• Tidak ada hasil yang ditemukan

IMF lulus pakej sokongan Ukraine AS$15.6 bilion

N/A
N/A
Protected

Academic year: 2023

Membagikan "IMF lulus pakej sokongan Ukraine AS$15.6 bilion"

Copied!
2
0
0

Teks penuh

(1)

WASHINGTON: Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) meluluskan pakej sokongan AS$15.6 bilion (RM68.8 bilion) kepada Ukraine bagi membantu pemulihan ekonomi negara yang dilanda konflik itu.

Pencerobohan Russia memusnahkan ekonomi Ukraine, menyebabkan aktiviti menguncup sekitar 30 peratus tahun lalu, memusnahkan banyak stok modalnya dan meningkatkan kadar kemiskinan, menurut IMF.

(2)

Program Kemudahan Dana Lanjutan 48 bulan diluluskan oleh lembaga dana bernilai kira- kira AS$15.6 bilion. Ia ada sebahagian daripada pakej sokongan keseluruhan bernilai AS$115 bilion (RM507 bilion) terdiri daripada pelepasan hutang, pemberian dan pinjaman oleh institusi pelbagai hala dan dua hala.

Timbalan Pengarah Urusan IMF, Gita Gopinath dalam satu kenyataan berkata program baharu empat tahun itu bertujuan menunjang kestabilan makroekonomi dan kewangan serta melaksanakan pembaharuan struktur kritikal ketika perang berterusan.

Daripada jumlah keseluruhan diluluskan IMF, AS$2.7 bilion (RM11.91 bilion) adalah bantuan segera untuk Ukraine bantuan segera, dengan baki dana akan dikeluarkan dalam tempoh empat tahun akan datang.

Beliau berkata lebih banyak "pembaharuan struktur yang bercita-cita tinggi" untuk menyokong pertumbuhan yang mampan dan pembinaan semula selepas perang, serta memudahkan laluan Ukraine ke penyertaan Kesatuan Eropah (EU).

Program itu juga termasuk jaminan tambahan daripada beberapa ahli IMF sekiranya peperangan aktif berterusan melebihi anggaran semasa pertengahan 2024.

Jika konflik semasa berterusan hingga 2025, ia akan meningkatkan keperluan kewangan Ukraine daripada AS$115 bilion kepada sekitar AS$140 bilion (RM617 bilion), kata IMF.

- AFP

Disclaimer: Perpustakaan Tun Abdul Razak,UiTM This material may be protected under Malaysia Copyright Act which governs the making of photocopies, reproductions or copyrighted materials. You may use the digitized materials for study or research

Referensi

Dokumen terkait

Hasil penelitian ini menunjukan bahwa ada hubungan antara penggunaan sumber air bersih dengan kejadian diare pada pasien balita yang di rawat di ruang rawat inap RSUD