• Tidak ada hasil yang ditemukan

4 fajuk : I'tiI! \I: \S Kaih : \nuI'rrAt IMIu'tri

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "4 fajuk : I'tiI! \I: \S Kaih : \nuI'rrAt IMIu'tri"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Surat Lhahar: l. ltusan Borneo I luri/Tari I. h: 301 1 1/? O1 ?

11u1. a `urat: 4

fajuk : I'tiI! \I: \S Kaih : \nuI'rrAt IMIu'tri All' ('CntCrIan" I'rhin Sri \1\\': \

UNIMAS raih Anugerah Industri Air Cemerlang Pehin Sri MWA

KUCHING: Universiti Ma- laysia Sarawak (UNIMAS) dianugerahkan Anugerah Industri Air Cemerlang Pe- hin Sri oleh Persatuan Air Malaysia (MWA) pada 28 November lalu sempena

Pameran Air Sisa dan Air Borneo di sini.

Anugerah itu diberikan sebagai mengiktiraf output penyelidikan yang dibuat oleh Pusat Kecemerlangan Penye- lidikan Air (CWR) UNIMAS.

Menurut Pengarah CWR Unimas Prof Dr Lau Seng, CWRditubuhkandalaminstitut

Biodiversiti dan Pemuliharaan Alam Sekitar di UNIMAS sejak dua dekad lalu untuk menerajui penyelidikan dalam bidang air dan sumber air.

"Kerja penyelidikanitu meli- puti perkara seperti kualiti air sungai dan tasik di Sarawak, pencemaranair, rawatanair sisa dan pengurusan sumber air.

"Anugerah ini adalah sebagai pengiktirafan terhadap kerja penyelidikan dan ilmu peng- etahuan baharu yang dihasilkan

UNIMAS, " kata Lau.

Tambah beliau, ia merupakan satu penghormatan bagi UNI- MAS khususnya bagi CWR untuk menerima pengiktirafan sedemikian dan ini akan men- dorong mereka untuk berusaha dengan lebih gigih lagi.

Sekarang, katanya, UNIMAS

sedang mengusahakan perawa- tan sisa buangan ladang kelapa sawit untuk mencapai sistem kumbahan sifar yang lestari clan mesra alain.

"UNIMAS mengalu-alukan kerjasama clan juga pelabur untuk membiayai kerja penye- lidikan, " katanya.

Berhubung perkara lain, Lau berkata UNIMAS turut menjalankan penyelidikan

berhubung pengurusan sumber air bersepadu (IWRM) dengan

harapan memajukan model pengurusanlembah sungai yang mapan di Sarawak.

"Sarawak diharap akan memiliki sumber air yang diurus dengan baik dan dapat mengelak krisis air seperti yang dihadapi negara lain, "

jelas behau.

Terdahulu, Lau mewakili CWR UNIMAS menerima Anugerah Industri Air Cemer-

lang Pehin Sri yang disampaikan oleh Menteri Muda Kemuda- han Awam (Bekalan Air) Datuk

Sylvester Entrie Muran, pada majlis makan malam di sini, kelmarin.

Anugerah turut merangkumi hadiah wang tunai RM 10,000, sijil clan cenderamata.

Hadir sama ialah Setiausaha Tetap Kementerian Kemuda- han Awam Ubaidillah Abdul Latip dan Presiden MWA Ahmad Zahdi Jamil.

11

TAHNIAH: Entrie (dua kanan) menyampaikan cekkepada Lau (dua kiri) sambil disaksikan Ubaidillah (kanan) dan Ahmad.

Referensi

Dokumen terkait

MAM sponsors UNIMAS student to China BY HENRY SIYU MUKAH: Melanau Association of Mukah MAM recently spon- sored a Universiti Malaysia Sarawak UNIMAS student who was involved in an