• Tidak ada hasil yang ditemukan

Filem 18 Puasa di Kampong Pisang raih RM3 juta

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Filem 18 Puasa di Kampong Pisang raih RM3 juta"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

Headline Filem 18 Puasa di Kampong Pisang raih RM3 juta Language Malay

Media Title BH Section/Page No Selebriti

Date 25 April 2021 Journalist Serimah Mohd Sallehuddin

Source https://www.bharian.com.my/hiburan/selebriti/20 21/04/810625/filem-18-puasa-di-kampong-pisang- raih-rm3-juta

Remarks Filem Malaysia

Filem 18 Puasa di Kampong Pisang raih RM3 juta

Oleh Serimah Mohd Sallehuddin - April 25, 2021 @ 8:26pm

[email protected]

Filem 18 Puasa di Kampong Pisang adalah hasil gabungan dua karya ‘masterpiece’ Mamat iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa. Foto IG Astro First

KUALA LUMPUR: Selepas 10 hari ditayangkan di Astro First, filem 18 Puasa di Kampong Pisang arahan sutradara terkenal, Mamat Khalid meraih kutipan RM3 juta.

Filem hasil gabungan dua karya 'masterpiece' Mamat iaitu Kampong Pisang dan 16 & 17 Puasa itu mencatat rekod sebagai filem tempatan paling laris di Astro First, tahun ini.

Astro First dalam kenyataannya menyebut, sambutan hangat penonton mengembalikan keyakinan ramai terutama peminat filem Melayu untuk terus menyokong karya tempatan.

(2)

Mengulas kejayaan filem garapannya meraih kutipan tinggi, Mamat berterima kasih kepada penonton yang memberi sambutan baik terhadap 18 Puasa di Kampong Pisang.

"Alhamdulillah, biarpun tayangan filem 18 Puasa Di Kampong Pisang dalam era normal baharu, namun, atas sambutan positif penonton, filem ini mampu mencatatkan kutipan sebanyak itu dalam tempoh 10 hari.

Filem 18 Puasa di Kampong Pisang merekodkan kutipan RM3 juta selepas 10 hari ditayangkan di Astro First. Foto IG Astro First

"Insya-Allah, nantikan karya seterusnya tayangan eksklusif di Astro," katanya dalam kenyataan.

18 Puasa Di Kampong Pisang mengisahkan sekumpulan penduduk Kampong Pisang masih melakukan kemungkaran pada bulan Ramadan.

Ketika Barkoba menikmati makanan di siang hari dalam semak samun, tiba-tiba berlaku satu insiden. Dia didatangi iblis dan membawa Barkoba kembali ke masa silam untuk mengimbau setiap tindak tanduk kesalahan yang dilakukan sepanjang hidupnya.

Antaranya, Barkoba mengabaikan zakat, menganiaya orang lain, mengajak melakukan kemungkaran serta menyebabkan kecederaan dan kematian Kiambang.

Selain Bell Ngasri, filem ini turut dibintangi Siti Elizad, Joey Daud, Man Raja Lawak, Jaafar Onn, Aziz M Osman dan ramai lagi.

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Referensi

Dokumen terkait