IKEA of Sweden AB LAMPIRAN B
Information 2016-03-17
Maklumat Gedung
IKEA menarik balik tapak lampu GOTHEM atas sebab risiko kejutan elektrik
Tapak lampu lantai (T124sm) dan meja GOTHEM (T35sm dan T45sm). NB: Tidak mengikut skala.
IKEA menggesa pelanggan yang memiliki tapak lampu GOTHEM agar segera berhenti menggunakannya serta kembalikannya semula ke mana-mana gedung IKEA untuk dapatkan bayaran balik sepenuhnya.
IKEA kini sedang menarik balik semua tapak lampu lantai dan meja GOTHEM atas sebab risiko kejutan elektrik selepas terdapat beberapa contoh kerosakan pada kabel di dalam tapak lampu.
Kabel yang rosak boleh menyebabkan bahagian logam pada lampu hidup secara elektrik dan dengan itu boleh menjadi bahaya keselamatan.
IKEA menggesa semua pelanggan yang memiliki tapak lampu GOTHEM meskipun lampunya masih berfungsi agar segera berhenti menggunakannya dan mengembalikannya semula ke mana-mana gedung IKEA untuk dapatkan bayaran balik sepenuhnya.
Tapak lampu GOTHEM telah dijual sejak Oktober 2015.
Tapak lampu GOTHEM boleh dikembalikan semula ke mana-mana gedung IKEA untuk bayaran balik sepenuhnya. Bukti pembelian (resit) tidak diperlukan. Untuk maklumat lanjut, sila ke kaunter Pemulangan & Penukaran atau hubungi Pusat Hubungan Pelanggan di 03-7958 7575.
IKEA memohon maaf atas segala kesulitan yang timbul.
Articles No: 40303043 Model No: G1414 GOTHEM
Articles No: 80303036 Model No: B1421GOTHEM
Articles No: 50303028 Model No: B1420 GOTHEM