• Tidak ada hasil yang ditemukan

HeadlineHutan Simpan Pasoh dijadikan pusat penyelidikan antarabangsaMediaTitleSinar HarianDate25 Aug 2022ColorFull ColorSectionNasionalCirculation140,000Page No25Readership420,000LanguageMalayArticleSize216 cm²JournalistN/AAdValueRM 4,579FrequencyDailyPR ValueRM 13,737

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "HeadlineHutan Simpan Pasoh dijadikan pusat penyelidikan antarabangsaMediaTitleSinar HarianDate25 Aug 2022ColorFull ColorSectionNasionalCirculation140,000Page No25Readership420,000LanguageMalayArticleSize216 cm²JournalistN/AAdValueRM 4,579FrequencyDailyPR ValueRM 13,737"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Hutan Simpan Pasoh dijadikan pusat penyelidikan antarabangsa

SEREMBAN - Hutan Simpan Pasoh di Jelebu seluas 1,800 hektar akan dibangun- kan menjadi tapak penyelidikan hutan tropika antarabangsa.

Menteri Besar, Datuk Seri Aminuddin Harun berkata, ia selaras dengan keputus- an yang dibuat semasa Mesyuarat Lembaga Perhutanan Negeri

Sembilan di Pusat Penyelidikan Hutan Pasoh pada Selasa.

"Jabatan Perhutanan Negeri Sembilan telah men- jalinkan kerjasama dengan Insti tut Penyelidikan Per- hutanan Malaysia (FRIM) untuk men jadikan Hutan Simpan Pa- soh sebagai satu tapak an tara- bangsa untuk penyelidikan hutan tropika.

"Kita mahu wujudkan se- bagai pusat penyelidikan lebih baik dan moden, malah kerja-

sama ini diharapkan menjadi pusat ke- cemerlangan bagi penyelidikan universiti tempatan dan antarabangsa," katanya dalam sidang akhbar selepas mem- pengerusikan Mesyuarat Exco Mingguan di Wisma Negeri pada Rabu.

Mengulas lanjut, Aminuddin berkata,

menerusi kerjasama itu, FRIM telah memperuntukkan sebanyak RM5.5 juta untuk tujuan pembangunan di kawasan berkenaan.

"Hutan Pasoh yang luas dan tidak per- nah diterokai, tiada aktiviti penebangan, ada hidupan liar dan pemandangan yang cukup menarik berpotensi menjadi tarikan pelancong pada masa akan datang,"

katanya.

Dalam pada itu, Aminuddin berkata, pihaknya turut ber- bincang untuk membangun- kan kawasan setempat dan berhampiran seperti Gua Pelangi di Pasoh, Taman Negeri Kenaboi dan Pusat Penyelidikan Hutan Pasoh.

Sementara itu, dalam per- kembangan lain, Aminuddin berkata, kerajaan Negeri Sembilan akan memastikan hutan-hutan yang tinggal terus terpelihara demi kebaik- an generasi masa hadapan.

"Oleh sebab itu, tiada lesen pembalak- an dikeluarkan kerajaan negeri sejak mengambil alih tampuk pemerintahan pada tahun 2018," katanya.

Kita mahu wujudkan sebagai pusat penyelidikan lebih baik, moden malah kerjasama ini diharapkan menjadi pusat kecemerlangan bagi penyelidikan universiti tempatan dan antarabangsa."

AMINUDDIN

Headline Hutan Simpan Pasoh dijadikan pusat penyelidikan antarabangsa MediaTitle Sinar Harian

Date 25 Aug 2022 Color Full Color

Section Nasional Circulation 140,000

Page No 25 Readership 420,000

Language Malay ArticleSize 216 cm²

Journalist N/A AdValue RM 4,579

Frequency Daily PR Value RM 13,737

Referensi

Dokumen terkait