• Tidak ada hasil yang ditemukan

garis panduan - dana impak perdana (dip) - CRIM-UKM

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "garis panduan - dana impak perdana (dip) - CRIM-UKM"

Copied!
12
0
0

Teks penuh

(1)

No. Isu No. Semakan Tarikh Kuatkuasa

02 01 22/01/2015

GARIS PANDUAN

DANA IMPAK PERDANA (DIP)

(2)

DOKUMEN INI ADALAH DOKUMEN TERKAWAL.

PENYALINAN TANPA KEBENARAN BERTULIS PENGURUSAN UKM ADALAH TIDAK DIBENARKAN

KANDUNGAN

PERKARA Muka surat

1.0 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3

2.0 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN) 7

3.0 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 7

4.0 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 8

5.0 BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 9

6.0 BAHAGIAN 6 (PERANAN) 10

7.0 BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR) 11

(3)

Page 3 of 12

1. BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 1.1. Pengenalan

Dana Impak Perdana telah diperkenalkan pada tahun 2012 melalui Mesyuarat Pengurusan Universiti (MPU) Bil. 3/2012 pada 1 Februari 2012.

1.2. Definisi

Projek ini adalah projek penyelidikan yang terfokus atau merentasi disiplin untuk menghasilkan lebih banyak penerbitan dalam jurnal Q1.

1.3. Objektif

i) Meningkatkan kualiti dan kuantiti penerbitan bagi mencapai KPI Universiti Penyelidikan;

ii) Memacu penyelidik yang telah mencapai prestasi kecemerlangan penyelidikan ke arah keunggulan ilmu;

iii) Membangunkan pasukan penyelidik yang boleh meningkatkan kecemerlangan Universiti.

1.4. Syarat Permohonan

1.4.1. Ketua Projek adalah kakitangan akademik / felo UKM warganegara Malaysia.

1.4.2. Kumpulan penyelidikan yang mempunyai sekurang-kurangnya tiga (3) ahli yang telah mencapai 4Q1 atau 4Q2 (IF≥2.5) atau gabungan kedua-duanya pada tahun penilaian;

1.4.3. Ketua Projek yang telah menerima projek DIP adalah tidak layak menerima mana-mana Dana Univeristi Penyelidikan kecuali Geran Inovasi pada tahun semasa.

1.4.4. Ahli kumpulan penyelidikan yang berjaya menerima Projek Dana Impak Perdana tidak akan dipertimbangkan untuk menerima Dana Lonjakan Penerbitan pada tahun semasa;

1.4.5. Proposal penyelidikan adalah permohonan baru atau permohonan lanjutan projek DIP terdahulu;

(4)

Page 4 of 12

1.5. Keahlian Kumpulan

1.5.1. Setiap ahli kumpulan hanya boleh menganggotai satu kumpulan DIP sahaja (FTE=1) pada tahun semasa.

1.5.2. Kumpulan Penyelidikan ini juga boleh dianggotai sekurang-kurangnya satu (1) kolaborator dari luar UKM yang mempunyai prestasi penerbitan dalam jurnal Q1;

1.6. Tempoh Penyelidikan

Jangkamasa projek mestilah selama dua (2) tahun.

1.7. Tatacara Permohonan

1.7.1. Pemohon perlu mengemukakan permohonan penyelidikan secara atas talian melalui www.ukm.my/smpu_v2 ;

1.7.2. Rujuk Manual Pengguna SMPU (Permohonan) untuk langkah-langkah permohonan secara atas talian.

1.7.3. Permohonan perlu dikemukakan kepada CRIM mengikut tarikh yang telah ditetapkan. Permohonan yang lewat diterima akan dipertimbangkan pada kitaran berikutnya.

1.8. Peraturan Perbelanjaan

Skop belanjawan Projek Dana Impak Perdana merangkumi Vote 11000 (Upah dan Elaun), Vote 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan), Vote 22000 (Pengangkutan Barang), Vote 23000 (Perhubungan dan Utiliti), Vote 24000 (Sewaan), Vote 26000 (Bahan Peralatan Penyelidikan), Vote 27000 (Bekalan & Bahan-bahan lain), Vote 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai), Vote 29000 (Perkhidmatan dan Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis) dan Vote 35000 (Aksesori dan Peralatan).

Perincian bagi setiap Vote adalah seperti berikut;

1.8.1. Vote 11000 (Upah dan Elaun)

Melantik Pembantu Penyelidik Siswazah (GRA) atau Pasca Doktoral mengikut kadar bayaran yang ditetapkan oleh UKM. Pelantikan ini diuruskan oleh CRIM.

(5)

Page 5 of 12 1.8.2. Vote 21000 (Perjalanan dan Pengangkutan)

a) Perjalanan dalam dan luar negara bagi tujuan menghadiri persidangan, seminar atau bengkel untuk membentangkan hasil penyelidikan atau melakukan sebahagian daripada penyelidikan;

b) Perjalanan yang dibenarkan adalah berdasarkan perancangan yang telah diluluskan dalam Borang Cadangan Penyelidikan, dan ia tertakluk kepada prosedur dan peraturan yang ditetapkan oleh Universiti;

c) Perjalanan program sangkutan penyelidikan bagi pasca siswazah makmal di dalam dan luar negara selama tidak lebih dari tiga (3) bulan.

1.8.3. Vote 24000 (Sewaan)

Sewaan hanya dibenarkan untuk bangunan, peralatan, pengangkutan dan barangan lain yang terlibat secara langsung dengan penyelidikan.

1.8.4. Vote 27000 (Bekalan & Bahan-bahan lain)

Semua bekalan dan bahan-bahan lain termasuk haiwan, pokok dan benih untuk penyelidikan.

1.8.5. Vote 28000 (Baik Pulih Kecil dan Ubahsuai)

Hanya perbelanjaan untuk baik pulih dan pengubahsuaian yang kecil terhadap bangunan, makmal, peralatan atau lain-lain barang yang berkaitan dengan penyelidikan dibenarkan. Kos penyelenggaraan peralatan sedia ada semasa projek dilaksanakan adalah dibenarkan. Selepas projek selesai kos penyelenggaraan ini tidak akan ditanggung lagi oleh geran ini 1.8.6. Vote 29000 (Perkhidmatan dan Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis)

a) Perkhidmatan - Lain-lain perkhidmatan termasuk percetakan, hospitality, honorarium, perkhidmatan profesional, konsultasi, penggunaan komputer, pemprosesan data dan lain-lain perkhidmatan yang berkaitan dengan projek penyelidikan;

b) Perkhidmatan Khas/Belanja Pakai Habis - Perbelanjaan perkhidmatan khas merangkumi kos menghadiri kursus jangka pendek untuk mempelajari teknik-teknik khusus yang berkaitan dengan projek Penyelidikan

(6)

Page 6 of 12 1.8.7. Vote 35000 (Aksesori dan Peralatan)

Pembelian peralatan khas dan aksesori (termasuk meningkatkan keupayaan peralatan sedia ada) yang berkaitan dengan projek penyelidikan sahaja. Senaraikan jenis peralatan dan justifikasi permohonan. Jumlah yang dipohon tidak melebihi 40% daripada jumlah keseluruhan geran.

Pembelian aset/inventori perlu mengikut prosedur universiti dan dilaksanakan dengan teratur. Setiap aset/inventori perlu dikawal dengan baik dari segi rekod dan dilabel Hak Kerajaan Malaysia dan No.

Siri Pendaftaran.

Setiap aset perlu dikembalikan kepada pihak CRIM setelah selesai projek penyelidikan tersebut atau penyelidik cuti belajar. Ini termasuklah laptop, kamera, ipad, smartphone, printer, projector serta lain-lain peralatan penyelidikan.

1.9. Jangkaan Output (bagi setiap RM50,000.00)

1 penerbitan berimpak tinggi dalam jurnal Q1 atau Q2 (IF ≥ 2.5). Penghargaan kepada Universiti mestilah dinyatakan dengan jelas dalam setiap penerbitan.

(7)

Page 7 of 12

2. BAHAGIAN 2 (PENILAIAN)

2.1. Penilaian

2.1.1. Permohonan Projek Dana Impak Perdana akan dinilai oleh Jawatankuasa Penyelidikan dan Penerbitan (JKP&P)

2.1.2. Keputusan adalah muktamad;

2.1.3. Carta alir adalah seperti di Bahagian 7 (muka surat 11)

3. BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)

3.1. Pemakluman Keputusan

3.1.1. Keputusan permohonan projek Dana Impak Perdana akan dimaklumkan kepada pemohon selepas kelulusan mesyuarat JKP&P.

3.1.2. Sekiranya lulus, surat kelulusan akan dikeluarkan kepada penyelidik.

Penyelidik perlu mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM dengan salinan kepada Bahagian Kewangan Penyelidikan (BKP), Bendahari.

3.1.3. Sekiranya Penyelidik tidak mengembalikan Surat Pengakuan Menjalankan Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK01-L01) kepada CRIM, penggunaan kewangan akan tertangguh.

(8)

Page 8 of 12

4. BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 4.1. Laporan Kemajuan

Laporan kemajuan perlu dihantar seperti yang telah dijadualkan seperti berikut:

Penghantaran Laporan Laporan Kemajuan

Julai Januari / dari tarikh mula projek - Jun Januari Julai / dari tarikh mula projek - Disember

Laporan kemajuan perlu menggunakan Borang Laporan Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my)

4.2. Laporan Akhir

Laporan akhir perlu dihantar dalam tempoh tiga (3) bulan selepas tarikh tamat projek. Laporan akhir perlu menggunakan Borang Laporan Akhir Dana UP (UKM- SPKP-CRIM-PK02-BO02) yang boleh dicapai di laman web CRIM (http://research.ukm.my)

(9)

Page 9 of 12

5. BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)

5.1. Ketua Projek Berhenti

Fakulti perlu memaklumkan kepada CRIM tentang ketua projek yang telah /akan berhenti perkhidmatan di UKM. Projek yang diluluskan akan terus kekal di F/I/P berkenaan dan tidak boleh dipindahkan ke F/I/P lain.

5.2. Tambah Masa Tempoh Penyelidikan

Permohonan tambah masa boleh dipertimbangkan sekiranya projek masih aktif dan terdapat aktiviti yang masih belum tercapai. Permohonan perlu menggunakan Borang Permohonan Tambah Masa Projek Penyelidikan (UKM-SPKP-CRIM-PK03- BO01). Syarat-syarat permohonan adalah:

i. Permohonan mestilah dikemukakan dalam tempoh tiga (3) bulan sebelum tarikh tamat projek.

ii. Permohonan tidak boleh melebihi dua (2) kali sahaja.

iii. Tempoh tambah masa maksimum adalah selama 6 bulan bagi setiap permohonan.

iv. Setiap permohonan perlulah disokong dengan Borang Laporan Penilaian Prestasi dan Kemajuan Dana UP (UKM-SPKP-CRIM-PK02-BO01).

5.3. Kes Khas

Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan berdasarkan keperluan Universiti.

(10)

Page 10 of 12

6. BAHAGIAN 6 (PERANAN)

6.1. PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM)

 Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada fakulti / institut / pusat. (jika ada);

 Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa ke sesi penilaian;

 Memaklumkan keputusan penilaian kepada Penyelidik;

 Membuat pemantauan terhadap kemajuan projek penyelidikan.

6.3. FAKULTI / INSTITUT / PUSAT

 Memaklumkan kepada Penyelidik sebarang perubahan dan perkembangan terbaru mengenai geran penyelidikan di UKM;

 Merekod setiap kelulusan projek penyelidikan;

 Memaklumkan kepada CRIM berkaitan sebarang perubahan melibatkan projek penyelidikan/penyelidik.

6.4. PENYELIDIK

 Meneliti garis panduan geran penyelidikan sebelum memohon;

 Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti dikehendaki;

 Memastikan projek penyelidikan berjalan dengan efektif untuk mencapai objektif penyelidikan dan jejak kunci mengikut masa yang ditetapkan dengan jumlah peruntukan yang diberi;

 Mengemukakan laporan kemajuan penyelidikan setiap 6 bulan sekali dan menghantar laporan akhir selepas projek tamat.

(11)

Page 11 of 12

BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR)

TAMAT-

Mula

Penyelidik mengisi & menghantar borang permohonan

Terima dan semak permohonan proposal penyelidikan

Lengkap?

Penyelidik lengkapkan permohonan proposal

penyelidikan Hantar semula ke CRIM

Pemakluman mengenai pembukaan permohonan dikeluarkan

Pengesahan penyelidik

Tamat Maklum Keputusan

Penilaian kepada Penyelidik dan BKP Kemaskini SMPU

Maklum kepada penyelidik

Fail dan rekod Penilaian JKP&P

Lulus?

(12)

Page 12 of 12

TAMAT

PUSAT PENGURUSAN PENYELIDIKAN DAN INSTRUMENTASI (CRIM) UNIVERSITI KEBANGSAAN MALAYSIA

43600 UKM BANGI SELANGOR

NO. TEL: 03-89213184/5102/5631/4679/4064 NO. FAKS: 03-89254550

LAMAN SESAWANG: http://research.ukm.my

Referensi

Dokumen terkait

Dana Pembangunan Teknologi 2 (TeD 2) terbuka kepada penyelidik dan syarikat yang berminat untuk melaksanakan projek penyelidikan dan pembangunan (R&D) bagi menghasilkan proses

Ketua Penyelidik dibenarkan untuk memohon dengan syarat mestilah mempunyai sekurang-kurangnya seorang (1) penyelidik bersama mestilah warganegara Malaysia bertaraf tetap

Sekiranya ini berlaku, Ketua Projek dan kumpulan penyelidikan boleh dikenakan penalti iaitu Ketua Projek tidak dibenarkan memohon geran baharu DP KPT sebagai Ketua Projek

Setiap kertas cadangan permohonan Geran Penyelidikan Lestari SDGTriangle@UiTM 2.0 mestilah selari dengan pemetaan 17 Matlamat Pembangunan Lestari (SDGs) mengikut

Laporan akhir yang tidak dihantar dalam tempoh yang telah ditetapkan boleh menjejaskan permohonan geran oleh Ketua Program/Ketua Projek dan penyelidik bersama pada

Borang-borang yang perlu dikemukakan adalah seperti berikut: a Borang Atas Talian Sistem MyGRANTS Laporan Prestasi projek penyelidikan fundamental di bawah Geran Penyelidikan

Geran Penyelidikan Lanjutan GPL 30,000 – 49,999  Terbuka kepada semua staf akademik KUIS  Staf berstatus kontrak perlu memohon bersama staf berstatus tetap  Maksimum 5 orang

Calon dikehendaki mengisi maklumat, menghantar permohonan untuk kelulusan Dekan; b Permohonan pelantikan baru perlu diterima oleh pihak Fakulti/Institut/Pusat dalam tempoh