1 IKLAN JAWATAN KOSONG
Permohonan adalah dipelawa daripada Warganegara Malaysia, Rakyat Negeri Perak yang berkelayakan untuk mengisi jawatan.
1. a. Jawatan : Penolong Pegawai Kesihatan Persekitaran b. Kuasa Tempatan : Majlis Daerah Perak Tengah
c. Kumpulan : Sokongan Perkhidmatan
d. Klasifikasi : Perkhidmatan Perubatan dan Kesihatan Perkhidmatan
e. No. Fail : A2/4 Jld. 9
2. Jadual Gaji Gred U29 : P1T1 1160.69 - P1T27 3057.39 P2T1 1231.78 - P2T27 3279.74 P3T1 1305.89 - P3T27 3476.28
3. Syarat Lantikan : Calon bagi lantikan hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:
a. Warganegara Malaysia;
b. Berumur tidak kurang daripada 18 tahun pada tarikh tutup iklah jawatan;
KELAYAKAN UNTUK LANTIKAN KE GRED U29
c. Diploma Kesihatan Persekitaran daripada institusi-institusi latihan Kementerian
Kesihatan Malaysia yang diiktiraf oleh kerajaan atau kelayakan yang diiktiraf
setaraf dengannya.
(Gaji permulaan pada Gred U29:P1T6);
d. lulus Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Sijil Pelajaran Malaysia atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya
oleh kerajaan.
4. Taraf Jawatan : Kontrak/Tetap
5. Pegawai yang memasuki skim perkhidmatan di atas adalah tertakluk kepada syarat-syarat skim perkhidmatan berkenaan yang sedang berkuatkuasa serta pindaan-pindaan yang dibuat ke atasnya dari semasa ke semasa.
2 PERHATIAN KEPADA PEMOHON:
a. Permohonan mestilah disertakan dengan salinan sijil dan lain-lain dokumen yang disahkan;
b. Hanya permohonan yang ditapis senarai sahaja akan dipanggil untuk menghadiri temu duga;
c. Pemohon yang tidak menerima jawapan selepas enam bulan dari tarikh tutup iklan adalah dianggap tidak berjaya.
PERMOHONAN:
a. Permohonan hendaklah dibuat dengan menggunakan Borang Permohonan Jawatan yang boleh diperolehi dari Pejabat Majlis Daerah Perak Tengah;
b. Borang Permohonan Jawatan ini boleh diperolehi dengan mengemukakan sampul surat berukuran 23sm x 15sm x 15sm bersetem RM0.50 beralamat sendiri ke alamat seperti di bawah dengan bayaran RM2.00 setiap satu borang atau dengan datang sendiri ke Ibu Pejabat Majlis Daerah Perak Tengah, Seri Iskandar.
c. Semua permohonan hendaklah disertakan dengan sampul surat yang beralamat dan bersetem yang mencukupi, Salinan Diploma, Sijil Persekolahan, Surat Beranak, Kad Pengenalan, lain-lain dokumen dan Gambar berukuran passport serta dikemukakan kepada:
Yang Dipertua
Majlis Daerah Perak Tengah
Kompleks Pentadbiran Daerah Perak Tengah Seri Iskandar
32610 Bota, Perak Darul Ridzuan
d. Tarikh tutup permohonan ialah : 26 September 2008