• Tidak ada hasil yang ditemukan
N/A
N/A
Nguyễn Gia Hào

Academic year: 2023

Membagikan "email : [email protected] or [email protected] "

Copied!
8
0
0

Teks penuh

(1)

BERITA HARIAN Cik Jamia 019-221 9173

email : [email protected] or [email protected]

1. Monsun Timur Laut yang sedang berlaku sekarang.

Malaysia sedang mengalami musim monsun timur laut yang lazimnya bermula pada pertengahan November dan berakhir pada awal Mac. Musim ini dicirikan oleh angin yang bertiup secara tetap dari arah timur laut. Semasa tempoh musim ini, negeri-negeri di pantai timur Semenanjung, kawasan pantai Sarawak dan pantai timur Sabah akan mengalami beberapa episod hujan lebat menyeluruh yang berterusan selama dua hingga tiga hari akibat luruan monsun. Untuk kes cuaca yang ekstrem, episod hujan lebat yang menyeluruh ini boleh bertahan selama tiga hingga lapan hari. Sebanyak empat hingga lima episod hujan lebat akan berlaku dalam masa yang berlainan di kawasan-kawasan tersebut semasa musim ini. Ekoran episod-episod hujan lebat ini boleh menyebabkan kemungkinan berlakunya banjir di kawasan-kawasan tersebut. Walau bagaimanapun, terdapat beberapa hari cuaca yang baik iaitu samada tiada hujan atau dengan hujan yang sedikit yang akan berlaku di antara episod-episod hujan lebat tersebut.

Pada awal musim monsun timur laut (November hingga Januari), cuaca yang lebih lembap lazimnya berlaku terutamanya di pantai timur Semenanjung. Episod

(2)

akan beranjak ke selatan di mana hujan monsun yang lebat lazimnya berlaku di kawasan timur negeri Pahang dan Johor pada bulan Disember dan awal Januari.

Bagi negeri Sarawak dan Sabah, semasa pertengahan musim monsun timur laut (Januari hingga Februari), keadaan cuaca di bahagian barat dan tengah Sarawak serta bahagian utara dan timur Sabah lazimnya adalah lebih lembap berbanding dengan tempoh awal musim monsun timur laut (November hingga Disember). Bagaimanapun, cuaca yang lebih kering secara relatifnya berlaku di Sarawak dan Sabah pada Mac iaitu semasa akhir musim monsun timur laut.

Rajah 1: Peristiwa Luruan Monsun

(3)

2. Episod banjir yang baru berlalu

Keadaan hujan monsun yang bermula di kawasan pantai Kelantan dan Terengganu pada 5 November 2009 pukul 6:30 pagi mula merebak ke Utara Perak, Kedah dan Perlis berlarutan hingga 6 November 2009. Keadaan ini menyebabkan banjir di Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis. Hujan monsun ini disebabkan oleh kejadian musim sejuk yang lebih awal di tanah besar China dan Siberia.

Gambar satelit menunjukkan kawasan-kawasan yang menerima hujan lebat (kawasan berwarna merah dengan warna putih di bahagian dalam) pada 5 November 2009 hingga 6 November 2009.

5 November 2009 6:30 pagi 5 November 2009 8:30 pagi

(4)

3. Fenomena yang mempengaruhi cuaca di Malaysia

Antara fenomena yang mempengaruhi cuaca di Malaysia adalah fenomena El Nino dan La Nina.

Apa itu El Niño?

Setiap tiga hingga tujuh tahun, arus perairan lautan yang panas akan menggantikan arus perairan yang lazimnya sejuk di luar pantai Peru, Amerika Selatan. Fenomena lautan ini dikenali sebagai El Niño. Kini, telah diketahui bahawa pemanasan ini merangkumi kawasan yang lebih luas yang meliputi Lautan Pasifik tengah serta Pasifik timur dan mempunyai kaitan dengan keadaan cuaca luar biasa di kawasan-kawasan berlainan di dunia seperti banjir yang teruk dan kemarau yang berpanjangan. Keadaan-keadaan lebih kering daripada normal berlaku di Asia Tenggara, Indonesia dan Australia sementara di Pasifik tengah dan timur berhampiran khatulistiwa mengalami keadaan lembap yang luar biasa.

Bagaimana El Niño mempengaruhi atmosfera

Semasa tempoh El Niño, perairan yang lebih panas di Pasifik tengah dan timur akan membekalkan haba dan lembapan tambahan kepada ruangan atmosfera terdekat. Ini mendorong pergerakan ke atas yang kuat dan seterusnya merendahkan tekanan permukaan di kawasan tersebut. Udara lembap yang naik akan terpeluwap lalu membentuk awan ribut dan hujan lebat di kawasan tersebut. Secara relatifnya, tekanan atmosfera akan meningkat dan menyebabkan cuaca yang lebih kering di bahagian barat Pasifik termasuk Malaysia.

(5)

Rajah di atas menunjukkan tekanan permukaan atmosfera rendah (L) terletak dalam permukaan perairan lautan yang lebih panas.

Semasa tempoh keadaan normal (ketiadaan El Niño), tekanan permukaan di Pasifik barat lazimnya rendah manakala tekanan tinggi di tengah dan timur Pasifik. Di bawah keadaan ini, Pasifik barat pada amnya lembap dan Pasifik tengah serta timur pada amnya kering.

Corak tekanan permukaan yang berselang-seli ini di Lautan Pasifik tropika akan

120o T 80o B

Keadaan El Niño

Khatulistiwa

Keadaan Normal

Khatulistiwa

Arus Perolakan

(6)

Apa itu La Niña?

Kadangkala, suhu permukaan laut di Pasifik tengah dan timur akan menjadi jauh lebih rendah daripada biasa. Fenomena ini dikenali sebagai La Niña – keadaan yang sebaliknya dari EL Niño). Dalam keadaan ini, tekanan atmosfera permukaan di kawasan khatulistiwa Pasifik barat akan berkurangan menyebabkan pembentukan awan yang lebih banyak dan hujan lebat di kawasan tersebut.

Semasa keadaan La Nina, tekanan atmosfera yang tinggi (H) terbentuk di Pasifik tengah dan timur manakala tekanan rendah (L)

terletak ke arah Pasifik barat.

Impak El Nino di Malaysia

El Niño sederhana atau kuat akan mengakibatkan Malaysia Timur menerima jumlah hujan yang melebihi keadaan biasa semasa musim monsun barat daya (Jun-Ogos) dan monsun timur laut (November-Februari). Manakala Semenanjung Malaysia akan menerima jumlah hujan yang melebihi keadaan biasa semasa musim monsun barat daya (Jun-Ogos).

Keadaan La Nina

Khatulistiwa

(7)

Keadaan El Nino yang lemah akan memberi impak yang minimum kepada jumlah hujan di Malaysia. Tambahan pula, jumlah hujan di bawah atau di atas nilai purata boleh juga diterima pada tahun-tahun biasa. Bagi mengetahui lebih lanjut mengenai fenomena ini bolehlah layari laman web JMM di www.met.gov.my.

Pada tahun ini, keadaan El Nino lemah yang sedang berlaku dijangka menjadi sederhana dari Disember 2009 - Mei 2010. El Nino dijangka menyebabkan keadaan cuaca lebih kering di Sabah (~ 20% di bawah paras purata) dan Sarawak Utara (10 – 20% di bawah paras purata).

(8)

4. Peringkat-Peringkat Amaran

Ada dua jenis amaran yang digunapakai oleh Jabatan Meteorologi Malaysia untuk musim tengkujuh iaitu amaran hujan lebat dan amaran angin kencang dan laut bergelora. Jadual 1 menunjukkan tiga peringkat amaran hujan lebat iaitu kuning, jingga dan merah. Sementara itu, Jadual 2 menunjukan 3 peringkat amaran angin kencang dan laut bergelora.

Jadual 1: Kriteria Amaran Hujan Lebat

Jadual 2: Kriteria Amaran Angin Kencang dan Laut Bergelora

Referensi

Dokumen terkait

Objective: This study use to determine the relationship between allergic rhinitis and quality of life among students of the Faculty of Medicine, Universitas Sumatera

[r]