• Tidak ada hasil yang ditemukan

Hubungan kaum di Sabah: satu pemerhatian awal

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Hubungan kaum di Sabah: satu pemerhatian awal"

Copied!
1
0
0

Teks penuh

(1)

Hubungan kaum di Sabah: satu pemerhatian awal

ABSTRAK

Komposisi penduduk Sabah yang memperlihatkan kerencaman yang terlalu tinggi dilihat agak kompleks berbanding di Tanah Melayu yang secara umumnya hanya tertumpu kepada tiga kelompok utama iaitu Melayu, Cina dan India. Walaupun begitu, pelbagai analogi mahupun kenyataan telah dikeluarkan oleh ramai ahli politik mahupun media dengan memberikan kenyataan bahawa penduduk di negeri Sabah memiliki sikap keterbukaan atau toleransi yang tinggi. Kenyataan tersebut dibuktikan dengan keadaan masyarakat di Sabah yang tidak pernah berhadapan dengan konflik etnik mahupun menimbulkan isu-isu yang menjadi kegusaran penduduk disebabkan oleh perbezaan etnik. Justeru itu, objektif utama makalah ini adalah menjelaskan keadaan hubungan etnik di Sabah dengan menggunakan kaedah analisis kajian-kajian lepas. Kenyataan mengenai keadaan hubungan antara etnik di Sabah yang harmoni perlu disandarkan dengan bukti asas yang kukuh melalui kajian-kajian saintifik dan bukannya berdasarkan kepada pendapat peribadi semata-mata. Hasil analisis beberapa kajian lepas menunjukkan hubungan kaum atau etnik di Sabah sememangnya baik. Faktor- faktor seperti sistem pemerintahan penjajah, keadaan masyarakat yang bercampur secara semuala jadi sebelum kedatangan penjajah, ikatan kekeluargaan melalui kahwin campur berbeza etnik mahupun agama merupakan asas kepada keharmonian dalam masyarakat.

Referensi

Dokumen terkait

Taburan Kekerapan Responden Mengikut Topografi Tanah, Pendapatan Sebulan, Tempoh Mengusahakan Tanaman dan Pernah Berkerja Oi Ladang Sayur Senarai Pemyataan Pengetahuan Yang

Bertepatan dengan nilai dan norma yang mengukuhkan kesepaduan sosial oleh NGO, kajian ini meneroka penglibatan NGO dalam menerapkan perpaduan masyarakat khususnya di Sabah melalui

Bahkan, walaupun wujud beberapa masalah kerjasama antara penduduk, tetapi dapatan ini secara umumnya menunjukkan hubungan antara penduduk di kawasan kajian masih

Pengaruh hak dan undang-undang adat terhadap toleransi dan hubungan harmoni antara etnik di Sabah ABSTRAK Hak dan undang-undang adat merupakan salah satu inti pati penting untuk

Pengetahuan dan kesedaran menunaikan Zakat: tinjauan awal di kalangan suku kaum Bajau-Sama di Pantai Barat Sabah ABSTRAK Kajian ini adalah tinjauan terhadap aspek pengetahuan dan

Perkahwinan komuniti Sino-Kadazan di Kota Kinabalu, Sabah: memahami cabaran identiti, pelbagai adat dan hubungan harmoni dalam keluarga ABSTRACT Isu artikel ini ialah perkahwinan