian – t Sampel – Sampel Bebas bagi Ujian Pasca antara Kumpulan Kawalan dan Kumpulan Rawatan
Kumpulan Min Sisihan Piawai (S.P.) t df Sig. (2 – hujung)
Kawalan 49.710 11.074 -9.609 65 0.000
Rawatan 75.450 10.852
Perbincangan
Berdasarkan dapatan kajian ini, maka terbuktilah bahawa penggunaan video animasi operasi tambah tolak ini mampu memberi kesan yang positif terhadap pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra ini berbanding pembelajaran secara konvensional.
Keputusan di dalam kajian ini telah menyokong kajian lepas daripada Azura Yaacob dan Siti
Mistima Maat (2020) yang juga mendapati bahawa terdapat perbezaan yang signifikan antara sebelum dan selepas penggunaan kaedah video animasi terhadap topik asas Algebra. Merujuk kepada Fatin et al. (2016) dan Herman (2015), dengan menggunakan strategi pengajaran seperti ini, murid – murid dapat mengulang semula sesi pembelajaran mengikut keselesaan waktu dan tempat mereka sehingga mereka benar – benar memahami topik tersebut. Secara tidak langsung, ia mampu meningkatkan tahap pencapaian mereka.
4. Kesimpulan
Sebagai rumusan, dapatan kajian ini menunjukkan bahawa terbuktilah penggunaan video animasi operasi tambah tolak mampu memberi kesan yang positif bagi meningkatkan pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra. Diharapkan agar kajian ini mampu membantu guru – guru Matematik di Malaysia dalam menyediakan ABM yang interaktif, kreatif dan inovatif untuk sesi PdPc Matematik terutamanya yang boleh mengaitkan kehidupan seharian murid dengan lebih berkesan. Akhir sekali, kajian tentang pencapaian Matematik murid Tingkatan 1 bagi topik Ungkapan Algebra harus diperluaskan lagi supaya dapat melahirkan murid – murid yang cemerlang serta berdaya saing di peringkat globalisasi.
Rujukan
Azura Yaacob & Siti Mistima Maat. (2020). Pengajaran Berasaskan Video Animasi Untuk Meningkatkan Kefahaman Pelajar Terhadap Topik Algebra. Jurnal Dunia Pendidikan, 2(1), 215 – 226.
Chua, Y. P. (2006). Kaedah dan Statistik Penyelidikan: Kaedah Penyelidikan. Malaysia:
McGraw – Hill.
Dewan Bahasa dan Pustaka. (2005). Kamus Dewan (Edisi Keempat). Kuala Lumpur: Dewan Bahasa dan Pustaka.
Fatin Shaffawati Ab Ghani & Harun Baharudin. (2016). Pendekatan ‘Mobile Learning’ Dalam Meningkatkan Motivasi Pelajar. Kolokium Pendidikan Bahasa Arab. Fakulti Pendidikan, Universiti Pendidikan Kebangsaan Malaysia.
Hadijah. (2019). Keberkesanan Pendekatan Konstruktivisme Dalam Meningkatkan Kemahiran Komunikasi Matematik Pelajar Sekolah Menengah Pertama. [Tesis Sarjana yang diterbitkan]. Universiti Pendidikan Sultan Idris.
Herman, D. S. (2015). The Effects Of Multimedia And Learning Style On Student Achievement In Online Electronics Course. TOJET: The Turkish Online Journal of Educational Technology.
Ilinadia Jamil. (2021). Video Animasi Sebagai Medium Pembelajaran Dan Pendekatan Kreatif Terhadap Kesedaran Covid – 19 Bagi Pelajar Dalam Sesi Pembelajaran Terbuka Dan Jarak Jauh. International Journal of Art & Design, 5(1), 1 – 13.
Kementerian Pendidikan Malaysia. (2019). Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Menengah (Menengah Atas) Dan Pelaksanaan Pakej Mata Pelajaran Mulai Tahun 2020. Putrajaya: Kementerian Pendidikan Malaysia.
Lynn, M.R. (1986). Determination And Quantification Of Content Validity. Nursing Research, 35(6), 382 – 385.
Pelan Pembangunan Pendidikan Malaysia 2013 – 2023. (2013). Education, 27(1), 1 – 268.
Rafidah Adnan & Effendi Ewan. (2019). Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen I – CGPKM menggunakan model Rasch. Jurnal Pengukuran Kualiti dan Analisis, Fakulti Pendidikan. Universiti Kebangsaan Malaysia.
Yoong Ying Qi & NurFaradilla Mohamad Nasri. (2021). Analisis Kesilapan Newman D alam Penyelesaian Masalah Matematik Berayat. Jurnal Dunia Pendidikan, 3(3), 373 –
380.