• Tidak ada hasil yang ditemukan

ENGLISH LANGUAGE ENHANCEMENT FOR RURAL SCHOOLS (ELERS)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "ENGLISH LANGUAGE ENHANCEMENT FOR RURAL SCHOOLS (ELERS)"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

ENGLISH LANGUAGE ENHANCEMENT FOR RURAL SCHOOLS (ELERS)

Program Khidmat Masyarakat “English Language Enhancement for Rural Schools (ELERS)” merupakan satu projek khidmat masyarakat merupakan kerjasama antara Akademi Pengajian Bahasa (APB) UiTM Cawangan Negeri Sembilan, Pejabat Pendidikan Daerah Kuala Pilah, Pejabat Pendidikan Daerah Seremban, Pejabat Pendidikan Daerah Rembau dan empat buat sekolah menengah yang terpilih di setiap daerah. Objektif program ini diadakan adalah untuk memperkenalkan pembelajaran Bahasa Inggeris melalui kaedah santai dan menyeronokkan. Program ini juga membantu pelajar-pelajar untuk meningkatkan keyakinan pelajar untuk melibatkan diri dalam aktivit Bahasa Inggeris seterusnya dalam bertutur Bahasa Inggeris.

Disamping itu, program ini juga bertujuan untuk mengikis persepsi bahawa Bahasa Inggeris sukar untuk dikuasai serta membantu pelajar untuk memupuk kemahiran kepimpinan dan juga semangat kerjasama berkumpulan dalam kalangan pelajar.

N U R H A K I M A H B I N T I M D S A L L E H U D D I N F A T I N A L I Y A H B I N T I H A S S A N

(2)

Pada peringkat awal perancangan, program ini akan dijalankan bermula dari bulan Mac 2020 hingga ke bulan Ogos 2020. Akan tetapi, dengan berlakunya Pandemik Covid – 19 yang telah melanda di seluruh dunia, program ini hanya dapat dijalankan dalam bulan mac sahaja dengan beberapa aktiviti yang telah dilaksanakan bersama pihak sekolah. Antara sekolah di daerah Seremban yang terlibat adalah SMK Seremban Tiga, SMK Mambau, SMK Tunku Ampuan Durah dan SMK Warisan Puteri. Pihak APB UiTMCNS Kampus Seremban telah mengadakan beberapa sesi lawatan ke sekolah-sekolah yang terpilih. Lawatan pertama telah dijalankan pada minggu terakhir bulan Februari 2020 ke sekolah- sekolah yang terpilih adalah berbentuk sesi perkongsian maklumat dan perbincangan pelaksanaan program ELERS. Seterusnya, pada 11 Mac 2020, lawatan susulan telahan diadakan oleh pensyarah-pensyarah APB dan pelajar-pelajar UiTMCNS Kampus Seremban ke sekolah-sekolah bagi menjalankan latihan pertama untuk Choral Speaking dan English Drama bersama pelajar-pelajar sekolah.

(3)

Lawatan ini telah membuka peluang kepada pihak UiTM khususnya Cawangan Negeri Sembilan untuk menjalinkan kerjasama bersama pihak sekolah seterusnya dapat memberi sumbangan dalam bentuk kemahiran dan kepakaran kepada masyarakat setempat. Pada waktu yang sama, lawatan ini juga telah mendedahkan pelajar-pelajar UiTMCNS khususnya Kampus Seremban untuk bersama-sama turun padang bagi melatih pelajar- pelajar sekolah dengan dipantau oleh pensyarah-pensyarah APB.

Hal ini bukan sahaja dapat mengeratkan silaturahim antara pelajar dan pensyarah UiTMCNS, malah ia juga telah membuka minda dan memberi pengalaman secara langsung kepada pelajar dalam mempraktis bakat kepimpinan serta mengilap kreativiti mereka. Seterusnya hal ini dapat menjadi nilai tambah dalam diri pelajar-pelajar UiTM sebagai persediaan mereka untuk menempuah alam pekerjaan juga memupuk semangat untuk menyumbang kepada masyarakat dan negara.

Referensi

Dokumen terkait

English Listening Materials Using Task- Based Language Teaching for the Seventh Grade Students of SMPN 2 Yogyakarta.. Yogyakarta: English Language Education Study Program, Department

A thesis of Cultural Study Faculty, English Language Education Program of English Language Department.. Malang:

2 | 196 TEACHERS’ BELIEFS IN DEVELOPING ENGLISH MATERIALS FOR VOCATIONAL SCHOOLS Banun Havifah Cahyo Khosiyono English Education, Graduate School, Sarjanawiyata Tamansiswa

Based on the statements above, the writer concludes that the reasons underlaying the English language teaching at elementary schools are: 1 communicative competence develops rapidly

© Daffodil International University i Internship Report On The Present Scenario of English Language Teaching In Bangladeshi Schools Submitted by: Noushin Nower Solvi ID:

POSSIBLE REASONS FOR THE GOVERNMENT TO REVIVE ENGLISH LEARNING IN INDONESIAN PRIMARY SCHOOLS English should be introduced as an international language from the golden age The 2013

The document is an English language learning exercise for students of basic English, covering vocabulary and simple sentence

Reading Passage for English Language Exam on Environmental Action and Student