• Tidak ada hasil yang ditemukan

fornt page exam - UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "fornt page exam - UKM"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

Kertas ini mengandungi 3 muka surat bercetak, tidak termasuk muka surat ini.

UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA PEPERIKSAAN AKHIR

SEMESTER II SESI AKADEMIK 2004/2005

IJAZAH SARJANAMUDA DENGAN KEPUJIAN

KOD KURSUS : STAG3072

TAJUK KURSUS : GEOLOGI SEKITARAN

ARAHAN : 1. Jawap DUA (2) soalan dari Bahagian A 2. Jawap SEMUA soalan dalam Bahagian B

3. Tulis nombor pendaftaran anda di ruang yang disediakan pada muka surat kertas soalan ini.

4. Kertas soalan tidak dibenarkan dibawa keluar daripada Dewan Peperiksaan.

No. Pendaftaran : --- (dengan perkataan)

MAC 2005 MASA : 2 JAM

(2)

STAG3072

1 BAHAGIAN A (50 MARKAH)

Arahan: Jawap DUA soalan sahaja

1. Berikan huraian ringkas tentang perkara-perkara berikut:

a) Pembangunan mampan (sustainable development) (5 markah) b) Bumi sebagai satu sistem tertutup dan terbuka (5 markah)

c) Sumber mineral tak pernah habis tetapi “economically depleted” (5 markah) d) Horizon A dan B dalam profil tanah (5 markah)

e) Tanah kembang (expansive soil) (5 markah)

2. Tempat-tempat berikut terkenal dengan dengan bencana geologi atau pencemaran oleh aktiviti manusia. Jelaskan secara ringkas punca dan kesan daripada peristiwa berikut:

a) Malapetaka di sekitar Lautan India pada 26hb Disember 2004 (5 markah) b) Vesivius, Italy tahun 79AD. (5 markah)

c) Kejadian di Aberfan, Wales pada 21hb Oktober 1966 (5 markah) d) Kejadian di Vaoint, Italy pada 9hb Oktober 1963 (5 markah) e) Love Canal di Amerika Syarikat (5 markah)

3. Berikan huraian ringkas tentang perkara-perkara berikut:

a) Saliran lombong berasid (acid mine drainage) (5 markah) b) Ozon di stratosfera dan troposfera (5 markah)

c) Perbezaan dari segi tenaga oleh gempabumi skala M4 dan M7 (5 markah) d) Biochemical oxygen demand (BOD) (5 markah)

e) Bagaimana CO2 boleh menyebabkan kepada masalah pemanasan sejagat (5 markah)

(3)

STAG3072

2 BAHAGIAN B (50 MARKAH)

Arahan: Jawap SEMUA soalan

1. a) Dengan menggunakan gambarajah, jelaskan secara ringkas teori elastic balikan semula (elastic rebound theory) (5 markah)

b) Nyatakan perbezaan antara skala pengukuran gempa Richter dan Mercalli Index (5 markah)

c) Apakah itu seismogram?. Apakah maklumat yang perlu diperolehi dari seismogram untuk mengukur gempabumi menggunakan skala Richter? (5 markah)

d) Bagaimanakah kedudukan pusat gempa (epicenter) ditentukan (5 markah)

e) Merujuk kepada Rajah 1 (di bawah), namakan dan jelaskan jenis gelombang yang bertanda G. (5 markah)

f) Merujuk kepada Rajah 2 (di bawah), nyatakan apakah perbezaan antara seismogram A dan B. (5 markah)

Rajah 1

Rajah 2

(4)

STAG3072

3 2. a) Jelaskan secara ringkas apakah kaedah pembuangan sisa secara penimbusan

bersih (sanitary landfill) (5 markah).

b) Nyatakan DUA masalah utama yang selalu dikaitkan dengan kaedah di atas. (5 markah)

c) Jelaskan dengan berpandukan sebuah keratan rentas sebuah landfill, langkah- langkah kawalan bagi sebuah landfill moden untuk mengatasi masalah-masalah tersebut. (10 markah)

‘SELAMAT MAJU JAYA’

Referensi

Dokumen terkait