CAWANGAN PENTADBIRAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN & PENYELENGGARAAN
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Borang B/PENT/1/7 No. Keluaran 1
No. Pindaan 1
Tarikh Kuatkuasa 15/12/2008 Muka Surat 1 dari 2
SALINAN FRIM
Ketua Pengarah
Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) 52109 Kepong
SELANGOR DARUL EHSAN.
Tuan,
PERMOHONAN PAS RIADAH DI KAMPUS FRIM.
BUTIR-BUTIR DIRI PEMOHON
1. Nama Penuh : . . . 2. No. Kad Pengenalan : . . . 3. Jantina : . . . 4. Alamat Rumah : . . . . . . 5. Telefon : . . .
SYARAT-SYARAT PERMOHONAN
1. Kuasa melulus permohonan ini adalah kuasa mutlak Ketua Pengarah FRIM atau pegawai yang diwakilkannya. Ketua Pengarah tidak terikat untuk meluluskan semua permohonan dan berhak untuk menolak atau menarik balik kelulusan tanpa memberi sebarang alasan.
2. Semua permohonan pas riadah mestilah menggunakan Borang Permohonan B/PENT/1/7, dengan menyertakan satu (1) keping gambar berukuran pasport, salinan kad pengenalan dan wang bayaran untuk tempoh satu tahun.
3. Caj bayaran yang dikenakan bagi tempoh satu (1) tahun adalah seperti berikut:-
Bil. Perkara Kadar Bayaran
(RM)
A. Pas Riadah individu bawah 50 tahun 60.00
B. Pas Riadah warga emas/pelajar / pesara 30.00
C. Pas Riadah berkeluarga untuk suami,isteri dan anak-anak berumur 18 tahun ke bawah
100.00
D. Pas Sukan (penyewa tetap gelanggang badminton, squash dan tenis) 30.00
E. Pas Mountain Bike 150.00
4. Tempoh satu tahun dikira mulai 1 Januari sehingga 31 Disember bagi setiap tahun kalendar.
Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja
No. Pas : . . . No. Resit : . . .
GAMBAR
CAWANGAN PENTADBIRAN
BAHAGIAN PENTADBIRAN & PENYELENGGARAAN
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN.
No. Borang B/PENT/1/7 No. Keluaran 1
No. Pindaan 1
Tarikh Kuatkuasa 15/12/2008 Muka Surat 2 dari 2
5. Waktu yang dibenarkan untuk beriadah di dalam kawasan FRIM adalah:
Antara jam 5.00 pagi hingga 7.30 pagi dan 8.30 pagi hingga 7.30 petang (orang terakhir dibenarkan masuk ialah 6.30 petang). Selepas 7.30 petang tiada sesiapa dibenar beriadah di dalam kawasan FRIM, kecuali dengan kebenaran khas Ketua Pengarah FRIM.
6. Tuan/puan dikehendaki menunjukkan pas riadah kepada Pengawal Keselamatan semasa memasuki FRIM untuk kebenaran masuk ke kawasan FRIM, atau apabila diminta oleh Pegawai Keselamatan FRIM atau wakilnya. Jika tuan/puan gagal berbuat demikian, tuan/puan tidak akan dibenarkan masuk beriadah atau tuan/puan akan dikenakan bayaran masuk.
7. Tuan/puan tidak dibenarkan membawa masuk sebarang jenis kenderaan kecuali mendapat kelulusan atau mempunyai pelekat khas atau membuat bayaran yang ditentukan.
8. Pas yang dikeluarkan tidak boleh diguna pakai atau dipindah milik kepada orang lain. Penggunaan pas milik orang lain adalah menjadi satu kesalahan, yang membolehkan pas berkenaan dirampas.
9. Tuan/puan diminta mematuhi semua peraturan yang berkaitan semasa berada di dalam kawasan FRIM.
Selaras dengan Pekeliling Ketua Pengarah Bil. 9 Tahun 2008 dan pekeliling Ketua Pengarah FRIM Bil. 5 Tahun 2009.
10. Tuan/puan hanya dibenarkan beriadah di kawasan-kawasan yang dibenarkan sahaja, dengan berpakaian yang bersesuaian untuk riadah. Tuan/puan hendaklah sentiasa berpakain sopan, menjaga keharmonian masyarakat FRIM serta serntiasa menjaga kebersihan semasa berada di kawasan FRIM.
11. Tuan/puan tidak dibenarkan membawa masuk sebarang jenis binatang peliharaan ke dalam kawasan FRIM.
12. Pas Riadah ini dikeluarkan untuk beriadah di kawasan kampus utama FRIM dan kawasan Taman Botani Kepong.
13. FRIM tidak bertanggungjawab ke atas kemalangan, kecederaan, kehilangan atau apa jua kerugian yang dialami pemohon semasa berada di kawasan FRIM. Tuan/puan juga dikehendaki menanggung dan melepaskan FRIM daripada sebarang tuntutan, dan tuan/puan tidak boleh menuntut sebarang ganti rugi akibat daripada aktiviti yang tuan/puan jalankan.
14. Sungguhpun pas riadah telah diberikan kepada pemohon, pas tersebut akan tetap menjadi milik FRIM.
FRIM berhak menarik balik pas tersebut sekiranya tuan/puan didapati gagal mematuhi peraturan FRIM atau ingkar mematuhi segala arahan yang ditetapkan. Pihak FRIM tidak akan membayar sebarang ganti rugi akibat penarikan balik pas tersebut.
Saya dengan ini mengaku telah membaca dan memahami syarat-syarat yang ditetapkan, dan saya berjanji akan mematuhi segala peraturan yang ditetapkan dan arahan-arahan yang dikeluarkan dari semasa ke semasa.
Tandatangan Pemohon : . . . Tarikh : . . .
Untuk Kegunaan Pejabat Sahaja:
Permohonan Diluluskan/Tidak diluluskan.
. . . Nama :
Jawatan : Tarikh :
D:/QSPENT/DPENT/7-B/PENT/1/7- borang permohonan Pas Riadah di Kawasan FRIM.
1/9/2012 9:17 AM