P U S A T I N O V A S I K O L A B O R A T I F C e n t r e f o r C o l l a b o r a t i v e I n n o v a t i o n
GARIS PANDUAN GERAN LAB2MARKET L a b 2 M a r k e t G r a n t G u i d e l i n e s
U N I V E R S I T I K E B A N G S A A N M A L A Y S I A ( U K M )
( 2 0 1 6 )
ISI KANDUNGAN
PERKARA Muka surat /
Page
1 BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN) 3
2 BAHAGIAN 2 (PENILAIAN PERMOHONAN) 8
3 BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN) 9
4 BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN) 9
5 BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN) 10
6 BAHAGIAN 6 (PERANAN) 11
7 BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR) 12
BAHAGIAN 1 (PERMOHONAN)
1.1 LATAR BELAKANG
1.1.1 Geran ini adalah satu inisiatif untuk meningkatkan kadar kejayaan (success rate) usaha pengkomersilan hasil penyelidikan Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).
1.1.2 Geran ini akan membantu penyelidik untuk membuat kajian menyeluruh dan menghasilkan rancangan dan strategi pengkomersilan teknologi secara lebih efektif bersama-sama dengan rakan industri yang telah dikenalpasti.
1.1.3 Geran ini tidak boleh dianggap pelaburan atau ekuiti tetapi merupakan geran pembangunan untuk digunakan khusus untuk manfaat pengkomersilan hasil penyelidikan UKM berdasarkan tujuan yang diluluskan.
1.2 DEFINISI
1.2.1 Geran Lab2Market (L2M) adalah dana untuk pembuktian konsep [Proof of Concept (POC)] bersama dengan syarikat kolaborasi bagi membangunkan Rancangan Pengkomersilan Technologi (Technology Commercialisation Plan - TCP) untuk harta intelek (IP) UKM atau produk teknologi berasaskan IP UKM.
1.2.2 Geran L2M ini disediakan untuk IP dan produk berasaskan teknologi UKM yang melepasi fasa penyelidikan dan pembangunan (R&D) di makmal (laboratory) di mana tahap kesediaan teknologi adalah sekurang-kurangnya di tahap 5 (daripada 9) iaitu prototaip telahpun dibina serta berpotensi ke pasaran berdasarkan saringan awal pengkomersilan (feasibility screening) oleh panel penilai.
1.3 TUJUAN
1.3.1 Tujuan dana ini diwujudkan ialah untuk meningkatkan keberhasilan pengkomersilan (commercialisation yield) dan mengurangkan risiko pengkomersilan (commercialisation risks) dengan menyediakan rancangan pengkomersilan komprehensif di peringkat pra-komersil berdasarkan kajian terperinci pengkomersilan serta pengesahan nilai (validation) dan potensi harta intelek dan produk teknologi UKM bersama dengan rakan industri.
1.3.2 Perkara yang akan dibiayai oleh dana ini ialah kos keseluruhan penghasilan Technology Commercialisation Plan (TCP) meliputi aktiviti- aktiviti pengumpulan data, analisa maklumat dan penyediaan laporan penulisan, grafik dan ilustrasi. Aktiviti yang dijalankan sepanjang tempoh projek dan TCP yang disediakan di akhir projek akan merangkumi 5
elemen yang dikenalpasti sebagai faktor utama kejayaan (key sucess factors) dalam pengkomersilan teknologi iaitu:-
i. Pengesahan Teknologi dan Kanvas Perniagaan (Technology Validation and Business Canvas);
ii. Penerimaan Pasaran dan Rancangan Pemasaran (Market Acceptance and Marketing Plan);
iii. Keperluan Operasi dan Rancangan Pengurusan Operasi (Operation Requirements and Operation Management Plan);
iv. Keperluan Modal dan Rancangan Kewangan (Capital Requirement and Financial Plan); dan
v. Persiapan Rekabentuk Permintaan Pasaran (Market Demanded Design).
1.4 SYARAT PERMOHONAN
1.4.1 Permohonan terbuka kepada kakitangan UKM dengan syarat-syarat berikut:
1.4.1.1 Kakitangan akademik; atau
1.4.1.2 Kakitangan bukan akademik (tetap); atau
1.4.1.3 Bagi kakitangan akademik kontrak, termasuk bukan warganegara, dimestikan mempunyai penyelidik bersama warganegara Malaysia yang berjawatan tetap.
1.4.2 IP atau produk berkaitan IP telah melalui saringan potensi pengkomersilan (commercialisation screening) oleh Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK);
1.4.3 Mempunyai profil syarikat kolaborasi yang lengkap beserta bukti komitmen syarikat (surat yang ditandatangani oleh pengurusan atasan);
1.4.4 Syarikat berkolaborasi dimesti menyumbang 40% (dalam bentuk wang tunai dan sumbangan bukan kewangan) dari jumlah peruntukan yang diluluskan di mana 10 % tersebut diambil kira sebagai penunjuk minat dan komitmen yang boleh digunakan sebagai wang pendahuluan pelesenan IP yang terbentuk pada akhir projek. Contoh pengiraan seperti di bawah;
Jumlah Geran L2M
yang diluluskan
40%sumbangan syarikat kolaborasi
Tujuan 30% wang
tunai
10%
sumbangan bukan kewangan RM250,000 RM 75,000 RM 25,000
Wang sumbangan tersebut akan dijadikan
sebahagian dari wang pendahuluan pelesenan
harta intelek yang dijangka dihasilkan pada
akhir projek.
RM150,000 RM45,000 RM15,000
1.4.5 Panel Penilai JKL2M berhak menentukan syarat-syarat tambahan atau pengecualian syarat-syarat utama yang bersesuaian sebelum meluluskan sesuatu permohonan.
1.5 TEMPOH PROJEK
1.5.1 Tempoh maksimum pembiayaan adalah selama dua belas (12) bulan;
1.5.2 Walau bagaimanapun tempoh ini boleh diubahsuai mengikut merit dan dipersetujui oleh Panel Penilai JKGPK setelah 6 bulan projek dilaksanakan; dan
1.5.3 Ketua projek hanya dibenarkan untuk membuat permohonan pelanjutan tempoh sekali sahaja sepanjang projek berjalan iaitu selama tidak lebih dari tiga (3) bulan.
1.6 TATACARA PERMOHONAN
1.6.1 Pemohon perlu menghantar Borang Permohonan L2M (2016) beserta dokumen sokongan kepada Urusetia L2M, PIK; dan
1.6.2 Permohonan perlu dikemukakan kepada PIK pada atau sebelum tarikh tamat permohonan. Permohonan yang lewat tidak akan dipertimbangakan.
1.7 SKOP PEMBIAYAAN
1.7.1 Had maksimum permohonan dana adalah RM250,000.00. Walau bagaimana pun, jumlah peruntukan akhir untuk sesuatu projek yang diperakukan adalah bergantung kepada keputusan panel penilai JKGPK yang mengikut keperluan projek ini;
1.7.2 Syarikat berkolaborasi perlu menyumbang 40% (dalam bentuk wang tunai dan sumbangan bukan kewangan) daripada jumlah peruntukan yang diluluskan oleh ahli JKPNP ;
1.7.3 Pembiayaan yang dipohon mestilah bersesuaian dengan aktiviti yang dirancang dan disertakan justifikasi yang munasabah;
1.7.4 Geran ini boleh diguna mengikut kategori berikut:
PERKARA PENERANGAN
Kajian kebolehlaksanaan pasaran
Peruntukan ini digunakan untuk kaji
selidik/analisis pasaran termasuk latihan kajian pasaran tersebut.
Analisis pasaran Bayaran untuk mendapatkan khidmat perunding luar.
Kaji selidik pasaran Bayaran untuk kaji selidik pasaran
menggunakan borang kaji selidik/upah bayaran kepada peserta kaji selidik untuk sampel yang diuji.
Pendaftaran, Pensijilan &
Piawaian
Peruntukan ini digunakan untuk pendaftaran, persijilan dan piawaian produk yang akan dibangunkan.
Kos untuk ujian produk &
piawaian
Bayaran untuk pengujian produk untuk dari segi ujian logam berat, ketahanan, ketoksikkan dan sebagainya.
Kos untuk pendaftaran & dan pensijilan
Bayaran untuk pendaftaran dan pensijilan SIRIM dan sebagainya.
Kos Pembentukan atau Rekabentuk Produk
Peruntukan ini digunakan untuk pembangunan produk di tahap Minimum Viable Product (MVP) serta kos pembungkusan dan kos sampingan untuk persampelan.
Bahan mentah untuk pembentukan / rekabentuk produk serta pembungkusan sampel
Kos bahan mentah untuk pembentukan / rekabentuk produk dan kos pembungkusan sampel-sampel untuk ujian pasaran.
Reka bentuk pembungkusan Bayaran untuk upah perkhidmatan profesional untuk reka bentuk pembungkusan.
Iklan, Promosi & Pemasaran Peruntukan ini digunakan untuk pengiklanan, promosi dan bantuan pemasaran produk yang dibangunkan.
Brosur Bayaran untuk upah perkhidmatan profesional untuk penerbitan brosur (bayaran dari segi rekabentuk, kos pencetakan dan kos bahan pencetakan)
Pameran / Bayaran untuk menghadiri pameran-pameran untuk mempromosikan produk yang akan dibangunkan (bayaran dari segi sewa tapak pameran, perkhidmatan profesional untuk pembinaan booth pameran dan bayaran upah kepada penjaga booth sambilan untuk makan minum sepanjang pameran tersebut dengan kadar RM30.00 sehari.
(Sila rancang dan senaraikan pameran yang akan dihadiri berserta justifikasi yang
bersesuaian).
Lain-lain (sila nyatakan) Lain-lain perbelanjaan yang diperlukan (sila nyatakan dan terangkan justifikasi untuk perbelanjaan tersebut)
1.7.5 Pembayaran peruntukan L2M ini adalah berdasarkan kepada pencapaian carta perbatuan;
1.7.6 Syarikat berkolaborasi perlu menyalurkan sumbangan kepada akaun projek dalam tempoh satu (1) bulan selepas mendapat surat pemakluman kelulusan daripada Urusetia L2M;
1.7.7 Sebarang permohonan peruntukan tambahan bagi projek yang telah diluluskan perlu mendapat pertimbangan oleh ahli JKPNP dan harus dikemukakan melalui surat beserta justifikasi permohonan penambahan peruntukan sekurang-kurangnya dua (2) bulan sebelum dikehendaki.
1.8 HASIL PROJEK
1.8.1 Kebolehcapaian projek adalah dalam bentuk Laporan Kes (Case Report) yang merangkumi:
i. Laporan Kes & Analisis Pasaran
Laporan-laporan kes dan analisis-analisis pasaran yang berkaitan dengan produk yang ingin dibangunkan.
ii. Pelan Perniagaan (Business Plan)
Pelan perniagaan yang dibangunkan bersama dengan syarikat kolaborasi untuk produk tersebut berdasarkan analisis yang telah dijalankan mengikut templat yang disediakan oleh PIK.
iii. Pemilikan Harta Intelek
Pemilikan harta intelek yang terhasil dari projek ini bergantung kepada sumbangan penglibatan setiap pihak.
iv. Perlesenan Teknologi
Syarikat kolaborasi menandatangani perjanjian pelesenan.
BAHAGIAN 2 (PENILAIAN PERMOHONAN)
2.1 PENILAIAN PERMOHONAN
2.1.1 Pemohon digalakkan untuk mendapat khidmat rundingan dengan Pusat Inovasi Kolaboratif (PIK) untuk menjelaskan tentang:
2.1.1.1 Peluang dan potensi pengkomersilan, pembangunan yang ingin dicapai (gap analysis);
2.1.1.2 Penerangan yang ringkas dan jelas tentang teknologi, novelty dan status pembangunan semasa;
2.1.1.3 Maklumat IP dan pemilikan IP yang jelas;
2.1.1.4 Ringkasan analisis pasaran, termasuk persaingan dan strategi pemasaran;
2.1.1.5 Senarai ahli dalam kumpulan yang ada serta komitmen yang jelas dari setiap ahli dari segi masa dan sweat equity (disertakan CV);
2.1.1.6 Ringkasan unjuran kewangan (financial projection), termasuk perbelanjaan utama dan pendapatan untuk jangkamasa 5 tahun; dan
2.1.1.7 Pengakuan atau perjanjian dengan rakan kongsi yang melibatkan pembiayaan, sebab mengapa mereka berminat untuk meneruskan kerjasama penggunaan produk.
2.1.2 Permohonan dibuat dengan mengisi borang permohonan yang disediakan;
2.1.3 Permohonan perlu dikemukakan kepada pejabat PIK mengikut tarikh tutup yang ditetapkan;
2.1.4 Proses penilaian akan dijalankan secara berkala mengikut keperluan;
2.1.5 Ketua projek dan syarikat kolaborasi akan dijemput untuk membentangkan permohonan kepada panel penilai;
2.1.6 Pemohon akan diperuntukkan 10 minit bagi pembentangan cadangan projek dan 20 minit untuk soal jawab;
2.1.7 Semua permohonan akan dinilai oleh Jawatankuasa Teknikal yang terdiri daripada:
i. Pengarah PIK
ii. Timbalan Dekan Penyelidikan & Inovasi / Ketua Nic iii. Entrepreneur in-residence PIK
iv. Felo Bersekutu PIK
v. Penilai bebas (Industri /Pelabur/Pemodal Teroka ([Venture Capitalist])
2.1.8 Carta alir adalah seperti di Bahagian 7.
BAHAGIAN 3 (KEPUTUSAN)
3.1 PEMAKLUMAN KEPUTUSAN
3.1.1 Keputusan Permohonan Geran L2M akan dimaklumkan kepada pemohon selepas kelulusan mesyuarat JKPnP;
3.1.2 Surat keputusan akan dialamatkan kepada Ketua Projek; dan
3.1.3 Sekiranya diluluskan, Ketua Projek DAN Syarikat Berkolaborasi diwajibkan untuk menandatangani surat perakuan Penerimaan tersebut dan mengembalikan semula kepada Urus Setia Geran L2M sebelum dana diagihkan.
BAHAGIAN 4 (PEMANTAUAN)
4.1 LAPORAN KEMAJUAN
4.1.1 Ketua projek dikehendaki menghantar laporan kemajuan projek menggunakan borang yang disediakan setiap suku tahun [tiga (3) bulan};
4.1.2 Kemajuan projek geran ini akan dipantau oleh PIK menurut carta perbatuan yang telah dipersetujui;
4.1.3 Sebarang perubahan terhadap carta perbatuan dan belanjawan projek perlu mendapat persetujuan pengarah PIK; dan
4.1.4 Penambahan masa (tidak lebih daripada tiga (3) bulan) hanya akan diberikan sekali sahaja. Permohonan perlu dikemukakan satu (1) bulan daripada tarikah tamat projek. Permohonan yang diterima selepas projek tamat tidak akan dipertimbangkan.
4.2 LAPORAN AKHIR PROJEK
4.2.1 Laporan akhir projek perlu dikemukakan selewat-lewatnya dua (2) bulan selepas tarikh tamat projek mengikut borang yang disediakan;
4.2.2 Ketua projek akan diminta untuk membentangkan Laporan Akhir kepada Jawatan kuasa Teknikal GPK pada tarikh yang akan ditetapkan.
BAHAGIAN 5 (LAIN-LAIN)
5.1 KETUA PROJEK BERHENTI
Penyelidik bersama perlu memaklumkan kepada Pengarah PIK tentang Ketua Projek yang telah/akan berhenti perkhidmatan di UKM secara bersurat.
5.2 PROJEK BERMASALAH
Satu penalti akan dikenakan kepada Ketua Projek dan Syarikat Berkolaborasi yang mempunyai projek bermasalah seperti butiran di bawah. JPP akan menentukan penalti yang akan dikenakan.
5.2.1 Projek tidak menunjukkan kemajuan selepas tiga (3) bulan pertama akan ditamatkan;
5.2.2 Ketua Projek akan disenarai hitam oleh PIK bagi tempoh satu tahun.
Wang penunjuk minat daripada syarikat berkolaborasi (10%) akan dilucuthakkan (forfeited);
5.2.3 Penambahan dana tidak akan diberi kepada projek yang melangkaui tempoh masa asal; dan
5.2.4 UKM tidak akan bertanggungjawab atas segala konflik di antara Ketua Projek dengan Syarikat Berkolaborasi.
5.3 TIMBANG TARA
Pertimbangan dan pengecualian dalam kes-kes tertentu boleh diberikan berdasarkan keputusan Jawatan Kuasa Teknikal Geran L2M dan Jawatan kuasa Penyelidikan dan Penerbitan (JKPnP).
BAHAGIAN 6 (PERANAN)
6.1 PUSAT INOVASI KOLABORATIF (PIK)
6.1.1 Memaklumkan pelawaan permohonan geran penyelidikan kepada fakulti /institut / pusat. (jika ada);
6.1.2 Menerima dan memproses permohonan yang dihantar dan di bawa ke sesi penilaian;
6.1.3 Memaklumkan keputusan penilaian kepada Penyelidik; dan 6.1.4 Membuat pemantauan terhadap kemajuan projek penyelidikan.
6.2 KETUA PROJEK
6.2.1 Memenuhi syarat-syarat permohonan seperti yang dikehendaki;
6.2.2 Memastikan projek penyelidikan berjalan dengan efektif untuk mencapai objektif penyelidikan dan jejak kunci mengikut masa yang ditetapkan dengan jumlah peruntukan yang diberi;
6.2.3 Memberikan maklumbalas setuju terima tawaran pada masa yang ditetapkan;
6.2.4 Menjaga kerahsiaan maklumat yang diperolehi daripada syarikat berkolaborasi; dan
6.2.5 Menghadiri sesi pembentangan kepada JKPNP sekiranya dijemput.
6.3 SYARIKAT BERKOLABORASI
13.3.1 Memberikan maklumbalas setuju menerima tawaran dengan mengisi akuan penerimaan pada masa yang ditetapkan oleh PIK;
13.3.2 Memberikan komitmen kepada pembangunan prototaip atau produk sebagaimana yang dipersetujui dalam akuan penerimaan;
13.3.3 Memberikan kerjasama sewajarnya terhadap pelaksanaan projek
termasuk memberi akses fasiliti, premis dan maklumat berkaitan projek kepada penyelidik yang dianggap penting untuk kemajuan pembangunan prototaip atau produk;
13.3.4 Menjaga kerahsiaan maklumat yang diperoleh daripada penyelidik UKM.
BAHAGIAN 7 (CARTA ALIR)
CARTA ALIRAN PERMOHONAN
Lengkap?
Terima permohonan Semak permohonan
Lengkap?
Penilaian oleh J/K Teknikal L2M, PIK
Sedia keputusan perakuan J/K Penyelidikan &
Penerbitan, Pusat Pengurusan Penyelidikan &
Instrumentasi (CRIM)
J/K Penyelidikan & Penerbitan, CRIM membuat keputusan
Minta pemohon buat pembetulan
Maklum keputusan kepada pemohon Tidak
Ya
Minta pemohon buat pembetulan
Tidak
Ya
Tamat
Terima Surat Pengakuan Penerimaan
1 hari
7 hari
CARTA ALIRAN PEMANTAUAN
Terima Laporan Prestasi dari Penyelidik
Semak laporan yang diterima
Lengkap?
Analisa laporan prestasi
Tamat Minta penerima geran buat
pembetulan Tidak
Ya
Projek bermasalah?
Ya
Tidak Penerima geran ambil
langkah penambahbaikan
Sedia Laporan Prestasi keseluruhan untuk dikemukakan kepada J/K Teknikal L2M
Keluar surat peringatan
Terima keputusan J/K Teknikal Geran Lab2Market
SEBARANG PERTANYAAN / MAKLUMAT TAMBAHAN BOLEH DIAJUKAN KEPADA
P u s a t I n o v a s i K o l a b o r a t i f U n i v e r s i t i K e b a n g s a a n M a l a y s i a
4 3 6 0 0 U K M B a n g i S e l a n g o r
T e l : 0 3 - 8 9 2 1 5 6 9 1 / 4 1 1 7 , F a k s : 0 3 - 8 9 2 1 4 1 1 4 , E - m e l : n a d i a h a t i q a h @ u k m . e d u . m y