• Tidak ada hasil yang ditemukan

Amalan Humor Guru dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Ingatan Belajar Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu (Teacher's Humor Practice and Its Relationship with Students' Learning Concentration and Memory in Malay Learning)

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2024

Membagikan "Amalan Humor Guru dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Ingatan Belajar Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu (Teacher's Humor Practice and Its Relationship with Students' Learning Concentration and Memory in Malay Learning)"

Copied!
13
0
0

Teks penuh

(1)

Amalan Humor Guru dan Hubungannya dengan Konsentrasi dan Ingatan Belajar Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

(Teacher's Humor Practice and Its Relationship with Students' Learning Concentration and Memory in Malay Learning)

Nornikman Ag. Kati1*, Muhammad Syawal Amran1

1 Fakulti Pendidikan, Universiti Kebangsaan Malaysia, Bangi, Selangor, Malaysia

*Pengarang Koresponden: [email protected]

Accepted: 15 March 2023 | Published: 31 March 2023

DOI:https://doi.org/10.55057/jdpd.2023.5.1.26

_________________________________________________________________________________________

Abstrak: Humor ialah elemen yang sangat penting untuk menarik minat pelajar dengan menerima maklumat yang diajarkan oleh guru di dalam kelas. Oleh itu, kajian ini dijalankan untuk mengenal pasti tahap persepsi, tahap konsentrasi dan tahap ingatan murid terhadap amalan humor guru dalam pembelajarn Bahasa Melayu serta melihat korelasi antara amalan humor guru dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid. Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 250 orang murid sekolah rendah tahap 2 iaitu tahun 4, 5 & 6 di daerah Membakut telah dipilih sebagai responden kajian melalui persampelan rawak. Instrumen kajian terdiri daripada satu set soal selidik yang diadaptasi dan mempunyai empat bahagian. Dapatan kajian menunjukkan bahawa tahap persepsi (M= 3.77, SP=.49) dan tahap konsentrasi (M= 3.14, SP=.37) murid terhadap amalan humor guru, kedua-duanya berada pada tahap sederhana tinggi. Manakala, bagi tahap ingatan belajar murid pula berada pada tahap sederhana rendah (M= 2.83, SP=.43). Hasil analisis korelasi Pearson juga mendapati bahawa terdapat hubungan signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi (r=.580, p=<.001) dan ingatan (r=.984, p=<.001) dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Kesimpulannya, tahap persepsi dan konsentrasi murid adalah positif dan memuaskan. Namun,tahap ingatan murid masih berada pada tahap yang kurang memuaskan. Oleh itu, para guru perlu meneliti semula pelaksanaan humor dalam pembelajaran Bahasa Melayu kerana semakin tinggi amalan humor guru maka semakin tinggi tahap konsentrasi dan ingatan belajar murid. Justeru, para pendidik perlu mengaplikasikan dan menerapkan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu dengan kreatif dan bermakna.

Kata kunci: Humor, Bahasa Melayu, Sekolah Rendah

Abstract: Humor is an essential element to capture the interest of students in receiving information taught by teachers in the classroom. Therefore, this study was conducted to identify the level of perception, concentration and memory of students towards the practice of teacher humor in learning the Malay language as well as to analyze the correlation between teacher humor practices and student learning concentration and memory.. The study design is quantitative using a survey method. A total of 250 primary school students in years 4, 5, and 6 in the Membakut district were selected as respondents for the study through random sampling.

The research instrument consist of a set adapted questionnaires with four sections. Study results showed that students’ level of perception (M=3.77, SP=49) and level of concentration (M =3.14, SP=.37) of the teacher’s humor practice were both on a moderate high level.

(2)

Meanwhile, for the level of learning memory students are at a medium low level (M=2.83, SP=.43). Pearson’s correlation analysis also found that there was a significant relationship between teacher humor practices with concentration (r=580, p=<.001) and memory (r =.984, p = <.001) in Malay language learning. In conclusion, the level of perception and concentration of students is positive and satisfying. However, the level of student memory is still at a less satisfactory level. Therefore, teachers need to review the implementation of humor in Malay language learning because the higher the practice of teacher joke, the higher is the level of concentration and student learning memory. Therefore, educators need to apply the humor in teaching and learning Malay language creatively and meaningfully.

Keywords: Humour, Malay language, Elementary school

___________________________________________________________________________

1. Pengenalan

Banyak transformasi telah dilakukan dalam sistem pendidikan Malaysia untuk menjamin kualiti pendidikan yang memuaskan dan terbaik serta memastikan kelangsungan pendidikan di Malaysia. Amin Senin (2018) menegaskan bahawa para pendidik merupakan agen dan penggerak kepada pengajaran dan pembelajaran yang bermakna melalui kemahiran dan pengetahuan bagi memastikan murid mampu menguasai isi pelajaran. Namun, perubahan dan perkembangan dalam landskap pendidikan di Malaysia telah memberikan cabaran hebat kepada para guru dalam mendepani dan mewujudkan suasana pengajaran di dalam kelas yang lebih efektif, kreatif dan bermakna. Hal ini menuntut para guru untuk melaksanakan dan memilih kaedah atau teknik pengajaran yang bersesuaian dengan latar belakang murid.

Namun, dapatan menunjukkan bahawa terdapat sebilangan guru yang telah lama mengajar menggunakan kaedah tradisional (Rasid & Shamsudin, 2016). Dapatan ini dipersetujui oleh Zamri dan Magdeline (2012), menjelaskan bahawa wujudnya pengajaran yang statik dan kurang menggembirakan semasa sesi pengajaran subjek Bahasa Melayu oleh sebahagian para guru. Pengajaran "chalk and talk” sering digunakan oleh guru semasa pengajaran yang mana ia mewujudkan persekitaran pembelajaran yang kurang menarik minat murid dan berpotensi menimbulkan rasa bosan dalam kalangan murid (Azura & Zakaria, 2019).

Merujuk kepada Standard Kurikulum Bahasa Malaysia (2014), jelas menerangkan tentang fokus dan intipati utama dalam pembelajaran Bahasa Melayu rendah yang mana penumpuan terarah kepada penguasaan dalam kemahiran lisan, kemahiran membaca, menulis dan kemahiran bertutur. Pemupukan minat dan perhatian murid adalah asas penting agar suatu proses pengajaran itu berjaya membantu murid dalam penguasaan pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini bertepatan dengan kajian Norhaya Isa (2018), mendedahkan ramai guru tidak mengaplikasikan teknik atau bahan pengajaran yang berkesan bagi merangsang minat murid dalam mewujudkan pembelajaran aktif.

Justeru, usaha Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) melaui konsep Transformasi Sekolah 2025 (TS25) menjadi paltform dan tumpuan kepada persekitaran pengajaran dan pembelajaran yang menyeronokkan, santai, efektif dan bermakna serta dapat memastikan penglibatan murid secara aktif semasa pembelajaran proses P&P di dalam kelas (Koay et al., 2018). Oleh itu, jelaslah penumpuan dalam Program Transformasi Sekolah 2025 (TS25) untuk mewujudkan proses P&P yang menyeronokkan perlu diperluas dalam pembelajaran Bahasa Melayu agar ia dapat merangsang dan menarik minat serta perhatian murid untuk mempelajari Bahasa Melayu tanpa rasa terbeban.

(3)

2. Pernyataan Masalah

Kurikulum Standard Sekolah Rendah Bahasa Malaysia (KSSR) dibentuk dengan penekanan diberikan kepada pendekatan pengajaran yang menyeluruh, bersepadu dan seimbang bagi membantu penguasaan kemahiran berbahasa .dalam .kalangan .murid. Justeru, guru dituntut untuk menguasai 6 elemen utama yang digariskan melalui PKS-SKPM, yang mana guru berperanan sebagai penyusun rancangan pembelajaran, pembimbing serta pendorong dan penilai, sementara pelajar berperanan sebagai individu aktif dalam proses pembelajaran.

Malangnya, terdapat segelintir guru yang kurang menguasai dan menggunakan kaedah yang berkesan dalam pengajaran di dalam kelas.

Terdapat guru yang bertungkus-lumus meningkatkan pengajaran mereka. Hal ini dapat dibuktikan berdasarkan data pemantauan SKPMg2 (2018) yang menunjukkan bahawa masih ramai guru yang kurang berada pada cemerlang, namun terdapat juga segelintir guru yang berada pada tahap baik dan sederhana tentang pengajaran dan pembelajaran mereka di dalam kelas. Pembelajaran yang bermakna dan bersifat kekal tidak akan wujud hanya melalui penerangan dan tunjuk cara semata. Tetapi hanya pembelajaran yang bersifat aktif, santai dan menyeronokkan sahaja yang mampu membuahkan hasil yang lebih positif kepada murid (Melvin, 2019).

Sehubungan dengan itu, para guru bertanggungjawab dalam memainkan peranan untuk merancang dan melaksanakan pengajaran dengan teknik yang lebih berkesan dan menarik seiring dengan kandungan dan isi pengajaran yang relevan (Khor & Noraini, 2016).

Permasalahan dalam penguasaan subjek Bahasa Melayu telah dibuktikan melalui Mazlan Ismail (2018), yang mengenal pasti bahawa sebanyak 64% murid menyuarakan rasa kurang minat dan bosan dengan subjek Bahasa Melayu serta kurang memberikan tumpuan yang mendalam semasa pengajaran guru yang mana telah mengakibatkan murid gagal dalam mengingat isi pelajaran. Almala (2018) menegaskan bahawa potensi untuk murid lupa dan faham isi pelajaran adalah disebabkan kegagalan murid memberikan penumpuan dan perhatian terhadap pengajaran guru.

Selain itu, masih terdapat murid yang lemah dan gagal dalam subjek Bahasa Melayu adalah disebabkan cara pengajaran guru yang statik dan lebih kepada penerangan secara terus (Abdul Rasid & Hasmah, 2019). Hal ini juga menyebabkan murid gagal menggunakan kognitif mereka untuk berfikir, menjana idea dan menerangkan semula hasil pembelajaran yang sudah dilalui (Mohd. Razak & Masitah Ahmad, 2019). Oleh itu, bagi mengatasi permasalahan berkaitan pengajaran Bahasa Melayu, KPM (2010) melalui pelaksanaan KSSR telah memperkenalkan pembelajaran didik hibur untuk para guru mewujudkan persekitaran pembelajaran yang menyeronokkan, santai dan bermakna (Kementerian Pendidikan Malaysia, 2020).

Di samping itu juga, kajian tentang didik hibur telah banyak dijalankan namun kurang mengkaji didik hibur berbentuk humor, lebih-lebih lagi dalam pengajaran Bahasa Melayu.

Sebagaimana menurut Aziz et al., (2019), menyatakan bahawa wujud keterbatasan penelitian tentang penggunaan humor oleh guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu yang mana masih memerlukan penelitian lebih lanjut bagi mengenal pasti keberkesanan penggunaan humor tersebut. Bahkan kajian Mohamed Amin Embi et. al. (2018) pula mendapati wujudnya perbezaan pandangan, kesediaan, penerimaan dan kepercayaan tentang penggunaan humor dalam pembelajaran Bahasa Melayu antara guru dan pelajar (Nurul Husna et al., 2022).

(4)

Hal ini turut diperkukuh lagi oleh Khalid et al. (2021) dengan menyatakan bahawa tahap pengetahuan pelajar tentang manfaat dan kegunaan humor dalam pembelajaran Bahasa Melayu masih kurang. Manakala, Shaliza Azreen et al. (2020) pula mendapati antara permasalahan tentang humor ialah tidak semua jenis humor dapat diterapkan dalam konteks pembelajaran Bahasa Melayu, sehingga perlu dipelajari jenis-jenis humor yang tepat dan relevan. Selain itu juga, menurut Norizan Abdul Razak et al., (2019) lagi, guru masih kurang mempelajari dan mengetahui faktor-faktor yang boleh mempengaruhi keberhasilan penggunaan humor dalam pembelajaran Bahasa Melayu seperti konteks kelas, gaya belajar pelajar dan karakteristik guru itu sendiri.

Sehubungan dengan itu, kajian ini dicadangkan untuk meninjau tahap persepsi murid terhadap pelaksanaan humor guru dalam pengajaran Bahasa Melayu serta mengenal pasti hubungannya dengan konsentrasi dan ingatan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Diharap hasil kajian ini dapat dijadikan sebagai rujukan kepada guru Bahasa Melayu serta menjadi panduan untuk kajian-kajian akan datang dan menambahkan lagi literatur terkini mengenai humor dalam pengajaran Bahasa Melayu khususnya di sekolah rendah.

3. Objektif Kajian

i. Mengenal pasti tahap persepsi, tahap konsentrasi dan tahap ingatan belajar murid terhadap amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

ii. Mengenal pasti hubungan di antara amalan humor guru dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

4. Sorotan Literatur

Konsep Humor dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Humor adalah tentang membuat orang lain tersenyum atau tertawa dengan cara berjenaka, memberikan maklum balas dan tindakan lucu atau mengaitkan anekdot peribadi yang dapat menciptakan perasaan menyenangkan (Martin, 2017). Menurut Ruch dalam Farhana Bakar &

Kumar (2020), humor adalah kemampuan untuk membuat orang tertawa dengan menyedari bagaimana orang lain merasakan situasi yang lucu. Saadia Margoob (2017) menyatakan bahwa humor dicirikan oleh emosi positif dan kecenderungan untuk ketawa sebagai reaksi terhadap kelucuan yang dihasilkan. Sedangkan Samson dan Antonelli (2019) mendefinisikan humor sebagai fenomena lucu yang meliputi kemampuan untuk memerhati, mengolah, menghayati, menciptakan dan menyatakan sesuatu yang berada di luar norma kebiasaan manusia.

Dalam konteks pendidikan, para pendidik menggunakan humor sebagai pendekatan yang baik untuk membantu proses pengajaran dan pembelajaran yang lebih kreatif, aktif dan menarik (Abdul Rahman, 2018; Abel, 2019). Manakala, Oring (2021) menyatakan bahawa pengintegrasian humor dalam pembelajaran dapat memudahkan pemahaman konsep yang sulit dan membosankan di dalam kelas. Di samping itu, penggunaan humor juga dapat digunakan sebagai strategi pengajaran untuk mengurus tingkah laku yang tidak diinginkan, membina suasana kelas yang positif, meningkatkan minat dan perhatian serta membantu melibatkan murid yang kurang aktif atau malu dalam aktiviti kumpulan. Nik Safiah Karim (2018) juga berpendapat bahawa pembelajaran menjadi lebih baik apabila humor digunakan kerana ia dapat membawa emosi positif kepada murid. Stopsky (2019) mendakwa bahawa penggunaan humor juga dapat menyumbang kepada suasana kelas yang baik. Murid juga menganggap guru yang menggunakan humor sebagai guru yang lebih positif, efektif dan membantu (Malikow, 2017).

(5)

Strategi Humor dalam Pengajaran dan Pembelajaran

Strategi yang tepat terhadap pengaplikasian humor dalam PdPc akan membantu guru menyelesaikan beberapa masalah seperti membina hubungan dalam pembelajaran, mewujudkan persekitaran emosi yang positif, mengekalkan disiplin, kejelasan konsep, pengekalan konsep untuk tempoh yang lebih lama, meringankan beban dalam bilik darjah, menggalakkan kreativiti dan sebagainya (Al-Duleimi & Aziz, 2019). Menurut Bakar dan Amran (2020), elemen humor boleh diaplikasikan mengikut silibus dan isi kandungan setiap mata pelajaran dengan menggunakan pelbagai elemen yang telah dirancang secara sistematik.

Shaffe Mohd Daud et al., (2018), menyatakan bahawa murid mempelajari sesuatu yang baharu akan lebih mudah difahami melalui situasi yang menarik dan menyeronokkan. Nguyen (2017) menyarankan bahawa jenaka harus digunakan dengan berhati-hati, kerana jenaka boleh "sangat peribadi, subjektif dan kontekstual".

Ahmet Şahin (2021), menegaskan bahawa humor yang tidak berkaitan dengan kandungan pengajaran dan tidak releven dengan suasana bilik darjah boleh mengganggu minat murid. Hal ini turut disokong oleh Sufi Amin dan Marina (2019) menunjukkan beberapa isu yang guru sewajarnya perlu mengambil kira dalam pengajaran mereka iaitu menngunakan dengan cara yang sesuai, beretika, ia mesti relevan dan berkaitan dengan tema/kandungan aktiviti, humor mesti sesuai dengan peringkat umur. Manakala, Moshe Machlev dan Nancy (2019), menggunakan humor di dalam kelas tidak sepatutnya melibatkan emosi dan perasan murid dengan mewujudkan situasi yang membuatkan murid berasa janggal atau tidak masuk akal seperti tidak boleh mentertawakan nama murid, kecacatan fizikal, tiada kata-kata diskriminasi- seksis, perkauman atau lain-lain.

5. Metodologi

Reka bentuk kajian ini ialah kuantitatif dengan menggunakan kaedah tinjauan. Seramai 250 orang murid tahap 2 daripada jumah keseluruhan populasi 815 orang murid sekolah rendah di sekitar daerah Membakut, Sabah, yang mengikuti pembelajaran Bahasa Melayu terlibat sebagai sampel melalui kaedah persampelan rawak. Penyelidik menggunakan jadual penentuan saiz sampel yang disarankan oleh Krejcie dan Morgan (1970) dalam proses penentuan saiz sampel dalam kajian ini.

Instrumen kajian merupakan satu set soal selidik yang diadaptasi daripada kajian Muhammad Syawal Bin Amran dan kajian Mohd Rosmadi Mohd Salleh dan Hafizhah Zulkifli. Kedua-dua instrumen ini telah disesuaikan dengan konteks dan objektif dalam kajian ini dan mengandungi 4 bahagian utama, iaitu Bahagian A (Demografi Responden), Bahagian B (Humor Guru Dalam Pengajaran), Bahagian C (Konsentrasi Belajar Murid) dan Bahagian D (Ingatan Belajar Murid).

Responden diberi tempoh selama 45 minit untuk menjawab secara atas talian (google form).

Kaedah pengumpulan data melalui soal selidik menggunakan skala likert sebagai aras persetujuan.

Jadual 1: Aras Persetujuan Skala Likert

Aras Persetujuan

(1) Sangat Tidak Setuju (2) Tidak Setuju (3) Agak Setuju (4) Setuju (5) Sangat Setuju

(6)

Kesahan dan kebolehpercayaan instrumen telah dilakukan dengan membuat kesahan kandungan soal selidik daripada seorang pakar dalam bidang psikologi dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS). Manakala, interpretasi skor ujian kebolehpercayaan Cronbach’s Alpha yang dicadangkan oleh Bond dan Fox (2015) turut digunakan untuk mengukur kebolehpercayaan soal selidik. skor 0.60 ke atas dianggap sebagai baik, boleh diterima dan efektif.

Berdasarkan ujian kebolehpercayaan, semua konstruk soal selidik mempunyai skor Cronbach’s Alpha melebihi 0.6 dengan skor kebolehpercayaan bagi keseluruhan item ialah .84, menurut Bond dan Fox (2015), skor ini menepati tahap kesahan dan kebolehpercayaan bagi instrumen tersebut kerana mempunyai skor 0.60 ke atas yang dianggap sebagai baik, boleh diterima dan efektif dengan tahap konsisten yang tinggi serta dapat menghasilkan data yang lebih tepat serta boleh dipercayai.

Dapatan dianalisis secara diskriptif dan inferensi dengan menggunakan perisian SPSS versi 28.00. Bagi tujuan analisis data deskriptif, penyelidik menggunakan interpretasi skor min yang dicadangkan oleh Nunally dan Bernstein (1994) yang mana skor min 4.00 hingga 5.00 adalah tahap tinggi, bagi tahap sederhana tinggi pula skor min antara 3.00 hingga 4.00, seterusnya skor min 3.00 hingga 2.00 adalah pada tahap sederhana rendah, manakala 2.00 hingga 1.00 adalah tahap rendah.

Manakala, bagi data inferensi pula menggunakan analisis korelasi Pearson bagi mengenal pasti hubungan pembolehubah dalam kajian ini. Jadual skala Ghazali dan Sufean (2016) digunakan bagi mengukur dan menentukan kekuatan hubungan antara pembolehubah, nilai pekali 0.50 ke atas mempunyai hubungan pada tahap sederhana tinggi hingga sangat tinggi. Manakala, bagi nilai 0.30 hinggan 0.01 pula dianggap mempunyai kekuatan hubungan pada tahap sederhana rendah kepada sangat rendah.

6. Dapatan Kajian

Analisis Deskriptif Demografi Responden

Jadual 2: Analisis Frekuensi dan Peratus Responden Mengikut Jantina dan Tahun

Frekuensi Peratus (%)

Jantina Lelaki Perempuan

Tahun Tahun 4 Tahun 5 Tahun 6

Jumlah

135 115

13 97 140

250

54 46

52 38.8

56

100

Berdasarkan jadual 2 di atas, menunjukkan jumlah responden yang terlibat dalam kajian ini ialah seramai 250 orang murid (100%). Murid lelaki merupakan responden yang paling ramai iaitu seramai 135 orang murid (54%) berbanding murid perempuan iaitu seramai 115 orang murid (46%). Seterusnya, dapatan juga memaparkan bahawa murid tahun 6 merupakan responden yang paling ramai terlibat dalam kajian ini iaitu seramai 140 orang murid (56%).

Diikuti dengan murid tahun 5 iaitu seramai 97 orang murid (38.8%). Manakala, jumlah

(7)

responden yang paling rendah ialah responden daripada murid tahun 4 iaitu seramai 13 orang murid (5.2%). Jumlah keseluruhan responden ialah seramai 250 orang murid (100%).

Jadual 3: Skor Min Keseluruhan bagi Tahap Persepsi, Tahap Konsentrasi dan Tahap Ingatan Murid Terhadap Amalan Guru dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Min Keseluruhan SD Interpretasi Min

Amalan Humor Guru 3.77 .635 Sederhana Tinggi

Konsentrasi Belajar Murid 3.24 .373 Sederhana Tinggi

Ingatan Belajar Murid 2.83 .433 Sederhana Rendah

N 250 250

Tahap Persepsi Murid Terhadap Amalan Humor Guru Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Persoalan 1: Apakah tahap persepsi murid terhadap amalan humor dalam pembelajaran Bahasa Melayu?

Dapatan kajian pada jadual 3 di atas menunjukkan bahawa tahap persepsi murid terhadap amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana tinggi (M=3.77, SP=.49). Dapatan menunjukkan skor min bagi item saya suka guru yang menggunakan contoh lucu atau humor semasa pengajaran (M=4.37,SP=.70), pendekatan humor yang digunakan amat menyeronokkan, mudah dan menarik (M=4.06, SP=.69) dan saya berasa selesa dan santai semasa pembejaran bila guru menggunakan pendekatan humor (M=4.05, SP=.63) berada pada tahap tinggi

Manakala, tahap skor min yang paling rendah yang berada pada tahap sederhana tinggi ialah pada item B9 saya rasa humor penting untuk pembelajaran saya (M=3.40, SP=1.11). Secara keseluruhannya, skor min bagi semua item berada pada tinggi dan sederhana tinggi iaitu antara 3.00 hingga 4.00. Hal ini menunjukkan bahawa murid mempunyai persepsi yang tinggi dan positif terhadap amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Tahap Konsentrasi Belajar Murid Terhadap Amalan Humor Guru Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Persoalan 2: Apakah tahap konsentrasi belajar murid terhadap amalan humor dalam pembelajaran Bahasa Melayu?

Berdasarkan jadual 3 di atas, menunjukkan bahawa secara keseluruhannya, tahap konsentrasi belajar murid terhadap amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu berada pada tahap sederhana tinggi (M= 3.14, SP= .37). Dapatan juga menunjukkan daripada 12 item, 8 item berada pada tahap sederhana tinggi iaitu antara julat min 3.00 hingga 3.70 dan item C19

‘Saya boleh memberikan tumpuan walaupun lapar’ merupakan item yang tertinggi dengan skor min (M= 3.67, SP= .90). Seterusnya, 3 item berada pada tahap sederhana rendah iaitu bagi item C24 (M= 2.89, SP= 1.04), C25 (M= 2.97, SP= .88) dan C26 (M= 2.84, SP= .92) kecuali item C15 (M= 1.92, SP= .88) menunjukkan skor min pada tahap rendah. Secara keseluruhannya, responden bersetuju bahawa amalan humor guru yang diterapkan dalam pembelajaran Bahasa Melayu telah membantu meningkatkan tahap konsentrasi pembelajaran mereka.

(8)

Tahap Ingatan Belajar Murid Terhadap Amalan Humor Guru Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Persoalan 3: Apakah tahap ingatan belajar murid terhadap amalan humor dalam pembelajaran Bahasa Melayu?

Berdasarkan jadual 3 di atas, dapatan menunjukkan tahap ingatan belajar murid terhadap amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu secara keseluruhannya berada pada tahap sederhana rendah dengan min keseluruhan (M= 32.83, SP= .43). Daripada 17 item sebanyak terdapat 3 item yang yang mempunyai skor min berada pada tahap sederhana tinggi dan item D42 ‘Saya tidak dapat mengingati bagaimana cara untuk menggunakan maklumat Bahasa Melayu walaupun telah menggunakan pada soalan yang lain’ merupakan item yang mempunyai nilai min tertinggi iaitu (M= 3.64, SP= .59). Manakala, 14 item pula mempunyai rata-rata skor min di bawah 3.00 iaitu berada pada tahap sederhana rendah dan item D33 ‘Saya lupa apa yang telah dirancang sekiranya berbeza dengan perkara rutin yang biasa saya lakukan’

mempunyai skor min terendah iaitu (M= 2.50, SP= .87). Hal ini menunjukkan bahawa melalui amalan humor guru majoriti murid mengalami kesulitan dalam mengingat dan memahami pelajaran Bahasa Melayu.

Hubungan Amalan Humor Guru dengan Konsentrasi dan Ingatan Belajar Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

Persoalan 4: Adakah terdapat hubungan yang signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu?

Jadual 4: Analisis Ujian Korelasi Pearson Hubungan antara Amalan Humor Guru dengan Konsentrasi Belajar Murid dalam Pembelajaran Bahasa Melayu

P < 0.05 = H0ditolak

Jadual 4 di atas menunjukkan keputusan analisis korelasi Pearson untuk mengkaji hubungan antara amalan humor guru dengan konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hasil analisis mendapati bahawa terdapat hubungan yang signifikan antara amalan humor guru dengan konsentrasi (r = .580, p = <.001) dan ingatan (r = .984, p = <.001) belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu Oleh kerana nilai p<.005 bagi kdua-dua pemboleh ubah, maka hipotesis nol (H0) bagi kajian ini ditolak. Manakala hubungan antara dua pemboleh ubah ini mempunyai hubungan korelasi positif yang kuat dan sempurna berdasarkan skala interpretasi kekuatan nilai pekali korelasi. Sehubungan dengan itu, hasil kajian ini menunjukkan bahawa semakin tinggi amalan humor guru, semakin tinggi tahap konsentrasi dan ingatan belajar murid.

Amalan Humor Guru dalam

Pengajaran

Konsentrasi Belajar Murid

Ingatan Belajar Murid

Amalan Humor Guru

Pearson Correlation 1 .592 .986

Sig. (2-tailed) <.001 <.001

N 250 250 250

Konsentrasi Belajar Murid

Pearson Correlation .592 1 .610

Sig. (2-tailed) <.001 <.001

N 250 250 250

Ingatan Belajar Murid

Pearson Correlation Sig. (2-tailed) N

.986

<.001 250

.610

<.001 250

(9)

7. Perbincangan

Berdasarkan dapatan yang diperolehi, majoriti responden memberikan persepi bahawa amalan humor guru memberi kesan positif terhadap pembelajaran Bahasa Melayu mereka. Penemuan ini sejajar dengan kajian-kajian lepas seperti kajian Martin et al. (2011) dan Alias Masek et. al.

(2018) serta Evelyn Jayapalan dan Ahmad Hamizan (2021) yang mendapati bahawa pelajar mempunyai persepsi yang positif terhadap humor dan terdapat hubungan yang kuat antara persepsi pelajar dan penglibatan pelajar dalam pembelajaran.

Dapatan juga menunjukkan persepsi reponden terarah kepada rasa minat, peningkatan motivasi, kreativiti dan kolaborasi serta berasa selesa apabila humor digunakan dalam pengajaran. Hasil kajian ini sejajar dengan kajian yang telah dijalankan oleh Mielonen dan Paterson (2019, Hairul dan Rohana (2020), Mohd Razak dan Masitah Ahmad (2019), Mohd Zahar Kasim (2019), dapatan kajian-kajian ini mendapati bahawa pendekatan elemen humor dalam pengajaran membantu meningkatkan minat pelajar terhadap subjek yang dipelajari. Hal ini turut disokong oleh Morreal (2017) dan Wan Norhasniah et al. (2014) menunjukkan bahawa penerapan humor guru dapat meningkatkan motivasi dan kreativiti murid dalam pembelajaran.

Selain itu juga, majoriti responden bersetuju bahawa amalan humor guru adalah berkesan dalam membantu murid memberikan tumpuan sekali gus menguasai sesuatu topik dan isi pelajaran. Dapatan ini bersamaan dengan kajian Azwani et al. (2020) yang membuktikan bahawa penggunaan humor dapat membantu meningkatkan tahap tumpuan murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu di kelas rendah. Begitu juga dapatan kajian Ismail et al. (2018) turut mengukuhkan lagi dapatan kajian ini yang mana penggunaan humor telah membantu meningkatkan tahap tumpuan murid dalam pembelajaran kosa kata dan tatabahasa. Hal ini juga disokong oleh Chyquitita, Winardi dan Hidayat (2018) yang membuktikan bahawa keativiti, teknik dan kaedah humor yang sesuai dalam pengajaran dapat meningkatkan penumpuan pelajar semasa pembelajaran.

Bahkan, dapatan kajian ini dilihat menepati dapatan kajian Hafifi dan Musirin (2021), yang jelas menunjukkan bahawa humor dalam pengajaran dilihat dapat meningkatkan tumpuan murid kerana ia dapat menambah baik suasana bilik darjah, mengurangkan kebosanan dan menjadikan suasana kelas lebih menyeronokkan. Hal ini membantu murid menjadi lebih berminat dan fokus pada pembelajaran.

Dapatan kajian seterusnya menunjukkan tahap ingatan murid berada pada tahap sederhana rendah. Hal ini menunjukkan bahawa responden mengalami kesukaran untuk mengingati, mengaplikasikan, dan mengikuti arahan yang diberikan oleh guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu. Hal ini bertepatan dengan beberapa kajian yang menunjukkan bahawa kesukaran dalam mengingati dan memahami bahasa mempunyai hubungan yang erat dengan pemprosesan maklumat yang tidak efektif dan kurangnya strategi pemprosesan maklumat yang efektif (Conti-Ramsden & Durkin, 2012; Kamal & Asmawi, 2018). Secara keseluruhan, dapatan menunjukkan bahawa responden mengalami kesulitan dalam mengingati dan mempelajari Bahasa Melayu, tetapi tahap kesulitan adalah sederhana rendah. Oleh itu, para guru perlu menyemak semula kaedah pelaksanaan humor dan melakukan penambahbaikkan bagi membantu meningkatkan tahap ingatan belajar murid dalam pembelajaran Bahasa Melayu.

Seterusnya, berdasarkan kepada analisis statistik inferensi pula, hasil ujian korelasi Pearson

(10)

konsentrasi dan ingatan belajar murid dengan kekuatan hubungan antara kesemua pemboleh ubah ialah positif sederhana tinggi. Hal ini menunjukkan bahawa semakin tinggi amalan humor guru dalam pembelajaran Bahasa Melayu, maka semakin tinggi tahap konsentrasi dan ingatan belajar murid.

Dapatan ini selari dengan dapatan kajian Mohd Izzuddin Akmal (2021), hasil kajiannya mendapati bahawa amalan humor melalui nyanyian mampu untuk meningkatkan pembelajaran, membantu penguasaan dan ingatan murid terhadap subjek Pendidikan Islam.

Selain itu, Azriana Abdul Manan dan Yahida Yahya (2019) juga turut bersetuju bahawa dengan menambahkan sedikit humor dalam pembelajaran melalui penggunaan bahan-bahan yang diajarkan akan menarik perhatian murid. Hal ini sekali gus dapat membantu meningkatkan tumpuan belajar mereka. Bahkan, dapatan ini juga disokong oleh teori kecerdasan yang mana menjelaskan tentang kesan humor dengan kecerdasan emosi (Cooper, 2020).

Penggunaan humor yang tepat dapat meningkatkan konsentrasi dan ingatan belajar murid, kerana humor dapat menciptakan suasana yang santai dan positif serta mampu menjadikan murid berasa diterima sepanjang sesi pembelajaran.(Carlson, 2018). Menurut Roberts dan Jennifer (2019), humor membantu murid untuk lebih mudah mengingat pelajaran yang diajarkan karena humor dapat menjadikan sesuatu informasi lebih menarik dan berkesan, yang dapat membantu murid untuk mengekalkan dan mengingat informasi dengan lebih baik.

Pengintegrasian humor dalam pengajaran dan pembelajaran mampu menjana peningkatan konsentrasi dan ingatan belajar murid.

9. Kesimpulan

Berdasarkan dapatan kajian ini, kesimpulan berikut disusun mengikut urutan pertama, penggunaan humor dalam pengajaran adalah baik dan murid menghargainya kerana mereka telah menilai dan memberikan persepsi terhadap humor guru sama ada baik atau tidak memotivasikan, memberi kesan positif, mengurangkan kebimbangan mereka di dalam bilik darjah, merangsang pemikiran dan minat mereka dan memupuk hubungan positif antara mereka dan para guru. Kedua, guru perlu mengamalkan pengintegrasian humor dalam pengajaran kerana ia secara berkesan terbukti dapat meningkatkan tahap konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran di dalam kelas. Seperti yang dikemukakan oleh Shaffe et al. (2018), penggunaan humor dalam pembelajaran adalah satu strategi yang efektif untuk meningkatkan proses pengajaran dan pembelajaran dalam kalangan murid.

Antara cadangan susulan kepada kajian akan datang adalah kajian ini perlu dilakukan kepaa mata pelajaran yang lain dan populasi di bandar supaya dapatan kajian dapat disimpulkan secara umum dan menyeluruh. Di samping itu, kajian ini boleh dilaksanakan bagi mengetahui perbezaan tahap persepsi murid terhadap amalan humor guru dan konsentrasi serta ingatan belajar murid mengikut jantina dan tahun atau kelas. Hal ini kerana berkemungkinan terdapat perbezaan tahap persepsi, konsentrasi dan ingatan belajar murid dalam pembelajaran kepada subjek tertentu. Implikasi dapatan bagi kajian ini akan dijadikan rujukan kepada para pendidik, institusi pendidikan dan penyelidik lainnya agar mempunyai pengetahuan yang lebih berkaitan amalan humor guru dalam proses P&P di dalam bilik darjah.

Rujukan

Abel, M. H. (2019). Humor, stress, and coping strategies. Humor–International Journal of Humor Research, 15, 365–381.

(11)

Abdul Rasid, J., & Hasmah, I. (2019). Pelaksanaan pembelajaran menyeronokkan dalam pengajaran dan pembelajaran bahasa melayu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu- JPBM (Malay Language Education Journal-MyLEJ), 3, 49–63.

Abdul Rahman Abd Aziz. (2018). Humor (Kecindan) dalam pengajaran. Pulau Pinang:

BERU Publication.

Ahmet Şahin. (2021). Humor use in school settings: The perceptions of teachers. SAGE.

Alias Masek, Suhaizal Hashim & Affero Ismail. (2018). Integration of the humour approach with student’s engagement in teaching and learning sessions. Journal of Education for Teaching.

Al-Duleimi, A. D. D., & Aziz, R. N. (2018). Humour as EFL Learning-Teaching Strategy.

Journal of Education and Practice, 7(10), 105-115.

Amin Senin, (2018). Melangkah ke hadapan, gerak kerja & fokus tumpuan KPPM 2018.

Institut Aminuddin Baki.

Azriana Abdul Manan & Yahida Yahya, (2017). Humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Sekolah Menengah Yusof Ishak: Singapore.

Aziz, A., Al-Nuaimi, A. S., & Al-Mahrooqi, R. (2019). The Effectiveness of Humor in EFL Learning: A Meta-analysis. International Journal of Instruction, 12(1), 109-124.

Azwani, A. M., Razali, A. M., & Baharom, M. S. (2020). Penggunaan Humor dalam Meningkatkan Tahap Tumpuan Murid Dalam Pembelajaran Bahasa Melayu.

International Journal of Education, Psychology and Counseling, 5(32), 59-72.

Bakar, A. Y. A., Amran, M. S. (2020). Does humour relieve Mathematics anxiety and make your brain better?: From laboratory to classroom research. International Journal of Advanced Science and Technology, 29(7), 12677-12686.

Carlson, K. A. (2018). The impact of humor on memory. Humor, 24(1), 21-41.

Chabeli, M. M. (2018). Humor: A pedagogical tool to promote learning. University of Johannesburg, 31(3), 51-59.

Chyquitita, Tica & Winardi, Yonathan & Hidayat, Dylmoon. (2018). Pengaruh brain gym terhadap konsentrasi belajar siswa Kelas IX IPA dalam Pembelajaran Matematika di SMA Tangerang. Jurnal Ilmiah, 14(39).

Cooper, Georgeanne. (2020). Using humor effectively. Teaching Effectiveness Program.

University of Oregon.

Conti-Ramsden, G., & Durkin, K. (2012). Language development and assessment in the preschool period. Neuropsychology Review, 22(4), 384-401.

Evelyn Jayapalan. (2021). Humour in a Lecture Session Increases Learning Engagement Among Adult. City University eJournal of Academic Research (CUeJAR), 3(3).

Farhana Bakar & Vijay Kumar. (2019). The use of humour in teaching and learning in higher education classrooms: Lecturers’ perspectives. Journal of English for Academic Purposes, 4(18).

Hairul Aysa Abdul Halim Shitiq & Rohana Mahmud. (2020). Using an Edutainment Approach of Snake and Ladder Game for Teaching Jawi Script. International Conference on Education amd Management Technology (ICEMT 2010), 228-232.

Horace, Hafifi & Mosin, Musirin. (2021). Kaedah Humor dalam Pengajaran oleh Guru Bahasa Melayu di Sekolah Rendah: Satu Kajian Fenomenologi. Malaysian Journal of Social Sciences and Humanities (MJSSH), 6, 63-70.

Ismail, A. R., Ismail, N. I., & Zakaria, N. H. (2018). Penggunaan humor dalam meningkatkan penguasaan kosakata dan tatabahasa Bahasa Melayu dalam kalangan murid Tahun Satu. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(2), 44-56.

Kamal, M. A. M., & Asmawi, A. (2018). A review on the strategies for teaching and learning of Malay language for non-native speakers. International Journal of Academic

(12)

Kementerian Pendidikan Malaysia. (2020). Pekeliling Ikhtisas Bilang 2 Tahun 2010.

Pelaksanaan Kurikulum Standard Sekolah Rendah (KSSR) Tahap Satu Mulai 2011.

Khalid, M. A., Jalaluddin, M. A., Abdul Halim, N., & Shabudin, S. (2021). The Effectiveness of Using Humor in Language Learning: A Systematic Review. Journal of Language and Communication, 8(1), 1-10.

Koay, K. L., Abdul Rahman, N. H., & Hashim, R. (2018). Enhancing Learning Motivation through Humor: A Study of Tertiary Students Learning Malay Language.

International Journal of Asian Social Science, 8(12), 1037-1044.

Krejcie, R.V. and Morgan, D.W. (1970) Determining Sample Size for Research Activities.

Educational and Psychological Measurement, 30, 607-610.

Low, L., Goodenough, B., Fletcher, J., Xu, K., Casey, A., Chenoweth, L.,Brodaty, H. (2014).

The effects of human therapy on nursing home residents measured using observational methods: The SMILE cluster randomized trial. Journal of the American Medical Directors Association, 15, 564–569.

Martin Daumiller, Sonja Bieg, Oliver Dickhauser & Markus Dresel. (2019). Humor in university teaching: role of teachers’ achievement goals and self-efficacy for their use of content-related humor. Jerman.

Malikow, M. (2017). Staying motivated and avoiding burnout. ERIC Document Reproduction, 33(1), 122-126.

Mazlan Ismail. (2018). Pengajaran bahasa melayu, didik hibur dan seni bahasa. Dewan Bahasa dan Pustaka,Kuala Lumpur.

Melvin L. Silberman (2017). The Handbook of Experiential Learning. New York, United States: John Wiley & Sons Inc.

Mohamed Amin Embi, Nurul Farhana Low Abdullah, & Zuraina Ali. (2018). Mengaplikasikan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Linguistik, 22(1), 84-99.

Mohd Izzuddin Akmal Bin Rusmin. (2021). Keberkesanan nyanyian melodi ria untuk meningkatkan kemahiran mengingat nama 10 malaikat bagi murid Tahun 2 Delima SK Kampung Gemuroh, Kuala Terengganu. Institut Pendidikan Guru Kampus Dato’

Razali Ismail.

Mohd Razak Mohd Nordin. & Masitah Ahmad. (2019). Pendekatan didik hibur dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu: Tinjauan terhadap sikap dan minat murid Orang Asli di negeri Perak. Jurnal Penyelidikan Dedikasi, 9, 100- 120.

Mielonen, A. M. & Paterson, W. (2019). Developing literacy through play. Journal of Inquiry

& Action in Education, 3(1).

Mohamed Amin Embi, Nurul Farhana Low Abdullah, & Zuraina Ali. (2018). Mengaplikasikan humor dalam pengajaran dan pembelajaran Bahasa Melayu. Jurnal Linguistik, 22(1), 84-99.

Morreall, J. (2017). Humor Works. Massachusetts: Human Resource Development Press.

Moshe Machlev & Nancy J. Karlin. (2017). The relationship between instructor use of different types of humor and student interest in course material. Colorado.

Norhaya Isa. (2018). Pengetahuan, kemahiran pelaksanaan dan sikap guru pendidikan islam sekolah rendah terhadap pendekatan didik hibur. Tesis Sarjana. Fakulti Pendidikan,Universiti Kebangsaan Malaysia.

Nguyen, H. (2017). The use of humor in EFL teaching: A case study of Vietnamese university teachers’ and students’ perceptions and practices. University of Canberra, Australia.

Nik Safiah Karim. (2014). Penggunaan Humor dalam Pembelajaran Bahasa. Jurnal Bahasa, 14(2), 129-139.

Norizan Abdul Razak, Khairul Azman Md Yasin, & Abd Rahim Abu Bakar. (2019). The use of humor in the Malaysian ESL classroom. The English Teacher, 48(1), 49-61.

(13)

Nurul Husna Mohd Sabri, Norazah Mohd Nordin, & Siti Aisyah Yusof. (2022). The effect of humor in teaching and learning Malay language among primary school students.

International Journal of Academic Research in Business and Social Sciences, 12(2), 539-548.

Oring, E. (2021). Engaging humor. University of Illinois Press.

Powers, T. (2005). Engaging students with humor. Observer, 18(12) 13-24.

Roberts Dilts. & Jennifer Dilts. 2019. Strategi mengatasi kesulitan konsentrasi anak. Jakarta:

Prestasi Pustaka

Ruch, W., & Heintz, S. (2020). Humor styles, mental health, and well-being in the midst of the COVID-19 pandemic: A Swiss-German study. Humor: International Journal of Humor Research, 33(1), 1-16.

Sadia Margoob. (2017). Effectiveness of humor in English Language Learning: Bangladeshi perspective English and Humanities Department. BRAC University

Saharuddin, N., Yusoff, N. M., & Ismail, N. I. (2018). Penggunaan Teknik Integrasi Humor Dalam Pengajaran Bahasa Melayu Dan Hubungannya Dengan Pencapaian Akademik Murid. Jurnal Pendidikan Bahasa Melayu, 8(1), 61-74.

Shahzad, F., Parveen, F., & Asghar, H. M. (2018). Impact of noise and temperature on students’

concentration level: A case study of university classrooms. Journal ofCleaner Production, 174, 1202-1210.

Shaffe Mohd Daud, Ramli Basri, Roselan Baki, Sahandri Ghani Hamzah and Mokhtar Nawawi. (2018). Pengaruh amalan jenaka terhadap pengajaran dan pembelajaran murid. Universiti Putra Malaysia: Serdang. Asia Pacific Journal of Educators andEducation, 26(1), 125–144.

Shaliza Azreen Mohd Hatta, Siti Hajar Halili, & Fazilah Idris. (2020). The use of humor in teaching Malay language for foreign speakers. The Online Journal of Language Studies, 20(1), 171-185.

Samson, A., & Antonelli, Y. (2019). Humor as character strength and its relation to life satisfaction and happiness in Autism Spectrum Disorders. Humor, 26, 477–491.

Stopsky, F. (2019). Humor in the classroom: A new approach to critical thinking. Discovery Enterprises.

Sufi Amin Salmee, & Marina Mohd. Arif. (2019). A study on the use of humour in motivating students to learn English. Universiti Teknologi MARA: Selangor.

Thursan Hakim; Benedicta S. Florensia. (2018). Mengatasi gangguan konsentrasi: plus teknik- teknik latihan konsentrasi. Jakarta: Puspa Swara.

Wan Norhasniah Wan Husin, Norlida Ahmad, Mohd Hanafi Mohd Yasin, and Aminuddin Yusof. (2014). The Relationship between Humour and Students’ Motivation in English Language Learning. International Education Studies, 7(5), 105-111.

Referensi

Dokumen terkait