FRIM Inc diingatkan tidak tersasar daripada perniagaan teras
KUALA LUMPUR - Timbalan Perdana Menteri, Datuk Seri Dr Ahmad Zahid Hamidi mengingatkan FRIM Incorporated (FRIM Inc) yang dirasmikan semalam, supaya tidak tersasar daripada perniagaan teras.
Beliau berkata, pengurusan anak syarikat Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) itu tidak seharusnya memikirkan kepentingan peribadi dengan mewujudkan pelbagai cabang pelaburan bagi meraih keuntungan.
“Jangan over-diversified di luar perniagaan teras, tetapi fokus dalam bidang kita. Saya tidak mahu akhirnya FRIM Inc
tubuhkan hotel atau beli hotel di luar negara walaupun patut jaga hasil hutan.
“Saya tak sebut mana-mana organisasi tetapi jangan jadi begitu.
Inilah masalah apabila orang besar ada sifat tamak haloba untuk menjaga kepentingan peribadi,”
katanya ketika merasmikan FRIM Inc di sini.
Turut hadir, Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar, Datuk Seri
Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar;
Ketua Setiausaha Kementerian Sumber Asli dan Alam Sekitar yang juga Pengerusi FRIM, Datuk Seri Azizan Ahmad dan Ketua Pengarah FRIM, Datuk Dr Abd Latif Mohmod.
Menurutnya, penyelidikan dan pembangunan yang dilakukan FRIM serta FRIM Inc perlu diterjemahkan dalam usaha meraih pendapatan.
Beliau juga berharap Kementerian Kewangan tidak meletakkan hasil pendapatan FRIM Inc ke dalam Akaun Yang Disatukan, bagi membolehkan syarikat itu menjalankan aktivitinya sendiri.
Sementara itu, Ahmad Zahid berkata, kerajaan komited memperluas kawasan hijau di negara ini dengan tanaman hutan termasuk spesies hampir pupus.
Pada majlis itu, Azizan turut mengumumkan nama dua spesies tumbuhan bukit batu kapur yang masing-masing dinamakan bersempena nama Ahmad Zahid dan Wan Junaidi iaitu ‘Gymnostachyum ahmadzahidianum’ daripada keluarga tumbuhan Belalai Gajah yang dijumpai di Kelantan dan ‘Impatiens feonajunaidiana’
daripada keluarga tumbuhan Keembong yang ditemui di Perlis.
- Bernama
Minta jangan
over-diversified Fokus dalam bidang teras
INFO
Headline FRIM Inc diingatkan tidak tersasar daripada perniagaan teras MediaTitle Sinar Harian
Date 03 Feb 2018 Color Full Color
Section Nasional Circulation 160,000
Page No 2 Readership 509,000
Language Malay ArticleSize 169 cm²
Journalist N/A AdValue RM 2,883
Frequency Daily PR Value RM 8,648