• Tidak ada hasil yang ditemukan

• HOODING CEREMONY' FESTKON-12 UniMAP

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "• HOODING CEREMONY' FESTKON-12 UniMAP"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

• HOODING CEREMONY'

KANGAR, 26 Oktober -Buat julung kalinya, Universiti Malaysia Perlis (UniMAP) mengadakan majlis penghargaan kepada semua siswazah Doktor Faksafah (PhD) dan penyelia mereka sempena Istiadat Konvokesyen ke-12 UniMAP di Hotel Putra Regency, di sini.

Seramai 75 siswazah iaitu 35 antarabangsa dan 40 tempatan diraikan sebagai lambang kejayaan mereka mengharungi perit getir pengajian Doktor Falsafah. Naib Canselor UniMAp, Dato' Prof. Dr. lui Azhar Zahid Jamal ketika berucap merasmikan majlis berkenaan melahirkan harapan agar alumni siswazah PhD sentiasa berhubung dengan penyelia-penyelia serta rakan-rakan

UniMAP.

Katanya, siswazah PhD akan menjadi simbol harapan dan kejayaan masa depan generasi UniMAP dengan perkongsian kepakaran bidang masing-masing kepada mereka seterusnya menyuntik semangat mereka meneruskan pengajian sehingga mencapai kejayaaan. '1usteru saya berharap kita semua dapat memartabatkan nama UniMAP dengan berkongsi cerita kebaikan universiti ini walau di mana kita berada selepas ini," katanya.

Pada tahun lalu (2016) , siswazah PhD adalah seramai 50 orang iaitu 17 antarabangsa dan 33 tempatan sekaligus menunjukkan peningkatan bagi tahun ini. Dalam majlis itu turut diraikan siswazah PhD yang berjaya dilahifkan dari kalangan staf pentadbiran iaitu Dr. Ruswahida Ibnu Ruslan yang merupakan penolong pendafiar di Pusat Ke~asama

Industri dan Agensi Kerajaan (CIGC) UniMAPyang menyambung pengajian menerusi skim cuti belajarstaf pentadbiran.

Mereka menerima skrol masing-masing pad a Sidang Pertama Istiadat Konvokesyen ke-12 universiti itu yang disampaikan Canselor UniMAp, Tuanku Syed Faizuddin PutraJamaluliail pada 280ktober2017.

FESTKON-12 UniMAP

PAUH PUTRA, 25 Oktober - Memilih tema Menjana Minda Berinovasi sempena dengan 15 tahun penubuhan Universiti Malaysia Perlis (UniMAP), Festival Konvokesyen (Festkon) ke-12 UniMAP kali ini nyata menyajikan kelainan dan kemeriahan berbanding sebelum ini.

Naib Canselor UniMAp, Dato' Prof. Dr. lui Azhar lahid Jamal berkata pelbagai program yang menggunakan kemahiran berkomunikasi, keusahawanan dan daya kreatif membolehkan mahasiswa yang terlibat mempelajari dan mempraktikkan segala ilmu yang diperoleh terutama dalam aspek pengurusan organisasi.

"Inovasi merupakan idea, amalan atau objek yang dianggap baharu dan lebih baik dari yang sedia ada. la dihasilkan oleh manusia kreatif bagi membina trend baharu dengan menggunakan peluang maksimum walaupun dalam ekosistem yang mempunyai banyak kekangan dan persaingan.

"Sehubungan itu katanya, menjana minda berinovasi adalah garapan buah fikiran yang perlu diterapkan dalam pelbagai dimensi bagi melahirkan mahasiswa yang lebih kompeten dan karismatik agar dapat mencapai kecemerlangan," katanya ketika berucap pada Perasmian Festkon 12 UniMAP baru-baru ini.

Pelancaran penuh gilang-gemilang Festkon12 telah disempurnakan oleh Canselor UniMAp, Raja Muda Perlis, DYTM Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail di Pusat Festkon12, Dataran Pusat Kejuruteraan pada 26 Oktober.

Berangkat sarna, Raja Puan Muda Periis, DYTM Tuanku Hajah Lailatul Shahreen Akashah Khalil yang juga Pro Canselor UniMAP. Festkon 12 berlangsung selama enam hari bermula 25 hingga 30 Oktober dihadiri lebih 20,000 pengunjung.

Pelbagai aktiviti menarik turut menanti pengunjung antaranya sukan rakyat, sukan 'explorace' berunsurkan kesedaran penggunaan yang ditaja Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK), ikrar derma organ, pertandingan azan dan banyak lagi.

Bersempena itu juga turut dilancarkan program Jom Wakaf al-Quran yang disempurnakan oleh Tuanku Syed Faizuddin.

AI-Quran yang diwakafkan diagihkan kepada Sekolah Menengah Kebangsaan (SMK) Syed Alwi, SMK Mata Ayer, SMK Beseri, SMKAgama Perempuan Kangar, SMK DatukAli Ahmad, Sekolah Kebangsaan (SK) Oran, SK Utan Aji, SKSungai Berembang, SK Putra dan Sekolah Rendah (SR) Islam 1. Turut diadakan penyampaian 20 'water dispenser' kepada enam kolej kediaman UniMAP. Kehadiran penyanyi Aizat Amdan menyerikan lagi malam perasmian FestKon 12 ini apabila menghiburkan pengunjung dengan empat buah lagu popularnya. Sementara itu pada perasmian penutup diserikan dengan penampilan istimewa penyanyi Siti Sarah.

';:=~~~IIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIIII+ 21

I

Referensi

Dokumen terkait

Tarikh 10 Oktober 2010 telah mencatat memori bermakna kepada graduan Sekolah Sains dan Teknologi yang telah menerima ijazah Sarjana Muda masing masing pada sidang keempat majlis