• Tidak ada hasil yang ditemukan

Halier & Co kudapan wanita berpantang, perisa hidangan

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Halier & Co kudapan wanita berpantang, perisa hidangan"

Copied!
3
0
0

Teks penuh

(1)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

Halier & Co kudapan wanita berpantang, perisa hidangan

November 9, 2022 @ 9:35am

Nurzaihan menunjukkan kudapan tradisional hasil keluaran syarikatnya.

Rawang: Perniagaan kudapan tradisional Halier & Co yang diusahakan oleh Nurzaihan Mohd Mokhtar, Sahabat Amanah Ikhtiar Malaysia (AIM) di Kampung Melayu Sri Kundang, dekat sini memiliki keistimewaannya tersendiri kerana bukan sahaja sesuai untuk wanita berpantang malah boleh juga dinikmati oleh semua peringkat umur.

Ibu kepada empat orang cahaya mata ini pada mulanya berkecimpung dalam bidang katering, namun keinginan yang mendalam untuk mencipta kelainan dalam hidangan yang disediakan membawa ilham untuk menghasilkan produk kudapan tradisional seperti serunding halia, bawang putih rangup, pegaga rangup dan peria rangup yang boleh dimakan terus atau dihidangkan sebagai hiasan dan penambah rasa dalam hidangan.

(2)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

"Menerusi kajian yang saya lakukan, serunding halia amat popular di negeri Sabah dan Sarawak, namun masih lagi jarang ditemui di Semenanjung. Jadi, dari situ saya mendapat idea untuk menghasilkan serunding halia.

"Pada mulanya, saya hanya mempromosikan serunding halia kepada keluarga dan rakan-rakan terdekat sahaja, namun maklum balas amat positif dan membuatkan saya teruja dan lebih bersemangat untuk menghasilkan produk ini.

"Bagi memastikan kualiti terjaga dan terus diterima pelanggan, saya sentiasa mencuba memperbaiki produk menerusi maklum balas daripada pelanggan, contohnya dahulu serunding yang dihasilkan bertekstur kasar dan susah untuk ditelan, kini serunding dihasilkan lebih halus, mudah ditelan mengikut kehendak pelanggan," katanya.

Mengenai keistimewaan produk yang dihasilkan, Nurzaihan berkata serunding halia amat sesuai untuk wanita berpantang kerana boleh memanaskan badan, membuang angin berlebihan, membantu membuang toksin dan membantu menurunkan berat badan.

Malahan, kesemua pilihan kudapan tradisional keluaran Halier & Co iaitu Serunding Halia, Bawang Putih Rangup, Peria Rangup dan Pegaga Rangup sungguh enak dimakan bersama nasi putih dan bubur nasi. Perusahaan yang dikendalikan secara kecil-kecilan bersama suaminya ini dibantu oleh dua pekerja sambilan. Sebanyak 100 kilogram (kg) halia, 30kg peria, 30kg pegaga dan 30kg bawang putih yang diproses dapat menghasilkan kira-kira 100 pek bungkusan untuk setiap jenis produk seterusnya dijual kepada pelanggan menerusi media sosial dan ejen-ejen jualan yang memasarkan produk Halier & Co.

Pinjaman guna beli mesin

Sementara itu, katanya, sebagai Sahabat AIM sejak tiga tahun lalu membolehkan beliau mendapat pinjaman untuk membeli kelengkapan dan mesin.

"Saya amat bersyukur dan berterima kasih kepada AIM kerana bimbingan, tunjuk ajar dan modal pusingan yang telah diberikan membolehkan saya menjalankan perniagaan Halier & Co. Bimbingan dan tunjuk ajar yang diberikan juga telah banyak membantu

(3)

Disclaimer : Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM

This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies or reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for private study, scholarship or research.

dalam perniagaan sehingga berjaya memperolehi pendapatan jualan purata 400 ke 500 pek bungkusan sebulan.

"Pinjaman kali pertama yang saya buat adalah sebanyak RM3,000. Modal yang diperoleh itu saya gunakan sepenuhnya untuk membeli kelengkapan dan mesin yang membantu mempercepatkan proses pengeluaran produk saya seperti mesin mengupas kulit halia,"

katanya.

Sehingga ke hari ini, beliau telah lima kali membuat pinjaman modal dengan jumlah keselurahan RM14,000 untuk dijadikan modal pusingan, menaik taraf pembungkusan produk dan pembelian bahan-bahan mentah. Setiap pek produk Halier & Co dijual pada harga RM20 dan boleh dibeli menerusi laman Facebook dan Instagram Halier & Co selain di Shoppe Shop Halier & Co.

Untuk maklumat lanjut atau kepada yang berminat untuk menjadi ejen atau 'dropshipper', boleh hubungi terus Nurzaihan di talian 012-369 7032.

Referensi

Dokumen terkait