1
INSTITUT PENYELIDIKAN PERHUTANAN MALAYSIA (FRIM) 52109 KEPONG, SELANGOR DARUL EHSAN
FRIM394/339/1/1(6) Tarikh : 18 November 2013
IKLAN JAWATAN KOSONG KUMPULAN SOKONGAN SIRI 3/2013
Permohonan adalah dipelawa daripada warganegara Malaysia berumur 18 tahun ke atas yang berkelayakan bagi mengisi jawatan jawatan-jawatan berikut di Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM).
1. (a) JAWATAN : PEMBANTU OPERASI GRED N11 (b) TARAF
JAWATAN : TETAP / KONTRAK
(c) JADUAL GAJI : P1 RM 802.00(Minimum) – P1 RM 2663.00(Maksimum) (d) KADAR KENAIKAN
GAJI TAHUNAN : RM80.00 (e) IMBUHAN :
(i) TETAP KHIDMAT
AWAM : RM95.00
(ii) TETAP
PERUMAHAN : RM180.00 (iii) BANTUAN SARA
HIDUP : RM300.00
(f) SYARAT LANTIKAN
Calon-calon bagi jawatan di atas hendaklah memiliki kelayakan seperti berikut:-
(i) (a) Penilaian Menengah Rendah atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan;
(Gaji permulaan pada Gred N11 RM847.99); atau
(b) PMR atau kelayakan yang diiktiraf setaraf dengannya dan memiliki lesen memandu Kelas B2/B/D/E2/E1/E yang dikeluarkan oleh Jabatan Pengangkutan Jalan [kecuali lesen memandu dalam tempoh percubaan(P)]; dan
(Gaji permulaan pada Gred N11 RM894.14)
(ii) kepujian Bahasa Malaysia/Bahasa Melayu (termasuk lulus Ujian Lisan) pada peringkat Penilaian Menengah Rendah atau kelulusan yang diiktiraf setaraf dengannya oleh kerajaan.
2
CARA MEMOHON
Semua permohonan hendaklah dibuat melalui Borang BPSM/1/1 Pindaan 2 yang boleh dimuat turun daripada laman web Institut Penyelidikan Perhutanan Malaysia (FRIM) (www.frim.gov.my) atau boleh mendapatkan borang tersebut di Pejabat Bahagian Sumber Manusia, Blok B3, FRIM. Borang permohonan yang lengkap diisi hendaklah ditulis nama jawatan dibahagian atas sebelah kiri sampul surat dan dihantar kepada Bahagian Sumber Manusia, Institut Penyelidikan Perhutanan
Malaysia (FRIM), Blok B3, 52109 Kepong, Selangor Darul Ehsan pada atau sebelum 2 Disember 2013.
TARIKH TUTUP PERMOHONAN : 2 Disember 2013 (Isnin) CATATAN AM
Hanya calon-calon yang layak sahaja akan dipanggil untuk menjalani proses saringan. Pemohon- pemohon yang tidak menerima sebarang jawapan selepas tiga bulan dari tarikh tutup iklan hendaklah menganggap permohonan mereka tidak berjaya.
No. Dokumen: 10142192