ýUNºMPSo
flrL'g 1
EiELEMEN REKABENTUK PEMBUNGKUSAN AZAKANAN ORGANIK
Emy Zarith Binti Haris Fadzillah
NC
1002 P33 E55 2006
Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Teknologi Senireka)
2006
; 'a"
Il`! ýi
P. KHIDMAT MAKLUMAT AKADEMIK UNIMAS
IIIIIIIIIIIiiuumm
1000166816ELEMEN REKABENTUK
PEMBUNGKUSAN MAKANAN ORGANIK
EMY ZARITH BINTI HARIS FADZILLAH
Projek ini merupakan satu keperluan untuk
Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian
(Seni Reka Grafik)
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif
UNIVERSITI MALAYSIA SARAWAK 2006
i
BORANG PENGESAHAN STATUS TESIS/LAPORAN
JUDUL: ELEMEN REKABENTUK
PEMBUNGKUSAN MAKANAN ORGANIK
SESI PENGAJIAN : 2005/2006
Saya EMY ZARITH BINTI HARIS FADZILLAH
mengaku membenarkan tesis/laporan * ini disimpan di Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dengan syarat-syarat kegunaan seperti berikut :
1. Tesis/laporan adalah hakmilik Universiti Malaysia Sarawak
2. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak dibenarkan membuat salinan untuk tujuan pengajian sahaja.
3. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak
dibenarkan membuat pendigitan untuk membangunkan Pangkalan Data Kandungan Tempatan.
4. Pusat Khidmat Maklumat Akademik, Universiti Malaysia Sarawak
dibenarkan membuat salinan laporan tesis/laporan ini sebagai pertukaran antara institusi pengajian tinggi.
5. *sila tandakan v
SULIT
TERHAD
2 TIDAK TERHAD
(mengandungi maklumat yang berdarjah keselamatan atau kepentingan seperti yang termaktub di dalam
AKTA RAHSIA RASMI 1972)
(mengandungi maklumat Terhad yang telah ditentukan oleh Organisasi/badan di mana penyelidikan dijalankan)
Disahkan
Tandatangan Penulis Tarikh :
Alamat Tetap :
68, LORONG INTAN B/6, TAMAN INTAN,
08000 SUNGAI PETANI, KEDAH.
Tandatangan Penyelia Tarikh :S m6I -Jlý
Catatan :* Tesis/laporan yang dimaksudkan sebagai tesis bagi Ijazah Doktor Falsafah, Sarjana dan Sarjana Muda
* Jika Tesis/Iaboran ini SULIT atau TERHAD, sila lampirkan surat daripada pihak berkuasa/organisasi
berkenaan dengan menyatakan sekali sebab dan tempoh tesis/Iaboran ini perlu dikelaskan sebagai SULIT atau TERHAD
Projek bertajuk "Elemen Rekabentuk Pembungkusan Makanan Organik" telah disediakan oleh Emy Zarith Binti Haris Fadzillah dan telah diserahkan kepada
Fakulti Seni Gunaan dan Kreatif sebagai memenuhi syarat untuk Ijazah Sarjana Muda Seni Gunaan dengan Kepujian (Senireka Grafik)
Diterima untuk diperiksa oleh
(Pn. Siti Shukhaila Shaharuddin)
Tarikh
.
S fAS 1 2oa6
iii
ISI KANDUNGAN HALAMAN
LAMPIRAN A LAMPIRAN B LAMPIRAN C
ISI KANDUNGAN PENGHARGAAN ABSTRAK
ABSTRACT
BAB I PENDAHULUAN
1.1 Pengenalan
i
11
III
iv
viii ix
X
1.1.1. Pembungkusan 1
l. l. l. l. Sejarah Pembungkusan I
1.1.1.2. Rekabentuk Pembungkusan 4
1.1.1.3. Kepentingan Pembungkusan dan Material 7 l. l
. 2. Latar Belakang Makanan Organik Dan Cara Pembuatannya 9 l . 1.3. Pembungkusan Produk Makanan Organik 10
1.1.3.1 Pembungkusan 11
1.1.3.2 Label 13
1.2. Permasalahan Kajian
1.2.1. Produk Makanan Organik 16
1.2.2. Rekabentuk Pembungkusan Makanan Organik 17
1.2.3. Rekabentuk Label 18
1.2.4. Penggunaan Material 20
1.2.5. Promosi 21
1.3. Objektif Kajian 24
iv
1.4. Matlamat Kajian 1.5. Skop Kajian
1.6. Definasi Kajian
BAB 2 METODOLOGI PENYELIDIKAN
Sumber Pengumpulan Data 2.1 Data Primer
26 28 29
2.1.1 Soal Selidik 36
2.1.2 Pemerhatian 38
2.1.3 Kaedah Temuramah 39
2.2 Data Sekunder
2.2.1 Internet 40
2.2.2 Buku 40
2.3 Limitasi Kajian 41
2.4 Kesimpulan 42
BAB 3 HASIL DAPATAN KAJIAN
3.1 Pengenalan 3.2 Pemerhatian 3.3 Wawancara
3.4 Borang Soal Selidik
43 44 46 49 3.4.1 Peratus Responden Yang Mengetahui Kewujudan
Produk Makanan Organik Mengikut Jantina 49 3.4.2 Peratus Responden Mengikut Bangsa 50 3.4.3 Peratus Pengguna Produk Makanan Organik
Mengikut Jantina 51
V
3.4.4 Peratusan Produk Makanan Organik Yang Kerap Dibeli 52 3.4.5 Sebab-Sebab Menggunakan Produk Makanan Organik 53 3.4.6 Sumber Maklumat Mengenai Produk Makanan Organik 54 3.4.7 Ciri-Ciri Pembungkusan Yang Diminati 56 3.4.8 Elemen-Elemen Pembungkusan Yang Diminati 58
3.4.9 Ilustrasi Yang Digemari 59
3.5 Kesimpulan 61
BAB 4. CADANGAN
4.1 Pengenalan
4.2 Cadangan Produk 4.3 Permasalahan
66 66 68
4.4 Objektif 70
4.5 Matlamat Kajian 71
4.6 SWOT
4.6.1 `Strength' (Kekuatan) 73
4.6.2 `Weakness' (Kelemahan) 73
4.6.3 `Opportunity' (Peluang) 74
4.6.4 `Treats' (Ancaman) 74
4.7 Skop Kajian 75
4.8 Cadangan Terhadap Elemen Penting Rekabentuk
Pembungkusan Makanan Organik 58
4.8.1 Cadangan Jenis-jenis Pembungkusan 59
4.8.1.1 Cadangan 1 78
4.8.1.2 Cadangan 2 79
4.8.1.3 Cadangan 3 80
4.8.1.4 Cadangan Akhir 81
4.8.2 Cadangan Logo 83
vi
4.9 Cadangan Terhadap Kaedah Mempromosikan Produk
Makanan Organik 84
4.9.1 Cadangan 1 86
4.9.2 Cadangan 2 88
4.9.3 Cadangan 3 90
BAB 5 KESIMPULAN
BIBLIOGRAFI LAMPIRAN 1
Borang soal selidik
92
93 95
Vll
PENGHARGAAN
Alhamdulillah ke hadrat illahi di atas kurniaan-Nya, penyelidikan ini dapat disiapkan dalam masa yang telah ditetapkan. Projek serta penyelidikan bertajuk
"Elemen Rekabentuk Pembungkusan Makanan Organik" bukan sekadar memenuhi keperluan syarat kelulusan Ijazah Sarjana Muda (Kepujian) malah merupakan suatu pengalaman dari sudut yang berbeza serta memberi pengetahuan yang cukup berharga dalam mendalami bidang Senireka Grafik. Tajuk yang dipilih juga bukan sekadar untuk dinilai dari aspek rekabentuk tetapi juga dari aspek kemanusiaan yang jarang diberi perhatian.
Penyelidikan ini dapat disempurnakan atas usaha serta dorongan dan tunjuk ajar keluarga, para pensyarah serta rakan-rakan seperjuangan. Jutaan terima kasih yang tidak terhingga juga kepada mereka yang terlibat secara langsung ataupun tidak terutamanya kepada insan tercinta, Pn Ainon Binti Md Daris dan En. Haris
Fadzillah Bin Mustaffa, serta penyelia penyelidikan, Pn. Siti Shukhaila Shaharuddin. Terima Kasih.
Emy Zarith Binti Haris Fadzillah
VIII
ABSTRAK
Tujuan tesis ini adalah untuk mengkaji elemen-elemen penting dalam suatu rekabentuk pembungkusan makanan organik. Ini adalah untuk mengenalpasti perbezaan antara rekabentuk pembungkusan makanan biasa dengan pembungkusan produk makanan organik serta kepentingan pembungkusan dalam mempromosikan produk makanan kesihatan. Kajian juga dilakukan untuk mengenalpasti kaedah pembungkusan yang sesuai bagi Ulam-ulaman segar yang akan dipasarkan.
ix
ABSTRACT
The purpose of this study is to focus on the emphasis of elements of organic food packaging design. It is to differ the elements of packaging between organic food and non-organic food and also to identify the role of packaging used to promote the product. This also includes the study on materials that can be used in designing packaging for fresh ulam.
X
BAB 1
PENDAHULUAN
1.1 Pengenatan
1.1.1. Pembungkusan
1.1.1.1 Sejarah Pembungkusan
Dahulunya, pembungkusan adalah bertujuan untuk memudahkan proses penjualan, pembelian dan penggunaan produk. Sebelum tahun
1800, pembungkusan adalah terhad kerana kebanyakannya direka bertujuan untuk memberi perlindungan dan pengawetan yang minimum untuk proses penghantaran barang melalui kapal laut. Contohnya, beg yang digunakan untuk membungkus barangan dapur, terkenal pada tahun
17 Masihi tetapi tidak pada tahun 19 Masihi kerana mesin pembuatan beg yang lebih praktikal telah dicipta. Pada ketika itu, terciptanya pelbagai jenis pembungkusan seperti tin yang diperbuat daripada logam (1810),
kotak mudah pasang (1844), kotak kadbod yang boleh dilipat (1879), dan mesin botol Owens (1899). Pada awal tahun 20 Masihi, pembungkusan yang bertujuan untuk pasaran pengguna mula mengalami evolusi.
1
Penjenamaan, kualiti, penyimpanan serta pengendalian, dan point-of- purchase untuk tujuan mempamerkan produk mula menjadi keutamaan.
Di penghujung Perang Dunia Ke-2, pembungkusan menjadi medium utama untuk tujuan periklanan dan pemasaran. Pada tahun-tahun sebelum itu, pengguna menegaskan bahawa pembungkusan hendaklah mempunyai informasi mengenai nutrisi, harga unit, dan kandungan. Fair Packaging and Labeling Act of 1966 memberi Food and Drug Administration kuasa untuk menentukan spesifikasi yang perlu ada pada
sesuatu pembungkusan: Nutrition Labeling Act pada tahun 1990 menetapkan bahawa pembungkusan hendaklah mengandungi lebih banyak maklumat nutrisi. Ini memaksa syarikat-syarikat untuk melakukan pelabelan semula pada produk-produk mereka iaitu sebanyak 70 peratus daripada produk makanan yang terdapat di pasaraya-pasaraya.
Kesedaran terhadap alam sekitar telah menyebabkan wujudnya peraturan terhadap pembungkusan tertentu (terutamanya botol dan tin) yang dapat dikitar semula. Pengilang-pengilang pembuatan pembungkusan mula mengembangkan dan menggunakan material pembungkusan yang dapat mengurangkan kesan kerosakan terhadap alam
2
sekitar serta membantu dalam pemuliharaan dan pemeliharaan alam
semulajadi. '
I http: //columbia. thefreedictionary. com/Packaging+and+labelling
3
1.1.1.2 Rekabentuk Pembungkusan
Rekabentuk pembungkusan dapat dilihat melalui beberapa aspek:
1. Untuk memberi perlindungan kepada isi kandungan sesuatu pembungkusan.
2. Sebagai medium untuk tujuan mempromosikan kebaikan dan kandungan produk.
3. Memberi maklumat dan informasi kepada pengguna.
Rekabentuk pembungkusan pada masa kini memainkan peranan yang sangat penting kepada sesuatu produk yang dipasarkan iaitu bertindak memberi perlindungan terhadap produk tersebut bermula daripada proses pembungkusan, penghantaran, semasa dipamerkan di pasaraya, pembelian, sehinggalah produk tersebut digunakan oleh pengguna. Perlindungan maksimum dapat diberikan kepada produk dengan wujudnya teknologi pembungkusan pada hari ini sama ada dari segi rekabentuk, penggunaan material yang sesuai, penyusunan, kaedah yang digunakan semasa mempamerkan produk dan sebagainya.
4
Sesuatu pembungkusan itu juga bertindak memberikan informasi kepada pengguna. Informasi tersebut termasuklah fakta nutrisi, berat bersih, tarikh luput, kaedah penggunaan produk, kandungan, kaedah penjagaan, latar belakang produk, keistimewaan produk, label-label ataupun logo-logo pengikhtirafan kualiti
produk, jenama produk, syarikat pengeluar dan maklumat mengenai kilang pengeluar bergantung kepada jenis produk yang ingin dipasarkan.
Pembungkusan yang telah direka dengan teliti mampu untuk menampung jangka hayat sesuatu produk. Jangka hayat sesuatu produk bermula apabila produk tersebut mula dibungkus (samada menggunakan tangan mahupun dihasilkan dikilang), dalam perjalanan ke tempat penjualan, kepada perjalanan ke tempat produk digunakan dan akhirnya, setelah produk digunakan dan bagaimana
ianya memberi kesan kepada persekitaran.
Dalam setiap peringkat jangka hayat sesuatu pembungkusan itu mempunyai keperluan yang berbeza: melindungi isi kandungan produk, membantu dalam penjualan produk, dan memberi maklumat dalam menggunakan sesuatu produk kepada pengguna.
5
Pada masa kini, aspek yang perlu ditekankan dalam sesuatu rekabentuk pembungkusan adalah point of sale iaitu pembelian kerana pada masa kini, kita perlu memikirkan kepentingan dari sudut pandangan pengguna daripada kepentingan pihak pengilang.
Perkara utama yang paling penting, sesuatu pembungkusan hendaklah dapat menarik perhatian semasa berada di point of purchase (di tempat pembelian). Menurut beberapa kajian yang telah dijalankan, sesuatu pembungkusan yang dijual mempunyai masa tidak lebih daripada 3 saat untuk menarik perhatian seseorang pengguna tersebut.
Terdapat tidak kurang daripada 10,000 pembungkusan yang berlainan untuk dipilih di hampir kesemua pasaraya-pasaraya termasuklah pembungkusan produk makanan dan pembungkusan bukan produk makanan. Cabaran utama kini adalah untuk mereka bentuk pembungkusan yang akan menonjol di kalangan produk- produk lain yang terdapat di pasaran. 2
2 Jonathan Sands, About : Packaging Design, March 14,2005 www. designcouncii. org. uk/webdav/hannonise
6
1.1.1.3 Kepentingan Pembungkusan Dan Label
1. Perlindungan fizikal terhadap produk
Produk yang diletakkan di dalam sesuatu pembungkusan perlu
dilindungi daripada kerosakan akibat keadaan sekitar seperti hujan, panas, cahaya matahari, sejuk, tekanan, dan akibat mesin yang dikendalikan secara automatik.
2. Agglomeration
Kebanyakan daripada objek-objek kecil akan dibungkus dengan jumlah yang banyak untuk memudahkan pengendalian. Contohnya, 1000
batang pensil yang diikat bersama-sama lebih mudah untuk diurus berbanding 1000 batang pensil yang diletakkan berasingan. Sebagai alternatif, produk yang perlu dibeli dengan jumlah yang banyak (seperti garam) boleh dibungkus dengan kadar yang tertentu untuk kemudahan pengguna.
3. Transmasi informasi
Informasi mengenai cara-cara penggunaan, pengangkutan, atau pun kaedah pelupusan selalunya akan dinyatakan pada sesuatu pembungkusan. Contohnya, produk-produk kesihatan mementingkan informasi-informasi tertentu. Keperluan label pada produk pengguna
7
menggalakan urusan jual-beli mengikut kaedah yang betul dan dapat mengelakkan berlakunya masalah seperti elergi. Ini telah menjadi kemestian dihampir kesemua negara-negara membangun terutamanya terhadap produk makanan, contohnya seperti daging `gred A'.
4. Pemasaran
Pembungkusan dan label boleh diguna pakai bagi tujuan pemasaran.
Pemasaran adalah istilah yang digunakan bagi sebarang aktiviti yang melibatkan pengurus produk dan pengguna. 3
3 Jonathan Sands, What Is Design, March 14,2005 www. designcouncil. org. uk/webdav/harmonise
8
1.1.2 Latar Belakang Makanan Organik dan Cara Pembuatannya
Makanan organik juga dikenali sebagai makanan kesihatan kerana kaedah pemprosesannya yang ash dan tidak menggunakan bahan pengawet, pewama dan perisa tambahan. Proses penghasilan makanan organik bermula pada peringkat pertama termasuklah proses pembiakan haiwan temakan dan proses penanaman sayur-sayuran dan buah-buahan yang digunakan dalam penghasilan makanan organik.
Haiwan-haiwan yang diternak seperti lembu, kambing, ayam dan sebagainya tidak disuntik dengan vaksin-vaksin untuk tujuan penyuburan tetapi sebaliknya haiwan-haiwan temakan tersebut diberi makanan yang berkhasiat dan air semulajadi untuk tujuan tumbesaran. Sayur-sayuran dan buah-buahan yang ditanam juga tidak disembur dengan sebarang racun.
Hanya baja asli organik sahaja yang digunakan bagi tujuan pertanian.
Ini adalah untuk memastikan keaslian dan kebersihan makanan yang diproses tanpa pencemaran bahan kimia. Secara umumnya, makanan organik mula diperkenalkan di negara-negara barat dan kini telah mula dikenali di kalangan rakyat Malaysia. Ini adalah hasil kesedaran mengenai penjagaan kesihatan tubuh badan yang bermula daripada amalan pemakanan yang sihat.
"You are what you eat" adalah pepatah yang sering digunakan di kalangan pengamal-pengamal kesihatan dan pengguna.
9
1.1.3. Pembungkusan Produk Makanan Organik
Dalam proses penghasilan sesuatu rekabentuk pembungkusan produk makanan organik lebih rumit dan perlu melalui prosedur-prosedur tertentu berbanding dengan pembungkusan produk makanan yang biasa. Ini kerana rekaan tersebut haruslah mengikut piawaian yang telah ditetapkan oleh perbadanan yang berkuasa memberi pengikhtirafan organik kepada sesuatu produk itu.
Di Malaysia, perbadanan ini dikenali sebagai Skim Organik Malaysia (SOM) yang diperkenalkan pada tahun 2002 di bawah Kementerian Pertanian Malaysia. Kementerian tersebut telah mengeluarkan garis panduan yang telah berkuatkuasa mulai 2 Januari 2003. Garis panduan ini meliputi semua aspek
secara terperinci tentang penghasilan dan pemprosesan produk makanan organik iaitu Malaysian Standard 1529: 2001 "The Production, Processing, Labeling And Marketing Of Plant-Based Organically Produced Foods ".
Dengan wujudnya pengikhtirafan ini, produk makanan organik Malaysia secara tidak langsung telah dinaikkan taraf ke peringkat antarabangsa kerana terjamin kualiti produknya dan secara tidak langsung dapat meyakinkan pelanggan terhadap kualiti produk makanan organik keluaran Malaysia.
Produk makanan organik yang dihasilkan di Malaysia hendaklah mendapatkan pengiktirafan dan mempamerkan logo organik yang diikhtiraf
10
oleh SOM sebelum dipasarkan. Garis panduan ini meliputi setiap aspek pembuatan produk makanan termasuklah darf segi rekabentuk label clan material pembungkusan yang perlu diambil berat dalam setiap rekaan pembungkusan produk ini.
Logo Pengikhtirafan Produk Makanan Organik SOM
1.1.3.1 Pembungkusan
Secara amnya. pembungkusan produk makanan organik dapat meminimakan kesan negatif terhadap produk makanan dan alam semulajadi.
Antara saranan SOM adalah dengan meminimakan penggunaan material di dalam rekabentuk pembungkusan dan mengelakkan daripada menggunakan pembungkusan yang tidak perlu. Rekabentuk pembungkusan hendaklah menggunakan material yang telah dikitar semula, diguna pakai semula, dapat dikitar semula dan material yang dapat reput dan mesra alam. Berikut adalah jadual garis panduan penggunaan material di dalam rekabentuk
pembungkusan produk makanan organik:
ii
RECOMMENDED (DISARANKAN)
PERMITTED
(DIBENARKAN)
RESTRICTED (DIHADKAN)
PROHIBITED (DIILARANG)
A full environmental audit for packaging Returnable outers and bulk containers
A deposit scheme for cans and bottles
Recycled outer packaging indicated as such
Single layer, single substance recyclable packaging
Bulk packaging at retail outlets for self selection
Unbleached paper and cardboard Glass
Paper and Cardboard
Polyethylene and polypropylene films Plastic containers
Modified atmosphere packaging films Plastic & hessian nets and sacks
Wax coatings
Wood (used containers), Styrofoam
Expanded polystyrene using Chloro Flouro Carbons (CFCs)
PVC (Polyvinyl Chloride) Lead
Packaging materials, and storage containers, or bins that contain a synthetic fungicide, preservative, or fumigant .
12
1.1.3.2 Label
Secara amnya. label pemhungkusan produk makanan organik haruslah jelas dan tidak meragukan supaya untuk mengelakkan sebarang kekeliruan terhadap status produk clan label tersebut hendaklah memberi informasi secara maksimum kepada pengguna. Label tersebut pula terbahagi kepada 100 peratus produk organik atau hanya dikenali sebagai produk organik sahaja.
Logo produk
Kaedah
penggunaan
Syarikat pengeluar Logo
mengikhtiraf
produk organik
Logo
mengiktir organik
Maklumat tanpa qula
Tanda harga
13