• Tidak ada hasil yang ditemukan

FINAS telus salur Dana Filem Kenegaraan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "FINAS telus salur Dana Filem Kenegaraan"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

FINAS telus salur Dana Filem Kenegaraan

Oleh Farihad Shalla Mahmud - Mei 18, 2021 @ 11:00am [email protected]

U-Wei mempersoalkan kegagalan filem Wangi Jadi Saksi memperoleh Dana Filem Kenegaraan daripada FINAS selepas sesi ‘pitching’, Mac lalu. Foto IG U-Wei Shaari

KUALA LUMPUR: Pengerusi Perbadanan Kemajuan Filem Nasional Malaysia (FINAS), Zakaria Abdul Hamid menafikan dakwaan wujud unsur tidak sihat dalam pemilihan penerbit yang layak mendapatkan geran Dana Filem Kenegaraan.

Zakaria berkata, setiap permohonan dinilai secara telus panel bebas yang berwibawa dan perlu menepati kriteria yang ditetapkan berdasarkan situasi semasa.

"Bagi tahun ini, kita terima 70 permohonan. Mereka (penerbit) tampil dengan pelbagai idea kreatif merangkumi terjemahan masing-masing mengenai filem kenegaraan.

"Berikutan dana yang diperuntukkan hanyalah RM20 juta untuk tahun ini, maka, proses pemilihan dibuat cukup ketat.

"Hanya filem yang dirasakan sesuai dan mengikut kriteria dikehendaki akan terpilih.

(2)

Zakaria menegaskan pemilihan filem yang layak mendapat Dana Filem Kenegaraan dibuat mengikut prosedur dan telus. Foto Ihsan FINAS

"Contohnya, berikutan tahun ini ada penganjuran Sukan Olimpik Tokyo 2020, maka kita mencari filem yang mengetengahkan tema sukan untuk dihasilkan," katanya kepada BH Online.

Zakaria mengulas surat ditulis pengarah prolifik, U-Wei Saari, 67, yang mempersoalkan mengapa filem kenegaraan Wangi Jadi Saksi yang dibentangkan bagi tujuan 'pitching' Dana Filem Kenegaraan, tidak diluluskan FINAS.

Melalui surat itu, U-Wei menuntut penjelasan Ketua Pegawai Eksekutif FINAS, Ahmad Idham Ahmad Nadzri berhubung perkara itu.

Zakaria menjelaskan FINAS mengamalkan sikap profesional dan rasional dalam membuat keputusan terutama urusan membabitkan industri.

"Dakwaan U-Wei tidak benar sama sekali.

"Tidak timbul langsung isu pilih kasih atau yang membabitkan soal peribadi seperti yang didakwanya.

"Kami di FINAS menjalankan tugas berdasarkan peraturan ditetapkan. Tiada sebarang muslihat dalam sebarang keputusan dibuat.

"Justeru, perkara ini tidak perlu dijadikan polemik," katanya.

(3)

Zakaria berkata, filem Wangi Jadi Saksi yang dibentangkan U-Wei pada sesi 'pitching' membawa naskhah epik yang berlatar belakangkan zaman kesultanan Melayu Melaka.

"Mungkin karyanya itu tidak sesuai untuk tahun ini. Namun, itu tidak bermakna ia tidak bagus.

"U-Wei masih boleh membuat permohonan pada masa akan datang kerana tema yang ditonjolkan itu dianggap 'tidak lapuk dek hujan dan tidak lekang dek panas'.

"Manalah tahu tahun depan kita mencari tema yang sesuai dengan naskhah yang diketengahkan U-Wei... Boleh juga kita gunakan," katanya.

Dalam perkembangan berkaitan, Zakaria menasihatkan penerbit yang ingin memohon Dana Filem Kenegaraan agar tidak mengharapkan geran itu menampung keseluruhan bajet pembikinan karya mereka.

"Dana Filem Kenegaraan bukan seperti Skim Insentif Tayangan Filem Cereka (ITFC) kerana jumlah peruntukan yang disediakan sangat terhad iaitu RM20 juta.

"Kita hanya boleh beri kepada enam filem berbanding ITFC yang diagihkan kepada 65 filem.

"Lagipun, kos pembikinan filem patriotik sangat tinggi berbanding filem cereka.

"Saya yakin, jika sesebuah filem itu bagus dan berkualiti, pasti ramai yang mahu menaja.

"Jadi, janganlah mengharapkan dana kerajaan semata-mata untuk menampung kos keseluruhan pembikinan filem patriotik itu," katanya.

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Referensi

Dokumen terkait

me©bvg I wµqvc`¸wji †Kv‡bv iƒcvšÍi Ki‡Z bv cvi‡j - AMªMwZ cÖ‡qvRb... welqe¯‘i mwVKZv _vK‡jI avivevwnKZvi Afve

me©bvg I wµqvc`¸wji †Kv‡bv iƒcvšÍi Ki‡Z bv cvi‡j - AMªMwZ cÖ‡qvRb... welqe¯‘i mwVKZv _vK‡jI avivevwnKZvi Afve