• Tidak ada hasil yang ditemukan

Fokus Penilaian Alternatif (PALT) Sains Kejuruteraan (Focus of Engineering Science Alternative Assessment (PALT))

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Fokus Penilaian Alternatif (PALT) Sains Kejuruteraan (Focus of Engineering Science Alternative Assessment (PALT))"

Copied!
5
0
0

Teks penuh

(1)

Fokus Penilaian Alternatif (PALT) Sains Kejuruteraan (Focus of Engineering Science Alternative Assessment (PALT))

Fatma Azura Mamat1*

1 Politeknik Kuching Sarawak, Kuching, Sarawak

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 February 2023 | Published: 1 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.4

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Fokus Penilaian Alternatif (PAlt) sains kejuruteraan adalah merupakan bengkel penguasaan topik-topik kursus sains kejuruteraan di Politeknik Kuching Sarawak. Kajian ini bertujuan untuk mengatasi masalah pelajar yang lemah dalam kursus sains kejuruteraan.

Seramai 72 pelajar dijadikan peserta kajian untuk mengikuti bengkel Fokus PAlt. Pelajar ini dipilih berdasarkan penilaian test bagi kursus sains kejuruteraan yang mendapat keptusan dibawah 50%. Data ini dianalisis berdasarkan keputusan soalan pre test dan post test.

Dapatan kajian menunjukkan bahawa 56% sahaja ketepatan kelas menggunakan aplikasi quizziz. Manakala setelah program ini dilaksanakan didapati nilai ketepatan kelas bagi soalan post test telah meningkat menjadi 75%. Kajian ini membuktikan bahawa bengkel Fokus PAlt dapat meningkatkan pemahaman pelajar dan dapat membantu pelajar mengatur strategi kaedah menjawab PAlt dengan berkesan.

Kata kunci: Penilaian Alternatif, sains kejuruteraan

Abstract: Alternative Assessment Focus (PAlt) engineering science is a topics mastery workshop on engineering science course at Polytechnic Kuching Sarawak. This study aims to overcome the problem of weak students in engineering science courses. A total of 72 students were made study participants to follow the PAlt Focus workshop. This student was selected based on the test evaluation for the engineering science course that scored below 50%. This data is analyzed based on the results of the pre-test and post-test questions. The results of the study show that only 56% of the class's accuracy is using the quizziz application. While after this program was implemented, it was found that the accuracy of the class for the post test questions had increased to 75%. This study proves that the PAlt Focus workshop can improve students' understanding and can help students strategize PAlt answering methods effectively..

Keywords: Alternative Assessment, Engineering science

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Majoriti institusi pengajian tinggi telah melakukan persiapan bagi melaksanakan proses pembelajaran dan pengajaran atas talian khususnya dalam pos COVID-19 (Omar Zin, 2021).

Justeru itu, semua institusi pengajian tinggi mengadapi masalah dalam melaksana peperiksaan akhir di institusi masing-masing disebabkan bencana ini. Oleh yang demikian, Penilaian Alternatif (Palt) dibangunkan bagi menggantikan peperiksaan akhir/penilaian akhir (PA) untuk semua institusi pengajian tinggi kerana peperiksaan akhir tidak dapat dibuat institusi masing-

(2)

masing berikutan saranan kerajaan bagi mengelakkan jangkitan pos COVID-19 yang kian bertambah.

PAlt adalah kaedah penilaian pencapaian pembelajaran pelajar yang lebih bersifat autentik, kualitatif, bersifat terbuka, dinamik serta fleksibel yang dilaksanakan secara bersistematik.

Kaedah-kaedah PAlt yang bersesuaian adalah seperti projek, case study, portfolio, proposal, penulisan, penyelidikan, temu bual, online examination, take home examination, pemerhatian dan lain-lain bagi menilai tahap kognitif, psikomotor dan afektif secara lebih komprehensif.

PAlt boleh dilaksanakan secara individu atau berkumpulan.

Tarikh pemakluman penukaran Peperiksaan Akhir ke Penilaian Alternatif untuk pelajar Politeknik dan Kolej Komuniti oleh bahagian peperiksaan dan penilaian, Jabatan Pendidikan Politeknik dan Kolej Komunit bagi sesi 1: 2021/2022 adalah pada 18 November 2021. Oleh yang demikian peperiksaan PAlt bagi seluruh politeknik bagi sesi 1 2021/2022 diadakan bermula 8 januari sehingga 29 Januari. Justeru itu Bengkel Fokus PAlt telah dibuat bagi mengatasi pelajar yang lemah bagi kursus Sains Kejuruteraan di Politeknik Kuching Sarawak (PKS). Tujuan bengkel ini diadakan adalah bagi membantu pelajar membuat persediaan terakhir sebelum menjawab PAlt.

2. Refleksi Pengajaran dan Pembelajaran

Bermula dari 18 Mac 2020, Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Malaysia kesan daripada penularan COVID-19 telah mengubah senario pendidikan. Bermula pertengahan Semester Jun 2020, kaedah pengajaran dan pembelajaran dan kaedah penilaian telah berubah sepenuhnya di mana ia dilaksanakan secara atas talian.

Pandemik COVID-19 ini menyebabkan pelajar dan juga pensyarah politeknik menghadapi pelbagai rintangan dalam proses pengajaran dan pembelajaran. Ini disebabkan oleh pengajaran dan pembelajaran atas talian merupakan perkara yang baru dan pelbagai medium perlu digunakan. Semua pensyarah memerlukan waktu yang lebih bagi mempelajari kaedah baru yang perlu digunakan bagi proses penyampaian pengajaran dan pembelajaran yang berkesan untuk pelajar mereka. Pensyarah juga perlu ada usaha yang gigih dan memilih teknik yang terbaik bagi memastikan semua pelajar mendapat ilmu yang diajarinya. (Ugartini Magesvaran, 2021).

Hasil pembelajaran dalam talian ini menyebabkan pelajar seolah-olah memahami apa yang diajar oleh pensyarah. Namun begitu setelah pelajar dinilai melalui soalan Test diadapati ada sebilangan pelajar yang mendapat markah redah. Jadi ini menjukkan tidak semua pelajar memberi tumpuan ataupun tidak dapat menerima cara pembelajaran di atas talian. Menurut Mayer & Massa (2003), kaedah pelajar belajar adalah dari menerima maklumat melalui proses di dalam otak sehinggalah menghasilkan tindakan. Justeru itu Bengkel Fokus Palt telah dibuat untuk mengatasi pelajar yang bermasalah dan mengatur strategi untuk meningkatkan kefahaman pelajar bagi persediaan PAlt sesi 1 2021/2022.

3. Fokus Kajian

Keputusan test pelajar sains kejuruteraan menunjukkan pelajar kurang memberi perhatian ketika kelas dalam talian berlangsung. Oleh yang demikian pelajar perlu melalui proses ulangkaji topik-topik yang terlibat dalam peperiksaan PAlt. Justeru itu, Bengkel Fokus Palt ini dibuat adalah bertujuan untuk pelajar lebih memahami setiap topik dalam kursus sains

(3)

kejuruteraan. Pelajar mungkin lebih memahami dengan pensyarah-pensyarah yang berlainan berbanding pensyarah kelas masing-masing.

4. Objektif Kajian

Objektif kajian ini adalah untuk membantu pelajar membuat persediaan terakhir sebelum menjawab PAlt. Selain itu pelajar-pelajar juga akan dapat mengetahui kaedah dan teknik yang betul untuk mendapat markah penuh bagi setiap soalan PAlt.

5. Kumpulan Sasaran

Sebanyak 72 orang pelajar telah dikenal pasti daripada 21 seksyen/program atau program yang mengambil kursus sains kejuruteraan sesi 1 2021/2022 di Politeknik Kuching Sarawak.

Kumpulan pelajar ini dipilih kerana mereka mendapat markah yang rendah dalam penilaian test kursus sains kejuruteraan.

6. Metodologi Kajian

Program persediaan terakhir menjawab PAlt Sains Kejuruteraan ini adalah merupakan satu program akademik berilmiah yang bertujuan untuk meningkatkan penguasaan pelajar terhadap kursus sains kejuruteraan. Hasil daripada bengkel ini, pelajar diharap dapat memahami dan menguasai konsep asas dalam topik yang terlibat dengan PAlt. Pelajar juga diberi motivasi dan sokongan agar terus berusaha ke arah kecemerlangan dan mencapai 100% tahap kelulusan.

Pelajar dipilih berdasarkan markah yang gagal test semua seksyen/program yang mengambil kursus Sains kejuruteraan bagi sesi 1 2021/2022 di politeknik Kuching Sarawak. Pelajar dibahagikan kepada beberapa kumpulan dan setiap kumpulan dipimpin oleh seorang fasilitator.

Setiap fasilitator akan membantu ahli kumpulan menguasai topik-topik yang terlibat dalam PAlt berdasarkan soalan-soalan yang diberikan. Namun begitu, Fasilitator terdiri daripada tenaga pengajar yang pakar dalam topik-topik sains kejuruteraan. Program dilaksanakan secara atas talian mengguna platform googlemeet.

Jadual 1 dibawah menunjukkan soalan yang perlu pelajar menjawab sebelum(pre test) dan selepas (post test) program dilaksanakan. Soalan ini diberikan kepada pelajar menggunakan aplikasi Quzziz. Justeru itu, soalan ini diberikan untuk menguji tahap pemahaman dan keberkesanan pelajar terhadap topik-topik yang dibincangkan bersama fasilitator.

Jadual 1: Soalan pelajar perlu jawab pre test dan post test . No.

soalan

Question

1 Define the linear motion?

2 Distance is a _____________ quantity.

3 A toy car moves 8 m in 4 s at the constant velocity. What is the car’s velocity?

4 A car at accelerates from 0 m/s to 25 m/s in 5 seconds. What is the average acceleration of the car?

5 How far would you travel moving at 12 m/s for 3.00 minutes?

6 Which of the following is a derived quantity?

7 Identify the SI unit to measure length.

8 Find the correct scientific notation for 0.00000089 mm.

9 Convert 75πœ‡π‘” π‘‘π‘œ 𝑔.

10 1 cm2 = …….. m2 11 The unit of work is?

(4)

12 What is the unit for power?

13 What is the potential energy of a 3kg ball that is on the ground?

14 A 100 N force is applied to move an object a horizontal distance of 5 meters at constant speed in 10 seconds. How much power is done?

15 The energy of movement is....?

7. Analisis dan Keputusan

Penelitian daripada Bengkel persediaan terakhir menjawab soalan PAlt Sains Kejuruteraan ini dilakukan dari pengambilan data soalan Pretest dan post test. Penelitian ini dilakukan terhadap 72 pelajar yang gagal Test yang mengambil kursus Sains kejuruteraan bagi sesi 1 2021/2022 di Politeknik Kuching Sarawak.

Secara keseluruhan, hasil dapatan analisa pre test pelajar menunjukkan bahawa 56% sahaja ketepatan kelas menggunakan aplikasi quizziz. Manakala setelah program ini dilaksanakan didapati nilai ketepatan kelas bagi soalan post test telah meningkat menjadi 75%. Carta dibawah menunjukkan perbezaan peratus ketepatan pelajar menjawab mengikut soalan yang diberikan.

8. Kesimpulan

Bengkel Fokus PAlt ini dapat meningkatkan tahap persediaan pelajar dalam menghadapi PAlt sains kejuruteraan bagi sesi 1 2021/2022. Bengkel seperti ini akan terus dibuat bagi mengatasi masalah pelajar yang lemah. Walaubagaimanapun hasil kajian Arvansyah (2021) dari pada Universiti Tun Hussen Onn Malaysia bersetuju bahawa pengajaran dan pembelajaran secara bersemuka lebih baik berbanding secara dalam talian. Ini kerana secara bersemuka pensyarah dapat memantau secara terus hasil latihan yang diberikan dan dapat menilai pelajar melalui reaksi wajah pelajar sejauh mana kefahaman dalam memahami topik yang diajar.

0%

10%

20%

30%

40%

50%

60%

70%

80%

90%

100%

No.1 No.2 No.3 No.4 No.5 No.6 No.7 No.8 No.9 No.10 No.11 No12 No.13 No.14 No.15

Carta ketepatan pelajar menjawab pre test dan post test

Pre Test Post Test

(5)

Namun, sekiranya pembelajaran dilakukan sepenuhnya dalam talian akan menyukarkan pensyarah dalam memantau perkembangan pelajar di dalam kelas.

Rujukan

Ugartini Magesvaran (2021). Tahap Pengetahuan Dan Kekangan Yang Dihadapi Oleh Guru Bahasa Melayu Ketika Menggunakan Aplikasi Google Meet Dalam Pengajaran Dan Pembelajaran Dalam Talian. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu – JPBM, 11(2), 2180- 4842.

Mayer, R. E., & Massa, L. J. (2003). Three Facets of Visual and Verbal Learners: Cognitive Ability, Cognitive Style, and Learning Preference. Journal of Educational Psychology, 95(4), 833-846.

Omar Zin. (2021, 20 September). Lebih 90 peratus IPT bersedia teruskan PdP dalam talian.

Utusan Malaysia Online. Bahan diakses pada 29 November 2022, daripada https://www.utusan.com.my/berita/2021/09/laporan-parlimen-lebih-90-peratus-ipt- bersedia-teruskan-pdp-dalam-talian/

Arwansyah bin Kirin1, Faisal bin Husen Isma’il, Muhammad Masruri, Siti Marpuah, Che Adenan bin Mohammad (2021). Pengajaran dan Pembelajaran Metode Face to Face dan Pjj Online: Perbandingan dan Impak terhadap Students UTHM Johor Malaysia Semasa Pandemi Covid-19. Jurnal Studi Guru dan Pembelajaran, 4(1), 2654-6477.

Referensi

Dokumen terkait