• Tidak ada hasil yang ditemukan

Harap maklum bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "Harap maklum bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

SHAH ALAM - Caj RM1 bagi transaksi pengeluaran antara bank menerusi mesin pengeluaran wang automatik (ATM) akan dikuatkuasakan semula kepada pelanggan mulai esok.

Sebelum ini beberapa bank tempatan termasuk Maybank, Bank Islam Malaysia Bhd, CIMB Bank Berhad dan RHB Bank Berhad telah pun memuat naik notis berkenaan di platform media sosial masing-masing pada pertengahan Disember tahun lepas.

Dalam kenyataan ringkas, Maybank telah menyatakan bahawa mulai 1 Februari, caj transaksi pengeluaran tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

Harap maklum bahawa mulai 1 Februari 2022, caj transaksi RM1 untuk pengeluaran wang tunai antara bank di ATM akan dilaksanakan semula.

"Pelanggan Maybank masih boleh mengeluarkan wang tunai tanpa caj di ATM Maybank,” kata Maybank.

Sementara itu, terdapat segelintir warganet mengkritik notis tersebut dengan menyatakan bahawa caj RM1 itu akan menyebabkan orang ramai kembali beratur panjang di ATM terbabit.

Sebelum ini, kerajaan memberi pengecualian caj pengeluaran RM1 di semua mesin Malaysian Electronic Payment System Sdn Bhd (MEPS) berkuat kuasa pada 6 April 2020.

(2)

Langkah itu bagi membolehkan orang ramai mengeluarkan wang tunai daripada ATM yang berkongsi sistem MEPS semasa perintah kawalan pergerakan tanpa perlu membayar caj RM1.

Artikel Penuh : https://www.sinarharian.com.my/article/185690/BERITA/Nasional/Caj-transaksi-RM1- ATM-berkuat-kuasa-semula-esok

© 2018 Hakcipta Terpelihara Kumpulan Karangkraf

Referensi

Dokumen terkait

CONCLUSIONS From the results of this study should the teachers especially English teacher teachers can apply the technique "English Area" in an effort to improve the ability to speak