• Tidak ada hasil yang ditemukan

garis panduan penyediaan pelan instruksional kursus

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "garis panduan penyediaan pelan instruksional kursus"

Copied!
4
0
0

Teks penuh

(1)

GPPIK_v1:2014 (BPPA GARIS PANDUAN PENYEDIAAN PELAN INSTRUKSIONAL KURSUS (COURSE INSTRUCTIONAL PLAN) PROGRAM AKADEMIK UNIMAS

1. Tujuan

Garis panduan ini bertujuan memberi panduan dan kefahaman kepada Fakulti dan Pusat di UNIMAS tentang penyediaan dan penulisan pelan instruksional untuk kursus yang ditawarkan dalam program akademik peringkat Pra-Siswazah, Pra-Universiti dan Pasca Siswazah.

2. Pengenalan

 Pelan instruksional kursus adalah dokumen perancangan KHUSUS aktiviti pengajaran, pembelajaran dan penilaian untuk sesebuah kursus sepanjang tempoh penawarannya dalam satu semester/tahun pengajian program akademik di fakulti dan pusat pengajian.

 Perancangan khusus bagi setiap kursus mestilah berdasarkan kepada maklumat yang terdapat dalam rangka kursus yang TELAH DILULUSKAN oleh Jabatan Pengajian Tinggi (JPT)

 Dokumen ini mesti disediakan untuk setiap kursus SEBELUM semester penawaran bagi kursus tersebut bermula. Dokumen ini juga mesti diluluskan terlebih dahulu oleh Dekan Fakulti/Pusat Pengajian untuk pelaksanaan bagi semester pengajian tersebut.

 Penyediaan dokumen ini boleh dilakukan menggunakan sistem e-CLASS1 yang boleh diakses melalui alamat berikut: http://programspec.unimas.my/eclass2.

 Nama pengguna dan kata laluan boleh diperolehi daripada Dekan Fakulti/Pusat Pengajian masing-masing.

 Penyediaan dokumen ini dalam sistem e-CLASS akan membolehkan aktiviti penambahbaikan kualiti berterusan (Continuous Quality Improvement – CQI) yang melibatkan pengukuran pencapaian hasil pembelajaran kursus (CLO – Course Learning Outcome), hasil pembelajaran program (PLO – Program Learning Outcome) dan objektif pendidikan program (PEO – Program Educational Objective) bagi setiap program akademik UNIMAS dapat dilaksanakan secara sistematik dan terancang.

1 e-CLASS (Curriculum, Learning and Assessment Support System)

2 Sebarang perubahan alamat akan dimaklumkan oleh BPPK kepada Fakulti dan Pusat.

(2)

GPPIK_v1:2014 (BPPA 3. Komponen Pelan Instruksional Kursus

Selain komponen dalam rangka kursus (course outline), dokumen pelan instruksional ini juga mengandungi maklumat khusus seperti berikut:

a. Pemetaan (mapping) di antara Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes – CLO), Domain Taksonomi Pembelajaran dan Aras Taksonomi tersebut, serta Hasil Pembelajaran Program (Program Learning Outcome – PLO).

 Maklumat pemetaan ini dijanakan secara automatik oleh sistem e-CLASS berdasarkan maklumat sedia ada daripada rangka kursus dan matriks program yang berkaitan. Maklumat pemetaan yang dijanakan adalah seperti contoh di bawah.

CLO Kenyataan (CLO)

Domain Taksonomi Pembelajaran dan

Aras Taksonomi

Pemetaan dengan Hasil Pembelajaran

Program (PLO)

C P A SS

CLO 1 Merancang aktiviti penyediaan pelan instruksional kursus untuk

fakulti secara berkumpulan 5 TS 2

b. Pemetaan (mapping) di antara Unit Pembelajaran (Learning Units – LU), Hasil Pembelajaran Kursus (Course Learning Outcomes – CLO), serta Aktiviti Pengajaran dan Pembelajaran dan Strategi Penilaian yang khusus untuk unit tersebut.

Maklumat pemetaan juga termasuk liputan unit pembelajaran mengikut minggu pelaksanaan.

 Pensyarah/Penyelaras Kursus yang bertanggungjawab ke atas penyediaan pelan instruksional kursus mesti memastikan PENJAJARAN KONSTRUKTIF (constructive alignment) terbina semasa mengisi maklumat pemetaan untuk perkara-perkara yang dinyatakan di atas.

 Maklumat pemetaan ini kemudiannya akan dijanakan secara automatik oleh sistem e-CLASS seperti contoh di bawah.

LU* Tajuk* Minggu CLO Aktiviti

Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi Penilaian 1 Pengenalan kepada Pelan

Instruksional Kursus 1 CLO 1 Kuliah

Perbincangan Pembentangan Pelajar

*Dijanakan secara automatik

daripada maklumat rangka kursus Dipilih oleh pensyarah daripada senarai ke bawah (drop- down list) yang disediakan

c. Pemetaan (mapping) di antara (Course Learning Outcomes – CLO) dan Strategi Penilaian yang dinyatakan dalam rangka kursus serta pemberatan bagi setiap CLO untuk strategi penilaian tersebut.

 Maklumat pemetaan ini adalah untuk tujuan pengukuran pencapaian CLO bagi kursus tersebut.

(3)

GPPIK_v1:2014 (BPPA 4. Proses Penyediaan & Pelaksanaan Pelan Instruksional

 Mekanisma pelaksanaan proses ini adalah berdasarkan ketetapan Fakulti/Pusat masing-masing.

Setiap pensyarah adalah bertanggungjawab untuk menyediakan pelan instruksional kursus dan mengikuti proses kerja penyediaan dan pelaksanaan pelan yang dinyatakan di atas.

 Bagi sesuatu kursus yang diajar oleh lebih dari seorang pensyarah (i.e. melibatkan beberapa kumpulan pelajar yang berbeza) DAN sesuatu kursus yang dikongsi tugasan pengajaran oleh beberapa pensyarah (team teaching) dalam program pengajian yang sama, hanya SATU pelan instruksional sahaja yang diperlukan.

 Verifikasi pelan instruksional adalah mekanisme kawal dan imbang (check and balance) yang bertujuan untuk memastikan aspek penjajaran konstruktif telah diambil kira oleh pensyarah semasa merancang pelan instruksional kursus masing- masing.

 Verifikasi Jadual Penentuan Peperiksaan Akhir perlu disahkan selewat-lewatnya pada Minggu ke – 5 semester penawaran kursus.

 Pensyarah perlu melaporkan pencapaian hasil pembelajaran kursus bersama pencapaian kursus pelajar pada penghujung semester pengajian. Justifikasi ketidakcapaian hasil atau strategi penambahbaikan pelan perlu dinyatakan dalam laporan tersebut dan dijadikan rujukan untuk penyediaan pelan untuk semester seterusnya.

Pengagihan Tugasan Pengajaran Penyediaan Pelan Instruksional Kursus (berdasarkan Rangka Kursus) di e-CLASS

Verifikasi Pelan Instruksional Kursus oleh

Fakulti Semester Pengajian

Bermula Verifikasi Jadual Penentuan Peperiksaan

Akhir (Minggu ke 3 - 5) Semester Pengajian

Berakhir Penjanaan Laporan

Pencapaian Hasil Pembelajaran Setelah Input

Markah Akhir Kursus (Indeks Pencapaian = 50%)

Pelaporan ke Fakulti &

Universiti Persediaan Jabatan

untuk Semester Seterusnya

(4)

GPPIK_v1:2014 (BPPA 5. Hal-Hal Lain

 Maklumat dalam Pelan Pembelajaran boleh dikemaskini pada setiap semester setelah memperolehi kelulusan di peringkat Jabatan/Fakulti.

 Fakulti/pusat mesti memastikan struktur ayat, ejaan dan format yang digunakan adalah betul sebelum mengesahkan maklumat pelan instruksional.

 Pengukuran Hasil Pencapaian Kursus adalah berdasarkan julat dan pengkelasan berikut:

Sangat

Mencapai Mencapai Tidak Mencapai Sangat Tidak Mencapai

100 - 75 74 – 50 49 - 25 24 – 0

(Indeks Pencapaian = 50%)

 Semua pengiraan dan penjanaan laporan adalah melalui sistem e-CLASS.

 Semua permohonan untuk penyediaan pelan instruksional kursus baharu atau pengemaskinian pelan instruksional kursus sedia ada perlu dimajukan melalui emel kepada Bahagian Pembangunan dan Pengurusan Kurikulum (BPPK) selaku Urusetia Pasukan Petugas Sistem e-CLASS.

6. Tarikh Berkuatkuasa

Garis panduan ini berkuat kuasa bermula dari tarikh ia diluluskan oleh Mesyuarat Senat Bil 7/2014 ke 135 iaitu pada 3 September 2014.

Referensi

Dokumen terkait