KAUM KEDAYAN
RITUAL, MANTERA DAN MAGIS
ILMU SAKRAL
SIRI SARAWAKIANA
Konsep Kulit Buku
Kulit buku ini dihasilkan dengan menggabungkan dua warna utama masyarakat Kedayan iaitu hitam dan merah. Manakala kunyit, sirih, pinang dan akar langir merupakan bahan asas yang sering digunakan dalam ilmu sakral kaum Kedayan di Bekenu, Sarawak.
MOHD SUHAIDI SALLEH DILAH TUAH
SIRI SARAWAKIANA
PUSTAKA NEGERI SARAWAK 2021
KAUM KEDAYAN
RITUAL, MANTERA DAN MAGIS
ILMU SAKRAL
© 2021 Pustaka Negeri Sarawak
Hak cipta terpelihara. Setiap bahagian daripada terbitan ini tidak boleh diterbitkan semula, disimpan untuk pengeluaran atau dipindahkan kepada bentuk lain, sama ada dengan cara elektronik, mekanik, gambar, rakaman dan sebagainya tanpa izin bertulis daripada Pustaka Negeri Sarawak.
Diterbitkan oleh
Pustaka Negeri Sarawak Jalan Kipas, Miri City Fan 98000 Miri, Sarawak, Malaysia.
Dicetak di Malaysia oleh Lee Ming Press Sdn. Bhd.
Lot 2050, KTLD, Jalan Swasta & Section 66, Bintawa Industrial Estate,
93450 Kuching, Sarawak
Penulis : Mohd Suhaidi Salleh Dilah Tuah
Pembantu Penyelidik: Sharbini Salleh Reka bentuk : Yulhardy Budiman
Perpustakaan Negara Malaysia Data Pengkatalogan-dalam-Penerbitan Mohd. Suhaidi Salleh, 1970-
ILMU SAKRAL KAUM KEDAYAN : RITUAL, MANTERA DAN MAGIS / MOHD SUHAIDI SALLEH, DILAH TUAH.
(SIRI SARAWAKIANA) ISBN 978-983-9205-74-9
1. Kedayan (Bornean people)--Malaysia--Sarawak--Social life and customs.
2. Rites and ceremonies--Malaysia--Sarawak.
3. Ritual--Malaysia--Sarawak.
4. Mantras.
5. Magic--Malaysia--Sarawak.
6. Sarawak (Malaysia)--Social life and customs.
7. Government publications--Malaysia.
I. Dilah Tuah, 1980-.
II. Judul. III. Siri.
305.899225
Mohd Suhaidi Salleh, 1970 Dilah Tuah, 1980
Ilmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis ISBN 978-983-9205-74-9
1. Kedayan (Borneon people) – Ritual, Mantras and Magics 2. Kedayan – Sarawak – History and Social Culture
Kandungan
Kandungan I Seungkap Bicara III Prakata IV-V Sejarah Kaum Kedayan 1-10 Ilmu Sakral 11-22 Penjaga dan Pengamal Ilmu Sakral Kedayan 23-58 Masa Depan Ilmu Sakral 59-62 Penutup 63-64
Galeri 65-96 Bibliografi 97-100 Glosari 101-104 Indeks 105
Penghargaan 111
I
II
SEUNGKAP BICARA
D
alam sistem kepercayaan masyarakat tradisi, ilmu sakral merupakan sebahagian daripada pengetahuan suci yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi. Sebelum gelombang modenisasi merempuh ke dalam sistem kepercayaan tradisional, ilmu sakral memainkan peranan penting dalam mencorak kehidupan masyarakat.Dalam konteks masyarakat Kedayan di Bekenu, pengetahuan ilmu sakral diamalkan untuk manfaat dan kesejahteraan ahli masyarakat, khususnya dalam ritual perubatan, aktiviti pekerjaan dan kebudayaan.
Walaupun begitu, proses pemodenan yang berlaku secara berterusan, telah memberi impak kepada pengamalan nilai budaya tradisi komuniti Kedayan. Senario ini menyebabkan pengetahuan ilmu sakral yang dahulunya merupakan warisan, penyataan identiti dan budaya etnik Kedayan, semakin terpinggir serta digantikan dengan nilai pengetahuan baharu yang berteraskan sains dan teknologi.
Dalam era globalisasi, situasi ini tidak dapat dielak dan jika dibiarkan berterusan akan menyumbang kepada kehilangan khazanah bangsa yang amat berharga.
Sehubungan itu, untuk memelihara dan melestarikan khazanah kaum Kedayan yang amat bernilai ini, aktiviti penyelidikan dan pendokumentasian pengetahuan ilmu sakral Kedayan telah dilaksanakan oleh Pustaka Negeri Sarawak bersama sekumpulan penyelidik dari Universiti Malaysia Sarawak (UNIMAS).
Hasilnya, sebuah buku SIRI SARAWAKIANA berjudul llmu Sakral Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis berjaya diterbitkan. Semoga penerbitan buku ini dapat menyambungkan semula pengetahuan tradisi yang hampir terputus dan menjadi sumber rujukan kepada generasi Kedayan pada masa akan datang.
TAN SRI DATUK AMAR (DR) HAJI HAMID BIN BUGO
Pengerusi, Lembaga PengurusanPustaka Negeri Sarawak
III
IV
PRAKATA
Alhamdulillah, kami ingin melafazkan rasa syukur ke hadrat Allah SWT, kerana dengan keizinan dan rahmat-Nya, buku Ilmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis berjaya diterbitkan oleh Pustaka Negeri Sarawak. Dalam konteks budaya, ilmu sakral merupakan pengetahuan tradisional yang diwarisi daripada satu generasi kepada satu generasi; yang di dalamnya terkandung segala bentuk adat, kepercayaan dan kebijaksanaan ahli masyarakat yang memilikinya. Ilmu dan kemahiran ini kemudiannya diaplikasikan dalam kehidupan masyarakat tradisi, bagi tujuan memelihara keharmonian, keselamatan dan kesihatan seluruh ahli masyarakat.
Pada masa kini, kemajuan sains dan teknologi telah banyak mengubah cara hidup serta kepercayaan masyarakat Kedayan. Pun begitu, dalam beberapa hal, kebergantungan kepada pengetahuan tradisional masih diperlukan dan ia menjadi pelengkap kepada pengetahuan moden. Sehubungan itu, penerbitan buku ini di harap dapat menghubungkan kembali falsafah, nilai dan pengetahuan tradisi kaum Kedayan, yang pada suatu ketika dahulu pernah menjadi sebahagian daripada cara hidup mereka.
Dari segi isi kandungan, buku ini merupakan hasil penyelidikan di lapangan berkenaan ilmu sakral kaum Kedayan di Bekenu, Sarawak.
Semua maklumat dan data yang terkandung di dalam buku ini hanyalah untuk tujuan dokumentasi ilmu sakral kaum Kedayan semata-mata, dan bukannya sebagai sumber rujukan utama bagi tujuan pengamalan. Di samping itu, kebarangkalian untuk kandungan buku ini berbeza daripada maksud sebenar tidak dapat dielakkan, khususnya pada bahagian mantera.
Pihak kami tidak bertanggungjawab atas sebarang kerosakan atau salah maklumat yang mungkin terjadi daripada penggunaan kandungan buku ini tanpa merujuk kepada para pengamal atau penjaga ilmu sakral kaum Kedayan di Bekenu.
V Di kesempatan ini, kami ingin menzahirkan ucapan penghargaan dan terima kasih kepada Pustaka Negeri Sarawak yang membiayai sepenuhnya penyelidikan dan penerbitan buku ini. Ucapan penghargaan dan terima kasih juga ditujukan kepada semua informan etnik Kedayan di Bekenu, yang telah membantu dalam menjayakan penyelidikan yang amat bernilai ini.
Selain itu, tidak dilupakan kepada semua pembantu penyelidik dari Pustaka Negeri Sarawak, Miri yang terlibat secara langsung dalam penerbitan buku ini. Kepada mereka yang tidak dinyatakan di sini yang juga turut sama membantu dalam penghasilan buku ini, diucapkan setinggi-tinggi penghargaan dan terima kasih.
Buat Universiti Malaysia Sarawak, terima kasih atas segala peluang dan ruang yang telah disediakan dalam usaha menyemarakkan budaya kesarjanaan dalam kalangan warga UNIMASku Sayang.
Akhir kata, kami berharap buku ini dapat dijadikan sumber rujukan dan bacaan luas bukan sahaja dalam kalangan masyarakat Kedayan, malah kepada semua pembaca di luar sana. Semoga penerbitan buku ini dapat menambah kefahaman dan pengetahuan pembaca, terhadap keunikan budaya kaum Kedayan yang terdapat di Sarawak.
Mohamad Suhaidi Salleh Dilah Tuah
Universiti Malaysia Sarawak.
1
llmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan MagisPokok Simpor (Dillenia Suffruticosa). llmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan MagisSEJARAH KAUM KEDAYAN
1
llmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis llmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis
2
Di Sarawak etnik Kedayan tersebar di kawasan Sibuti, Miri, Limbang dan Lawas. Manakala di Sabah, etnik Kedayan ditemui di Sipitang dan Papar. Dari sudut sejarah, etnik Kedayan dikatakan berasal dari Brunei Darussalam, sebelum mereka berhijrah ke wilayah lain di Pulau Borneo (Normala, 2016). Pendapat ini berasaskan hubungan rapat di antara etnik Kedayan Brunei, dengan masyarakat Kedayan yang berada di Sabah dan Sarawak.
Terdapat pandangan lain yang mengatakan kaum Kedayan berasal dari Tanah Jawa, yang dibawa masuk ke Brunei Darussalam semasa pemerintahan Sultan Bolkiah (Ros Aiza Mohd Mokhtar et al., 2019;
Ros Aiza Mohd Mokhtar & Abd Hakim Mohad, 2017; P.M. Sharifuddin, 1970).
Manakala Amde Sidek (2007) pula berpandangan bahawa kaum Kedayan berkemungkinan berasal dari Banjarmasin, atas faktor wujudnya persamaan hampir 30 peratus antara bahasa Kedayan dan bahasa Banjar. Bagi Julayhi Tani (1991), kaum Kedayan adalah penduduk asal Brunei, yang mendiami kawasan pedalaman dan bekerja sebagai petani dan pesawah.
Bagi masyarakat Kedayan di Utara Sarawak khususnya di Daerah Kecil Sibuti, sejarah penempatan awal mereka lebih tertumpu di kawasan yang mempunyai tanah yang subur. Menurut Othman Yatim & Mohd Maulana (2013), kawasan tumpuan etnik Kedayan ialah di Daerah Bekenu iaitu berdasarkan bancian tahun 1970-an yang merekodkan 3,823 orang daripada 7,496 orang kedayan di seluruh bahagian Miri menetap di kawasan tersebut.
Menurut Benedict Sandin (1980), migrasi awal etnik Kedayan ke daerah Sibuti berlaku sekitar 90 tahun yang lalu sebaik sahaja Haji Abdul Gapor bin Nayan dikurniakan gelaran Penghulu Kaum
3
llmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis llmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis Kedayan oleh Sultan Brunei. Sejak itu, kawasan Daerah Kecil Sibutikhususnya Bekenu, mula menjadi tumpuan masyarakat Kedayan atas faktor kesuburan tanah yang sesuai untuk dijadikan kawasan pertanian. Menurut Sather dan Hatta (1974), sekitar 60 tahun yang lalu beberapa buah keluarga Kedayan dari Sibuti telah membuka
Kepulauan Borneo
Bekenu terletak di
Daerah Kecil Sibuti
llmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis llmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis
4
penempatan Kedayan baharu di Kampung Nyalau, Bintulu. Jarak penempatan baharu ini dengan penempatan asal mereka di Bekenu sekitar 80 kilometer. Kini, kedua-dua penempatan etnik Kedayan ini dapat dihubungi melalui jalan darat iaitu Jalan Pesisir Pantai Miri- Bintulu.
Merujuk Buku Tahunan Perangkaan Sarawak 2015, jumlah etnik Kedayan di Sarawak dalam bancian 2010 dicatatkan seramai 16, 478 orang. Daripada jumlah tersebut, seramai 5,334 orang atau 32.4% etnik Kedayan berada di Daerah Kecil Sibuti (https://miri.
sarawak.gov.my/page-0-378-233-Pengenalan-Subis.html). Hal ini secara tidak langsung membuktikan bahawa kawasan Bekenu merupakan tumpuan awal migrasi etnik Kedayan di Utara Sarawak.
SOSIOEKONOMI KAUM KEDAYAN
Gambaran umum berkenaan sosioekonomi utama komuniti Kedayan berdasarkan kepada beberapa tulisan awal berkaitan komuniti Kedayan di Pulau Borneo, menyatakan bahawa komuniti ini adalah
‘kumpulan petani sawah’ (Maxwell 1980). Hal yang sama pernah diutarakan oleh Appell (1976) dengan mengatakan bahawa orang Kedayan ‘ekologi budaya mereka adalah berdasarkan kepada pertanian padi sawah’. Kenyataan Appell (1976), mempunyai kebenaran jika mengambil ruang masa dan tempat yang telah berlaku pada zaman tersebut. Aktiviti ekonomi tradisional kumpulan ini terutamanya di negara Brunei, mempunyai kaitan rapat dengan aktiviti pertanian (Maxwell 1980; Shariffuddin 1969).
Rekod sejarah turut membuktikan bahawa kelompok Kedayan telah dibawa ke Brunei untuk menghasilkan beras sebagai sumber makanan kepada masyarakat di negara tersebut. Komuniti Kedayan tinggal di daerah Temburong, Brunei, mengusahakan tanaman padi
PENGHARGAAN
Sekalung penghargaan dirakamkan kepada pihak yang turut sama menjayakan usaha mendokumentasikan ilmu sakral ini, terutamanya Puan Arpah binti Adenan dari Pustaka Negeri Sarawak, yang menyumbang dana untuk kelangsungan projek ini. Tidak lupa kepada pengamal-pengamal ilmu sakral yang sudi berkongsi pengalaman dan pengetahuan, Tuan Haji Salim bin Brahim (Penghulu Kampung Kawang); Encik Sawal bin Mawang (Ketua Kaum, Kampung Selanyau); Tuan Haji Sulung bin Sawal dan Puan Hajjah Pitat binti Tamit. Usaha murni ini juga tidak akan berhasil tanpa sokongan dari Kaunselor Mohd Asri Haji Salim yang mewakili sudut pandang anak muda berkenaan masa depan ilmu sakral kaum Kedayan. Terima kasih diucapkan kepada Yang Berhormat Datuk Hajjah Rosey Yunus, Yang Berhormat Tuan Ripin bin Lamat dan Yang Berhormat Tuan Lukanisman bin Awang Sauni di atas luang masa untuk bersama-sama hadir dalam projek ini serta memberi dokongan yang kuat kepada kelangsungan ilmu sakral komuniti Kedayan di Sibuti. Akhir sekali, rasa penghargaan ini turut dirakamkan kepada tenaga penyelidik dari Pustaka Negeri Sarawak, Miri dipimpin oleh Hajah Salina Haji Zawawi, Encik Ahmad bin Samsudin, Puan Lilian Baun Pulo, Encik Affendi bin Iezara, Encik Muhd Annwar bin Adenan, Encik Mohd Awis bin Abu Bakar dan Encik Mohamad Nizam bin Abang Takip.
Pokok simpor tumbuh di laman Diguna padian buat unjaman Terima kasih komuniti Kedayan
Budi dan jasa jadi sanjungan
Terima kasih!
111
llmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magisllmu Sakral Kaum Kedayan: Ritual, Mantera dan Magis